Tuesday, May 21, 2013

Hearty Breakfast

haa...dah bersarap ker uols??
pagi ni disebabkan diri ini dapat bangun dengan bertenaga dan cergasnya dek cukup tido tanpa gangguan semalaman, maka pagi ni aku berdaya untuk menyiapkan sarapan dengan gaya tersendiri. chewahh..pada awalnya, terfikir-fikir gak...bestnya berbreakfast pepagi cam gini..roti canai...nasi lemak...thosai..??? hurmmm..MEE GORENG in the mind!! nasibLAH tadi pagi laki just breakfast secawan milo dengan biscuit marie..actually my laki request NESTUM. pebret dia... tapi tak tertunai lak pasal bini dah bancuh milo.(dua-dua cair..jadi kena pilih satu lerr). Anyway, semalam teringatkan masakan my mom, Mee Goreng. simple but nice. So, aku pun ON MODE mengasapkan dapur...aku cobalah sedaya meniru style mee goreng my mom....ahaaa..sedap memang sedap..uhukkk terbatuk sendiri. tapi tak leh dapat "rasa itu". Mak memang terbaekkkk!!  Tak dilupakan mengudap kek batik versi laki ambo yang dibuatnya semalam untuk memenuhi rasa tekak bini dia yang mengidam. hadehh....tak mengandung pun still mengidam, meh?!! kaii...

 tu dia...breakfast like no body business..hehe...siap menambah lagi.

kek batik air tangan laki aku...dap..dap..dap...kata si kakak.
tu na... kesan hirisan buat breakfast pagi ni.

selamat bersarapan uols....tu ler i kata. kalau aku serious nak memasak untuk keluarga aku..memang bagai dipam-pam la we all jadinya. Memang menambah-nambah time makan. kalu makan kat luar, itu yang kita pesan, itu jerlah yang kita makan. tapi kat umah....tambah..tambah....tambah....jadi, kalau tengok sekeluarga gemuk: bapa, isteri, anak...maknanya, bini dia rajin masuk dapur dan masak sedap-sedap untuk seisi keluarga. hehe... sekian.


Pagi yang positif

Gooddddddddddddd Morningggggggg world......
haaa...punya bersemangat morning greeting shout out dariku pagi ini. YES!! thats it..hidup harus bersemangat, bukan?? Reaksi positif ku ini disebabkan malam tadi aku dengan amannya bisa tido tanpa gangguan oleh si kecik maupun si kakak. Tak pelik pun, kan?? tapi bagi diriku, ianya really something to have good sleep aka enough sleep.

ok, tak per, meh makcik kasi cerita sama lu...alkisah bermula begini. My boy kan ada rashes teruk kat celah kelengkang dia, termasuk bawah ketiak. Nak dikatakan disebabkan diapers dia tak sesuai, tak leh gak. Semalam gi jumpa doktor luar, makcik pun tunjuklah masalah myboy kat dia. hurmm..terdiam si doktor. Sedang menganalisa problem kot.. alahan diapers dia kot...diapers tak sesuai ni..kena tukaq. Aiyakkkk!! aku terlupa kasi tunjuk dia tang ketiak. tu alahan apa lak?? deiii...

then, beliau pun kasi  transkripsi ubat kat nurse dia. ambik ubat kat luar yer, puan? well..kejap jer jumpa doktor ni. Taraaa....owh owh..sebelum ni aku ada gak tengok iklan ubat ni kat luar klinik depa. kat jusco pun ada gak. tapi aku merasakan yang penyakit anak aku tak sama dengan gambar-gambar yang tertera pada iklan yang dipamerkan itu. mana tauuuu,kan? so...sebelum tido, akupun apply ubat tersebut kat kawasan-kawasan berkenaan. my laki pun tengok gak...alahhh, kan dah cakap ari tu..merujuk kepada iklan. well..lets see...dah banyak kali dah bawa my boy ke klinik. malu nak bawa dah...tak surut-surut merahnya. sangat merahhhh OK!! kalu kita yang dewasa ni kena..tak tau nak cakap apa dah..disebabkan dia baby, maka dia tak retilah kasi tau how gatal it was.

pagi ni...can see the differences. Thanks God...kenapalah aku selalu lewat-lewatkan bawa myboy gi klinik tersebut. ari tu..time telinga dia bernanah, sampai sebulan aku dok bawa ke klinik kerajaan, tak sembuh-sembuh gak. sekali, aku bawa klinik ni, tiga hari jer...terus kering!! suka lah emak dia. nah..kali ni pun sama. gembira tak terhingga hatiku ini. Pagi ni aku boleh bangun....boleh sediakan sarapan untk suami...sebelum-sebelum ni, tiap malam dia bangun. menangis. ingatkan nak susu...tapi rasanya terjaga dek kegatalan kot. aku plak, bila dah terjaga berkali-kali, paginya aku pengsan terus sampai tengahari. tak larat nak bangun untuk siapkan sarapan lakiku. dia pun memahami gak keadaan aku... Malam ni ny anak, langsung tak terjaga sampai ke pagi. fuhhh..nice!! suami pun tersenyum happy. nasib baik...katanya. Sempat gak beliau memeriksa tang tu dan lega melihat perkembangan positif my anak. My boy kalu nangis malam-malam effect both of us. laki aku pun terjaga, anak sulung pun terjaga dek gangguan nada suara my boy yang so macho. Suami pun liat nak bangun bila dah terjaga malamnya.

mempersembahkan....inilah ubatnya. syukurr...

 nyenyaknya dia tido till emak dia type entry ni, kedua-duanya masih lagi dibuai mimpi indah...
kalau tak, dengan aku-aku sekali join depa pasal tak cukup tidoq. haha..

si kakak pun tak terganggu tidonya...we all still maintain babylove diapers.
sekarang ada offer kat AEON untuk babylove. heee...

syukur..syukur..syukur..tak abis abis ku panjatkan dalam hati ini. Beginilah seorang ibu. tak pernah berputus asa demi kesejahteraan anaknya. moral of the story, setiap kali anak aku mempunyai masalah kesihatan, sering kali hati aku dan kesabaran aku teruji. Ibu mana yang tahan melihat penderitaan anak-anak,kan? Yang penting, berusaha dan jangan berserah...Tuhan memberi kita akal fikiran supaya kita jangan berputus asa. teruskan ikhtiar..dan tiada yang mustahil kerana akhirnya masalah kita akan terjawab. so, para ibu di luar sana...jangan pernah berputus asa dalam hal-hal yang melibatkan si jantung hati kita. Now i m happy...Nothing impossible in God/s hand.

sekian, laporan pagi.



Monday, May 20, 2013

Penindasan aka pembuli

melaporkan...woaahhh...entry pagi ni berkisarkan peristiwa yang benar-benar berlaku di persekitaranku. Hujung minggu aku tak bersiaran coz busy ngan anak-anak...kasi tumpuan sepenuhnya pada keluarga la kononnya ni. tak malayan pun fb mahupun blogging...menghimpunkan cerita untuk dikongsi bersama.

Penghujung minggu ni, banyak benda terjadi.....berkaitan dengan entry title. Penindasan. Maknanya...bila yang berkuasa bertindak...bila yang kuat menunjukkan kuasa vito....hurmm..this is not about politik OK. alkisahnya...sang adik lelaki yang telah membelasah si kakak sampai lebam-lebam. Kejadian berlaku dalam jam 10pm ke atas. maka sunyilah rumah jiran yang lainnya nak memasang telinga. Hurmm...aku yang tak puas hati hantarlah sms kat jiran aku. Untung aku telah berkenalan ngan jiran ni after stay sini more than 3 years, baru tahun ni bermesra-mesra dengan jiran tetangga. "beb..ada orang gaduh ker?" soalan bodoh pertama yang aku ajukan, kot-kot jiran tersebut dah tido. "yup, jiran atas..depan rumah si Anu". owhh....aku membalas lagi.."yang selalu jadi dj blok kita tu ker? yang selalu pasang muzik kuat-kuat?" maka berbalas message la kami..duhh.."ha ah..adik si anu pukul kakaknya...mabuk punya pasal." owhh.... bila dah tau situasi sebenar, aku pun malas nak ambil tau dah...and then the next day, aku jumpa lagi teman kat bawah.. "eh, apasal depa gaduh semalam ek?" ulang lagi soalan buduh. maka..terjadilah bla bla bla bla......"adiknya itu ditangkap polis malam tu juga. after you abis bermessage ngan i. kakak dia gi buat laporan." Duhhh....merasa la tido dalam lokap, yer? tak pasal-pasal...

the next day after pergaduhan antara adik beradik, terjadi lagi jeritan kesakitan yang panjang pada petangnya. Nasib laki aku tak da kat umah time kejadian. kalu tak mesti gi menyebok kot dia...huhu...susah gak orang yang ada rasa tanggungjawab melampau ni. tak da ribut tak da hujan, boleh-boleh gi campur tangan hal orang. risau bini awok tau...tak suka lagu tu. sambung balik... budak-budak yang berhimpun depan umah aku pun berlari menghala ke arah tempat kejadian. Aku pun minah kecoh gak. haha...buka pintu setakat menjengah. "napa dik?". anak jiran aku yang hanya memandang dari kejauhan cuma menggelengkan kepala. Dia pun malas nak  pegi. Kemudian budak-budak yang berlari untuk melihat kejadian kembali dengan pelbagai reaksi muka. ah..biarlah, kataku. tak hairanlan jiran kat bawah tu..dah biasa sangat dengar jeritan dia laki bini bergaduh. haaa..tinggal kat pangsapuri ni, banyak sangat wayang.itu tak termasuk dengan kejadian emak bapa yang pukul budak. mendengar jeritan si budak pun boleh tahan buat hati kita cukup berdebar-debar.

begitulah...hujung minggu aku yang penuh kejutan. Keamanan sejagat yang kacau bilau...Aku dapat tau dari jiran aku yang jeritan itu datangnya dari jiran bawah dia. si bapa pukul anak...nak mati anak dia disebabkan si bapa .patutlah tangisan dan jeritannya sayu sehingga meremangkan bulu romaku. Jadi, bukan pasangan suami isteri yang paling bawah tu ler..silap telahanku. 

Bila berlaku kejadian gaduh-gaduh sekarang ni, mostly jiran-jiran tak berani nak kuar menjenguk. or tak heran dahhh....well actually,  kita yang jadi takut. mana tau orang tu nampak kita, cam kita...datang serang kita plak. huhu..budak-budak ni jer lah yang selamba jer jadi "wartawan". Aku pun malu gak nak menyibuk..kekadang aku laki bini pun buat wayang gak...jadi, as time goes by, biasalah semuanya itu. cuma cara wayang itu dimainkan jer berbeza. Ada yang lebih suka menayang...pendek kata, cara wayang itu bergantung kepada pelakon-pelakonnya mengikut watak. haha...kita kentut kat rumah kita pun, jiran depan boleh dengar tau....hadoohhh...

ok...kesimpulannya. kebanyakan kes yang berlaku di sini, selalunya yang kuat-kuat monopoli keadaan. cam ibu bapa vs anak....suami vs bini.....lelaki vs perempuan... bukankah penindasan namanya ini?? mentang-mentanglah pihak satunya tidak mampu untuk lawan balik. kesian,kan?? Apapun, aku mulai memahami satu perkara. atau mungkin disebabkan usia semakin meningkat maka pemahaman aku tentang kehidupan pun turut berubah....setiap orang ada masalah. jadi, pergaduhan-pergaduhan yang tercetus disebabkan masing-masing punyai masalah. kadang-kadang pergaduhan itu satu cara untuk merungkai serabut dalam hati. maka terlepaslah irama suara yang bergelombang tinggi diikuti dengan hempasan pintu or hentaman tah apa-apa... Laut mana yang tak bergelora,kan??

begitulah kisah hujung mingguku...




Friday, May 17, 2013

Payung Emas

hamboiiii tu dia tajukkkkk entry...sah-sah uols boleh mengagak apa ke mende payung emas ni kan?? Ianya untuk para bini yang sanggup berpoligami bagi yang beragama Islam...merelakan perkahwinan suami dengan perempuan lainnya..kedua..ketiga..keempat...well, jangan salah sangka plak...aku ni sedang menonton tv3.  Wanita mana yang  sanggup bermadu,kan?? well..malas aku nak mengulas lanjut...tapi kalau aku letakkan diri aku di tempat wanita yang dimadukan...ya ampunnnn...its like the end of the world, kot. siapa nak berkongsi kasih,kan?? aku ni kedekut...hehe..kongsi-kongsi ni bukan tabiat aku. lagilah orang yang kuat api jemlesnya cam aku ni... tapi aku salute lah orang yang boleh melalui keadaan ini di dunia nyata.  Biasanya mereka yang mampu melaluinya adalah wanita yang tabah dan pastinya seorang wanita yang lemah lembut dan menurut kata laki dia. syabas betti.. syokkkk juga cerita ni layan petang-petang. beremosi plak aku...heeee

sekian.

Sekalung Tahniah dariku

Pada 14/5/2013 satu lagi sejarah dilakar oleh ahli keluargaku. Tahniah buat adindaku tersayang kerana akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda Perakaunan. Syukur kepadaNya kerana impian kedua-dua orang tuaku akhirnya tercapai juga melihat beberapa orang anak mengenakan topi bersegi empat. Atleast dari sembilan orang, lima orang berjaya  berdiri sama tinggi dengan orang lain. Ini kalilah...kita taklah kaya harta tapi dari segi pendidikan kita orang taklah ketinggalan jauh dibelakang. Aku tau...pasti kali ini mama dan ayah menitiskan air mata lagi tatkala  mendengar nama adindaku diumumkan serta melihat adindaku melangkah segak di pentas untuk menerima skrol ijazahnya. Hati siapa tak berbangga melihat kejayaan anak-anak,kan? Aku tau...ayah pasti berbangga meskipun beliau jarang mengongsikan perasaannya pada kami anak-anak. mama..aku gerenti beliau tidak dapat menyembunyikan air mata kegembiraannya. Syukur....berhasil juga anak-anak kalian.  Kita orang sebenarnya tak pandai..tak bijak...tapi semangat kalian yang menyebabkan kami move on...tak pantas...tapi sampai juga ke garisan penamat.

 tahniah...tahniah....Adinda kedua bongsu....congratulation bro. John
smart bergaya rupamu pada hari yang bersejarah ini.

 Orang penting di sebalik kejayaan adindaku...tak lain tak bukan, mama dan ayah tercinta..

Turut grad pada hari yang sama ialah cousin Anthon, anak kepada mendiang
Uncle Tom. Terharunya melihat kejayaan cousinku ini tanpa ayahanda beliau
mengiringinya. aku tau akan harapan ayahanda mereka terhadap anak-anaknya...congrats
adin, Anthon.

Apapun, perjuangan belum selesai. Ada rezeki, sambung MASTER plak ek??...nyway, good luck in your career, little bro. dan selamat menjalani kehidupan sebenar....student mode dah OFF dah buat sementara waktu. sekaranglah masanya berhadapan dengan realiti kehidupan. Jalani dengan penuh kesabaran dan rasional.

selamat maju jaya adindaku!!! JIAYO!! JIAYO!!