Wednesday, October 3, 2012

::keluhan::

ahhh...huhhh...adoii.....#pelbagai irama keluhan#  manusiawi. biasala tu...siapa yang tak pernah mengeluh dalam hidup ini ek?? kalau yang tak pernah tu...fuyoooo!! aku kasi tabik spring kuda kat depa. well...betul juga. sometimes bila selalu mengeluh..terasa hari-hari yang kita lalui begitu memenatkan. dulu...aku...seorang pengeluh yang maha dasyat. orang yang berada di tepian aku pasti aku memandang...apa taknya...mendengus dengan kuat bagaikan suara lembu jantan. seolah-olah hanya aku yang mempunyai masalah yang paling agung. aku sorang jerrr...

but then...suatu hari bondaku tercinta menegur aku. kenapa selalu keluarkan suara sedemikian?? Aku risau ni...seraya menarik nafas panjang berserta dengusan. semakin ko keluarkan bunyi-bunyian sedemikian, semakin itu lah ko rasa payah. berat. begitulah lebih kurang yang ditegur oleh bondaku ketika itu aku di tingkatan lima. masih segar lagi tuu teguran di ingatanku.

dan betul...setelah itu meskipun berat rasa bebanan di hatiku, aku tidak lagi mengeluh sedemikian rupa. Aku bisikkan dalam hati....tak ada apa-apa pun....semuanya akan ok. paling tidak aku berbisik memujuk hatiku sendiri... dan tabiat itu lama-kelamaan hilang begitu saja tanpa aku sedari.

cuma kekadang terlepas dengusan kuda tatkala aku benar-benar kegeraman.


Tuesday, October 2, 2012

::payahnyaLAH!::

hadoii..susahnya lah nak control nafsu makan ni. semakin dikawal..semakin keinginan untuk makan itu kuat. lagilah seolah-olah disuruh-suruh pula untuk makan tak hingat!! tak sabar rasanya untuk aku melahirkan putraku ini. Perut aku dah lah semakin besar...nafsu makan turut membesar gak. Nak makan itu..makan ini..tak kira masa, pagi petang malam....bila tak makan, rasa lemah tak bermaya. macam tak pernah makan jer rasanya padahal mencekik bagai tak hingat dunia.

actually aku risau gak ni. tak nak lah last minute nak kena suntik insulin pula. aku risau gak dengan kesan 'kemanisan' darah aku ni memberi kesan kat putera aku. Rasanya cara pemakanan aku semakin tak terkawal. Aku cuma berusaha mengontrolkan diri apabila perlu jer---iaitu time bsp--- rasanya seolah-olah aku menipu diri aku sendiri. nak rekod yang baik untuk tatapan doktor. tapi hakikatnya, sebelum dan selepas itu...aku ON jer dengan nafsu aku.

Bukan aku tak nak kontrol juga...aku nak. tapi kelaparan itu seringkali terasa. Rasa laparnya bagaimana ya?? hurmmm...badan rasa lemah. dada rasa sakit mencucuk-cucuk...perut rasa tak enak. haaa...itulah yang aku rasa ketika perut aku minta diisi. tak tau lah...kalau bb aku ni pun makan sekali dengan aku. dulu tak ketara laparnya. tapi sekarang...semakin dia membesar...semakin itu kekerapan aku untuk lapar menjadi-jadi. Ada tips ker nak control makan ni huh?? kalau berdegil tak nak makan..takut pengsan pula. not easy to be mommy, uols. 

Apapun...semoga anakku ini sentiasa dilindungi olehNya.



::4D scan::

hallo my little boy..
last nite mommy, papa n kakak dah gi jenguk bb_boy 'kat dalam sana'. hehe..sebenarnya dah lama mommy berniat nak  jenguk anakanda. tapi selalu tak kesampaian. Malam tadi, mommy ajak papa pergi. dia OK jer. 

sesampai di klinik Popular tu, kena tunggu turn la pula. nasib baik tak gak lama. then, bila turn mommy...papa dan kakak pun join sekali. haha..nak tau apa kakakmu perbuat?? dengan dia-dia sekali naik atas katil dengan mommy. papa sempat gak captured gambar kita bertiga atas katil tu ha...katil yang hanya cukup-cukup untuk badan mommy yang besar ni pun kena kongsi dengan kakak yang nak berbaring sama. menyibuk jer kakak,kan?? hehe....

Doktor yang yang nak buat scanning kata, perut mommy agak besar untuk usia 37minggu. Risau gak dia kalau2 tak dapat nak tengok muka bb_boy mommy coz kepala dah menghala kat bawah. hurmmm...dalam hati  mommy minta-minta my bb_boy kasi chance kat mommy, papa n kakak untuk melihat anakanda.  akhirnya dapat gak kami menatap wajahmu buat pertama kali. meskipun tak berapa clear dan kedudukan anakanda yang agak menyukarkan untuk doktor mengambil angle yang terbaik.

Papa kata, wajahmu mirip wajah dia... ya. mommy pun setuju gak. tapi tak tau lagilah...tunggu jer dalam beberapa minggu ni lagi. Mommy pasti akan mencium wajahmu juga. sama halnya dengan papa dan juga kakak.  

Cuma mommy tak puas hati....sepulangan dari scanning, doktor tak dapat kasi gambar my bb_boy on time. katanya printer rosak. hurmmm.."scanner" dia pun bukannya jelas sangat. tapi kat klinik ni jer lah satu-satunya ada scan 4d. mahal gak lah...rm115. tapi, demi untuk melihatmu....mommy dan papa sanggup.

oklah...mommy nak rehat sekarang. badan terasa lemah. hari ni mommy kena puasa dari minum air bergula. minum air kosong jerrrr...haha....dan kesannya, badan mommy memang terasa lemah. Anakanda di dalam sana pun tak banyak bergerak. mungkin di sebabkan ruangan dah sempit untuk anakanda berbuat demikian kot. but then...memang heavy la juga mommy nak bawa anakanda sekarang ni.

oklah, mommy..papa dan kakak sayang anakanda bb_boy!!!
muaahhh.


Monday, October 1, 2012

::bukannya tak excited::

usia kandungan aku kali ni dah masuk 37 minggu... woaw...woaw..woaw...kalau ikutkan, aku dah disuh pegi hospital dah untuk diinduce. Tapi minggu depan la pula appointment aku kat HTAR untuk mengetahui cara yang paling sesuai untuk melahirkan baby boy aku ni. either c-section or normal...apapun, aku berserah pada yang Esa. Mana-mana yang terbaik, aku ikut jer..yang penting aku dan baby selamat.

dan...
maafkan aku little boy...mommy tak pegi lagi jenguk dirimu secara 3d or 4d. bukan mommy tak excited tau...ya, kalau dulu memang kakakmu, selalu jer mommy gi jenguk dia. coz itu adalah pengalaman pertama mommy sebagai ibu. Kalau boleh nak tau segala-galanya pasal  kakakmu di dalam sana..apa dia perbuat...well, mommy tak nak mencipta alasan. dulu mommy dah pegi...rasanya dua tiga kali gak. tapi doktor kata, "puan, sekarang ni tak nampak sangat muka dia..puan datanglah minggu 36." so...tunggu punya tunggu sampai ke 36, mommy pula seolah-olah sibuk dengan berat badan mommy ni. nak ke sana ke mari pun payah. sampai mommy jadi terlupa. actually...mommy pun nak sangat tengok anak mommy di dalam sana...semalam, mommy dan papa pegi gak ke klinik tu..tapi tertutup la pula... Papa pun mesti excited gak nak tengok bb boy dia yang memboyot di perut mommy ni. =)

Tengoklah....
nanti mommy nak gi hospital razif kalau-kalau depa ada scan 4d ke tak?? nak buat appointment kalau perlu...so that papa and kakak can see you too.

we all sayang you my baby boy!!


::demam panas::

dah dua malam anak aku tak leh nak tido. asyik terjaga dan menangis. bila ku sentuh...badannya panas. risau akan keadaan lamanya kembali, aku terus mengambil termometer,check suhunya. fuhhh..39.4C. tapi aku tak nak panik. Dah belajar dari pengalaman lepas ketika si kecik selalu demam sewaktu dia berumur 6-9 bulan coz gigi dia tumbuh..serentak tu gigi dia kuar. dulu aku tak paham...sampai bawa dia gi klinik kanak-kanak...dapat paracetamol utk baby jer. kendian...atas nasihat kengkawan, bawa gak dia pegi PPUM. cam gitu juga ubat yang diberi. lebih kurang. masuk la pula ubat ikut buntut dia.. aku pun tak sampai hati nak masukkan peluru tu kat buntut dia. kondisi dia still sama...sampai satu tahap aku bawa dia ke pusat kecemasan HTAR coz pepagi dia menggigil tapi badan dia sangat panas. sesampai kat sana, ingatkan KECEMASAN dan anak aku terus di rawat...tak juga. lama menunggu...dari jam 3am pegi..masa masuk jumpa doktor jam 5.30am. fuhhh....tapi nak buat cam mana...ramai gak orang yang berpenyakit emergency gak kot dilayan oleh dua orang doktor. 

until...my sister oso a nurse, suh kasi dia ubat cataflame. bukan aku nak promote ubat ni, ek?? cuma nak sharing jer. so, aku bagi lah 12 drop kat si kecik...tak lama kemudian panas dia pun hilang. dia terus active. but then after 8 hours, panas dia kembali lagi..so aku pun alert dengan masa...every six-8 hours aku bagi dia 12 drop. tapi sebelum badan dia naik panas mengejut, aku kurangkan dos cam 6 drop untuk 4 jam. jadi....panasnya tak menjadi...asal rasa panas sikit, aku kasi dia...sampailah dia terus sihat.

dan hari ni...aku kasi lagi dia ubat. syukur...setakat ini kepanasan dia terkawal. bila dia panas, dia mula lembik..terbaring. after kasi dia ubat, 5 minit lepas tu gerenti dia mula kesana ke mari semula. Mungkin juga dia meragam coz tak lama lagi nak dapat adik kot. biasanya dia tak nak dipeluk ketika tido. sekarang ni, dia tarik tangan aku melingkari tubuhnya. bila aku lepas, dia menangis bersungguh-sungguh. sebelum-sebelum ni mana suka dipeluk dia ni ketika tido. sekarang, cam best plak...dia yang memelukku erat-erat. Bahagianya....

dan...rupa-rupanya si kecik aku ni demam pasal gigi lagi. gigi geraham dia sedang tumbuh. tu yang dia meronta-ronta kesakitan. ialah...time tido mesti berdenyut-denyut..tu yang dia merengek-rengek gak. lucky, ada hubby yang tolong buatkan susu pepagi buta. aku cuma mampu kasi tenang tu gurl jer. aku nak bangun pun susah...nak jalan pun payah..thanks hubby coz memahami.

rasanya dia akan demam utk 3-4hari lagi kot pasal gigi dia tak terkeluar lagi dari gusi dia. apapun...cepat sembuh ya sayang. mommy n papa sentiasa ada disisimu. kesiannnnnn our bbgurl.


:terikut-ikut::

saja nak mencatat dokumentasi buat diri sendiri.
semalam hari ahad. kami sekeluarga cam biasa gi ke church. Lepas tamat, kami pun nak balikLAH. haha..tapi aku ni menyempat-nyempat nak gi toilet. biasa la tu...toilet dengan ibu mengandung adalah sinonim. ngih3...then, my laki pegang my gurl. aku dah masuk toilet dah..but can see my hubby n my little gurl berdiri di luar pintu. lepas tu tetiba laki aku jerit nama aku...tak lama kemudian anak aku pun jerit dengan panggilan yang sama. aiikkk?? si gurl tak panggil mama or mymy cam biasa...dia ikut panggilan yang laki aku panggil aku. Fine...mungkin tak sengaja kot.

but then...
sesampai di rumah malamnya, aku masuk bilik. diketuknya pintu bertalu-talu. know what...she call me by name again.(nama panggilan oleh suami). hadeiii..parah ni. aku pun buka la pintu untuk si kecik. Then, dia tak puas hati duduk berdua dengan aku dalam bilik tido, dia menghala ke pintu semula and memanggil si papanya...dan...dia guna lagi nama aku untuk memanggil si papa. aiyakkk...my gurl tak paham kot apa yang disebutnya itu. barangkali dia ingat namaku itu adalah password untuk memanggil kedua orang tuanya.

haha..begitulah budak-budak....
suka terikut-ikut. kalau kita yang dewasa ni tak  betul, apa lagi rebung-rebung kecik kita,kan??