Friday, October 7, 2011

kecik dan Nelly ke Kelas

hari ni gi kelas. terlewat 30minit masuk pejabat supervisor aku. bukannya apa...we all dah sampai tepat pada masa di tempat kejadian. malangnya, si kecik aku poo-poo plak. nak harapkan si nelly ganti dia nyer dryper, nampaknya tak boleh lah. si kecik cam tau aku nak gi ke mana-mana. menangis dan melalak la pula dia dalam keta. hadoi...haru-haru...

akhirnya aku bawa masuk jugalah si kecik dan si nelly sekali. lagi buat hal....tak nak duduk diam. nak duduk di pangkuan mommy dia juga. supervisor aku cam faham..."anak ko nak ganti ko la tu", katanya bergurau. hishh..aku buat bodoh jer. buat apa pula aku nak terasa, bukan menyindir pun. haha...

sepulangan we all dari main kampus, dalam keta memekak lagi. hadoii...kali ni nak tido. nak buat cam mana...takkan aku pangku sambil drive. salah tu di sisi undang-undang. last-last nelly sandarkan dia di bahuku sehinggalah terlena. kesian..restless kot. pagi tadi kena bangun awal..

so..now, i feel free. terasa tak da bebanan walaupun bebanan itu memang ada di situ. feel relief setelah jumpa supervisor aku. Tapi mata plak  mengantuk..Apa taknya, bersengkang mata jam 4am buat keje...kepala pun terasa spinning gasing jer nih.

later mrsd update lagi...see uols later.

ciao!! n Peace...

Thursday, October 6, 2011

Selamat Malam

selamat malam uols...
dah makan ker?? mrsd belom lagi. tadi menapau nasi goreng ayam kat G.I.Joe sepulangan dari Jusco. ada urusan belanjawan yang harus diselesaikan dengan Maybank Cash Deposit. hurmm.... tadi, run ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, shah alam. Anak aku tinggalkan dalam kereta. sebelum masuk library, mrsd kasi dia minom dulu!! sampai tertido. adalah juga spend sejam dua kat sana...then, rushing back. jalan plak jam. Kendian gi Jusco seperti yag mrsd telah sebutkan.

Now kat umah. relaxkan diri...oh tidak. anak aku mana lah pernah nak kasi aku rehat. Mrsd rasa sakit-sakit seluruh badan. dari semalam dah mengeluh,kan?? haiseymannn... malam ni takda mrd around. Mrsd pulak nak buat sikit assignment. nak tunjuk besok kat supervisor.. cam biasalah....suka sangat wat keje last minute. tekanan dia maha dahsyat gitu...momentum kuat owhh kalau buat keje last minute nih, dengan tak tidonya...dengan gelabahnya....dengan gabranya...macam-macam ada...

oklah uols..tido dengan baik malam ni k. jangan lupa cuci kaki...nanti dapat mimpi buruk cam aku semalam. huhu....apa yang penting, set semula hati sebelum tido...rasakan kedamaian dan kemaafan di dalam hati..Biar bangun esok pagi dengan hati yang riang ria...senyum. tak perlu kata apa-apa. heee....

loves.

Good try Nelly!!

hari ni mrsd tido jam 8pagi setelah pemergian sang suami keluar bekerja. ya..dari jam 4 pagi dah terjaganya. apa lah lagi...mrsd punya tido terlajak sampai jam 1petang. mak aihhh...luckyly ada nanny looking for this gurl. but then, ada gak beberapa kali my nanny bawa tu kecik ke bilik mrsd coz budak kecik ni nak mommy dia. yelah...mommy dia ni,kan candu. kena hidu bau badan dia, baru puas hati.. mommy plak memang cam batang buruk yang tak mampu nak bergerak. lemah sangat. si kecik pula ke sana ke mari melimpasi badan mommy dia. suh bangun. tapi mommy buat deq. kejap-kejap dia berbaring dengan manjanya di bahu, di muka, di perut...pendek kata di seluruh badan mrsd. bila dia dah ok, Nelly the nanny pun bawa dia kuar. buat kan dia susu...cubit cake suap kat mulut si kecik...dan akhirnya si kecik pun mengantuklah. lalu dibuainya. mamam belum budak tu.. diri terasa bersalah la plak.

mrsd bangun cepat-cepat. sekali mrsd jenguk, dia pun membuka mata sambil tersenyum kat mrsd. Bila dapat tau dia belum makan lagi, mrsd angkat. si Nelly pun pegi la ambik bubur kasi dia makan. ok plak dia makan...tapi tak banyak. anyway...mrsd ada rasa kegirangan kecik di hati. sekurang-kurangnya...ada satu kemajuan ditunjukkan di situ. hope semuanya berjalan dengan lancar meskipun take time.

Petang ni  ni mrsd nak gi library. si kecik dan si nanny bawa sekali. duduk dalam keta lah gamaknya...haruslah mrsd pulun  cepat-cepat kot. aiyoooyooo....

Kenapa la pula ni??

Apa dah jadi ni?? berkali-kali nak login ini WWW.gengblogger.com. Kenapa ya?? uols ada alami masalah yang sama ker?? tak lengkap rasanya kalau tak ping post kat page yang ini. sambil-sambil ping, boleh gak menempek entry url kat chatting room. haha...promote tu. bah...untuk pengetahuan uols, ini yang mrsd dapat setelah berkali-kali nak mengunjungi geng blogger.com. atau uols ada cara lain nak membuat lawatan muhibah ke sana. share-share la...heee


Oops! Google Chrome could not connect to www.gengblogger.com



Mulut yang Tak bertauliah

Pagi-pagi buta ni mrsd nak sharing sikit. ni ha...pasal penyampai berita tak bertauliah ni. Mrsd tau...dalam negara yang mrsd duduk sekarang ni masih mempunyai kebebasan tak seperti negara lain. Ada negara yang darurat memanjang. Menyebut pasal kebebasan...kita mempunyai banyak kebebasan. Bebas bergerak...bebas beragama...bebas berpersatuan...bebas bersuara...dan segala macam kebebasanlah. malas mrsd nak mengulas panjang.

dan..paling penting mrsd nak sebutkan kat sini ialah  pasal bebas bersuara. Mulut lain-lain...bak kata orang, mulut tempayan boleh ditutup. Mulut manusia??? ada insurans ker??..mrsd cukup tak berkenan dan tak berpuas hati dengan orang-orang yang mempunyai agenda tersendiri nih. siap kepohci ke sana ke mari pasal orang. tak kisah la... itu ko punya hak. cuma masalahnya...mrsd cukup-cukup benci kepada orang yang menyampaikan dakyah2  yang tidak berasas. dengar jer dari mulut orang ni...terus kasi pass. hamboi!! kan main confident lagi ko erkkk??...jangan bermain api, labu. bahaya. panas. 

Adalah isu-isu kat facebook ni member main post kat wall yang tak mengambil kira sensitivity masyarakat majmuk. Majmuk maksudnya....pelbagai kaum...pelbagai agama. Rasanya, tak manis dan tak eloklah nak provok-provok nih. dahlah apa yang diwar-warkan itu sungguh-sungguh tidak tepat!!!. tak ker berdosa namanya menyampai-nyampai menda yang tak betul ni. Bukankah memfitnah itu berdosa. Bukankah memfitnah itu hukumnya lebih berat dari hukuman bunuh. Pasal lidah manusia ni, lebih tajam dari pedang bermata dua. Boleh membunuh orang. membunuh semangat orang. menimbulkan kekacauan dan pepecah-belahan. cukup-cukupla...

kalau nak post pasal agama atau bangsa tu, yakni nak merendahkan mertabat agama atau bangsa orang lain. fikir2 sedalam yang mungkin dahulu...agama tak mengajar kita berbuat sedemikian. agama mengajar kita perpaduan. tak kiralah siapa kita dan agama yang kita anuti. Harus respect sesama kita. we all human, right?. cuma kita diwujudkan Ilahi dalam kepelbagaian. kalau Ilahi cipta satu jer agama...satu jer bangsa...satu jer jenis manusia di atas mukabumi ni, lainlah ceritanya. Ini tak...Tuhan menciptakan kita pelbagai. supaya kita belajar menghormati satu sama lain serta menerima satu sama lain seadanya. Agama dan bangsa adalah satu isu sensitive untuk diperdebatkan atau diperbincangkan di khalayak ramai. Umum pun tau daa...

jangan yakin sangat menyampai berita yang kita tak tahu. statement kita mungkin akan melukakan hati orang lain. Jangan buat kat orang apa yang kita tak nak orang buat kat kita...jangan mengata orang kalau kita tak nak orang mengata kat kita. Tak semua yang kita suka, orang lain pun suka. dan tak semua orang lain suka, kita pun suka. mrsd mencintai keamanan dan membenci 1000000000000000000000000000000000000 pengadu domba...Fikir-fikirkanlah.

Kata kunci paling penting di sini ialah... Respect!! respect!! respect!!!

conclusion....response, relax and respect!!!