Thursday, October 13, 2011

I-City

1/10/2011 
sorry uols...lambat hupdate...haha...mrsd mencari masa yang sesuai gitu untuk membuat laporan ini. haiseyyymannn....satu lawatan muhibah telah kami jalankan di I-city. Bandar bercahaya yang asyik-asyik disebut dalam tv tu.... memang bergemerlapanlah suasana dengan liplap cahaya lampu. dedaunan...pepokok...haiwan...semuanya berasaskan lampu. Terfikir sejenak mrsd...betapa penggunaan elektrik begitu maksimum di tempat ini. siapa bayar karan ek?? oh ya...lupa pula..kan sekali keta masuk kena bayo rm5. mungkin tu lah pakai depa membayo kot. ramai gak pelawatnya...if bukan kerana kakak mrsd datang dari Miri ke kl, tak mungkin we all pegi ke sana kot. plus...dulu-dulu pernah pegi ketika awal pembukaan. masa tu free lagi...tapi yang tak bestnya...my baby sleep jer sepanjang we all ronda-ronda. kalau tak..mesti dia suka bermandikan cahaya bergemerlapan begitu. Bila pulang, dalam keta jer terjaga. haiseyyymannn lagggiii daa... 

 Gaya mrsd pun tak nampak ni ha...aiseymann...

 tangkap gambo...tangkap...jangan tak tangkap walaupun hasilnya gelap. hissi..

 si merak yang tak menawan dalam photo..

 Barisan pelakon of the day. haha..

 Nelly, kak mag and Pumon the chess master.

 simply us...yang gedik itu, aku. haha...

 nak pulang dah ni...tengah tunggu keta mrd.

si kecik tido jerrr...penat menangis sebelumnya. 

 Lambang miri pun ada kat sini...kuda laut. hiii


untuk pengetahuan uols...
tempat bercahaya ni...kalau bergambar tak berapa cantik hasilnya. tak sama dengan apa yang kita nikmati pada ketika dan masa kita berada di tempat kejadian. Indahnya pemandangan di I-city di malam hari disebabkan kegemerlapan cahaya yang mewah. Emosi kita ketika berada di sana berbeza dengan apa yang kita lihat di photo...lain bebbbb!! pergi lah...rasai sendiri. haruslah bergambo,kan??!!

jom jalan-jalan i-city!! gi picnic pun boleh...bawa bekal dan makan di bawah limpahan cahaya lampu brsama keluarga terchinta. ok bah kalu ko...heee!!


Wednesday, October 12, 2011

30K...pengsan!!

uols...
mrsd saja nak kasi sikit momentum sama uols termasuk mrsd lah. well.. mrsd pun bukannya nak mencari glamour untuk berblogging ni. siapa lah aku ni...rupa tak da..harta jauh sekali. huhu...apapun, setiap yang tertulis ada yang tersirat dan ada yang tersurat mempunyai makna tersendiri buat mrsd. Ya. mrsd nak berblogging untuk menyimpan kenangan. biasalah...bila seorang wanita berkahwin. mulalah nak mencipta hidup baru...buka diary baru. bila dah dapat anak...lagilah...nak mencatit sejarah. buat renungan di hari tua dan juga buat tatapan si kecil apabila diri sudah tiada. pengganti diri gitu...

malu bah orang tau apa yang ada di kepala hotak kita ni. malu bah orang membaca apa yang kita lakukan...malu bah....tapi...haha..setelah mrsd melihat jauh sedikit....mrsd melihat ada insan yang berjaya hanya dengan berblogging. tak ada apa sangat pun yang depa tulis....bahasa pun bahasa paso jer...tapi mesra pembaca gitu. mostly mereka tak kisah apa orang fikir dan kata tentang apa yang mereka tulis. tapi penulisan beretika lah.. 

maka dengan itu, mrsd pun mula dapat inspirasi. pegi mai lah dengan apa yang orang pikiaq kan...lantak pi lah...hahaha...sukati hang lah nak kutuk ka..nak perli ka...nak bla bla bla...itu hang punya suka hati lah. apa yang penting...mrsd taippppp dan menaipppp dan menaipppp jer. =) meluahkan isi hati yang tersirat kepada yang tersurat. niat memang mencipta memori dan still kekal dalam hati...cuma, kali ini niat disertai dengan impian...ko orang tak teringin ker?? luah-luah rasa, berbayo plak. haha... ini antara blogger yang sangat-sangat top ketika ini yang mrsd tahu dan ikuti blog beliau. wajib baca setiap hari OK!~~>redmummy.com<~~ go an search.

Credit to: redmummy.com



semua gambar di atas adalah kisah benar OK!! inspirasi...inspirasi....
Nah!! uols...
what say you...well, dari kita membuang masa mengadap lappy 24 buang karan cam gitu jer, adalah lebih baik gain something,kan?? tapi...niat asal jangan lupa. memang nak berblogging kerana minat gituuu...kalau tak dapat berblogging satu hari...hidup rasa tak lengkap. hidup rasa tak sempurna...menggelupurrrrrr nak menaipppp yang tersirat kepada tersurat. mrsd pun..menyimpan harapan...hihi...mana la tau..mrsd pun boleh jadi DIVA hanya kerana berblogging. haha..berangan derrr.

Mari kita berblogging uols....

hehe...

wordless wednesday

salams uols...
hows ya day? harap kalian semua sihat hendaknya. mrsd still lagi berperang dengan "sakit tekak". hari ni dah ok sikit sakitnya...semalam mrsd minum 5 botol air badak. mungkin benar. dalaman mrsd panas kot..ditambah plak mrsd suka sangat makan-makanan pedas tapi kurang minum air. bak kata mrd, "mrsd ni diibaratkan lori tapi isi minyak kereta kancil." faham ker maksud mrsd ni??..ye la..badan mrsd bosa tapi minum air sikit jer..

ye lah..kita semua pun tau cuaca sekarang tak menentu. panas. hujan. panas. lepas tu kuar masuk suhu berhawa sejuk lepas tu pegi berjemur plak..sudah tentu badan ini keliru. jadi, sakit pun mai lah menjenguk melihat kekurangan diri kita, tang mana dia nak hinggap. cam aku... dia serang aku nyer tekak. fuhhh..uols tau lah...kalau pernah rasa sakit tekak.

tapi mrsd nak kongsikan disini..sepanjang mrsd sakit, mrsd cukup-cukup kurang sabar. mudah melenting. Pernah dulu seorang kawan berkata..."awak sakit ada sebabnya. Tuhan nak awak rehat." ialah..coz time sakit lah kita nak berehat. nak merasakan ketenangan. tapi...haha...aku nak dapat ketenangan pada masa sekarang??? NO way, uols. si kecik asyik berkepit di badan mrsd. Ditambah pula kebelakangan ini, si kecik suka sangat bercakap. kepohci...tak tau apa yang dia nak katakan. time tido...tetiba rasa berat badannya menimpa mrsd. terjaga. nak tak layan, tak sampai hati...si kecik masih belum membiasakan diri dengan si Nelly. still want me around, baru dia OK.

Mrsd harap, esok...mrsd akan bangun dengan bergayanya. ho yay!!! mrsd nak sihat!!! mrsd tak nak sakit...bila sakit, mrsd tak da semangat!! mrsd mudah marah!! mrsd mudah melenting!! mrsd mudah hilang sabar......huhu...the negetive aura memang bermaharaja lela.


suhhhh penyakit......aku nak sihat!!!

Tuesday, October 11, 2011

Sayang Galax!!

hai uols..
dah lama dah mrsd nak "showoff" mrsd nyer galax ni dalam blog. ye lah...sebelum ni dok berangan galax jerk..asyik-asyik sebut pasal galax jer...bila dah dapat, terus menyepi pula. haha... thanks to mrd yang sudi perabis duit untuk bikin hati mrsd happy sempena besday mrsd bulan lepas. sayangggggg dia sesangat!!! bah, jom kita ushaaa....taraaa!!!

 kat working station mrsd nampak paper beg LG. hurmm...laki aku beli hp product LG ker?? aku tak excited langsung. huhu..aku nak menda lain..dapat menda lain... haha..mrsd tak da hati nak gi tengok pun. cesss...demand punya besday gurlll...


 Taraaaa....sekali adik mrsd gi ushaa....uiii...ko dapat Galax lah... dalam hati mula mengembang dan menguncuppp...hadeiii.....bila dikeluarkan kotak.  aku cam mok melompattt jerkkkk!! yippiieee...aku menang motorrrrr....haha...gaya ala-ala cam gitu la.


 yang ini pula dia nyer blue tooth. nak calling-calling kena guna ni lah...tapi kalau tak nak pun boleh gak. cam aku sekarang...semua alam leh dengar kalau aku tengah cakap ngan orang guna galax ni. haha..bukan nak berlagak you...saja malas nak menyumbat tolinga ini dengan blue tooth..so, suami dah mintak pasal aku tak manfaatkan gigi biru ini.


 yang ini pula ear piece. aku belum guna lagi....lepas ni kena guna la kot...hehe...nanti mrd tak happy aku tak manfaatkan pemberiannya seada mungkin.


 ahhaaa...ini dia casing galax mrsd. color grey....actually mrsd nak color orange...pink... tp mrd kata semua casing yang tu pvc. cuma yang ni jer ori leather. hurmmm..apa-apa jer lah... lain kali cari orange kaler ya??..


 ini dia...buku baru mrsd. asyik dikendong ke sana ke mari...kesukaan. paberet gitu...


 so now, bila orang sebut angry bird...aku dah tau dahhh. dulu aku tak mengerti pun bila orang sebut angry bird game. aku ingat la apa sangat....cesss...Dunia, lihatlah!! aku dah reti main Angry Bird!! tapi aku tak suka main pun...aku lebih suka main muzik untuk si kecik...dapat kat Android Market...freee gitu.



inilah antara fungsinya....memudahkan mrsd tangkap gambo dan tangkap vdeo...senang. cepat. terus download fb. haha....oh ya, contact no. mrsd dah tukar dah...no. lama dah mrsd tikam dan patah-patahkan. buang jauh-jauh dalam tasik botanik...haha....

uols....
walaupun Galax ini baru lagi...sometimes dia buat peel...suka hang. ni yang tak syiokk..ari tu mrsd ingat nak pulangkan kat shop. tetiba baik pula...hangin betul lahhh...Apapun, terima kasih kepada penaja, MrD yang baik hati hadiahkan mrsd Galax.

luvs hubby. luvs bb. luvs galax.

Dia tak cute at all!!

hurmmm...alkisahnyer...adik mrsd khabaq kat mrsd pasal seseorang. well...malas nak intro lebih-lebih. Mrsd ni kan peminat dia. haha...artist la tu yer?? klu di situ. yupp. punyalah cute gaya dan peribadi seseorang yang mrsd minati ini. not until adik mrsd khabaq peel sebenarnya dia.

dia lain dari yang kita tengok di kaca tv tu...dia berbeza perwatakan dari yang kita dok dengar dalam radio...kalau tengok kat tv, cam peramah jer orangnya. cam notti-notti... cam cute... phieeww....sampai laki aku pun "jatuh cinta" termengaku dia gf, konon-kononnya. bila my adik kasi khabaq mai pasal peel si dia ni...mrd pun terus ngelakkkk. itu bukan gf saya. haha...well...kat kaca tv semua perfect jerk erk?? tapi kat luar..mak datok sombongnyer dia...tak nak senyum ngan orang....suka melenting....cam kepala batu pun ada....disebabkan itu, mrsd dah tak ikuti lagi program dia kat tv dahh..mrsd pula naik menyampah...hadeii...

walaupun dia tak bersalah kat mrsd...tapi bila dapat tau cam mana dia layan orang...mrsd tak suka. ialah..mrsd dulu cam "mengagung-agungkan" dia. suka sangat suara serak-serak basahnya...perangainya yang cute-cute. Geng-geng adik mrsd gelar dia PLASTIK...budak-budak spital swasta la ni... hahaha....mula-mula depa nak gak gi ambik gambar glamour dengan si dia ni. tapi bila si dia dah sihat...sembuh...semua pakat tak tau jerkkkk kat si dia walaupun si dia gi lah memberi book mark kat depa and says "terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya."..hurmmm.. dah jadi public figure tu, walau dimana anda berada, dont show-off la erkkk....rasanya kalau merendahkan diri..orang pun respect dan suka kot. tak rugi merendahkan diri,you....hati mrsd dah berubah dah. tak nak you dah...adushhhh!!!

mrsd dah tak minat dah kat si dia. Phieww....