Friday, September 28, 2012

::Apo dah jadi??!::

ngeri...seram....
apa dah jadi dengan dunia sekarang ni?? ya..memang tanda-tanda akhir zaman semakin kelihatan jelas. Membaca, mendengar dan melihat berita mengenai jenayah-jenayah yang terjadi di dada akhbar, radio dan tv membuatkan aku meremang bulu roma. membuatkan aku membebel sorang-sorang!! geram...panas..ku harapkan dari hari ke sehari tiada berita-berita yang menusuk kalbu menikam jiwa kedengaran dan terpampang di media massa. tapi hampehhhh...rasanya, setiap hari ada-ada jer berita yang menakutkan. Terasa dunia begitu tidak selamat untuk didiami.

huhhhh!!!
semalam aku menonton tv3-999 pasal tok bomoh yang nak bernikah batin untuk  mengubati orang. oppss...bini orang dan anak dara. Berselindung dan menggunakan agama sebagai sandaran untuk memuaskan nafsu. OMG!!!...takkan perempuan aka mangsa tersebut pun mudah "tertipah". agak-agaklah weiii... tak perlu ilmu penuh di dada untuk kita menidakkan pujukan so-called tok bomoh berkenaan. Gunakan fikiran logik dan waras. Takkan awak dah bersuami, still nak bernikah plak ngan laki lain. itu tak boleh jadi....kesempatan dalam kesempitan betul bah tu!!!

lagi...
pasal bayi yang dicederakan dan di rogol. Kejam,kan?? bayi seusia sebulan....apa dia boleh buat?! nak menjerit? nak meronta-ronta minta dilepaskan?? sedangkan orang dewasa pun tak mampu melawan inikan pula baby yang belum mengenal erti dosa dan pahala. sesak nafas... aku menjadi takut untuk melepaskan anak aku dari pandangan  walaupun barang seketika cuma terutama ketika berada di luar rumah. Lelaki...sekarang tak boleh agak. Bila nafsu bermaharaja lela, otak waras semertabat dengan binatang. Hanjingggg!! Jangan sesekali percaya kat orang daaa...jiran ker...sapa ker...sapa tau bila sang bertanduk mula mencucuk-cucuk depa untuk berbuat jahat pada bila-bila masa. lebih baik berjaga-jaga sebelum terjadi. jauh-jauhkanlah...

dan....
tidak termasuk lagi kes buang bayi...flush dalam toilet...buang dari tingkat atas flat. Oh Tuhan....terimalah bayi-bayi yang tidak berdosa ini di pangkuanMu~~malaikat-malaikat kecil.~~ Ni lah kes berani buat tak berani tanggung. aku yang tengah preggy 9 bulan ni pun terasa sangat membawa badan ke sana ke sini. rasa berat...rasa nikmat setiap kali dinding perut ini ditendang oleh si kecik. Rasa bahagia...rasa tak sabar nak menyentuh..nak mencium...uhhhhh, bagaimana si ibu yang tak berperikemanusiaan yang sebenarnya telah diberi peluang selama 9 bulan untuk berfikir secara waras....mencari jalan penyelesaian.....mencari orang untuk dijadikan bayinya sebagai anak angkat. sekurang-kurangnya beri peluang kepada si kecik untuk menikmati kehidupan ini. Mungkin nasibnya lebih baik...kalau setakat nak jaga air muka sendiri akibat malu tapi berkelakuan seperti binatang, baik dengan awak-awak sekali mati lagi baik LAH!!! betul kita melakukan kesilapan....tapi bukan bererti tiada U-turn dalam hidup ini untuk memperbaiki diri dari kesilapan lampau. Insaf...dan bertaubat. Siapa kat muka bumi ni suci?? bersih?? dan tidak pernah melakukan kesilapan..cuma kesilapan yang kita lakukan adalah tidak sama meskipun sebenarnya serupa. Tuhan kan maha Penyayang...dan Pengampun...

oklah....
cukup setakat ini dulu luahan hati aku buat masa ini. Terasa tak sihat pula aku memikirkan dan mengenang akan nasib baby-baby malang yang menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan manusia yang sepatutnya menjadi pelindung kepada insan kecik seperti mereka.

Aku yang tengah emo.


Wednesday, September 26, 2012

::nge"LIKE" photo orang::

geli hati gak aku terbaca satu penulisan blogger pasal "LIKE"-"LIKE" kat photo orang or komen orang. Bukan aku nak gelakkan or ketawakan orang berkenaan. tapi...disebabkan oleh akuyang turut terasa. cam kena sindir dan perli aku jerrrr .

tau-tau jer lah sekarang zaman IT. kecanggihannya tak pernah terfikir dek akal suatu ketika dahulu. nah..bukan saja kat fb ada menda LIKE ni. sekarang orang dah ada smartphone. adalah pelbagai application kat situ yang boleh mengembangkan contact sosial kat situ. antaranya WeChat, Line, Whatsapp, viber, QQzone dan banyak lagi lah. tak taulah cam mana orang boleh download semua application tersebut. takkan nak guna semuanya kot??? pelik,kan??..

hurmmm..berbalik pada hal LIKE2 ni...honestly aku pun terasa gak. kalau tengok laki banyak like kat gambar ompuan lawa-lawa. mesti depa syukkk,kan sama tu ompuan. heee...aku bukan dengki, tapi kepala hotak dan hati aku mesti tune.."semua laki sama". pantang tengok ompuan cantik or adalah something yang menarik perhatian depa kat situ sampai mereka tekan punat LIKE.

perihal aku plak. cukup sensitive tengok laki aku LIKE gambar orang ompuan (yang aku tak kenal la tu.. kalau kawan2 dia yang aku familiar, aku tak kisah pun..). lebih-lebih lagi kalu orang lain tak tekan LIKE and dia sorang jer tekan...kemudian followup gambar berikutnya. sakit plak hati aku, ek?? napa orang lain tak LIKE..napa laki aku sorang jer LIKE. ni mesti ikut perkembangan orang ni...dan nak kasi tau bahawa dia memberi perhatian kat orang tersebut. (sangat bahaya terutamanya bagi golongan-golongan pasangan yang cemburu kuat..uhukkk uhukkk...terbatuk la pula... cam aku la tu..) haaaa...boleh mencetuskan perang molot dan perang dingin, ko tauk. kalau nak aman..lebih baik jangan buat!! hehe

moral of the story, mungkin kita rasa saja or suka-suka tekan LIKE. orang yang terima pesanan LIKE tu pun mesti cam syokk jer coz ada orang LIKE kat segala macam post dia. macam aku juga..bila orang LIKE apa aku post, aku mesti check siapakah orang tersebut. hahaha...owhhh orang ini mengikut perkembangan aku. trimas. hadeiii.....

kekadang menda cam gini simple jer...tapi siapa tau dalam hati manusia,kan?? hati lain-lain bah...bak kata penulis blog yang aku baca, NGELIKE post orang boleh menyebabkan suami isteri bergaduh...parah tu. jadi, jangan buat menda yang boleh porak-porandakan bahtera anda dek kerana perkara kecik cam gitu. Senangla nak cakap...elehhh, menda cam gitu pun nak ambik kira ker??!!. haluuuu??!!! sukati aku lah...

LIKE biar bertempat OK!!! hehe...




::semangat berpantang::

wahaaaa....belum beranak aku dah berangan-angan dah. aku nak berpantang habis-habisan kali ni. kata orang, wanita lepas bersalin merupakan time untuk perbetulkan semula sistem badan. dulu, bersalin first..aku betul-betul blurry momma. nak-nak pula mode tahun baru cina. sangat mencabar rasanya melihat kuih muih dan minuman berais. sampai kena tegur mak mertua dan mak aku dek kegelojohan aku nak mamah semua makanan. sampai aku pun rasa stress bila tak leh makan itu dan ini...pendek betul akai time tu.

tapi kali ni. semangat berkobar-kobar. aku akan menyahut cabaran berpantang dengan penuh hemah!!! sekarang tengah survey nak amalkan product apa yang terbaik untuk sepanjang tempoh berpantang. Dulu aku amik amway...Ok gak...mak aku lah jadi tukang sapu kunyit, pilis bagai kat tubuh aku. product yang ada dalam set amway memang cukup-cukup untuk tempoh berpantang.  Tapi kali ni...aku nak try guna NR pula. melihat kepada testimoni pengguna, bukan main lagi depa up-upkan product NR ni. yang paling aku inginkan ialah untuk pengurangan berat badan..hahaha...tak nak dah demok2 cam gini. nak gak merasa pakai fesyen dan bergaya meskipun dah jadi ibu beranak dua. hehe...

dan...salah satu alternative yang bakal aku lakukan ialah bertungku. phiewww.... maka perlulah aku sediakan arang kayu banyak-banyak. bakar dan jadikan bara. lepas tu, lepak kat bilik mandi jadikan sauna...ok bah. aku dapat idea tu semenjak aku panggang ikan kat beranda rumah. cam syokkk jer kena kepanasan bara api. nah, mungkin baik kot untuk tempoh berpantang. lagipun aku pernah dengar ada orang siap bertungku dengan membakar kayu bakau lagi.

dan satu lagi....aku telah gi beli kain. panjangnya 20m. nak buat apa??? hihi..nak buat bengkung da...bukan aku tak da bengkung. ada. amway nyer bengkung time my first girl tidak muat daaaa. haha....penat2 laki aku cuba lilit kat badan aku tapi kainnya nggak cukup donk. so, aku fikir kali ni guna bengkung panjang bermeter-meter tu.

haha..setakat ni dulu perancangan aku untuk berpantang kali ni. kan main semangat,kan aku?? apapun...semoga aku mendapat ketabahan dalam melalui kesemuanya ini.  aku dah nekad seriously berpantang bersungguh-sungguh kali ini. Doakan aku...

jiayo momma!!!


::Pilihan spital::

ya..antara dua. tapi keputusan belum boleh buat lagi. kena tunggu dua minggu lagi kata doktor. so, kalau aku memang akan di operate....aku berkeputusan untuk beranak di HTAR jer. tak ada bezanya pegi hospital mana-mana pun. coz time aku bedah sana for my first baby gurl pun, ok jer. sekejap jer depa kerjakan aku. tup-tup kedengaran bunyi tangisannya yang serak-serak basah ketika itu.

tapi...kalau aku dberi peluang untuk beranak normal, aku pilih hospital serdang. Suami boleh masuk sekali. Atleast ada peneman or sekurang-kurangnya ada yang kasi semangat untuk aku melalui segala kesakitan tersebut. dan kalau boleh aku nak disuntik epidural agar kesakitan tidak melemahkan semangat aku untuk berusaha mengeluarkan my baby boy. Aku dah serik sorang-sorang dalam labour room dalam keadaan yang buntu.

Hospital swasta?? tak terlintas di hati aku. kenapa?? sebab ongkosnya yang sangat mahal. dan bagi aku...tak berbaloi-baloi. Sakitnya tetap sama...plus kalau aku operate kat gobemen pun, tak sampai riban-riban. setakat seratus dua jer. tak nak la lepas bayar riban-riban rasa kesal tak berkesudahan. ye lah..bagi orang cam kami yang taraf hidup pertengahan begini, nilai riban-riban tu sangat tinggi maknanya. Plus, kalau kerajaan pun dah membolehkan suami masuk, apa salahnya gi cari jer tempat hospital berkenaan,kan?? kalau setakat nak layanan high class tu...or makanan sedap-sedap tu...baik tak payah. bukan nak pergi bercuti pun. nanti tunggu anak-anak besar boleh guna duit yang riban-riban tu pakai enjoy bersama keluarga lagi baik dan berpekdah. yo dok?? hehe....tapi apapun, terpulang pada pendirian dan pendapat masing-masing lah. aku ok jer..tak nak membebankan suami sebenarnya...lagipun, lepas beranak memang banyak benda yang harus dibeli follow-up...jamu2, diapers, makanan berkhasiat selama dua bulan berpantang. phiewww....demi kesihatan jangka masa panjang gak dan kesejahteraan bahtera bersama.

Tuhanku, kasihanilah hambamu ini. tak sabar rasanya untuk menimang bayi dalam kandungan ini...dah rasa agak sarat dah ni.. hehe...




::selamat jalan, uncle::

hari ini, dalam kesempatan ini aku membelek-belek facebook. ternampak kelibat gambar yang dipost di wall oleh cousinku. Gambar saat-saat akhir seorang pakcikku yang telah menyahut seruan dariNya pada 20/9/2012. Perasaan ini bergelora semula...air mata berjuraian lagi.

Tentang dia. dia seorang lelaki yang aku sanjungi dan kagumi. Dia juga seorang ayah yang aku pun turut menganggap dia sebagai ayah kepadaku jua. Dia sangat baik. seorang yang penuh perhatian. seorang yang lemah lembut dalam menuturkan bicara. Tiada pernah aku mendengar dia meninggikan suara. bahkan bila berbicara dengan isteri dan anak-anaknya, suaranya begitu menyenangkan. Dia murah dengan senyuman. Tak kira apa situasipun, dia tetap tersenyum dan kelihatan tenang. Sehinggakan aku mengimpikan mempunyai pasangan hidup sebaik dia. Dia telah aku dan suami pilih sebagai saksi pernikahanku. Bagiku, dia seorang lelaki yang cukup sempurna.


Rupa-rupanya di sebalik senyuman itu dia menyimpan penderitaan. Kesakitan. Keluar masuk-keluar masuk hospital. Bila aku tanya, dia kata dia kena ulser perut. gastrik kot..tak tentu masa makan, katanya. ialah..dia seorang guru besar. Tinggal berjauhan dengan isteri. dia di kawasan pedalaman manakala isteri tinggal di bandar kerana menjaga anak-anak yang masih bersekolah. Pada hujung minggu dan hari cuti sajalah mereka sekeluarga berkumpul.  seperti mana keadaan yang dilalui oleh ayahku suatu ketika dahulu...ayah dan ibuku terpaksa tinggal berjauhan demi anak-anak.~~pengorbanan ibu dan ayah~~.

Tapi kali ini, dia jatuh sakit. aku call dia pertama kalinya. suaranya masih ceria. masih lagi menghiburkan aku dengan kata-katanya yang bersahaja. Aku pun rasa tenang. Mungkin sakit-sakit biasa jer kot...aku lega. tapi kemudian mendapat perkabaran lagi, dia masuk semula. aku call kali ke-dua, dia minta aku mendoakan kesihatan dia. suara agak lemah tapi dia kata jangan risau..so, aku pun fikir...ya, dia akan sembuh. semuanya akan OK. aku berdoa dan berdoa memohon kesembuhan dan miracles buat dirinya..aku sentiasa mengharap meskipun sampai ke titik akhir. Tapi...Tuhan ingin melepaskan dia dari kesengsaraan yang dialaminya. Kini dia tidak lagi menderita sengsara...Segalanya sudah berlalu. dia bebas dari penyakit kansernya dan kini bersama Dia yang lebih mengasihinya.

sehinggalah sampai satu ketika, aku diberitahu yang dia dalam keadaan yang nazak. aku jadi tidak ketentuan. teringin sangat nak pulang Miri. tapi keadaan aku tak mengizinkan. mana mungkin dibenarkan menaiki pesawat dengan perutku yang boyot sebegini. sehinggalah akhirnya aku diberitahu yang dia telah pergi buat selama-lamanya. terdiam. Aku seperti tidak percaya. tampak lagi segar di minda dan ingatanku akan senyumannya. even ketika aku menaip entry ini...aku masih tak percaya yang dia sudah tak ada. aku masih dapat merasakan yang dia masih ada. senyumannya segar dan hidup dalam ingatan aku.

Apa lagi yang aku mampu katakan. Aku sangat sedih... meski dia hanya seorang pakcik buat diri ini, aku menyayangi dia dan menyukai dia seperti ayah aku sendiri. Selamat Jalan Uncle Tom. Aku akan sentiasa merinduimu. Engkau sentiasa berada dekat dengan hati ini. Semoga rahmat Tuhan sentiasa berserta dengan mu. Aku pasti suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa jua...




::perit::

hambiq ko!! orang kata hari ni wordless wednesday....tapi...hari ni seperti cuaca kat luar sana yang sejuk selepas hujan membuatkan minda aku berdetik-detik untuk berbicara. al-maklumlah, tak ada teman bicara.. ya, seperti tajuk entryku yang ini..memang itu lah yang aku rasa ketika ini.

sepulangan dari klinik pada 24/9/12 beberapa hari lepas aku mengalami keperitan yang teramat sangat. terutamanya pada bawah kesan pembedahan anak sulung aku. sakitnya, hanya Tuhan yang tahu. Even nak mengiring ke kiri dan ke kanan pun sudah cukup membuat aku menggetap bibir. menahan rasa sakit. itu belum lagi ketika aku nak bangun dari pembaringan atau dari tempat duduk untuk berdiri. Dagingku terasa bagai disiat-siat atau terkoyak gitu.

kesakitan ini mengingatkan aku ketika cubaan aku untuk melahirkan anak sulungku secara normal di labour room. aku balik-balik di datangi oleh beberapa orang doktor. "puan angkat kaki..." kemudian bahagian bawah aku diseluk berganti-ganti. sehingga sampai satu saat aku dah tak larat nak angkat kaki dah.."sorry, aku dah tak dapat nak angkat dah," kataku meminta pengertian. pada saat itu...aku tak faham dan juga tak tahu. aku ingatlah itu adalah prosedur orang nak beranak. aiyooo....bila aku cerita kat emak aku, emak aku pun membebel gak. mana ada orang balik-balik gi check kat bawah tu..nak check pun ada masanya. Doktor memang tau bila nak check, bebel emak. owhhh....rupa-rupanya yang datang tu adalah doktor pelatih. hampehhhh...ingat aku bahan kajian ker?? aku bukan bahan kajian... ada yang datang nak try pegang kepala anak aku lah... nak rasa rambut dia lah.... aku bukannya sakit nak beranak. aku sakit kena seluk jer sebenarnya. aku pun tak tau cam mana rasanya contraction...coz aku diinduce. aku cuma rasa sakit perut cam sakit period pain jer. tapi...aku kalau sakit period pain pun aku leh pengsan. huhu...

dan...hari ini, aku masih lagi merasa keperitan ini. teramat. bila berjalan, aku kena seret kaki belah kanan aku coz perut bahagian belah kanan lah yang dibedah dan sakit diseluk pada kelahiran pertama dulu. Last minute aku kena bedah juga coz jantung my gurl makin berkurangan. oh ya...pada hari kedua aku memang merayu untuk dibedah. coz aku tak tau mcm mana rasa menahan kesakitan seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa. maksud aku, laki memang tak dibenarkan masuk di HTAR ni..tapi doktor dan nurse pun pakat lari dari aku coz aku menangis memanjang jer. depa tak nak layan aku....hamboi!!! bukan aku minta dilayan pun..cuma kasi la semangat ka or info ker...ni tak. dah la aku blur-blur...aku sendiri tak tau apa yang bakal terjadi...malah aku sendiri tak tau bila aku nak beranak coz aku tak tau bezakan sakit perut dan contraction. sedih,kan??

aku bukannya nak mengeluh dek kesakitan yang ku rasakan ketika ini. Cuma luahan perasaan agar ada yang memahami dan mengerti. Tak ada niat pun nak mengada-ngada or manja lebih-lebih. malah aku pun terasa gak...orang lain pun mengandung tapi tak ada kot sampai cam aku ni ha... jalan terseret-seret. huhu.....nak memasak pun dah tak larat nak berdiri lama-lama kat dapur tu ha. Nak jaga anak lagilah....terjerit-jerit jer lah aku. Anak aku plak seolah-olah faham akan kelemahan aku, dan buat bodo jer bila aku guna "loud speaker" jer. tak pantas dah nak mengejar dia...makanya, akunyer maid agak penat gak kebelakangan ni. semua dia kena buat...menjadi 'mem besar' la pula diri. huhu....even bila dah baring kat sofa, dia kena bantu aku untuk duduk semula. badan dia dah la kecik jer...nasib baiklah dia sihat sepanjang masa ni. dia lah yang kasi my anak 100% perhatian. Lucky me, dia agak memahami keadaan aku sekarang ni. malah, dia juga agak risau melihat keadaan aku.

Ya, beginilah jadi ibu. banyak yang kena kita lalui. bayangkan ibu aku yang mampu beranak sampai 10 orang... aku baru satu dua dah banyak karenah. Pengorbanan ibu tak terbatas....sayang my mum so muchhhh!!!





::tak semuanya cam gitu::

ya betul...tak semuanya cam gitu. hanya kerana nila setitik rosakla pula susu sebelanga. well..aku juga nak bagi pujian melambung kat doktor yang bertugas di kompleks harian HTAR. Pujian ikhlas ke atas seorang doktor india. wowwww!!! sangat lemah lembut...kata-kata yang keluar dari mulutnya pun menyenangkan. Cuma aku tidak sempat mengerling tag nama pada bajunya. Turut serta dalam bilik yang aku masuk, terdapat juga seorang doktor india lainnya yang consult seorang ibu yang bakal bersalin awal oktober depan. dan..paling touching, mereka sering dilawatai oleh seorang doktor perempuan senior, berbangsa india juga, berambut pendek. Sangat berkarekter dan berkarisma. Beliau siap memberitahu apa yang patut kepada doktor-doktor yang berada di depan mata aku. sangat kagum...mereka bekerja berkumpulan!!! Aku sedikit pun tak rasa takut...ye lah, bila kita berdepan dengan manusia yang bersikap profesional cam depa.

Aku sempat menitiskan air mata di hadapan doktor muda tersebut. Nak tau kenapa?? hurmmm....sebak gak dada ini dengan penerangan yang disampaikan oleh beliau. Kandungan aku yang 36 minggu ni kelihatannya pun memang agak besar. setelah di scan, timbang tara oleh doktor tersebut, my baby boy dijangka beratnya dalam 3.6kg. berat tu....dulu kakaknya lahir pun 3.5kg. Ada lagi dua minggu untuk aku followup checking kat situ. jadi, aku menangis disebabkan...."puan, kebarangkalian puan untuk dibedah kali kedua adalah besar. Ini disebabkan anak puan sudah kira agak besar. Atau puan nak cuba beranak normal dulu?", soalnya penuh berhemah. "saya nak cuba beranak normal kali ni.." 

"Puan mungkin menghadapi beberapa kebarangkalian risiko. kalau pembedahan, mungkin juga pendarahan yang banyak akan berlaku. keduanya, kebarangkalian kecederaan pundi kencing dan buah pinggang mungkin akan terjadi kerana organ-organ ini berhampiran dengan rahim. Tapi, sekiranya puan ingin beranak normal, dan seandainya bayi puan besar, takut laluan masih sempit seperti yang pertama dulu. (bukaan tak besar). atau mungkin kepala bayi boleh keluar, tapi bahunya mengalami masalah untuk melimpasi pintu berkenaan. risikonya, mungkin bahu bayi akan patah...dan ketiga, bayi mungkin akan kelemasan. jadi puan  rasa puan pilih yang mana satu. nak terus bedah or cuba beranak normal dulu?"

aku. kelu. tak mampu berkata apa-apa. statement demi statement yang terkeluar dari mulut doktor seolah-olah kedengaran dengan tidak jer kat pendengaran. Air mata aku terus menitis tanpa diundang. dan doktor tadi terkejut melihat aku yang sudah terlanjur menangis. huhu...lalu dia menepuk bahuku perlahan-lahan.

"puan, jangan susah hati...tak apa, kita tengok dulu dalam dua minggu ni macam mana. kalau bayi masih kurang dari 4kg, puan boleh cuba. tapi kalau tidak, kena  melalui kaedah pembedahan." dia cuba tenangkan aku. aku mengangguk-anggukkan kepala. aku rasa sedih sangat...

dan....paling menyedihkan lagi.... "sekiranya puan melalui kaedah pembedahan, maksudnya puan hanya  mempunyai satu lagi peluang untuk mengandung.". tersentap aku. "tapi saya nak 4 orang anak, doktor", suara ku antara kedengaran dan tak kedengaran dalam kesedihan.  'tak apa...kalau tiga pun, yang penting semuanya sihat. sebab kalau mengandung lagi sangat tinggi risikonya untuk ibu."

"tak apalah doktor, mana-mana jer lah yang terbaik.  mungkin lepas ni kalau mengandung, aku akan dapat anak kembar dan terus jadikan 4 orang". dia tersengih mendengar kata-kataku yang memujuk diri sendiri. Well, sebenarnya aku terus teringat kat suami aku....sebelum kawen lagi dia kata nak anak 4 orang. aku pula...kalau lebih pun tak  apa. tapi..bila doktor kata setakat tiga jer....hati aku menjadi sayu.

apa-apapun, aku mengharapkan yang terbaik kali ini. aku nak anak aku selamat....aku juga sihat untuk melihat mereka membesar. Bukan senang nak jadi ibu...


::tergaru-garu akibat kebongkakan::

pak ketipak ketipung suara gendang bertalu-talu..kepura-kepura bingung hati di dalam bagai di garu....haaaaa begitulah yang aku rasa. setelah sekian lama tak berbicara dalam blogku ini. Ada masanya malas yang teramat menjenguk, maka ku sedikit pun tak terbuka akan blogspot ni ha. tapi..adakalanya aku perlu meluahkan apa yang tersirat dalam hati aku ni. selagi dipendam dan disimpan terasa jauh di dalam hati sana meninggalkan sesuatu yang sangat-sangat mengganggu hari-hari yang aku lalui.  Dan bila rasa itu datang, time tu lah aku perlukan lappy kesayangan untuk digeletek-geletek. katanya, idea pula nak turun mencurah-curah.. iyer ker??

well..sebenarnya aku nak luahkan rasa ketidak puasan hati aku. hurmmm..yup. aku sangat-sangat tidak puas hati. dua hari yang lepas bersamaan dengan 24/9/2012 aku telah pergi ke pusat rawatan harian hospital ampuan rahimah. ialah....my perut dah masuk 36 minggu dah pada tarikh tersebut.  actually, masa apppointment aku ialah jam 8am. but then, aku rasa liat sangat nak bangun pagi dek keteritan yang teramat pada bahagian perutku. boleh aku katakan, kesan dari pembedahan yang lepas kot. huhu.... seperti biasa, prosedur lawatan ni, aku si suruh untuk menyumbangkan air kencing untuk diujikaji. fuhhhh...dahla pagi-pagi aku sarapan minum white coffe ah huat. air kencing pun still harum lagi dengan bauan coffee tersebut. sah...fail lah result aku nyer air kencing. warnanya?? air teh pun kalah, ok. sangat pekat.

nak dijadikan cerita, on the way dari toilet ke ruangan menunggu telinga aku sempat menyambar kata-kata berbisa seorang doktor kepada seorang doktor yang lainnya. "kalau dia datang mengadu ke sini, suruh dia pergi ke hospital swasta. dia banyak duit untuk bayar private hospital". mak oihhhh...terus aku menoleh ke arah tuan yang mengeluarkan statement tersebut. seorang doktor wanita...rasanya depa ni masih lagi inhouse training punya doktor kot. tapi....tak leh lah berkata sedemikian rupa dengan bongkaknya. kalau depa berbisik, tak per gak. ni suara cam guna pembesar suara jer....bagi aku, macam berlagak pun ada. fuhhh...so aku pun, meneruskan langkah aku dan aku sempat menoleh lagi arah tujuan doktor yang satu tadi. dan kelihatan seorang ibu hamil tengah menunggu di meja tempat yang ditujunya. owh..owhh...dalam hati aku berdetak.

apa awak ingat ibu hamil datang ke sini untuk mengadu ker?? haruslah kaum ibu bertanya apa yang kurang pasti atau menda yang tak difahami. Kalau pasal kehamilan ni, nak mengadu apa mendanya??? huhu...aku pula terasa lebih-lebih.

sepulangan dari klinik, aku terus luahkan rasa hati kat suami. suami aku apa lagi...."napa tak cakap kat doktor tu, siapa yang bayar gaji dia?? gaji tu datang dari mana?? kalau semua orang pergi ke hospital swasta, baik tak payah ada hospital kerajaan. Jadi, dia ingat dia jadi doktor untuk apa?" huh...lagi panjang jela laki aku berceramah. aku mendiamkan diri mendengar leteran sang laki. tak tau lah  kalau laki aku ada masa tu, mesti dia terus gi jumpa doktor tersebut 'hidup-hidup'.

macam ni punya orang pun ada ka?? aku rasa agak memalukan lah seorang yang berkerjaya profesional bersikap sebegini rupa. hurmmm....agak-agaklah weiii....


Saturday, September 8, 2012

::bila agaknya?::

sekadar tertanya-tanya dalam hati ini... bila agaknya si kecik  aku ni boleh berbicara?? sekarang umur dah setahun tujuh bulan. cuma tau sebut...neneh (nenen) apabila nak menyusu, papa, mymy vs mommy (time nak manja mengada-ngada dengan lentoknya), baby...yang lain semuanya baby words such as bremm bem bem merujuk kepada air kalau dia nak minum, nam nam merujuk kepada makan, muh muh merujuk kepada lembu...dan banyak lagi yang aku kurang paham bahasa dia. cuma aksi dia yang menunjukkan apa yang dia nak sampaikan baru la aku paham... tak sabar nak dengar dia menuturkan kata-kata. kekadang dia menyanyi...tapi lyric dia lain dari yang lain..sebutan yang keluar dari mulut dia jauh beno dengan lyric. ...kesian plak aku tengok dia beriya-iya menyanyi sambil terhangguk-hangguk kepala mengikut rentak music.


sekarang dah ada kemahuan yang tersendiri. kalau tak dituruti maka dia akan menangis sampai berbaring-baring kat lantai. kalau marah sangat sampai terlompat-lompat sambil menangis. dan...dia suka dengar lagu kanak-kanak dari youtube. kalau aku sibuk-sibuk nak buka fb time lagu dia tengah on air, di tarik-tariknya rambut aku sampai aku tune balik ke dia punya website. haha... dia pandai gak nak marah-marah dan nak menampar or menendang orang. ganassss wooo!!! bagus-bagus...lepas ni tak ada orang berani nak buli my anak time dia dah jadi anak dara sunti nanti. mommy nak hantar pegi kelas wushu... 

and...one thing i loike bout her, dia juga pandai memujuk...kasi cair hati papa n mommy dia. if nak sesuatu dia pandai nak sayang-sayang ciom muka mommy dia or merangkul erat leherku. senyuman pun manis jer menggoda... lepas tu, nampaklah apa yang dia nak...hadeiiii.

tak sabar nak berperang mulut dengan my little gurl.


::habuk pun tarak::

woawww...woawww...dah lama aku tak mencantas dan  mencabut rumput kat tuan punya tanah ni. penuh lalang dan semak la pula. heee...bukan apa, aku macam malas nak "berkebun" semenjak dua menjak ni. ye lah, dalam keadaan sekarang, 34 minggu preggy..aku bagaikan seekor penguin. barangkali cute juga kot melihat caraku berjalan. miahahaha...well, berat dah membawa diri sekarang ni. so, dengan alasan itu juga...aku malas mengarang. malas berfikir...malah emosi aku menerawang tak tentu hala tanpa ku dokumentasikan. lebih baik begitu..membiarkan segalanya berlalu pergi as time goes by.

bah...ari ni hujung minggu. suamiku pula sibuk bekerja. kesiannn my lokong...kena kerja kuat untuk sara keluarga. aku pun tak sabar juga memulakan rentak ni...nak mencari rezeki aku yang tersendiri. Aku sedang mengidamkan sebuah rumah persendirian...dimana anak-anak boleh bebas berlari dan bermain. Sekarang, nak lepaskan anak kat luar rumah pun risau..terus jer dia menghala ke pintu depan, rumah jiran. pandai-pandai jer tak payah orang jemput dia meluru terus masuk ke rumah orang bahkan sampai ke bilik tido. pantas. cam lipas kudung. =) so..hopefully tahun depan tahun kegemilangan buat diriku. Semoga Tuhan membuka pintu rezeki buat diri ini. Well, sekarang masih lagi menduduki so-called kondo. haha...tapi, bersyukur juga la coz we all bukan menyewa pun. atleast dah jadi hakmilik tetap sudah...ada gak tempat berteduh dari hujan panas dan halilintar bagai. ialah...berangan gak duduk umah teres cam orang lain. tak yah nak panjat-panjat tangga...kalau lift ada tak per gak. time preggy cam gini memang mengeluh selalu tatkala turun naik tangga...lagi-lagi kena pegi klinik setiap minggu. hurmmm..

hari ni check akaun nuffnang aku.."habuk pun tarak", masih stuck kat amaun tu juga...bilalah nak merasa duit nuff ni agaknya ek?? beli lampin anak pun jadilah...hehehe... ohya, hujung minggu ni, aku  nak disiplinkan diri aku dari buka fb. dah cam addict la pula kena buka fb hari-hari...tapi blogging malas la plak. ngihhhh...hujung minggu nak kasi perhatian penuh kat si kecik aku yang bakal jadi kakak dalam sebulan lebi jer lagi. tapi..ada gak nurse ni takut-takutkan aku...hati-hati puan, baby tu boleh keluar bila-bila masa. tak semestinya tunggu penuh 9 bulan. owh..owh....nerves.