Friday, May 10, 2013

happy7 birthday V_boy

seperti semalam aku melahirkanmu...happy 7 month old, sayang.  V_Od mommy ni, semakin besar...semakin cute dan semakin bijak... serta pandai minta perhatian gitu. Anak mommy la kata,kan. hehe... si V_od suka sangat mengacau si kakak dan mudah tersenyum. Semoga engkau membesar menjadi seorang anak yang penyayang, memahami, penyabar dan baik hati.

baby V_Od lima hari
*
*
*
pantasnya masa berlalu
*
*
*
ahaaaaaa...hari ni my v-Od boy berusia 7 bulan. dah boleh merangkak dan boleh duduk dah.
 cuma, duduknya still goyang-goyang lagi.
Mommy sayang V_Od dunia akhirat dan sehabis hati mommy.
muaaahhhhhhhhhh....

Third Day National Achiever Congress

wah..wah..wah...bukan main lagi aku laki bini gi congress ni uols...makan jer kejenya. haha...itu tandanya bahagia. ngiahaha....biasala..laki yang tak romantik, begitula caranya dia tunjukkan kasih sayangnya kat pasangan. kalau nak harap ayat-ayat berbunga-bunga...so sorryla. my laki bukan penyair or bukan juga sasterawan negara. sendiri mou ingatla..hehe

hari terakhir mengikuti seminar..hadohhh..tak kayo lagi dah mula makan besar, nampak. haiyaa....taklah. Inilah akibatnya bila kuar umah. ada-ada jer menda nak diexplore untuk menerobos tekak. Pagi itu, sebelum kami bergerak dari territory kami, kami singgah dulu berbreakfast di BT Dimsum. dimsum ni kan...kecik kecik...sikit sikit...diambil terusssss.. sekali bil kuar...hambiq ko!! dushh..tampar palak. harapkan cute jer lebih...harga pun cute gak ma...


tengaharinya pula wa laki bini mula bingung pikir apa mou makan. mari lihat apa wa makan sama laki wa untuk lunch...





simple and nice. ish..ish..cam ni pun boleh laku, ko...tauge, kobis, daun bawang dan lobak merah jer sayurnya. manakala pilihan lainnya ialah daging or ayam  (ada lagi lain-lain). untuk tengahari tu, aku try daging. boleh tahan jugalah..plinkkkk...tetiba kasi idea untuk aku buka kedai makan lebih kurang cam gini. cepat, senang dan jimat kos.....idea...idea...

 memang makanan aku...sorry ekk...dinner malam otw balik, laki aku bawa terjah restoran cina di puchong. thanks lokong for your concern to wifey stomach. gegege...

begitulah berakhirnya seminar yang kami ikuti di MIECC. Bukan saja kami gain knowldege, bahkan kami turut gain weight dengan jayanya. kami dengan berdisiplinnya tidak ponteng untuk mengisi perut dengan pelbagai aneka makanan. fuhhhh...

as a conclusion, The Mines betul-betul mencabar tekak OK. dan aku tewas menggelupur dek rasa-rasa yang enak yang menggoda tekak. pasal makanan....akulah no.1. Diet lu mana, mrsD?!!! well...makan pun diet apa...diet tidak semestinya kurangkan makan or tak makan. Begitu la tu...kalau bagi alasan semata-mata untuk penuhi nafsu makan yang bermahajara lela. Plus ada lokong di sisi...maka menjadi-jadi selera makan kami. 

dan.........i can feel it. seriously.... peningkatan berat badan yang mendadak. HELPPPPP!!!




Second Day National Achiever Congress

hurmm...masih lagi aku nak menyumbangkan idea-idea untuk uols gi jalan-jalan cari makan. Laki wa suka bawa wa makan walaupun suruh wa jaga pemakanan..kawal makan demi kesihatan, katanya. ye lah..nak harapkan kurus cam dulu-dulu, jangan harap ler yer? yang penting sekarang, sihat...laki wa tak romantic cam laki orang lain..tak kasi bunga bagai....tapi happy bila lihat bini makan sehingga licin pinggan. tu la cara laki wa kasi hati wa berbunga-bunga...thanks lalinks. nah, jom terjah restoran the mines. kami pilih untuk.............

*
*
*
breakfast di bawah pokok
*
*
*

*
*
*
*
*
lunch of the day
*
*
*


Wa tell you. this is first time wa makan kat pizza san francisco ni. sangat sedap and yummyliciousssss, uols!! kalau ada berhampiran tempat i, mesti jadikan port utama untuk mamam. The very thumbs up, Ok!! Wa favourite ofcourse lamb chop very the puas hati..and the pasta memang marvelous!!! sangat...sangat...sangatttt sedap!!!
*
*
*
Dinner time..
*
*
*

G.I.Joe food corner at my territory, Botanik Garden. Seafood Tom Yam,
Kangkung Belacan and Telur Dadar. Sambal belacan is their signature....fuhhhh. KENYANG!!
SIMPLE BUT NICE. oppsss..tak lupa pula otak-otak JB sementara menunggu makanan tiba.
tibai abis..haaa
 *
*
*
Perut wa tarak ada ruang untuk kosong. sentiasa berisi dari pagi sampai ke malam. Puas hati....tido malam pun mungkin tersenyum kot. hahaha...



 



Terharunya

sebelum aku terlupa akan perasaan ini, baik aku sharekan bersama kalian. hurmm...memang. memang aku terharu sesangat dua hari lepas. ceritanya begini...Aku telah parkkan kereta aku di tepi jalan raya yang sangat sibuk berdepan dengan sekolah rendah. alkisahnya, setelah selesai membeli keperluan dapur aku dan anak bongsu akupun masuk kereta aka nak mengundurkan kereta. Disinilah bermulanya kisah. setiap kali aku reverse, kereta yang datang dari depan tak kasi peluang. Begitu juga kereta dari belakang. ya. jalan ada dua jer...haaaa..tak boleh jadi ni..  aku keraskan hati aku. Lantak drive jerlah..biar kereta yang datang dari depan berhenti dan kasi ruang untuk aku masuk ke lane yang bertentangan. aduhhhh... bukan kereta yang datang, ngko...its a big lorry. ketika lori tersebut masih jauh, aku pun reverse stering dan bergerak ke hadapan. sekali, lane bertentangan pula jam. nahhhh..si lori semakin mendekat. aku angkat tangan suh dia tunggu....lorry tu siap signal highligh aku lagi. fuhhh...orang kat lane bertentangan yang tak bergerak cam memerli dan sengih-sengih ibarat kerang busuk memandang ke arah aku. ada yang siap bagi signal tunjuk-tunjuk kat belakang suh aku undur lagi. aku pun undurkan diri masuk semula tempat parking. Melihat aku kuar masuk, beberapa orang pakcik yang sedang menunggu anak tertarik datang  untuk melihat panorama yang tercipta. Dalam hati terdetik gak...kalaulah pakcik-pakcik ni tolong reversekan kereta aku dan bawa kereta aku ke lane bersebelahan. hurmmm...itu cuma detikan dalam hati. well...suddenly keluar seorang lelaki (aku tak nak mention bangsanya...takut menimbulkan racist plak), mungkin dia kesian tengok aku keluar masuk keluar masuk parking coz kereta dari depan dan belakang tak kasi chance aku keluar. di tahannya kereta yang mendatang ala-ala polis trafic dan kasi signal suh aku kuar. maka, terlepas la aku dari jerat kuar masuk parking yang almost 30min keadaan aku sedemikian rupa.

aku pun melambai tangan kat pakcik tersebut tanda ucapan terima kasihku pada beliau. dalam ramai-ramai pakcik yang datang menghampiri yang sekadar menyaksikan. tak da seorang pun yang bertindak. seronok kot tengok aku terkial-kial mengemudi keretaku. mentang-mentanglah aku seorang perempuan. huh!! dan..ketika pakcik yang seorang tadi berdiri dan menahan kereta yang menghala dari depan untuk aku bagi ruang kat aku untuk beredar, terasa bening panas di jendela mataku. hatiku sebak. aku nak menjerit. cam nak menangis pun ada. Ohhh...ada juga manusia yang baik hati yang sanggup bersusah payah menolong aku meskipun tak  mengenali aku dan yang pasti bangsa serta agamanya berbeza denganku. Bersyukur sesangat that day...ko orang pernah tak rasa perasaan begini. perasaan berterima kasih yang tulus yang sukar di ungkap dengan kata-kata.

to you--Uncle of the day...siapa pun uncle, saya betul-betul berterima kasih pada uncle atas kebaikan hati uncle. minta maaf kerana tidak dapat mengungkapkan kata-kata terima kasihku justeru aku harus beredar secepat mungkin dari kesesakan lalulintas di tempat berkenaan. May your God bless you always.

#masih terasa-rasa lagi kesebakan itu di dadaku.





Thursday, May 9, 2013

Beza orang miskin dan orang kaya

Hadohhh,,,menyakitkan hati jer tajuk entry malam ni. memangpun...bukan nak kutuk atau menghina orang miskin. peghhh...melampau sangat bunyinya mengkategorikan orang sedemikian rupa,kan? hurmm..ada baiknya aku tukar istilah miskin dengan kurang berkemampuan. nanti ada plak yang lebih-lebih terasa hati. aku tak bermaksudkan sesiapa ok. relax u there...


Nak dijadikan cerita, semalam dan hari ni diistiharkan sebagai hari AEON. Semalam aku dan suami setakat window shoping jer, jeling-jeling mende yang mungkin berkenan di hati. so, tak adalah membeli anything. setakat cuci mata jer lah. Actually laki aku dapat message dari AEON tat we two ada voucher. semalam tak sempat nak ambik. ramai sangat orang..malas menunggu punya pasal though menekan no. giliran. cam kat bank jer la pula rasanya dan suasana. hadeii...meriah...meriah..

so, hari ni aku pegi lagi. nekad nak ambik voucher aku. refer above pic...hehe...rm40 jugalah. hadohhh...kalaulah aku tak amik rm80 that day, kan best. mesti dah rm130. boleh gak membelibelah sakan. beli barang dapur memang lepas sangatlah...membantu sesangat bak kata orang. (well, voucher yang terdahulu dah dilaburkan semula untuk beli diapers budak-budak juga.) tapi aku dari umah niatkan nak beli purse. hadooohhh..purse aku dah uzur weii....kesian tengok. mana tau boleh ganti baru..huhu..

so, aku pun beriya dan bersungguh-sungguh gi kat bahagian purse. dari jauh cam ada potongan 70% dan 50%. laju jer kaki aku melangkah. sekali tanya...purse yang aku suka, potongan cuma 20-30%. hurmmm..sekadar menelan air liur lah aku. dengan voucher rm40 kena tambah another rm-30-rm40 after diskaun. tapi aku tak sampai hati plak membayar harga tambahan. huhu..

my purse yang rabak...seperti mana isinya yang juga rabak..huhu..
 (kalau nak tau seseorang itu adalah jenis yang setia, petunjuknya senang jer. orang itu akan menggguna sesuatu untuk satu jangka masa yang agak panjang. selagi benda itu elok dan boleh digunakan dia tak akan beli baru or tukar  benda lain sehingga benda tersebut betul-betul tak boleh digunakan lagi. haha..juga boleh dikategorikan sebagai kedekut/lokek pasal sayang nak beli baru. hadoiii)

melihat pelanggan lain...senang jer sambar ini dan sambar itu..wahhhh...best gilerrr kalau berRM banyak,kan?? boleh membeli apa saja berdasarkan minat kita. bukan cam aku....membeli bukan sebab cantik or aku minat...tapi cukup ke idok fulus aku untuk membeli? gulppp....disinilah perbezaannya yang nyata. orang yang tak berkemampuan cam aku ni...setakat berangan jer lah memiliki barangan berjenama. bak kata orang..cukuplah  sekadar belek-belek dan menyentuh barangan tersebut. dapat hidu bau barang mahal di jemari, jadilah labu. ha ha ha...gelak yang dibuat-buat gitu. Aku ni ada gak citarasa bagai our first lady Malaysia. suka shopping...shopping,kan terapi. tapi takda $$$$, nak buat lagu apo la kan?? BRIM pula tak lepas.

maka voucher aku...akan aku laburkan semula untuk beli sayur...sigh...demi kesejahteraan keluarga terchinta juga,kan?. tak mou lah mengeluh.