Wednesday, May 15, 2013

happy mother's day to me

hurmm...dah beberapa hari dah tarikh keramat untuk menghargai seorang wanita yang bergelar ibu. as for me, memanglah hari-hari adalah hari ibu. tapi bila orang tetapkan satu hari tu sebagai hari pengiktirafan maka hari tersebut mempunyai signifikan tersendiri buat si ibu atau seisi keluarga. dan aku....dah dua tahun empat bulan dah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata or si jantung hati aku dan juga papa mereka serta orang-orang yang mengasihi mereka berdua.

Aku dan permata hatiku...mommy budak-budak ni bertambah
debab...alahaiiii!!! cam mana ni??!!

 first time dapat card dari laki aku....dan juga anak2ku..
sob..sob..sob...terharu, ko!! tapi harus cover..bijak laki aku nak amik hati aku..
cukuplah laki aku dan anak-anak aku yang recognize kecantikan aku..haha...i dont
need world to mention it..i m beautiful in my hubby and kids eyes is more than enough...
so touching ler this fatty mommy heart. duhhh!!

Yang kasi warna tu card ialah papa budak...yang kasi signature
kat bawah rama-rama tu ialah anak sulung aku..ngiahaha...
bekerjasama depa mewarna kad untuk so-called mom.

nah...tu dia..complimentary card. a hint for a husband to wifey arr..
katanya, gi la try for free Bizzy Body and Facial first...
hadeiii...gift serampang dua mata gitu....

laterlah  i update lagi gambo another gift dari laki aku...gift yang tak seberapa romantis tapi
serba guna untuk seisi keluarga. anyway, thanks lokong for the intention to make my day. sekurang-kurangnya ada gak inisiatif laki aku kasi kejutan kat aku,kan
 meski bukan sejibik banglo, kereta merz, intan atau berlian(agak-agakla weiiii..hahaha).....yang penting, niat dan keiklhasan.

love ya ols dearly.

mommy.


Apo kona...

huhu..tak tau nak cakap apa dah,..anak bongsu aku, kejap sembuh satu penyakit bersambung ngan penyakit lain. cobaan untuk si kecik. kesian plak..tapi this time, the mother plak. dah elok-elok takdoq penyakit, la ni...ada lagi. huhu...

tak taw nak cakap apa dah...kulit wa bermasalah lagi. itu allergic kembali lagi. tapi this time, apa plak yang aku silap makan. aku dah mula tergaru-garu dah ni. apakah kesan dari aku makan sambal belacan semalam. hadoii...

tah apa-apa tah aku ni...ada-ada jer penyakit yang menyinggah. aku bingung. bengang pun ada gak..why oh why...why me?? huhu..i hate scratching...sakit hati dengan diri sendiri pun ado ni. jangan lagi membengkak muka kemerahan dek kegatalan. kenapa ni...kenapa...apa pula silap makan kali ni?!!! 

geram mode.


Pencuri Susu

ya, kejadian berlaku pada hari isnin lepas ketika aku gi shopping barangan dapur di sebuah shopping mall, bukit tinggi. Setelah urusan membeli belah selesai, aku pun kuar dari ruangan mall. tapi terpandang akan kaunter penjualan rumah. biasanya seorang lelaki yang jaga kat situ. tapi hari tu kelihatan seorang perempuan bertudung hitam sedang berdiri di situ. aku ingatkan penjaga baru, tukar shift dengan laki berkenaan kot. tapi sekali aku dekati, aku dengar dia bercakap dalam bahasa asing. bercakap sorang-sorang pula tu. (cam mengomel-ngomel gitu) sah-sah warga asing....aku matikan niat aku nak bertanyakan harga rumah tersebut dengannya.

Sekali tu...aku pun nak menuruni eskelator. tetiba perempuan tu pun ada berdiri kat depan eskelator pula. dia tak turun, tapi berdiri. aku tak kisah pun. so, ketika kaki aku memijak eskelator, tetiba perempuan tadi melangkah. alamak!!! terkejut aku...kelihatan satu kotak di sebalik baju kurungnya. dan aku perasan barangan dalam kotak tersebut ialah susu...tak silap aku, susu enfagrow kotak. mahal bah... terus seorang lelaki botak yg ada kat belakang dia angkat lalu menggendongnya menuruni eskelator dengan lajunya. aku terkejut. orang-orang di berhampiran dengan tempat itu pun terkejut. terkedu. terkelu. semua memandang kehairanan. Perempuan tadi pun cepat-cepat mencelah menuruni tangga sambil mengeluarkan sesuatu dari pocket bajunya.

baru aku teringat. pernah ada liputan dalam tv pasal sindiket susu berjenama. mungkin beginilah kot caranya depa. dulu seingat aku taktiknya ialah penyamaran perempuan mengandung. yang ini pula guna baju kurung dan bertudung..cuma aku pelik..how come la censor tak berbunyi?? how come dia seret kotak berat tu dari dalam baju dia?? mesti dia jalan slow-slow,kan?? terror juga dia orang ni mencuri sampai orang tak perasan langsung.

anyway, peristiwa yang terjadi depan  mata aku ni bikin aku kecut. takut. Ada juga manusia cam gini kat dunia ni. apalah perasaan mereka ketika mencuri tu ek?? tak takut ker?? gembira ker?? puas hati ker??..kalau tertangkap, cam mana?? kan malu......

RM6

haa...siapa ada rm6 dalam saku or dalam purse sekalipun ketika ini. aku? purse tengah kosong der....hadoii. tepuk dahi mak, K. well..nak dijadikan cerita. Semalam aku dan si bongsu ke klinik rawatan harian ampuan untuk tujuan memenuhi appointment anakanda tercinta dek masalah telinga berair yang berterusan selama sebulan. Tapi semalam dah ok dah..saja nak check takut-takut ada kebocoran gegendang telinganya. hati ibu mana yang tak risau melihat telinga si anak penuh dengan nanah hijau yang jatuh meleleh sampai ke bahunya. kalaulah kita yang dewasa ni kena, mesti bengang,kan? mesti pendengaran pun kurang. agaknya itulah yang dirasakan si kecik. pasal tu lah, time tido dia merengek-rengek. kali sakit kot..berdenyut-denyut. huhu..

ketika menunggu tetiba keheningan di ruangan menunggu menjadi gamat. seorang nenek tetiba menggamuk dan bikin kecoh. dia marahkan nurse di kaunter dengan suara yang kuat. semua orang tertanya-tanya apa yang terjadi. termasuk aku. menyibuk menolak stroller anak aku menjengah ke tempat kejadian. Kelihatan beberapa orang nurse cuba menenangkan dia. Tau jer lah, nenek...mana nak malu,kan? lagipula...menda yang hilang itu sangat penting dan bermakna bagi dirinya.

"mana plastik saya?? tadi kat situ..mana? tadi saya letak ke situ. tadi awak suruh saya turun daftar. saya pergi dan saya lupa bawa. dalam plastik tu ada nombor talipon anak saya. ada nombor talipon anak buah saya. dan...ada RM6 ringgit orang bagi. Ada duit RM6...RM6...macam mana saya nak balik nanti. nombor talipon tak ada..duit rm6 pun hilang. tadi saya letak sana".

phieww...aku kembali duduk. kesian...bagi sesetengah orang, rm6 bukannya apa-apapun. tapi bagi orang yang memerlukannya, ianya sangat bermakna. its really something!!Nak gak aku gi hulur duit kat dia..tapi dalam purse aku cuma ada rm20. Haruslah beragak-agak kalu yer pun nak tolong orang..Saja aku malas topup purse. kalau tau ada sikit duit dalam purse, taklah menyinggah di mana-mana time balik. terus pulang umah jer...

setibanya turn anak aku, aku pun menyorongnya masuk. "amboii...tembamnya dia...so chubby la bb ibu ni. baru 7 bulan,kan?" ha ah..jawabku. Doktor itu pun meneropong telinga si kecik. Dia tersenyum."Nasib baik gegendangnya tak bocor, ibu tak payahla nak korek telinga baby ni. telinga dia bersih. takut terkena jangkitan pula dan kebarangkalian untuk bernanah tinggi. pastikan telinganya tidak dimasuki air."

kami pun pulang. sepanjang dalam perjalananan hati aku terkenang-kenang....rm6...rm6....rm6. Kesusahan setiap manusia berbeza. bersyukur selalu.

Friday, May 10, 2013

Wah...anak ibu.

bercakap pasal masa...yang paling boleh dikaitkan ialah tumbesaran anak-anakku. seperti semalam jer depa kuar dari perutku. macam tak sangka dan tak percaya pula......
*
*
*
dah besar dahhh....
*
*
*
aku sendiri tak percaya....aku dah jadi ibu?? itulah kenyataannya.
 I AM A MOTHER.