Tuesday, October 25, 2011

Hati yang panas

pagi tadi pegi klinik. punyalah semangat aku nak bawa si kecik aku jumpa doktor or missy. excited nak mengetahui progress anak aku. Pegi jer sana...kat kaunter, "awak nak jumpa doktor ker jumpa nurse?". aku ok lagi..cool. "i nak bawa baby i check untuk 9 bulan nyer". lalu ditekannya no. Dapatlah 6551. tak kata apa pun orang yang kat kaunter tu tak cakap apa-apa pun maklumat tambahan kat i.

so, mrsd pun duduk bodo jer kat kerusi menunggu tu. ting tong...nombor demi nombo berlalu...ada nombor yang melompat. barangkali ikut bilik kot...so aku ni..memandangkan nombor jauh lagi, masuk lah bilik penyusuan. risau duduk kat dalam bilik tu takut no, terlepas. aku kuar lagi duduk kat luar...still jauh lagi..aku masuk lagi pasal si kecik dah tido. ye lah...aku sampai sana jam 10am. tup-tup dah jam 1230pm tak da tanda-tanda yang nombor aku dipanggil. tapi 6552, 6553 dah berlalu...aku pun cam geram gak bila cam no. aku tak di pedulikan. so aku gi tanya kaunter.

"akak, no. i dah lepas ker??"...."awak nak jumpa doktor ker nak jumpa nurse?" aku ting tong gak dengan soalan JM tu.." i pun tak tau nak jumpa siapa", aku menjawab. serious i dont know uols nak jumpa siapa. dahla first time gi klinik baru yang megah bergaya itu. "awak jangan duduk jer sana...pergi tanya bilik no.10". fuhhh..dalam hati, kenapa dia cakap kat aku cam gitu ek??

tok..tok..tok..."nak tanya..no 6551 dah limpas ker?"---eh, awak pegi mana?? tadi i dah panggil 2 kali dah. ko tak ada. "aik, i tunggu kat luar tunggu no. kuar. tak da pun no. tu kuar-kuar".----mana ada no. tu kuar kat sana. patutnya awak datang sini. bilik no. 10 dan 11. aku diam. awak tau tak..sekarang dah pukul satu. tak boleh lah buat macam gini. kita orang pun nak rehat.----time dia menghabiskan ayat tu, telinga aku cam kena panggang jer..berdesinggg!! memerah. "saya tak tau pun kena datang bilik ini or bilik no.11. sebab saya tunggu no. saya duduk kat depan sana. dari sana pun boleh nampak no." ---awak patut duduk kat sini. bukan jauh kat sana. Tadi awak pegi mana?" aku dah tak boleh blah dah..."aku pegi menyusu anak aku. anak aku pun tertido. so aku tunggu no. aku kuar dari sana coz aku boleh tengok".---lain kali, nak gi nyusu anak, bagi tau kita orang.... Bila masa pula no. kuar kat 'situ'(merujuk pada papan pemanggil no.---- aku pun tak nak minta maaf  atas keterlewatanku ke bilik mereka berdasarkan bahasa yang mereka gunakan kat aku. kalau tak aku akan cakap, "maafkan saya"....tapi...kalau api simbah minyak, ofcourse la api akan membara... "ini first time saya datang ke klinik ni. tadi tak ada pun orang kat depan sana cakap yang saya harus menunggu di luar bilik yang ini". lantang dan kasar suaraku walaupun aku cuba bersabar.

dah. buka baju anak semua....then, process  progress checkup pun berlangsung. dia cam tau jer aku marah...baru nak hegeh-hegeh cakap baik-baik ngan aku. tapi dalam hati aku dah bengkek gilerrr dahhh. "panjangnya nama anak awak..orang sabah ker? kalau ikutkan amarah aku, nak ajer aku menjawab "tengok kat buku tu, ada asal aku kat situ". tapi kata-kata itu tersekat di kerongkong aku jer. kemudian dia kata, awak dari sarawak. tinggal kat mana? aku jawab, Miri. "kat Miri tu ada apa ek??" aku malas nak  melayan terus jawab. tak da apa-apa. "Miri tu kampung ker? sungai? darat??" aku mengeleng kepala. tapi reaksi gelengan kepala itu cuma dalam hati jer lah.

setelah selesai, dia bagi satu pesanan penaja lagi..lain kali, datang check up terus tunggu kat luar sini. bukan kat sana. aku walaupun marah, ucap gaklah...terima kasih. yeeeee lahhh...terus blah.

kalau uols lah, uols tak marah ker?? tak terasa hati ker??...orang cam gini lah yang menjadi nila setitik nih...mrsd gerammmm jer. tapi tak per lah..dah selesai. cuma mrsd nak cakap la..kalau uols ada sedara yang bekerja dan memerlukan berhadapan dengan pelanggan or pesakit, kasi reminder sikit kat depa...jangan kurang hajo bila berhadapan dengan orang. berbudi bahasa...tak luak pun. cess...ingat mrsd suka-suka duduk lepak kat sana selama 3 jam ker?? aku ada kerja nak buat daaaa.....

apapun, syukur mrsd panjatkan coz progress anak mrsd positif walaupun beratnya cuma 7.3kg dengan ketinggian 69cm jerk... well, my kecik seorang bayi yang sihat dan lasak...thanks God.

No comments:

Post a Comment