Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday

salams uols...
hows ya day? harap kalian semua sihat hendaknya. mrsd still lagi berperang dengan "sakit tekak". hari ni dah ok sikit sakitnya...semalam mrsd minum 5 botol air badak. mungkin benar. dalaman mrsd panas kot..ditambah plak mrsd suka sangat makan-makanan pedas tapi kurang minum air. bak kata mrd, "mrsd ni diibaratkan lori tapi isi minyak kereta kancil." faham ker maksud mrsd ni??..ye la..badan mrsd bosa tapi minum air sikit jer..

ye lah..kita semua pun tau cuaca sekarang tak menentu. panas. hujan. panas. lepas tu kuar masuk suhu berhawa sejuk lepas tu pegi berjemur plak..sudah tentu badan ini keliru. jadi, sakit pun mai lah menjenguk melihat kekurangan diri kita, tang mana dia nak hinggap. cam aku... dia serang aku nyer tekak. fuhhh..uols tau lah...kalau pernah rasa sakit tekak.

tapi mrsd nak kongsikan disini..sepanjang mrsd sakit, mrsd cukup-cukup kurang sabar. mudah melenting. Pernah dulu seorang kawan berkata..."awak sakit ada sebabnya. Tuhan nak awak rehat." ialah..coz time sakit lah kita nak berehat. nak merasakan ketenangan. tapi...haha...aku nak dapat ketenangan pada masa sekarang??? NO way, uols. si kecik asyik berkepit di badan mrsd. Ditambah pula kebelakangan ini, si kecik suka sangat bercakap. kepohci...tak tau apa yang dia nak katakan. time tido...tetiba rasa berat badannya menimpa mrsd. terjaga. nak tak layan, tak sampai hati...si kecik masih belum membiasakan diri dengan si Nelly. still want me around, baru dia OK.

Mrsd harap, esok...mrsd akan bangun dengan bergayanya. ho yay!!! mrsd nak sihat!!! mrsd tak nak sakit...bila sakit, mrsd tak da semangat!! mrsd mudah marah!! mrsd mudah melenting!! mrsd mudah hilang sabar......huhu...the negetive aura memang bermaharaja lela.


suhhhh penyakit......aku nak sihat!!!

Tuesday, October 11, 2011

Sayang Galax!!

hai uols..
dah lama dah mrsd nak "showoff" mrsd nyer galax ni dalam blog. ye lah...sebelum ni dok berangan galax jerk..asyik-asyik sebut pasal galax jer...bila dah dapat, terus menyepi pula. haha... thanks to mrd yang sudi perabis duit untuk bikin hati mrsd happy sempena besday mrsd bulan lepas. sayangggggg dia sesangat!!! bah, jom kita ushaaa....taraaa!!!

 kat working station mrsd nampak paper beg LG. hurmm...laki aku beli hp product LG ker?? aku tak excited langsung. huhu..aku nak menda lain..dapat menda lain... haha..mrsd tak da hati nak gi tengok pun. cesss...demand punya besday gurlll...


 Taraaaa....sekali adik mrsd gi ushaa....uiii...ko dapat Galax lah... dalam hati mula mengembang dan menguncuppp...hadeiii.....bila dikeluarkan kotak.  aku cam mok melompattt jerkkkk!! yippiieee...aku menang motorrrrr....haha...gaya ala-ala cam gitu la.


 yang ini pula dia nyer blue tooth. nak calling-calling kena guna ni lah...tapi kalau tak nak pun boleh gak. cam aku sekarang...semua alam leh dengar kalau aku tengah cakap ngan orang guna galax ni. haha..bukan nak berlagak you...saja malas nak menyumbat tolinga ini dengan blue tooth..so, suami dah mintak pasal aku tak manfaatkan gigi biru ini.


 yang ini pula ear piece. aku belum guna lagi....lepas ni kena guna la kot...hehe...nanti mrd tak happy aku tak manfaatkan pemberiannya seada mungkin.


 ahhaaa...ini dia casing galax mrsd. color grey....actually mrsd nak color orange...pink... tp mrd kata semua casing yang tu pvc. cuma yang ni jer ori leather. hurmmm..apa-apa jer lah... lain kali cari orange kaler ya??..


 ini dia...buku baru mrsd. asyik dikendong ke sana ke mari...kesukaan. paberet gitu...


 so now, bila orang sebut angry bird...aku dah tau dahhh. dulu aku tak mengerti pun bila orang sebut angry bird game. aku ingat la apa sangat....cesss...Dunia, lihatlah!! aku dah reti main Angry Bird!! tapi aku tak suka main pun...aku lebih suka main muzik untuk si kecik...dapat kat Android Market...freee gitu.



inilah antara fungsinya....memudahkan mrsd tangkap gambo dan tangkap vdeo...senang. cepat. terus download fb. haha....oh ya, contact no. mrsd dah tukar dah...no. lama dah mrsd tikam dan patah-patahkan. buang jauh-jauh dalam tasik botanik...haha....

uols....
walaupun Galax ini baru lagi...sometimes dia buat peel...suka hang. ni yang tak syiokk..ari tu mrsd ingat nak pulangkan kat shop. tetiba baik pula...hangin betul lahhh...Apapun, terima kasih kepada penaja, MrD yang baik hati hadiahkan mrsd Galax.

luvs hubby. luvs bb. luvs galax.

Dia tak cute at all!!

hurmmm...alkisahnyer...adik mrsd khabaq kat mrsd pasal seseorang. well...malas nak intro lebih-lebih. Mrsd ni kan peminat dia. haha...artist la tu yer?? klu di situ. yupp. punyalah cute gaya dan peribadi seseorang yang mrsd minati ini. not until adik mrsd khabaq peel sebenarnya dia.

dia lain dari yang kita tengok di kaca tv tu...dia berbeza perwatakan dari yang kita dok dengar dalam radio...kalau tengok kat tv, cam peramah jer orangnya. cam notti-notti... cam cute... phieeww....sampai laki aku pun "jatuh cinta" termengaku dia gf, konon-kononnya. bila my adik kasi khabaq mai pasal peel si dia ni...mrd pun terus ngelakkkk. itu bukan gf saya. haha...well...kat kaca tv semua perfect jerk erk?? tapi kat luar..mak datok sombongnyer dia...tak nak senyum ngan orang....suka melenting....cam kepala batu pun ada....disebabkan itu, mrsd dah tak ikuti lagi program dia kat tv dahh..mrsd pula naik menyampah...hadeii...

walaupun dia tak bersalah kat mrsd...tapi bila dapat tau cam mana dia layan orang...mrsd tak suka. ialah..mrsd dulu cam "mengagung-agungkan" dia. suka sangat suara serak-serak basahnya...perangainya yang cute-cute. Geng-geng adik mrsd gelar dia PLASTIK...budak-budak spital swasta la ni... hahaha....mula-mula depa nak gak gi ambik gambar glamour dengan si dia ni. tapi bila si dia dah sihat...sembuh...semua pakat tak tau jerkkkk kat si dia walaupun si dia gi lah memberi book mark kat depa and says "terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya."..hurmmm.. dah jadi public figure tu, walau dimana anda berada, dont show-off la erkkk....rasanya kalau merendahkan diri..orang pun respect dan suka kot. tak rugi merendahkan diri,you....hati mrsd dah berubah dah. tak nak you dah...adushhhh!!!

mrsd dah tak minat dah kat si dia. Phieww....

Haruan oh Haruan!!

uols...
haruan sangat berguna untuk mengubati luka. Luka dalaman maupun luaran. Time mrsd beranak dulu...oppss...melalui tetingkap jerk.  mrsd kena minum pati haruan. sebotol untuk setiap hari. baunya...yearkkk..meloyakan. mrsd kena tutup hidung sebelum menelan tu pati haruan. last-last mrsd dapat petua.

mrsd rendamkan sebotol pati haruan tu dalam air panas. lepas tu...teguk bila pati haruan tu still panas. bukan time panas sesangat la..giler nak teguk time panas giler..haha..ada yang melecur plak nanti. memang betul. selama 2 minggu mrsd dok hirup pati ikan haruan...luka bedah mrsd cepat jer sembuh. tapi kat blah dalam tak tau lagi arrr..kat luar memang dah kering dah...mrsd tau blah dalam still luka coz bila mrsd gerak lasak sikit, blah dalam rasa ngilu.


ok..itu bab pati haruan. bab haruan makan anak plak...hadehhh. tak kiralah siapa haruan tersebut. yang penting, haruan adalah seseorang yang diamanahkan untuk menjaga sesuatu...lebih kurang Pagar gak lah..."pagar makan padi". adalah satu kisah tu...kisah benar uols. dia sangat berkedudukan dalam pekerjaan kerajaan. ada gelaran pula dalam agama. rupa-rupanya dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki sejenis. bila ditanya bininya...dia kata, "budak" tersebut adalah "budak bermasalah". dia nak bimbing "budak" tu ke jalan yang benar. ya ampun....kesian bini dia kena kelentong habis-habisan. dah la "budak" tu siap pegi tido lagi kat rumah dia orang. si bini pun innocent jerk..tak berprasangka burok ke atas suami yang jahanam cam dia yang bertopengkan manusia.

Cuma yang aku tak paham...kenapa si lahanat ni boleh juga diperbudak-budakkan oleh si "budak". apa jer si budak suruh, dia buat juga. Orang tu dah la tua... napa cam tak berpendirian ek?? ikut jer telunjuk "budak" tersebut. kenapa ya?? bila lelaki suka lelaki.....aku jadi pelik. sangat pelik. aku tak faham apa yang difikir depa...aku tak faham. sangat-sangat tak paham. tak takut bila kubur kata Mari ker??...lagi-lagi yang dah ada family tu. runtuh lah institusi kekeluargaan kalau ramai insan cam gini wujud. phiewww...

Haruan..oh haruannn....

Lelaki memang merbahaya!!

hai uols...
Lelaki Merbahaya!! itu yang mrsd simpulkan. asal jer lelaki....tak kiralah lelaki tulin or lelaki jadian. bahayaaaa....mereka punyai senjata yang tiada pada kaum hawa. well..sebab itu lah mereka dinamakan  lelaki. teringat pesanan emak mrsd. suatu ketika dahulu mrsd amat rapat dengan golongan "lelaki lembut".

"anak..ko ni, emak tengok terlalu rapat dengan si polan." mrsd menjawab gak time tu. " eleh mak. jangan risaulah...dia kan P%^$#N.". emak aku gerammm jer dengan jawapan aku. "dia pun manusia biasa gak..walaupun begitu. dia tetap ada naluri kelelakian. nanti tetiba TERANGKAT, bukan boleh jangka.". haha...aku tergelak jer dengar omelan emak aku yang agak konservatif pemikirannya.

dulu, boleh lah gelak. bila tengok kejadian sekarang....bapa sanggup liwat baby lelakinya. mrsd bertambah gerun. anak lelaki pun belum tentu selamat. Jangan ingat kita ada anak laki, kita boleh biarkan dia merayau-rayau berbanding anak perempuan. dunia sekarang....tak dapat perempuan, lelaki pun "depa" cekau. Rasanya, lagi membimbangkan anak lelaki kini berbanding anak perempuan. Coz kita tahu...kalau perempuan, memang kita kena jaga. Kalau lelaki...kita tak tau dunia 2 alamnya. phieww.....dunia sekarang tak selamat.

Buat lelaki...kalian adalah sandaran di dalam keluarga. kalian mendapat tempat tertinggi dalam institusi kekeluargaan. please lah....jangan jadi bapa haruan. jangan makan anak sendiri....

mrsd bersyukur kerana lelaki dalam hidup mrsd adalah lelaki tulin dan lelaki sejati. Lelaki yang layak menerima penghormatan~~~>bapa & suami<~~ tapi bukan bermakna lelaki di luar sana semuanya lelaki yang durjana. touch-wood. semoga kalian menjadi lelaki yang benar-benar lelaki. lelaki sejati yang mendapat tempat di hati kaum wanita. Gunakan kelebihan yang ada pada anda sebaik mungkin.

ini pendapat peribadi mrsd jerk. kepada kaum lelaki, janganlah terasa kalau anda bukan dari golongan yang mrsd sebutkan. ampun dan maaf erk.