Tuesday, October 11, 2011

Jelmaan Iblis

selamat pagi uols...
semoga uols sihat la hendaknya.  hurmmm..mrsd nyer post entry punya la ganaz. mungkin di minda kalian tertanya-tanya kenapa mrsd meletakkan tajuk yang menggerunkan ini. Mrsd punyai alasan yang tersendiri meskipun fahaman kita berbeza. mrsd nak uols tahu dan mungkin ada yang telah mengetahuinya...apapun, mrsd tetap nak share juga pasal jelmaan iblis ini.

dua hari yang lepas, mrsd godek fb. ternampaklah post seorang kawan, link Star-Online. seorang bapa sanggup meliwat babynya yang berusia 23 hari. 23 hari beb!!! bukan 23 bulan atau bukan juga 23 tahun. Hari Ok!! sekali baca, mrsd ok jer..dua tiga kali baca...emosi mrsd mula meledak. si bini pula tengah dalam pantang. si bapa aka si suami betul-betul kemaruk seks. Kenapa sampai cam gini?? apa yang difikir oleh si bapa ketika itu?? kenapa bayi kecik itu dijadikannya mangsa??

Kepala hotak mrsd terus berpusing-pusing berfikir dan berfikir. macammana agaknya alat sulit si bapa menjunam buntut kecik baby tersebut. lagilah kalau dijolok atau disodok berkali-kali. baby owhhhh....sangat kesiannnnn. apakah sang suami merasa kesedapan melakukan sebegitu dengan bayi kecik??? kenapa oiii!!! rasanya binatang pun tak buat kat anak dia cam gitu..siap depa jaga lagi anak dari didekati. Kenapa manusia yang dikarunia akal begini tak mampu berfikir?? kenapa?? sakitnya hati mrsd.


ternyata ini adalah jelmaan iblis yang melampau... dia telah merasuk ke dalam akal fikiran sang suami yang bertuankan nafsu. mrsd masih lagi mengurut-urut dada ini....Oh My God..... hanya itu yang termampu mrsd lafazkan. bapa gila...suami gila.....apapun alasannya, mrsd tak mungkin dapat terima. dah la baby tu baby laki pula. betapa nafsunya dia....nafsu binatang!!!

mrsd geram sangat.

Sunday, October 9, 2011

Wordless Sunday

hurmm...tajuk entry pun, cam tah apa2 jer,kan?? well, now mrsd, si kecik dan si nelly kat office mrd. gi menyebokkk..mrd ada keje nak buat. haha..siap nak bawa segerombolan askar gitu. tah apa tah yang dilakukan belakang sana....kita orang kat depan, opis ni plak..godek-godek dia nyer barang...

Actually we all baru jer balik dari tesco. hurmm..mrsd nak mengomel sikit la...everytime mrsd gi sana, mesti ada problem dengan baby troli. perlu ker mrsd request everytime gi shopping sana. actually mendanya ada bersepah kat parking kat bawah tu ha...pekerja tak angkut naik pun. yang dibawa naik, troli biasa jer...habehhh orang yang ada baby nak gak pakai troli yang ada tempat baby leh baring tu...aku dah la malas nak bawa naik dia nyer stroller. nak harap Tesco nyer jerk...tapi selalu cam gitu. bengang plak mrsd kalau tiap kali ke sana, kena gi request. lepas tu orang kat kaunter pertanyaan tu, buat bodoh jerkkk....

Lagi satu...mrsd tengah frust nih...Galax mrsd mengada-ngada sampai sekarang still hang. mrsd nak godek pun tak dapat. lagi satu...dalam sana ada lagu sing-sing together favorite si kecik. bila mrsd mainkan, dia akan senyum dan angguk-amgguk kepala. kekadang membantu gak mengalih perhatian dia dari terusan menangis.

Mrsd punya tekak dah rasa ok sikit sekarang ni. tadi petang, mrsd beranikan diri gi makan ubat tahan sakit selepas bersalin. 2 biji la juga mrsd telan. if not..mrsd rasa nak melenting memanjang. rasanya lepas ni, mrsd telan lagi kot...coz masih bersisa rasa kesakitannya...huhu

oklah..setakat ni dulu omelan mrsd untuk malam ni. semoga esok kalian melalui kehidupan yang lebih produktif dan amalkan gaya hidup sihat. Esok mrsd plan nak gi klinik kesihatan. botanik..gi mintak ubat. kat kawasan we all dah ada klinik kesihatan baru...harus lah pergi ke sana. hopefully, jangan ada sikap pekerja yang menjengkelkan...

nyte world...

galax oh galax!!!

mrsd betui2 tak puas hati nih.... tak sampai 2 minggu mrsd guna gadjet yang paling mrsd sayangi ini. dia dah mula   meragam. sakit hati you... mr. Galax aku ni dah pandai hang-hang plak. Semalam mula buat hal. tak da apa sangat pun yang mrsd tekan. terus hang...hari ni tadi, mrd pegang kejap, tu pun we all baca star on line. tetiba hang. dan terus gelappppp. mrsd cuba on..off..on..off...tak da menda pun kuar. image mau pun cahaya dari mr gadjet tarak...semestinya mrsd susah hati dan cuak...weii..jangan mainkan perasaan aku weiii....ko tu dah la harga mahai....siang malam aku termimpi-mimpi. bila dapat, alih-alih ko buat perangai plak....ini tak boleh jadi!!!! kata canggih...tapi berproblem. canggih amendanye sekarang ni??!!! bengangg mrsd.. dahla sakit kerongkong...plus lagi dengan mr Galax yang ngada-ngada ni. hishhh....

Saturday, October 8, 2011

wordless saturday

hai uols...
apa plan hari ni?? mesti dalam kepala otak tu dah tersusun pelbagai rancangan,kan? paling tidak pun plan nak kumpul ramai-ramai satu family lepak dalam umah. upacara santai bersama keluarga. mungkin juga diadakan acara makan-makan...hehe...tak perlu masak besar-besar. masak simple pun ok...yang penting keluarga berkumpul.

suami mrsd dah turun keje dari pagi tadi. tak tau bila pulangnya..tapi biasanya saturday, dia keje halfday gak la...tapi bergantung pada keperluan kerja dia. mrsd pula...hehe..tengah goreng ikan nih..aroma ikan harum semerbak sampai ke work station mrsd ni ha..sambil-sambil bah. wanita...beginilah. boleh buat dua tiga kerja dalam satu masa. memasak...jaga anak...on line...serba boleh,kan??

oh ya...mrsd rasa kurang sihat kot...dari semalam lagi. mrsd tak leh nak tido. kerongkong rasa perit jer..nak telan air lio pun tak leh..tak tau kenapa. mrsd bangun berkali-kali gi minum air. tak ada perubahan gak. last-last mrsd telan sebijik panadol. then only mrsd boleh terlelap. pagi ni..rasa sakit tu ada lagi..tapi kurang sikit. mrsd telan lagi 2 biji panadol. ada gak rasa pening-pening sikit plus biji mata terasa sakit jer. adakah aku sakit?? tak tau lah...tapi mrsd budget jer telan panadol. sangat tak selesa tau...tadi mrsd try check suhu mrsd sendiri..ok jer, tak pula meninggi sampai 38*. normal jer.

oklah..apa-apapun, mrsd berharap semoga mrsd sihat hendaknya. uols pun begitu yer...take a good care and enjoy your weekend with ya beloved one.

adios.

Friday, October 7, 2011

Lagi 5 orang...

Uols...punya lah lama mrsd nak kumpul follower...hadehhh....setakat ni mrsd nyer follower dah ada dalam 45 orang dalam senarai. Ada lagi 5 orang untuk mencapai 50 orang. Mrsd dah mula berkira-kira dah dari sekarang, apa nak bagi kat cabutan bertuah GA mrsd erkkk...tengah sales lagi ni. Sambil mrsd membeli-belah tetingkap, mrsd jeling-jeling gak...kata harus di kota. hehe... nanti dah cukup 50 mrsd akan buat undian...kita tunggu dan lihat, siapa yang kena!!! satu lagi xtra GA mrsd nak kasi ialah kat pengomen terbanyak kat msd nyer entry. komen..jangan tak komen..heee

Siapa tak nak barang free??..heee...