Thursday, August 9, 2012

::laksa Penang::

saja nak berbicara pasal makanan malam ni...merujuk kepada entry post, laksa penang memang kegemaran aku. kat sarawak aku tak pernah jumpa pun mee beso cam gini. aku ingat pertama kali diperkenalkan dengan laksa ni. waktu tu aku belajo kat politeknik pahang..aigooo...bila teman aku suh aku makan mee laksa, punyalah aku mencari. padahal mee tersebut memang ada terhidang depan mata. Mana mee nya?? kawan aku terpaksa hulurkan mangkuk yang mengandung mee tersebut. "aiehhh...gelinya tengok mee ni. beso nya!!" well, u know laaa... first time tak leh blahhh..second trial...third...dan keseterusnya terus addicted plak. nak-nak kat kuantan time tu adalah gerai yang agak famous, Laksa Zul. tiap kali member turun pekan, wajib pesan. sedap perrr.... so, bila makan laksa penang, teringat kenangan di polisas. =)


tapi bukan itu issue aku nak cakap kat sini. ni ha... laksa penang yang sungguh mengecewakan tekak aku. aku nak sebut nama restorannya,(ada kat seksyen 8 situ...) kesian plak kat depa. Dahla nama restoran begitu gah...tapi bila persembahkan makanan lagu ni kat  customer, sangat tak best lahhhh. Dahla tekak orang mengandung..jauh-jauh aku gi situ semata-mata teringat akan keenakan laksa. hampehhh...aku percaya laksa ini hanya dituang air suam. Kuah....tawar. kegeraman aku tak leh nak cerita lah. so time bayo aku terus tegur tuan punya kedai. "napalah laksa penang kat sini tak rasa ORI. tawar jer..." lalu pakcik tu menjawab, owhh...ini disebabkan bulan puasa. time biasa tak cam gitu... hurmm.. what an answer, uols. kalau aku lah tuan punya kedai, orang tu tak makan makanan tu dan complain, sendiri harus tengok lah keadaan mee tersebut. awak lalu ker makan menda yang dimasak sebegitu rupa. tak rasa bersalah ker?? and yet, dia just bagi kat i discount 90cent out of rm4. fuhhhh....tak baik buat orang lagu tu. tak berkat...



nah, yang ini plak...aku beli kat gerai belakang umah kita orang. gerai biasa-biasa jer...tengoklah perbezaannya. Kuah pekat. rasa pun secukup rasa walaupun tak memenuhi citarasa sirim aku yang sebenar. atleast tak lah nampak menipu atau ketara nak paut keuntungan.  Harga pun lebi kurang sama. Uols boleh nilai sendiri lah....yang mana satu masakan dari hati atau masakan yang sekadar nak kaut keuntungan semata-mata.

siapa tak geram weiii....


::myBb OD::

haluuu bb sayang...
minggu ni anakku dah berusia 29 minggu. wahh..bukan main lagi anak mummy kat dalam tu,kan?? menendang-nendang mommy memanjang. mommy rasa bahagia sangat tatkala terasa pergerakanmu. seringkali mommy cuba melihat pergerakan ombak kat perut mommy. Mommy tak sabar melihatmu...


nah, ini gambar mommy dan kakakmu. Besarkan tummy, mommy?? sampai orang tanya either mommy membawa bb kembar. apapun, mommy harap anakku membesar dengan baik dalam sana. mommy love you. Papa love you, too. we cant wait to hold and kiss u, bb_OD dear.

::awan hitam::

syukurlah...dua hari berperang dengan perasaan sendiri sungguh menyeksakan. Memang sukar rasanya bernafas. sesak. semua guruh, petir, hujan dan ribut yang melanda ada di dalam hati dan fikiran. Buat apa pun tak dapat. hurmmm...mungkin juga kesan dari hormon aku yang tengah preggy ini. tapi, ada juga orang yang mengatakan "jangan jadikan hormon preggy sebagai alasan." oh ya???  mungkin ya..mungkin juga tak.

aku ni ha...kini usia kandungan mencecah 29 minggu. memang berat jugalah rasanya aku membawa diri ini ke sana ke mari. Itu luaran. Dalaman?? aku tersangat sensitive. mudah terasa. mudah mengalirkan air mata...tengok cerita sedih sikit dah teresak-esak. dengar cerita sedih orang lain, aku dah sebak lebih-lebih. Semuanya di luar kawalan aku. Bukan aku nak sedih...buat apa aku nak menitiskan air mata untuk something yang tiada kena mengena dengan diri aku,kan??

aku tak tau lah kalau preggy mommy luar sana yang mana...semakin hari semakin "manja" ngan suami. haha...serious. aku mula merindui suami. selalu ingin dia berada di depan mata.. alaaaaa...cam ketika mula-mula bercinta suatu ketika dahulu tu. Tu yang, bila terasa-rasa suami "CHURANG"(touch-wood)...memang menggamuk lah hati dan perasaan ini. urghhh...memang sakit. lagi-lagi bila teringat pengalaman cerita orang pasal lelaki depa yang buat hal time depa hamil. Dalam hati aku menafikan juga..takkanlah laki aku buat lagu tu..tapi, otak aku pula menghasut, "ko jangan....ko mana tau?? ko tu duduk umah jer.." dan akhirnya aku tewas dengan perasaan aku sendiri. bukan saja aku rasa terseksa, laki aku pun sama...ye lah, orang tu dok relax2 kena tuduh macam-macam. dia pun sakit hati gak...bak kata laki aku "ko punya angin ni bahaya...angin tak menentu." 

tu lah dia...wanita ni, bila hatinya dilanda resah dan gelisah memang haru-biru jadinya. syak wasangka dan curiga bermaharaja lela amat meresahkan hati sang arjuna. apapun, syukurlah...awan hitam dah berlalu pergi. dan..hikmah dari kejadian ini telah memupuk perasaan cinta yang lebih mendalam dalam hati ini padanya. Sapa tak sayang suami weiiii.....bila hati dan perasaan bini diusik, maunya tak menggamukkkkk sakan!!! lagi-lagi kalau 'hak milik' kita diusik atau terusik. bom nuklear terusssss OK!!

aku sayang dan cinta suami aku. Bini mana tak cemburu,kan? heeee...

Saturday, August 4, 2012

::bicara batin::

duhai hati..
hari ini hari terindah buatku... tapi yang ada dalam hati ini cuma getaran syahdu. sayu. pilu. dan..malam ini...aku tidak dapat memejamkan mataku walau sepicing pun. aku rasa sepi. sendiri. Batin berbicara sendiri. Bagaimana aku menghadapi semuanya ini?? aku tidak kuat. dan aku tidak mungkin dapat menerima amaran naluri. kenapa?!! kenapa aku dipilih lagi untuk lalui semua ini..kenapa??!! senyuman yang bukan hakiki...pedih bertakhta menerajui minda. sakit. sakit sekali... jangan sesekali cobai aku. jangan. kerana hati yang remuk jawapannya pasti.

::3rd rasa::

ada hati yang terganggu. sepatutnya hati itu ceria...tapi ini adalah hari ketiga percubaan itu menduga lagi. aku tidak tahu kenapa. jauh di sudut hati ini ada satu rasa. satu getaran yang tidak bisa diungkai. apa rasaku ini sekadar rasa. atau..adakah ini petunjuk dariNya. Aku tau, setiap kali aku merasakannya...aku pasti itu satu petanda buat diriku. kenapa aku diuji sebegini?? Apa salahku... ya. aku memang banyak kesalahan. kelemahan. dan paling pasti aku bukanlah seorang manusia yang sempurna. ratap kecewa menikam dada. pedih.

aku memang tewas apabila berperang dengan bisikan hatiku. satu sudut menafikan. satu sisi lagi mengiyakan. ya, mungkin terlalu awal untuk aku membuat andaian. tunggu dan lihat sampai mana sandiwara itu tersembunyi. didepanku atau dibelakangku? aku pasrah. aku menanti. dan andainya benar....cukuplah setakat itu untuk aku mengetahui dan melalui. biar onak berduri, aku tetap akan berlalu kerana aku...cukup pantang untuk dipersenda.