Monday, October 1, 2012

::demam panas::

dah dua malam anak aku tak leh nak tido. asyik terjaga dan menangis. bila ku sentuh...badannya panas. risau akan keadaan lamanya kembali, aku terus mengambil termometer,check suhunya. fuhhh..39.4C. tapi aku tak nak panik. Dah belajar dari pengalaman lepas ketika si kecik selalu demam sewaktu dia berumur 6-9 bulan coz gigi dia tumbuh..serentak tu gigi dia kuar. dulu aku tak paham...sampai bawa dia gi klinik kanak-kanak...dapat paracetamol utk baby jer. kendian...atas nasihat kengkawan, bawa gak dia pegi PPUM. cam gitu juga ubat yang diberi. lebih kurang. masuk la pula ubat ikut buntut dia.. aku pun tak sampai hati nak masukkan peluru tu kat buntut dia. kondisi dia still sama...sampai satu tahap aku bawa dia ke pusat kecemasan HTAR coz pepagi dia menggigil tapi badan dia sangat panas. sesampai kat sana, ingatkan KECEMASAN dan anak aku terus di rawat...tak juga. lama menunggu...dari jam 3am pegi..masa masuk jumpa doktor jam 5.30am. fuhhh....tapi nak buat cam mana...ramai gak orang yang berpenyakit emergency gak kot dilayan oleh dua orang doktor. 

until...my sister oso a nurse, suh kasi dia ubat cataflame. bukan aku nak promote ubat ni, ek?? cuma nak sharing jer. so, aku bagi lah 12 drop kat si kecik...tak lama kemudian panas dia pun hilang. dia terus active. but then after 8 hours, panas dia kembali lagi..so aku pun alert dengan masa...every six-8 hours aku bagi dia 12 drop. tapi sebelum badan dia naik panas mengejut, aku kurangkan dos cam 6 drop untuk 4 jam. jadi....panasnya tak menjadi...asal rasa panas sikit, aku kasi dia...sampailah dia terus sihat.

dan hari ni...aku kasi lagi dia ubat. syukur...setakat ini kepanasan dia terkawal. bila dia panas, dia mula lembik..terbaring. after kasi dia ubat, 5 minit lepas tu gerenti dia mula kesana ke mari semula. Mungkin juga dia meragam coz tak lama lagi nak dapat adik kot. biasanya dia tak nak dipeluk ketika tido. sekarang ni, dia tarik tangan aku melingkari tubuhnya. bila aku lepas, dia menangis bersungguh-sungguh. sebelum-sebelum ni mana suka dipeluk dia ni ketika tido. sekarang, cam best plak...dia yang memelukku erat-erat. Bahagianya....

dan...rupa-rupanya si kecik aku ni demam pasal gigi lagi. gigi geraham dia sedang tumbuh. tu yang dia meronta-ronta kesakitan. ialah...time tido mesti berdenyut-denyut..tu yang dia merengek-rengek gak. lucky, ada hubby yang tolong buatkan susu pepagi buta. aku cuma mampu kasi tenang tu gurl jer. aku nak bangun pun susah...nak jalan pun payah..thanks hubby coz memahami.

rasanya dia akan demam utk 3-4hari lagi kot pasal gigi dia tak terkeluar lagi dari gusi dia. apapun...cepat sembuh ya sayang. mommy n papa sentiasa ada disisimu. kesiannnnnn our bbgurl.


No comments:

Post a Comment