Thursday, August 23, 2012

::JueAzizVsRitaRudaini::

aiyakkkk...terpanggil pula aku nak mengomel pasal retis ni ha. actually tak nak amik port pun. tapi ROTIKAYA sangat rajin update kat wall fb aku pasal mende2 cam gini. nak tak nak..terklik gak lah blog depa tu. well.. aku cukup pantang kalau pasal perempuan-perempuan yang suka sangat nak menggatai kat laki orang ni. dah tau orang tu dah beranak dan berbini, buak po nak ngetest saham kat laki orang weiii.. laki pun satu, cam hampeh tak sedar diri sudah bergelar suami orang aka bapa orang. rasa macho la ada wanita nak mendampingi diri. boleh blahhhh laaa laki cam gini.

bukan apa..aku cam tak percaya gak si Jue Aziz ni nak porak porandakan umah tangga orang. sanggup ker dia?? dah tak da laki bujangan lain lagi ker kat dunia ni??? awak tu dah lah cantik molek..aku pun admire gak kat hang no..aku harapla sekadar gossip semata-mata dari ROTI KAYA tu ha. paling sadis...turut membabitkan nama si Ayu Raudhah. kenapa ek?? napa nama ompuan ni tak habis2 tersabit?? aku pelik betul lah...lagi-lagi dia...lagi-lagi dia...kalu lagi-lagi senario tak apa gak. hati aku ni bertambah meluat gak ngan statement si janda melatop kakaknya yang mok berlakikan yang sempurna dalam erti kata kacak dan kaya. ROTI KAYA kata dia jujur coz berani mengeluarkan kenyataan sedemikan rupa...tapi bagi diri aku, jujur ker?? tak kah nampak materialistiknya begitu nyata... ni nak cari cinta ker nak cari harta?? tak kekal semuanya tu...ish ish ish....

apapun...harap-harap ini sekadar gossip lah. aku kesian sangat kat rita rudaini..teringat gak hal memey ngan norman hakim. bikin sakit hati owhhh....

Wednesday, August 22, 2012

::the expendables 2::

hurmm.. cuti raya ke tiga. we have nothing to do. stay at home. nak kuar jalan-jalan pun takda idea. aku lagi lah, mak bosannya duduk kat umah 24 jam dalam 7 hari selama 365 hari....aku dah mula rasa muak dan bosan terperap dalam umah. teringin nak kuar jalan-jalan..melencong ngan laki aku. berdua. tapi itu mustahil lah pula. nak kemana-mana kalau tak bawa princess kami, rasa tak best pula berseronok berdua. well, itulah bezanya jadi ibu. memang nak bersuka-ria dan berjimba-jimba berdua-duaan ngan suami. tapi...sejam dua mula terkenang kat anak. kalau tak aku yang teringat, mesti bapa dia pula teringat...haiya. berhati kapas gak kami dua laki bini ni..hati cair dikerjakan anak. Nah, lagi lah sekarang nak berpergian..dengan boyot cam gini..nak bergerak banyak sangat pun dah tak leh dah. balik-balik nak ke tandas jer keje..

apapun, mungkin laki aku menyedari yang aku kebosanan, maka semalam dia ajaklah seisi keluarga gi nonton movie. at first nak tengok kartun animasi...priority utk princess la tu. tapi bila tengok terpapar Total recall dan The expendables 2, maka kami decide untuk menonton the xpendables 2 pasal rindu nak tengok Sylvester stallone, (paling aku suka tang mata dia yang kuyu layu-layu tu...masih handsome orangnya. hehe...) chuck norris, jet li ect...hebat2 pelakonnya. well, though serious jalan ceritanya tapi banyak gak part-part yang buatkan penonton gelak. termasuk anak aku yang terikut-ikut gelak. aku tak tau kalau dia paham ke idok ceritanya. hahaha..so funny. bapa dia punyalah berusaha tutup  mata si kecik bila tiba scene yang ganas-ganas. tapi di tepisnya tangan bapa dia. hadoiii... kendian aku terpaksa kuar utk beli popcorn coz si kecik asyik melihat bucket popcorn orang lain. huhhh...beriya dia makan popcorn sampai habis. kalah kami yang dewasa ni ha...



begitulah kisah kami pada raya ke-tiga. dan hari ni...si daddy sudah mula turun keje. rasa kejap jer percutian bersama dengannya...kalaulah cuti panjang. seronoknya melekat bersama keluarga 24jam,kan? aiyakkk...

::Lolo and Stitch::

hurmm..ini dokumentasi buat my princess. my anak sulung ni sangat addicted dengan cartoon LiLo and stitch 2. satu-satu caranya yang boleh membuatkan dia terdiam di satu-satu tempat tanpa membuat sebarang aktiviti yang memeningkan kepala emak bapa dan penjaga dia. fuhhh...satu hari boleh sampai 3-5 kali menonton menda yang sama. rasanya aku pun boleh terhafal dah dialog lilo and stitch ni haaa...si puteri paling suka bab-bab menari hula-hula. dengar jer melodi..dia terus bangun dan berpusing..konon-kononnya menari. cute ehhh....

 inilah antara aksi anak aku bila Lilo and stitch on air. duduk diam-diam...gud gal. hehe...nak ganggu dia pun dia tak layan. dia cuma menjeling dan sekadar tersenyum dan tumpuan dia 100% kat screen tv.

Ini aksi dia yang agak santai tapi terganggu dek mommy dia yang mengacu-acukan camera kat dia. sempat gak dia tersenyum. dah boleh tahan dalam memberi pose dah ni...lepas tu continue watching Lilo. aiyakkkk!! sampai mommy pun panggil tu movie, Lolo and stitch. hadeii..

Thursday, August 9, 2012

::gear box::

ahaaa...ni pun aku belajo makan dari kengkawan kat melaka. sedappppp weiii sup gear box. sambil menikmati pemandangan di pantai klebang. cam biasala kalau ada sentimental value pada sesuat yang aku pernah makan.  nak dijadikan cerita, aku dan laki gi makan kat sebuah restoran berhampiran. nak-nak pula iklan sup gear box yang begitu menawan kelihatan dari jalan raya setiap kali melimpasinya.

ceritanya, kami pun mengorderlah set kecik. tau apa yang depa serve. bapa besarnyer gear box without pengetahuan we all. we all ingatlah; kalau begini punya set kecik kita minta, apatah lagi set besar,kan??. tapi bila test dia nyer soup.. kurang asam..kurang pedas...hampeh. tapi kami cuba gak makan tapi tak habis lah. so, we all minta tapau jer.


time laki aku gi bayo...punya terkejut dengan harga yang we all harus bayo untuk makan malam yang tak seberapa itu. cost us rm70...laki aku pun terkejut bila depa terangkan, gear box yang we all makan adalah gear box set besar. dan laki aku cakap, we all tak minta yang besar. depa kata yang kecik dah habis. well, kalau tak ada, cakap kat orang laaaa...jangan pandai-pandai jer nak serve makanan hangpa yang tak sesedap mana pun tu. we all pulang dengan hati yang tak puas...membebel-bebel laki aku. aku diam jer lah, coz aku yang beriya nak mamam tu gearbox. Betul kata orang, nak sangat perbodohkan orang,..or tak ikhlas berniaga..buat benda...tak kemana perginya...sotong goreng tepung dia, halaaaaamak!!! uols tengokla gambo di atas.. restoran tersebut, sekejap jer berdiri megah 'kemerah-merahan' kat satu corner lot bukit tinggi. kan dah kena!!! sekali awak buat orang, dua tiga kali tak mungkin orang pegi dah restoran awak tu...padan dengan muka ko orang. restoran tu dah tutup dah....hahaha...puas hati aku.

malam ni saja aku mengentry kat blog ni ha pasal ketidak puasan hati aku tentang makanan sementara menunggu kepulangan laki aku dari outstation. Nahhh..dah sampai pun dia.

good nite uols.


::laksa Penang::

saja nak berbicara pasal makanan malam ni...merujuk kepada entry post, laksa penang memang kegemaran aku. kat sarawak aku tak pernah jumpa pun mee beso cam gini. aku ingat pertama kali diperkenalkan dengan laksa ni. waktu tu aku belajo kat politeknik pahang..aigooo...bila teman aku suh aku makan mee laksa, punyalah aku mencari. padahal mee tersebut memang ada terhidang depan mata. Mana mee nya?? kawan aku terpaksa hulurkan mangkuk yang mengandung mee tersebut. "aiehhh...gelinya tengok mee ni. beso nya!!" well, u know laaa... first time tak leh blahhh..second trial...third...dan keseterusnya terus addicted plak. nak-nak kat kuantan time tu adalah gerai yang agak famous, Laksa Zul. tiap kali member turun pekan, wajib pesan. sedap perrr.... so, bila makan laksa penang, teringat kenangan di polisas. =)


tapi bukan itu issue aku nak cakap kat sini. ni ha... laksa penang yang sungguh mengecewakan tekak aku. aku nak sebut nama restorannya,(ada kat seksyen 8 situ...) kesian plak kat depa. Dahla nama restoran begitu gah...tapi bila persembahkan makanan lagu ni kat  customer, sangat tak best lahhhh. Dahla tekak orang mengandung..jauh-jauh aku gi situ semata-mata teringat akan keenakan laksa. hampehhh...aku percaya laksa ini hanya dituang air suam. Kuah....tawar. kegeraman aku tak leh nak cerita lah. so time bayo aku terus tegur tuan punya kedai. "napalah laksa penang kat sini tak rasa ORI. tawar jer..." lalu pakcik tu menjawab, owhh...ini disebabkan bulan puasa. time biasa tak cam gitu... hurmm.. what an answer, uols. kalau aku lah tuan punya kedai, orang tu tak makan makanan tu dan complain, sendiri harus tengok lah keadaan mee tersebut. awak lalu ker makan menda yang dimasak sebegitu rupa. tak rasa bersalah ker?? and yet, dia just bagi kat i discount 90cent out of rm4. fuhhhh....tak baik buat orang lagu tu. tak berkat...



nah, yang ini plak...aku beli kat gerai belakang umah kita orang. gerai biasa-biasa jer...tengoklah perbezaannya. Kuah pekat. rasa pun secukup rasa walaupun tak memenuhi citarasa sirim aku yang sebenar. atleast tak lah nampak menipu atau ketara nak paut keuntungan.  Harga pun lebi kurang sama. Uols boleh nilai sendiri lah....yang mana satu masakan dari hati atau masakan yang sekadar nak kaut keuntungan semata-mata.

siapa tak geram weiii....


::myBb OD::

haluuu bb sayang...
minggu ni anakku dah berusia 29 minggu. wahh..bukan main lagi anak mummy kat dalam tu,kan?? menendang-nendang mommy memanjang. mommy rasa bahagia sangat tatkala terasa pergerakanmu. seringkali mommy cuba melihat pergerakan ombak kat perut mommy. Mommy tak sabar melihatmu...


nah, ini gambar mommy dan kakakmu. Besarkan tummy, mommy?? sampai orang tanya either mommy membawa bb kembar. apapun, mommy harap anakku membesar dengan baik dalam sana. mommy love you. Papa love you, too. we cant wait to hold and kiss u, bb_OD dear.

::awan hitam::

syukurlah...dua hari berperang dengan perasaan sendiri sungguh menyeksakan. Memang sukar rasanya bernafas. sesak. semua guruh, petir, hujan dan ribut yang melanda ada di dalam hati dan fikiran. Buat apa pun tak dapat. hurmmm...mungkin juga kesan dari hormon aku yang tengah preggy ini. tapi, ada juga orang yang mengatakan "jangan jadikan hormon preggy sebagai alasan." oh ya???  mungkin ya..mungkin juga tak.

aku ni ha...kini usia kandungan mencecah 29 minggu. memang berat jugalah rasanya aku membawa diri ini ke sana ke mari. Itu luaran. Dalaman?? aku tersangat sensitive. mudah terasa. mudah mengalirkan air mata...tengok cerita sedih sikit dah teresak-esak. dengar cerita sedih orang lain, aku dah sebak lebih-lebih. Semuanya di luar kawalan aku. Bukan aku nak sedih...buat apa aku nak menitiskan air mata untuk something yang tiada kena mengena dengan diri aku,kan??

aku tak tau lah kalau preggy mommy luar sana yang mana...semakin hari semakin "manja" ngan suami. haha...serious. aku mula merindui suami. selalu ingin dia berada di depan mata.. alaaaaa...cam ketika mula-mula bercinta suatu ketika dahulu tu. Tu yang, bila terasa-rasa suami "CHURANG"(touch-wood)...memang menggamuk lah hati dan perasaan ini. urghhh...memang sakit. lagi-lagi bila teringat pengalaman cerita orang pasal lelaki depa yang buat hal time depa hamil. Dalam hati aku menafikan juga..takkanlah laki aku buat lagu tu..tapi, otak aku pula menghasut, "ko jangan....ko mana tau?? ko tu duduk umah jer.." dan akhirnya aku tewas dengan perasaan aku sendiri. bukan saja aku rasa terseksa, laki aku pun sama...ye lah, orang tu dok relax2 kena tuduh macam-macam. dia pun sakit hati gak...bak kata laki aku "ko punya angin ni bahaya...angin tak menentu." 

tu lah dia...wanita ni, bila hatinya dilanda resah dan gelisah memang haru-biru jadinya. syak wasangka dan curiga bermaharaja lela amat meresahkan hati sang arjuna. apapun, syukurlah...awan hitam dah berlalu pergi. dan..hikmah dari kejadian ini telah memupuk perasaan cinta yang lebih mendalam dalam hati ini padanya. Sapa tak sayang suami weiiii.....bila hati dan perasaan bini diusik, maunya tak menggamukkkkk sakan!!! lagi-lagi kalau 'hak milik' kita diusik atau terusik. bom nuklear terusssss OK!!

aku sayang dan cinta suami aku. Bini mana tak cemburu,kan? heeee...

Saturday, August 4, 2012

::bicara batin::

duhai hati..
hari ini hari terindah buatku... tapi yang ada dalam hati ini cuma getaran syahdu. sayu. pilu. dan..malam ini...aku tidak dapat memejamkan mataku walau sepicing pun. aku rasa sepi. sendiri. Batin berbicara sendiri. Bagaimana aku menghadapi semuanya ini?? aku tidak kuat. dan aku tidak mungkin dapat menerima amaran naluri. kenapa?!! kenapa aku dipilih lagi untuk lalui semua ini..kenapa??!! senyuman yang bukan hakiki...pedih bertakhta menerajui minda. sakit. sakit sekali... jangan sesekali cobai aku. jangan. kerana hati yang remuk jawapannya pasti.

::3rd rasa::

ada hati yang terganggu. sepatutnya hati itu ceria...tapi ini adalah hari ketiga percubaan itu menduga lagi. aku tidak tahu kenapa. jauh di sudut hati ini ada satu rasa. satu getaran yang tidak bisa diungkai. apa rasaku ini sekadar rasa. atau..adakah ini petunjuk dariNya. Aku tau, setiap kali aku merasakannya...aku pasti itu satu petanda buat diriku. kenapa aku diuji sebegini?? Apa salahku... ya. aku memang banyak kesalahan. kelemahan. dan paling pasti aku bukanlah seorang manusia yang sempurna. ratap kecewa menikam dada. pedih.

aku memang tewas apabila berperang dengan bisikan hatiku. satu sudut menafikan. satu sisi lagi mengiyakan. ya, mungkin terlalu awal untuk aku membuat andaian. tunggu dan lihat sampai mana sandiwara itu tersembunyi. didepanku atau dibelakangku? aku pasrah. aku menanti. dan andainya benar....cukuplah setakat itu untuk aku mengetahui dan melalui. biar onak berduri, aku tetap akan berlalu kerana aku...cukup pantang untuk dipersenda.