Sunday, May 5, 2013

First Day Achievers Congress

uols dah makan lom?? dah masak?? hurmm..melampaulah kalu tak masak lagi kan?? sekarang ni senang jer kalu duduk kat bando haaa..malas masak, hulur jer..nak makan sedap, hulur jer...semua main hulur-hulur. tapi kalu tak da menda nak dihulur, jangan harap orang nak kasi makan plak. haha...so, hari ni nak ber-entry pasal apa yang aku makan on my first day congress...DIET OFF!!

 Dinner at Nandos, Mines. Addicted to the spicy taste...yummyyy....

Kebetulan pula aku tengah PeOd..haha..dunno uols punya lady, or teman-teman ompuan yang lain...aku ni, kalau kena tembak tentera Nipon, memang nak makan pelbagai rasa; masam, manis, pahit, pedas, kelat dan ect rasa. ala-ala mengidam ketika mengandung gitu. ini baru PeOd...kalau mengandung...tak yah citer lah...semua menda nak baham. haaaa...jadi, kalau tak nak lady uol tak moody ketika datang bulan, kasi rasuah jer kat tekak dia. nescaya mood dia baek jer....tips tau ni. Lagi-lagi kalau sampai kat the Mines. aku siap cakap ngan laki aku lagi...."terasa aku nak makan semua mendalah D". terbeliak mata sepet laki aku..."ko lapar kot?". tapi aku pasti bukan disebabkan aku lapar..tapi disebabkan tekak PeOd aku ON mode. hadoiii.....rabak laki aku.

The Mines; a shopping mall like no others

happy sunday uols..
pa buat ari ni?? nak gi mana?? oh ya...pastinya telah menunaikan tanggungjawab depa masing-masing memangkahkan?? kalau tak suka orang tu, depa pangkah teruslah. tak suker tauuu...X. hak hak hak...lawak mengong pulak dahhhh. Ni kalilah aku tak tak part. huhu..tempat mengundinya di kampung halaman. Teringin gak nak poie ha..tapi...budget nak bawa anak-anak and my helper sekali tu takda. mengundi dalam hati jer la maknanya...doaku menyertai.

ok...saja nak berentry pasal mall the Mines. hari tu gi seminar kat MIECC sambil-sambil menyelam minum air. time free jer, me and my laki kuar jalan-jalan cari makan kat situ. fuhhh....lama dah aku duk Malaya ni. Rasanya this is the first time memijak kaki kat  Mines. kat sebelah dia..selalu gak pegi, MIECC. tapi tak terlintas nak jejalan kat sini haa. ingatkan semua shopping mall sama jer.

but...this time. aku teruja sangat-sangat. so beautiful bah this mall...i terus cakap sama lakiku..kenapa tak pernah bawa i ke sini. huhu...u know, this place memang bikin lapar owhhh.  berderet jer kedai makannya tersusun. i think, aeon jusco pun kalah tang restoran-restoran kat sini. oklah...jom lihat pemandangan di sini. donno if you agree with me or not...heee...





 Gambar diatas di ambil ketika aku laki bini menjamu selera di Nandos. Selesai makan, laki aku buang lebihan kat dalam air..fuhhh...geli gelimen gak hati tatkala melihat ikan besar berebut makanan. seronokla pula...teringat kat anak sulung aku, mesti gembira dia lihat ikan besar-besar begini. aku siap ajak lagi laki aku ke tempat ni bawa my anak. haaa...mungkin bagi sesetengah orang tempat ni dah biasa dah kot. tapi bagi aku, this place is really happening. Mana nak cari shopping mall yang ber-air?? is that make sense to you....nice place, uols.

Saturday, May 4, 2013

My buah Hati

entry daku di suatu petang yang tenang...
aku tak tau kau orang...aku ni jenis yang suka ambiq gambo anak time depa tido. so artistic lah gaya depa tido. coz depa tak buat-buat...very pure style. Hati pun bertambah sayang dan cair tatkala memerhatikan wajah mulus depa...tak caye...

jom tenguk!!
*
*
 jom....
*
*
*
 the big sister...
 The little bro..

buah hati papa and mommy...
*
*
*
*
*
selamat berhujung minggu uols!!

Adventures Saturday!!

haaa....dah balik mengundi ka uols?? aku ni baru balik hantar laki aku kat lcct. Flightnya jam 11am tapi laki risau sangat takut traffic jam or ada masalah check in kat air port. yelah...beliau siap dapat message suh pegi awal coz dianggarkan keadaan di lcct akan sesak. hurmmm...sepanjang otw ke lcct, ok jer. tak banyak pun kereta. mungkin semalam dah ramai dah balik kampung kot. kat lcct pun, relax jerrr..cumaa...aku sangat-sangatlah tak puas hati kat departure hall. Mana pergi semua kerusi-kerusi tempat duduk?? takda tempat duduk langsung!! tadi rasa penat, singgah kejap kat kiosk orang...kena jerit pula. "kerusi meja tu hanya untuk pelanggan kami. jangan duduk sini". takkah malu rasa hati ku ini...apa punya strategylah airasia ni...ish..ish..ish...

yahhh...disebabkan takda tempat duduk, laki aku suh balik awal and dia boleh checkin. so...aku pun melangkah kaki menuju ke parking kereta. Nah...sebaik saja duduk dalam kereta, kepala aku terus menerawang. berangan. A day dream is good, katanya Tony Buzen dalam seminar semalam. haaa...aku pun mulalah berangan cam mana nak mengkayakan diri. fuhh...bestnya kalau diriku ini KAYA dan bukannya KAYAP.

Dipendekkan cerita, dek tersyok sangat berangan aku tersilap masuk simpang. terlepas lah pula simpang ke shah alam. hadoii...ingatkan ada simpang keluar walaupun tersilap masuk..tapi jangkaanku meleset. aku masuk simpang seremban, nilai dan johor. wah...punya risau dalam hati. senak perutku...nak telan air liur pun tak leh. tekak rasa kering semacam jer. Radio yang telah aku mainkan dengan kuatnya, aku perlahankan. Maklumlah emosi NERVOUS menguasai hati dan perasaanku. Tapi aku follow the flow jer....sampai seremban  plak aku hari ni. hadoii..tak per, nanti cari jalan berpatah balik. anggap jer aku mengadventurekan diri hari ni. kalau tak hari ni, bila lagi,kan??

nasib baik terjumpa simpang KL. Apa lagi, takut terlepas simpang tu aku punya berhati-hati bawa kete. slow ler, maknanya. haha...then, jalan punya jalan...aku ternampak signboard puchong. hati aku bertambah lega. atleast aku tau sikit-sikit jalan puchong though tak pakar sangat. On the go lagi...nampak signboard teluk panglima garang dan banting...wahh..gembiranya dalam hati. Aku on the road guna SKVE highway. jalan sunyi jer...risau gak dalam hati aku. Dahlah nampak pokok sawit... dalam kepala hotak aku berteka teki..kemana pula kali ni..kemana pula kali ni...perut rasa mengempis jer pasal tahan napas gabra. haha...teruk,kan?

well, bila jumpa simpang teluk panglima garang. Apo lagi....radio on air aku terus pulassss....terus menyanyi kegirangan. siap goyang-goyang badan lagi ikut rentak muzik. tersangat-sangat lega pasal aku telah temui satu tempat yang aku pernah gak pergi. Actually teluk panglima garang adalah territory abang aku. so..familiar sikitla. then...drive fast aku putar stering menghala pulau indah.

phiewww...bagi aku perjalanan ni quite adventure la...dengan handphonenya tak ada...dengan limited duit dalam purse. Nasib baik laki aku dah pam full fuel dan tinggalkan smart tagnya. tu jer penyelamat. Macam-macam juga perasaan bukan-bukan menggaru hati ku...lets say, kalau kereta aku break down, cam mana agaknya keadaan aku? tepon pun tak da..jalan pun sunyi walaupun highway..kalau kereta aku ditahan orang jahat, cam mana?? tapi kemudiannya aku terus-terus berdoa semoga segalanya selamat.

Syukur Tuhan...akhirnya aku sampai umah jam 1130am. punya lama perjalananku. kalau tak silap tadi, paling lambat pun, 45min jer aku on the road dari lcct. but its OK, atleast....aku dah tau kalau lain kali tersilap jalan. Jauh perjalanan luas pengalaman, kan??

selamat mengundi.

Thursday, May 2, 2013

Seminar Sumber Kejayaan 2013/The Mines

haaa....dah tido ker? aku still lagi berjaga. tak lengkap rasanya tak update blog hari ni. rutin kononnya ni..hadeii...tadi sampai umah, mengantuk sangat sepulangan mengikuti seminar sepanjang hari di The Mines. fuhhh....direct tuhhh, dari jam 9am to 6pm..lepas tu kami dua laki bini skip yang petang pasal perut dah lapooo.. kot yer pun motivasi, perut wajib diisi taw..haha

 Inilah muka aku yang kesiangan mengikut seminar sumber kejayaan pagi tadi. Sempat main camera hp laki aku lagi Ok..walaupun tumpuan 50% jer..banyak sangat faham aku tadi..mengangguk-angguk walaupun tak disoal. haha...separa bangun aka separa tertido gitu.

 Gamba dia atas menceritakan alkisah di waktu rehat. kosong kerusi. Aku ajak suami duduk
di kerusi paling belakang dan berhampiran dengan pintu. senang keluar masuk ke toilet. Sebelum lunch break duduk diapit depan kiri kanan  belakang. very the rimas i, OK. ye lah..perjuangan menahan mata dari terkatup begitu menyiksakan. sampai laki aku pun perasan tindakan aku yang serba tak kena duduk..sejuk aircond pun tak terasa bila berada di tengah-tengah manusia. bila duduk belakang, terlebih dingin plak...teringat bantal kat umah. huhu..

Oklah..hari ni semua pasal motivasi and all about the money..money...dari pengamatan aku, pada awalnya peserta begitu bersemangat. Ada plak penceramah kasi wang untuk digandakan. rugilah we two duduk di barisan paling belakang. haha..setakat  menengok jer lah..telan air lioq dari kejauhan. Kesimpulan, apa yang disampaikan menarik tertarik hati dibuatnya. tapi at the end of the speech, mostly the speaker akan offer perkhidmatan yang berharga riban-riban. time tu,  peserta ramai terkelu. tak berkata-kata termasuk aku.

Keberuntungan aku pi seminar kejayaan ni hari ni, dapat gak melihat the founder and ceo Groupon. muda dan handsome orangnya..well, atleast tak la buta-buta jer tekan butang groupon nak beli barang diskaun kan? pengalaman hidupnya agak menarik. Kesimpulan sharing dia, seseorang itu boleh berjaya jika dia keep on moving and trying beserta passion yang kuat di hati..pasti akan berjaya. terbangkit gak minda dan mata aku tatkala beliau sharing siapa dirinya sehingga keberjayaan beliau.

setakat ni jer dulu...jam dah menunjukkan 1.37am. pagi ni kena bangun awal lagi..conference ni selama tiga hari..jadilah aku peneman sang suami yang setia dalam terpaksa. haha..tapi tak rugi. dapat gak info dan outpun kasi masuk dalam kepala hotak yang semakin membeku begini.

selamat tido sayangku sekaliannya...ciao!!