Wednesday, September 26, 2012

::perit::

hambiq ko!! orang kata hari ni wordless wednesday....tapi...hari ni seperti cuaca kat luar sana yang sejuk selepas hujan membuatkan minda aku berdetik-detik untuk berbicara. al-maklumlah, tak ada teman bicara.. ya, seperti tajuk entryku yang ini..memang itu lah yang aku rasa ketika ini.

sepulangan dari klinik pada 24/9/12 beberapa hari lepas aku mengalami keperitan yang teramat sangat. terutamanya pada bawah kesan pembedahan anak sulung aku. sakitnya, hanya Tuhan yang tahu. Even nak mengiring ke kiri dan ke kanan pun sudah cukup membuat aku menggetap bibir. menahan rasa sakit. itu belum lagi ketika aku nak bangun dari pembaringan atau dari tempat duduk untuk berdiri. Dagingku terasa bagai disiat-siat atau terkoyak gitu.

kesakitan ini mengingatkan aku ketika cubaan aku untuk melahirkan anak sulungku secara normal di labour room. aku balik-balik di datangi oleh beberapa orang doktor. "puan angkat kaki..." kemudian bahagian bawah aku diseluk berganti-ganti. sehingga sampai satu saat aku dah tak larat nak angkat kaki dah.."sorry, aku dah tak dapat nak angkat dah," kataku meminta pengertian. pada saat itu...aku tak faham dan juga tak tahu. aku ingatlah itu adalah prosedur orang nak beranak. aiyooo....bila aku cerita kat emak aku, emak aku pun membebel gak. mana ada orang balik-balik gi check kat bawah tu..nak check pun ada masanya. Doktor memang tau bila nak check, bebel emak. owhhh....rupa-rupanya yang datang tu adalah doktor pelatih. hampehhhh...ingat aku bahan kajian ker?? aku bukan bahan kajian... ada yang datang nak try pegang kepala anak aku lah... nak rasa rambut dia lah.... aku bukannya sakit nak beranak. aku sakit kena seluk jer sebenarnya. aku pun tak tau cam mana rasanya contraction...coz aku diinduce. aku cuma rasa sakit perut cam sakit period pain jer. tapi...aku kalau sakit period pain pun aku leh pengsan. huhu...

dan...hari ini, aku masih lagi merasa keperitan ini. teramat. bila berjalan, aku kena seret kaki belah kanan aku coz perut bahagian belah kanan lah yang dibedah dan sakit diseluk pada kelahiran pertama dulu. Last minute aku kena bedah juga coz jantung my gurl makin berkurangan. oh ya...pada hari kedua aku memang merayu untuk dibedah. coz aku tak tau mcm mana rasa menahan kesakitan seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa. maksud aku, laki memang tak dibenarkan masuk di HTAR ni..tapi doktor dan nurse pun pakat lari dari aku coz aku menangis memanjang jer. depa tak nak layan aku....hamboi!!! bukan aku minta dilayan pun..cuma kasi la semangat ka or info ker...ni tak. dah la aku blur-blur...aku sendiri tak tau apa yang bakal terjadi...malah aku sendiri tak tau bila aku nak beranak coz aku tak tau bezakan sakit perut dan contraction. sedih,kan??

aku bukannya nak mengeluh dek kesakitan yang ku rasakan ketika ini. Cuma luahan perasaan agar ada yang memahami dan mengerti. Tak ada niat pun nak mengada-ngada or manja lebih-lebih. malah aku pun terasa gak...orang lain pun mengandung tapi tak ada kot sampai cam aku ni ha... jalan terseret-seret. huhu.....nak memasak pun dah tak larat nak berdiri lama-lama kat dapur tu ha. Nak jaga anak lagilah....terjerit-jerit jer lah aku. Anak aku plak seolah-olah faham akan kelemahan aku, dan buat bodo jer bila aku guna "loud speaker" jer. tak pantas dah nak mengejar dia...makanya, akunyer maid agak penat gak kebelakangan ni. semua dia kena buat...menjadi 'mem besar' la pula diri. huhu....even bila dah baring kat sofa, dia kena bantu aku untuk duduk semula. badan dia dah la kecik jer...nasib baiklah dia sihat sepanjang masa ni. dia lah yang kasi my anak 100% perhatian. Lucky me, dia agak memahami keadaan aku sekarang ni. malah, dia juga agak risau melihat keadaan aku.

Ya, beginilah jadi ibu. banyak yang kena kita lalui. bayangkan ibu aku yang mampu beranak sampai 10 orang... aku baru satu dua dah banyak karenah. Pengorbanan ibu tak terbatas....sayang my mum so muchhhh!!!





::tak semuanya cam gitu::

ya betul...tak semuanya cam gitu. hanya kerana nila setitik rosakla pula susu sebelanga. well..aku juga nak bagi pujian melambung kat doktor yang bertugas di kompleks harian HTAR. Pujian ikhlas ke atas seorang doktor india. wowwww!!! sangat lemah lembut...kata-kata yang keluar dari mulutnya pun menyenangkan. Cuma aku tidak sempat mengerling tag nama pada bajunya. Turut serta dalam bilik yang aku masuk, terdapat juga seorang doktor india lainnya yang consult seorang ibu yang bakal bersalin awal oktober depan. dan..paling touching, mereka sering dilawatai oleh seorang doktor perempuan senior, berbangsa india juga, berambut pendek. Sangat berkarekter dan berkarisma. Beliau siap memberitahu apa yang patut kepada doktor-doktor yang berada di depan mata aku. sangat kagum...mereka bekerja berkumpulan!!! Aku sedikit pun tak rasa takut...ye lah, bila kita berdepan dengan manusia yang bersikap profesional cam depa.

Aku sempat menitiskan air mata di hadapan doktor muda tersebut. Nak tau kenapa?? hurmmm....sebak gak dada ini dengan penerangan yang disampaikan oleh beliau. Kandungan aku yang 36 minggu ni kelihatannya pun memang agak besar. setelah di scan, timbang tara oleh doktor tersebut, my baby boy dijangka beratnya dalam 3.6kg. berat tu....dulu kakaknya lahir pun 3.5kg. Ada lagi dua minggu untuk aku followup checking kat situ. jadi, aku menangis disebabkan...."puan, kebarangkalian puan untuk dibedah kali kedua adalah besar. Ini disebabkan anak puan sudah kira agak besar. Atau puan nak cuba beranak normal dulu?", soalnya penuh berhemah. "saya nak cuba beranak normal kali ni.." 

"Puan mungkin menghadapi beberapa kebarangkalian risiko. kalau pembedahan, mungkin juga pendarahan yang banyak akan berlaku. keduanya, kebarangkalian kecederaan pundi kencing dan buah pinggang mungkin akan terjadi kerana organ-organ ini berhampiran dengan rahim. Tapi, sekiranya puan ingin beranak normal, dan seandainya bayi puan besar, takut laluan masih sempit seperti yang pertama dulu. (bukaan tak besar). atau mungkin kepala bayi boleh keluar, tapi bahunya mengalami masalah untuk melimpasi pintu berkenaan. risikonya, mungkin bahu bayi akan patah...dan ketiga, bayi mungkin akan kelemasan. jadi puan  rasa puan pilih yang mana satu. nak terus bedah or cuba beranak normal dulu?"

aku. kelu. tak mampu berkata apa-apa. statement demi statement yang terkeluar dari mulut doktor seolah-olah kedengaran dengan tidak jer kat pendengaran. Air mata aku terus menitis tanpa diundang. dan doktor tadi terkejut melihat aku yang sudah terlanjur menangis. huhu...lalu dia menepuk bahuku perlahan-lahan.

"puan, jangan susah hati...tak apa, kita tengok dulu dalam dua minggu ni macam mana. kalau bayi masih kurang dari 4kg, puan boleh cuba. tapi kalau tidak, kena  melalui kaedah pembedahan." dia cuba tenangkan aku. aku mengangguk-anggukkan kepala. aku rasa sedih sangat...

dan....paling menyedihkan lagi.... "sekiranya puan melalui kaedah pembedahan, maksudnya puan hanya  mempunyai satu lagi peluang untuk mengandung.". tersentap aku. "tapi saya nak 4 orang anak, doktor", suara ku antara kedengaran dan tak kedengaran dalam kesedihan.  'tak apa...kalau tiga pun, yang penting semuanya sihat. sebab kalau mengandung lagi sangat tinggi risikonya untuk ibu."

"tak apalah doktor, mana-mana jer lah yang terbaik.  mungkin lepas ni kalau mengandung, aku akan dapat anak kembar dan terus jadikan 4 orang". dia tersengih mendengar kata-kataku yang memujuk diri sendiri. Well, sebenarnya aku terus teringat kat suami aku....sebelum kawen lagi dia kata nak anak 4 orang. aku pula...kalau lebih pun tak  apa. tapi..bila doktor kata setakat tiga jer....hati aku menjadi sayu.

apa-apapun, aku mengharapkan yang terbaik kali ini. aku nak anak aku selamat....aku juga sihat untuk melihat mereka membesar. Bukan senang nak jadi ibu...


::tergaru-garu akibat kebongkakan::

pak ketipak ketipung suara gendang bertalu-talu..kepura-kepura bingung hati di dalam bagai di garu....haaaaa begitulah yang aku rasa. setelah sekian lama tak berbicara dalam blogku ini. Ada masanya malas yang teramat menjenguk, maka ku sedikit pun tak terbuka akan blogspot ni ha. tapi..adakalanya aku perlu meluahkan apa yang tersirat dalam hati aku ni. selagi dipendam dan disimpan terasa jauh di dalam hati sana meninggalkan sesuatu yang sangat-sangat mengganggu hari-hari yang aku lalui.  Dan bila rasa itu datang, time tu lah aku perlukan lappy kesayangan untuk digeletek-geletek. katanya, idea pula nak turun mencurah-curah.. iyer ker??

well..sebenarnya aku nak luahkan rasa ketidak puasan hati aku. hurmmm..yup. aku sangat-sangat tidak puas hati. dua hari yang lepas bersamaan dengan 24/9/2012 aku telah pergi ke pusat rawatan harian hospital ampuan rahimah. ialah....my perut dah masuk 36 minggu dah pada tarikh tersebut.  actually, masa apppointment aku ialah jam 8am. but then, aku rasa liat sangat nak bangun pagi dek keteritan yang teramat pada bahagian perutku. boleh aku katakan, kesan dari pembedahan yang lepas kot. huhu.... seperti biasa, prosedur lawatan ni, aku si suruh untuk menyumbangkan air kencing untuk diujikaji. fuhhhh...dahla pagi-pagi aku sarapan minum white coffe ah huat. air kencing pun still harum lagi dengan bauan coffee tersebut. sah...fail lah result aku nyer air kencing. warnanya?? air teh pun kalah, ok. sangat pekat.

nak dijadikan cerita, on the way dari toilet ke ruangan menunggu telinga aku sempat menyambar kata-kata berbisa seorang doktor kepada seorang doktor yang lainnya. "kalau dia datang mengadu ke sini, suruh dia pergi ke hospital swasta. dia banyak duit untuk bayar private hospital". mak oihhhh...terus aku menoleh ke arah tuan yang mengeluarkan statement tersebut. seorang doktor wanita...rasanya depa ni masih lagi inhouse training punya doktor kot. tapi....tak leh lah berkata sedemikian rupa dengan bongkaknya. kalau depa berbisik, tak per gak. ni suara cam guna pembesar suara jer....bagi aku, macam berlagak pun ada. fuhhh...so aku pun, meneruskan langkah aku dan aku sempat menoleh lagi arah tujuan doktor yang satu tadi. dan kelihatan seorang ibu hamil tengah menunggu di meja tempat yang ditujunya. owh..owhh...dalam hati aku berdetak.

apa awak ingat ibu hamil datang ke sini untuk mengadu ker?? haruslah kaum ibu bertanya apa yang kurang pasti atau menda yang tak difahami. Kalau pasal kehamilan ni, nak mengadu apa mendanya??? huhu...aku pula terasa lebih-lebih.

sepulangan dari klinik, aku terus luahkan rasa hati kat suami. suami aku apa lagi...."napa tak cakap kat doktor tu, siapa yang bayar gaji dia?? gaji tu datang dari mana?? kalau semua orang pergi ke hospital swasta, baik tak payah ada hospital kerajaan. Jadi, dia ingat dia jadi doktor untuk apa?" huh...lagi panjang jela laki aku berceramah. aku mendiamkan diri mendengar leteran sang laki. tak tau lah  kalau laki aku ada masa tu, mesti dia terus gi jumpa doktor tersebut 'hidup-hidup'.

macam ni punya orang pun ada ka?? aku rasa agak memalukan lah seorang yang berkerjaya profesional bersikap sebegini rupa. hurmmm....agak-agaklah weiii....


Saturday, September 8, 2012

::bila agaknya?::

sekadar tertanya-tanya dalam hati ini... bila agaknya si kecik  aku ni boleh berbicara?? sekarang umur dah setahun tujuh bulan. cuma tau sebut...neneh (nenen) apabila nak menyusu, papa, mymy vs mommy (time nak manja mengada-ngada dengan lentoknya), baby...yang lain semuanya baby words such as bremm bem bem merujuk kepada air kalau dia nak minum, nam nam merujuk kepada makan, muh muh merujuk kepada lembu...dan banyak lagi yang aku kurang paham bahasa dia. cuma aksi dia yang menunjukkan apa yang dia nak sampaikan baru la aku paham... tak sabar nak dengar dia menuturkan kata-kata. kekadang dia menyanyi...tapi lyric dia lain dari yang lain..sebutan yang keluar dari mulut dia jauh beno dengan lyric. ...kesian plak aku tengok dia beriya-iya menyanyi sambil terhangguk-hangguk kepala mengikut rentak music.


sekarang dah ada kemahuan yang tersendiri. kalau tak dituruti maka dia akan menangis sampai berbaring-baring kat lantai. kalau marah sangat sampai terlompat-lompat sambil menangis. dan...dia suka dengar lagu kanak-kanak dari youtube. kalau aku sibuk-sibuk nak buka fb time lagu dia tengah on air, di tarik-tariknya rambut aku sampai aku tune balik ke dia punya website. haha... dia pandai gak nak marah-marah dan nak menampar or menendang orang. ganassss wooo!!! bagus-bagus...lepas ni tak ada orang berani nak buli my anak time dia dah jadi anak dara sunti nanti. mommy nak hantar pegi kelas wushu... 

and...one thing i loike bout her, dia juga pandai memujuk...kasi cair hati papa n mommy dia. if nak sesuatu dia pandai nak sayang-sayang ciom muka mommy dia or merangkul erat leherku. senyuman pun manis jer menggoda... lepas tu, nampaklah apa yang dia nak...hadeiiii.

tak sabar nak berperang mulut dengan my little gurl.


::habuk pun tarak::

woawww...woawww...dah lama aku tak mencantas dan  mencabut rumput kat tuan punya tanah ni. penuh lalang dan semak la pula. heee...bukan apa, aku macam malas nak "berkebun" semenjak dua menjak ni. ye lah, dalam keadaan sekarang, 34 minggu preggy..aku bagaikan seekor penguin. barangkali cute juga kot melihat caraku berjalan. miahahaha...well, berat dah membawa diri sekarang ni. so, dengan alasan itu juga...aku malas mengarang. malas berfikir...malah emosi aku menerawang tak tentu hala tanpa ku dokumentasikan. lebih baik begitu..membiarkan segalanya berlalu pergi as time goes by.

bah...ari ni hujung minggu. suamiku pula sibuk bekerja. kesiannn my lokong...kena kerja kuat untuk sara keluarga. aku pun tak sabar juga memulakan rentak ni...nak mencari rezeki aku yang tersendiri. Aku sedang mengidamkan sebuah rumah persendirian...dimana anak-anak boleh bebas berlari dan bermain. Sekarang, nak lepaskan anak kat luar rumah pun risau..terus jer dia menghala ke pintu depan, rumah jiran. pandai-pandai jer tak payah orang jemput dia meluru terus masuk ke rumah orang bahkan sampai ke bilik tido. pantas. cam lipas kudung. =) so..hopefully tahun depan tahun kegemilangan buat diriku. Semoga Tuhan membuka pintu rezeki buat diri ini. Well, sekarang masih lagi menduduki so-called kondo. haha...tapi, bersyukur juga la coz we all bukan menyewa pun. atleast dah jadi hakmilik tetap sudah...ada gak tempat berteduh dari hujan panas dan halilintar bagai. ialah...berangan gak duduk umah teres cam orang lain. tak yah nak panjat-panjat tangga...kalau lift ada tak per gak. time preggy cam gini memang mengeluh selalu tatkala turun naik tangga...lagi-lagi kena pegi klinik setiap minggu. hurmmm..

hari ni check akaun nuffnang aku.."habuk pun tarak", masih stuck kat amaun tu juga...bilalah nak merasa duit nuff ni agaknya ek?? beli lampin anak pun jadilah...hehehe... ohya, hujung minggu ni, aku  nak disiplinkan diri aku dari buka fb. dah cam addict la pula kena buka fb hari-hari...tapi blogging malas la plak. ngihhhh...hujung minggu nak kasi perhatian penuh kat si kecik aku yang bakal jadi kakak dalam sebulan lebi jer lagi. tapi..ada gak nurse ni takut-takutkan aku...hati-hati puan, baby tu boleh keluar bila-bila masa. tak semestinya tunggu penuh 9 bulan. owh..owh....nerves.