tulang itu masih melekat di kerongkong ini. sakitnya terasa ketika aku bercakap. cam mana nak kuarkan tulang ni ehh??
sakitnya.....huhu
Tuesday, April 16, 2013
Terbeban dan Bebanan
pagi ni laki aku ngadu pasal cukai..sigh..napa lah beliau turut dikenakan cukai? Bukankah beliau ada anak bini yang nak disara? Gaji beliau cukup-cukup makan jer seisi keluarga. Kenapa tak mencukai orang yang pendapatan 10k ke atas. Macamla gaji laki aku tu gaji bersih...cukai nak kena bayar rm1800. sedih tak sedih lihat wang ngalir cam gitu jer.. padahal minggu minggu kena top up diapers anak dan juga susu anak. Tak ada maknanya kalau nak pergi bersuka ria. paling risau lari budget.
beruntungla orang yang dapat BRIM. kita ni nak mohon BRIM, gaji cam tak layak jer walaupun sebenarnya tak mencukupi. siap cukaikan lagi gaji laki aku...kemana perginya cukai tersebut?? Makan kat luar pun bercukai juga... Orang dapat BRIM bukannya guna duit sebaik mungkin (bukan semua). Dapat duit BRIM terus berlagak, keluar makan belanja ramai-ramai dalam rm200-300. Apalah maknanya kalau digunakan lagu tu?? Lagi-lagi nanti kalau betullah dapat BRIM 1200 lepas pilihan raya PRU13 ni. duduk goyang kaki jer lah manusia padahal sesetengah orang bekerja cam nak mati cari rezeki untuk keluarga tapi di tarah pula. Bila bayar lambat, kena denda. Bukan kelambatan itu disengajakan. Tapi sebab tak mencukupi penyaraan keluarga...geram dan terkilan gak rasa hati.
cam laki aku...gaji sedang-sedang, kata orang. tak sikit tak juga banyak. maka istilah cukup-cukup makan itu memang kena pada keluarga aku. tapi bila kena tarah? hati siapa tak berdarah??.Tak ker merajuk laki aku tu... Lainlah kalu keje kerajaan --Masuk pejabat, keluar pejabat ikut masa--. itu pun lambat turun keja, awalnya balik. tak termasuk lagi dengan waktu rehatnya dan minum petangnya. Bukan nak bezakan, tapi terasa ketidak adilan disitu. Berlainan pula dengan laki aku yang kena bangun awal, kena gi cari market, keja sampai malam...ada orang tau?? orang tak tau..orang ingat kita orang senang...laki aku kerja senang?? tak tau tangisan dalaman beliau. walaupun beliau tak pernah menangis bila bermasalah pocket bocor. Beliau seboleh mungkin tak nak aku tau. tapi aku ni kan bini....aku tau la...tapi aku buat-buat tak tau coz tak nak tambah kekusutan di kepala beliau. justeru itu, aku berazam tak nak jadi seorang isteri yang meminta-minta dan terima apa yang ada seadanya..seboleh mungkin,
aku tak kisahla kalau gaji beliau dicukaikan SEKIRANYA gaji beliau ada EXTRA. Haaa...ini tak termasuk lagi rasa segan kami pada orang tua yang sedang sakit yang memerlukan rawatan. Celah mana lagi nak mencari RM untuk dihulur?? Terasa lemas...diumpamakan kepala ini bagai ditekan-tekan dalam air, nak bernafas pun susah.
sesak nafas.....sigh...
Monday, April 15, 2013
tulang itu...
tersekat di kerongkongku...huhu...punyalah sakit. aku sampai masukkan jari meraba di penghujung lidahku. kejap rasa menghilang..kejap muncul balik kesakitannya. Dahla aku pantang diet nasi...tapi teringatkan petua emak aku. katanya, kepalkan nasi panas dan telan. fuhh..dah kepal pun. ingatkan dah pergi. tapi rasanya tulang itu masih di situ pasal bila aku telan air liur terasa keperitannya.
macam manalah nak kuarkan tulang ikan selar goreng ni...ni yang aku malas makan ikan kecik-kecik ni. ada-ada jer perhentiannya kat dalam kerongkongku.
menahan sakit jer lah hari ni. huhu...oh ya, beratku turun lagi 400g. bersemangat ni berdiet ketat. haha...air harus minum banyak. kalu tak feningggg.
Berazam kuat la pula
hari ni hari isnin...
aku berazam nak berdiet ketat hari ni. apapun halangan mendatang, akan aku tempuhi dengan segagah hati aku. hihi..orang sekarang tengok potongan badan jer. ishh..gemuk la orang tu...nak minta kerja pun kena isi ruangan berat badan. hakaiiii...sedih...sedih...mesti berubah gaya pemakanan demi kesihatan diri gak ni.tiga hari berdiet dah turun satu kg. Kira ok la tu kan? perjuangan untuk minggu ni ialah untuk mengelak makan manis-manis dan nasik. cabaran kuat nihh!! hadeii...
aiyak...hari ni tak da barang masuk. boring plak tak packing memacking nih..dengan melakukan aktiviti tersebut aku tak sedar masa berlalu. kind of killing time activity.. walaupun terpaksa mengejar masa. atleast do something rather than nothing,kan??
dan..hari ni aku terlepas janji ngan kawan untuk pegi cari keja gara-gara malamnya tak bisa tido aman dek anak bongsu yang dok merengek-rengek minta susu. Kena minta maaf sesangat kat member tu. huhu...aku pun tak kisah sekarang. keje apapun, aku ON jer...aku nak cari modal..nak buka kedai makan. sendiri tak usaha, tak dapatla..nak harap orang tolong, sorry la. nak berhutang bank? say no to HUTANG...baik buat sesuatu jangan berhutang orang or bank. Gaji laki pun cukup-cukup untuk hidupkan anak beranak...so, do you think i can sit happily, goyang kaki?? hanya kita boleh mengubah nasib kita sendiri.
dalam hati aku ni tetap dan sentiasa menuntut... I want to be a business woman!!
Anak itu sungguh kesian...
sebelum ini kita dikejutkan dengan video youtube tentang seorang ibu yang menendang dan memukul bayinya. semua memberi response negetive pada perlakuan ibu berkenaan. even aku ni pun, termengalir air mata melihat sikap ibu tersebut terhadap bayinya itu. sangat kesian,kan?
related to the entry...semalam baru aku berpeluang melihat seorang ibu mengendong anaknya. muka anak tersebut sepertinya macam terkena chicken pork dan sebelah matanya cam lebam. Selama ni mendengar jiran-jiran memperkatakan pasal perlakuan ibubapa budak yang sebaya anak aku yang boleh juga dikatakan mendera kot..hari-hari kedengaran budak tersebut menjerit menangis. Kekadang aku pun terdengar juga akan jeritan itu. Malah jiran yang duduk di bawah rumah berkenaan pernah cakap kat aku..."orang atas ni cam orang gila jer bunyinya dengan anaknya". kejap-kejap kedengaran jeritan ganasnya dan diikuti bunyi pukulan. Tapi semua orang terdiam...termasuk aku. mati kutu...pada awalnya, aku ingatkan si ibu marahkan anak dia cam aku marahkan anak sulung aku ni juga. memanglah terjerit-jerit sampai darah naik ke bumbung kepala. tapi budak tetap budak...sekali marah, kejap jer lagi dia buat hal. nak buat cam mana...kenalah reverse psycho dengannya.
tapi semalam....hati aku terasa sayu melihat budak itu. kebetulan aku berjumpa dengan para ibu yang seaktiviti dengan aku iaitu packing kondom..hang jangan nak gelak plak. terus aku tanya depa.."ehh..tadi aku terserempak dengan seorang perempuan yang mengendong anaknya. tapi aku kesian tengok muka anaknya..cam kena chicken pox jer..tapi sebelah matanya itu cam bengkak pula". alahhh..ko ni momma lolo...itulah perempuan yang selalu pukul anak dia tu. duiii.....maka berdiskusi la kami.
Bukan ibu dia jer yang pukul dia..bapa dia pun sama. pernah sekali dia malu bawa budak tu ke Giant pasal orang asyik bertanya dia kenapa pipi anak?? ye lah..dia rotan anak sampai berbekas pipinya. puntung rokok pun dicucuk sekali kat budak tu..kesian sangat.
aku yang mendengar hati terus sayu. aku cakap kat depa. Ko ambikla budak tu time free.. tu lah..nak jaga anak orang, kita ni pula sibuk packing menda ni ha..(merujuk kepada kondom). Menurut teman, dulu ibu budak tu bekerja, tapi disebabkan seorang anak dia lagi ada masalah, dia terpaksa duduk umah jaga. tu yang tension dan stress tu nak ngadap anak 24jam katanya. .aku ni pula terfikir-fikir, cam mana nak gi ketuk umah orang tu nak minta anak dia dengan alasan suh berkawan dengan anak aku. huhu..nanti apa pula kata dia? dahla tak pernah bertegur sapa dengan aku..malah dia sempat komen aku kat jiran-jiran mengatakan yang tiap kali bertembung dengan aku, muka aku masam jer..well, dah muka aku. nak buat cam mana,kan?? tak kenal maka tak cinta(drepa juga yang kata)..bila dah kenal nak "bercinta-cinta"(ni yang aku kata) pula..tak boleh lagu tu. tak nak la tunjuk peramah sangat kat semua orang..sengih sana..sengingh sini.....takut orang kata OVER. haaaa! Malah teman-teman seaktiviti ni pun mengiyakan..haha...ha ah lah momma lolo..dulu ingatkan momma lolo ni sombong, tak nak berkawan dengan orang. muka asyik serious jer...tapi bila dah tau, baik jer orang. (hidung kembang kuncup gak la time tu..ge ge ge..)
dalam hati dah rasa teringin sangat nak gi ambik budak tu, jauhi dari ibu dia agar tak terus disakiti lagu tu. sangat kesian....aku yakin dan percaya minda dan psychology budak tu pasti terdera. memang dari rumah aku, agak sayup-sayup juga kedengaran kemarahan si ibu terhadap budak tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)