Tuesday, April 9, 2013

keja dari rumah

ahaaa...punya boring duduk membesarkan badan. truely mengembang dengan jayanya diri ini. serious penyakit pun terasa-rasa sedang mengintai. almost everyday terasa sakit kepala..menelanlah dua biji panadal pagi dan dua malam...mungkin stress duduk jer kot.

selama ni aku pandang sebelah mata jer jiran-jiran aku buat keje dari rumah. tapi dek duduk memanjang tak buat amenda...aku pun risik-risik depa. dan akhirnya perseptif aku pun tertukar dengan sendirinya. ialah..dah jadi ibu-ibu mind jer sekarang ni.aku pun risik-risiklah...aku dengan selambanya menyatakan hasrat hati. "aku pun nak..." the next day, pintu umah aku diketuk. "barang dah sampai kat bawah". aku nyer helper pun turun lah pegi angkut tu barang.

terkedu melihat seguni kondom. haha...itulah koje nyer. masukkan sarung kondom ke dalam kotak. fuhh...semangat nak bekerjalah katakan. aku dan helper laju jer buat keje. malam suami balik keje, memang ringan tangan orangnya. terus tolong sekali.

tapi laki tak puas hati....ialah, memang kejenya senang. tapi bayangkan....sekotak, baru dapat 4cent. bukan kotak kecik tau...kotak besar. kita orang punyalah buat...semuanya 44 kotak besar. hanya boleh dapat rm1.60 jer kot. punyalah masa dan tenaga yang we all guna. sangat tak berbaloi OK. but then..kita mana boleh buat duit,kan?? terpaksa bodoh-bodohkan diri dan ingatkan diri sendiri...daripada tak buat apa-apa, baik buat something walaupun hati sangat-sangat tak puas.

dengan lolo gurl sekali nak tolong...tolong musnahkan kotak. haha...bergemalah jeritan maknya ni ha... lolo NO!!..Lolo dont!!! anak aku suka ler tengok kotak-kotak tu...macam permainan jer kot agaknya dia lihat we all melakukan keje packing memacking ni.

any kind of job like this, do contact me.. heee

Monday, April 8, 2013

punya lama tak service

patutnya aku bawa myViva untuk diservice, bulan sembilan tahun lepas. sekarang,kan dah masuk 2013. baru sekarang terhegeh-hegeh nak menservicekan myViva. tak ikut peraturan appointment langsung wehhh. bukan apa...ada ada jer alasan aku napa tak gi service centre. well..sebulan demi sebulan berlalu. tapi dalam hati sebenarnya risau gak kalau kalau ada kereta aku ni ada kesakitan urat di mana-mana. ye lah.. kekadang aku ni boleh tahan juga memecut. break kekadang tak makan. tu yang risau tu.. kekadang factor kewangan pun iyer juga. money of the month terlebih guna.. ni lah dia..masalah kalau seorang jer yang keje. huhu...nasib baik mampu bayar bulanan.syukur.... fuhhh...

hari ni aku budget service dalam rm150 cam gitu ler...nasib baek bawa duit lebih. time jumpa advisor tu...check check semuanya rm275.00. phiewww...aku bawa rm250 tepat-tepat. so terpaksa tak usik dulu filter, rm50. next time la gi geletek tang tu...hurmmm. actually risau gak tak gi service on time. Terlebih over plak aku tak gi service. tapi syukurlah....lepas juga hari ni.

nanti kena service lagi on 10/10/2013...owh owh...jatuh pada harijadi my little boy. wahhh....dah nak setahun dah anak aku. cepatnya masa berlalu..terasa nak mengandung semula. rindu membawa perut. haha..

Bersyukurlah

syukur tuhan aku masih bangun lagi pagi ni untuk menikmati indahnya cahaya mentari, menyedut udara Ilahi, menatap wajah tercinta dan merasa ciuman kasih sang suami. Terima kasih Tuhan atas peluang berdenyutnya nadi dan jantung ini.

entah kenapa kebelakangan ini dalam hati aku selalu berdetik...andai ku tahu...kapan tiba ajalku....hatiku sering berbisik..bagaimana andai aku pergi??? tak terkapai dek akalku apa yang akan berlaku selepas ketiadaanku. Namun, aku berbisik dalam hati kepadaNYa...Tuhanku, izinkan aku melihat putera puteriku membesar, bahagia dan mampu untuk berhadapan dengan cabaran dunia.

menatap indahnya senyuman anakandaku yang tercinta menjadikan aku menjadi bertambah lemah. mereka adalah kelemahanku. juga kekuatanku. Biarlah mereka memahami betapa aku mencintai mereka sepenuh hati ini.

oppsss....terpaksa hentikan coretan ini. baru tersedar jam dah menunjukkan 10.07am. janji nak service kereta jam 1030am. hadoiii...baru jer nak berbloggy. hadohhh....kena mandi cepat2 nih n pecut to perodua!!!

Monday, February 18, 2013

minda kacau lagi

jam di sudut lappyku ini menunjukkan angka 3.59am. sepatutnya aku lena di ulit mimpi sambil memeluk si kecil bongsuku yang terbiasa tidur dengan tanganku melingkari tubuhnya. tapi, disebabkan minda aku tengah bekerja kuat....kepala aku tak leh nak bersentuhan dengan bantal. lantas aku pun bangun dan mula surfing di ruang tamu...

*
*
*
*
~~bicara sebelum hubby tido~~
Aku: D...aku nak keje apa ni?? aku dah bosan dah duduk umah ni...sangat bosan..
Hubby:  abis...awak nak keje sapa nak jaga anak?
Aku: kan ada helper tu...takkan nak dua orang duduk umah.
Hubby: masalahnya...siapa nak tengok anak kita...dia seorang tak boleh handle dua orang.
Aku: ye lah...anak aggressive and active sesangat. risau gak...tapi i really want to work. tak kiralah keje apa sekalipun. keje kilang..keje kilang lah..janji keje
Hubby: boleh...cari keje yang boleh buat dari rumah
aku: how?? aku buat keje kat umah?? things only can be done if the gurl sleep...tak nak lah...
*
*
*
setelah perbualan tersebut....sang hubby pun belayar lah entah ke mana. dan aku terkial-kial memikirkan apa jenis pekerjaan yang sesuai aku lakukan. dilemma,kan?? my gurl sangat notty..tak terhandle si helper nak mengurus dua dalam satu...mana nak urus rumah lagi...terfikir lagi akan si kecil yang masih menyusu dan seringkali klinik appointment. how nak minta cuti semata-mata for clinik appointment...dah la baru masuk keje. gulpp....lalu aku.....bingkas bangun dari perbaringan. otak aku bekerja kuat ketika ini. What am i going to do??? Lord, show me the way...
*
*
*
*
continue surfing mencari idea.........i want to do something i like...i love to....dah ada dah gambaran di minda aku ni...now tengah fikir how to make it reality. oklah..let me continue berangan....aku malas nak mengharap pada surat surat permohonan kerjaya yang telah terhantarkan....untung sabut timbul lah....malas nak mengharap something yang tak pasti....haha.....ciao!! 4.13am.
*
*
*
*
yang pasti....aku ada WAWASAN TERSENDIRI kini......

Wednesday, January 30, 2013

memerangi imaginasi

huhu...ini dah masuk hari ke-4aku cuba berdiet. susahnya, Tuhan jer yang tau...ada ada jer yang aku nak makan weii....cam mana nih/!! kepala hotak aku memang pintar dan ligat jer menyenarai makanan yang aku nak menceketak..fuhh...semakin kuat aku kata...aku tak nak makan...semakin itu imaginasi makanan jelas kelihatan bermain-main di ruang legar minda aku..damn it....makanan jadi musuh aku pula ker?? owhh no...makanan adalah kenikmatan hidup. makan selagi berdaya...time sakit, orang bukan main suh makan padahal time tu selera makan dah hilang...bah...bila sihat ni, asyik asyik pula nak makan..nak nak lagi orang dikelilingi anda sangat bermurah hati menyediakan makanan untuk dilahap..argghhh...tension wehhh....