Wednesday, May 1, 2013

happy labour day

selamat hari pekerja....
aku baru jer selesai berulang alik menghantar barang rework aku ke dalam kereta. selesai melipat kotak jam 2.30am. Esok nak kena bangun awal. suami dah book untuk menghadiri ceramah motivasi pula. tah siapalah penceramahnya...katanya dari oversea. pegi jer lah. program yang bermula seawal jam 9 pagi hingga 9 malam. fuhhh...cam kem pengawas jer bunyinya.

hurmmm...ketika aku menaip entry ni. semua orang dah tido. aku hanya ditemani lagu tanpa henti GEGAR, astro. nak tido...mata enggan terlelap coz dah berpeluh ulang alik membawa kotak-kotak rework yang hanya berharga rm9.60 jer itu. tak berbaloi dengan masa dan tenaga yang aku kerah untuk menyiapkannya. tadi sebelum tido, laki aku kata, tak yah ambik dah. huhu..ye lah..gara-gara terkejar-kejar nak siap packing dengan harga yang tak seberapa itu, anak aku lambat tido. maka dengan itu aku memukulnya diatas sikap aggresive dan active nya yang bikin panas. kesian anak aku...tak pasal-pasal pula, kan?? ye lah..apa lah budak tau... bila tau aku dan helper sibuk dengan menda cam gini, dia  punya peel terus berubah. minta perhatian.

well, terfikir gak nak hentikan kerja ni. tapi bila buat menda ni, aku tak stress sangat memikirkan keadaan aku yang pengganggur begini. terasa hari amat panjang. bila aku duduk bersila dan mulakan melipat, aku tak sedar masa berlalu begitu pantas. itu yang buat aku suka melibatkan diri dalam packing memacking ni. keseronokan disitu meski tak berbaloi-baloi.. 

oklah...nak tido dah. baju suami untuk esok tak iron lagi. huhhhhh!! nak pakai baju smart la pula. ni yang aku tak suka ni. malas betul aku beretika dalam berpakaian ni. boringgggggggggggg....

nite all.


Monday, April 29, 2013

Maajun Warisan Keluarga (MWK)

hurmmm...sebotol telah aku telan. mula-mula rasa yeyekkkk...tapi lama kelamaan cam best pula rasa menelan bijian maajun ni. Ya, tujuan pengambilan adalah untuk merancang keluarga. Pengambilan pun tanpa was-was. Mujarab dalam 24 jam..kalau makan jam 9 malam, malam lainnya pun WAJIB diambil jam 9 malam juga. 

well..saja nak kongsikan kat uols esp. para ibu...aku sarankan, silalah amalkan pengambilan Maajun jika berniat nak merancang keluarga. Tak da side effect yang membimbangkan...malah faedah lainnya pula menggembirakan hati. Lagi-lagi para isteri yang beranak normal...faham-faham jer lah....hihi...kebaikannya memang terasa. =)

hari ni hari terakhir untuk botol pertama MWK ku..esok kena rehat 7 hari. Pada hari ke 8nya baru ON botol baru. senang jer amalkannya pasal makan sebiji jer sehari. Tak beri masalah......

*klasiknya aku...bermaajun segala. hahaha....


monday blue

haaa.....happy monday to everyone. hari ni tak da apa nak dibicarakan. mood tak berapa baikLAH!! hehe..tak lah..saja jer. hari ni buntu. tak tau apa nak buat. nak cari keje, dah tutup dah pintu hati ini. biarlah.. nanti petang nak bawa myboy ke hospital rawatan harian Ampuan. Dah masuk sebulan telinganya masih bernanah. Kesian tengok muka comel my boy.... hari ni, aku tutup hati untuk mana-mana anjakan paradigma. STOP THINKING and FORCING mySELF!! lets time...and let it be God's Time...

oklah...nak relax-relax di hari Isnin nih. nanti-nanti ada idea...aku akan post bebelan entry lainnya.

ciao!!

Sunday, April 28, 2013

NASI LEMAK PENJAJA PAGI

pagi ni laki aku beli nasi lemak dan mee hoon goreng (tak goreng pun). wah...entry aku pagi ni penuh dengan kritikan. Nasi lemak tak berlauk...cuma mee hoon jer lah aku cuba untuk habiskan. Tahla, kenapa dengan penjaja-penjaja kat sekitar rumah aku ni. berniaga cam tak nak jer..cuba kalau aku. haaaa...serious.

mereka masak lauk pauk sikit jer. bila orang beli dah habis...naper ek?? kuih pun berapa biji jer...teringin aku nak berniaga pagi-pagi. mesti laku punya...tapi aku ni non-muslim. mana boleh niaga open. karang kena pula..

entahlah..some people ada peluang, tapi tak digunakan sebaik mungkin. buat keje cam hidup segan mati tak mau. cuba buat elok-elok..sedap..mesti ada pelanggan tetap gitu. aperrrrlah!!! tah apa-apa tah!!

Paling teruk

haaa...salam sunday buat semua...tengah beristirehat di hujung minggu yea bersama keluarga?? aku dan suami masing-masing tengah ngadap lappy lagi..anak-anak masih tido lagi. Gantian la tu coz asyik asyik terjaga. Waktu siangnya barulah dapat tido dengan lena. my boy tido muka maintain senyum jer..sejuk hati tengok. si kakak pula tido telengkup..alahaii...

pagi-pagi lagi sang bapa kuar gi beli nasi lemak dan mee hoon untuk dibuat sarapan. laaa...tak ada ayam pula nasi lemaknya. maka terbengkalai jer kat meja makan..jap lagi ada orang tolong habiskan. hihi...

oklah, isu pagi ni makanan paling teruk aku pernah makan. bukan tak ada yang teruk selain daripada makanan ini, tapi semalam rasa sangat tak puas hati. selama ini kami suami isteri memang tak pandang pun RASA MAS restaurant. tetiba semalam nak try makan ler....cuma restaurant ni jer yang kami tak pernah singgah sepanjang menjadi ahli JUSCO tegar di bukit tinggi, klang.

Hurmm..sekali tengok menu...OK jer pun. cantik jer...harga pun, lebih murah dari Chicken Rice shop. Aku pun sengih-sengih jer mengorder makanan pasal jimat sikit makan malam tu. mesti puas hati pasal seekor ayam percik kami pinta. Suami menambah sup bebola, japananese tauhu dan mix vege. 

trennggg tenggg tenggg....sekali tiba hidangan atas meja. kami terkedu. terdiam. kemudian tersenyum. suami terus kata, indah khabar dari rumah. Semalam lupa nak bawa hp bercamera. kalau tak boleh aku tunjukkan disini keistimewaan makanan yang tiada taranya ini. mix vege-OUT! sejuk ngko!!! Japanese tauhu-OUT!! sejuk dan keras serta kecik(mungkin digoreng berkali-kali pasal tak laku), sup bebola-OUT!! sejuk dan ditabur tauge (takda skill langsung dalam hidangan..tengok pun malu. cam dicampak dalam air panas cam tu jer..tapi itu pun bukan panas. sejukkkkk) and lastly ayam percik seekor (AVERAGE!!=OUT!!) pasal sejuk. nasi pun sikit...kalau iyer pun tak reti masak, atleast panaskan ler menda-menda tu dalam microwave. tu pun tak reti ker?? hak tuiiii... tu tak termasuk lagi dengan sudu dan garfu yang tak tersedia di atas meja. kena lambai-lambai panggil....haiyooo yooooo....what a really really bad service,uol...geleng palak kamek koh!!

kalau you ols nak singgah makan kat RASA MAS, AEON bukit tinggi. baik tak payah!! really-really not value for your money!!! haaaa...makan kat sini cam nitemare jer bagi aku sekeluarga...huhu

sekian.