Tuesday, July 31, 2012

: : Vow : :


@@refresh and reminder to mr and Mrs Daniel@@



Saturday, July 28, 2012

::bad habit::

hari sabtu. aku terjaga awal. ada misscall. and its from my dad. terus call balik...rupa-rupanya dia baru datang dari kampung ke Miri dan sampai pada jam 2am...jauh perjalanan tu... Sempat gak wish dia happy birthday. Long Live and healthy, my beloved daddy.

hari ni nak focus buat correction. tapi....tau jer lah aku ni. time aku nak buat keje dengan serious, mulalah aku nak buat menda lain. ada jer agenda-agenda yang sepatutnya aku tak nak buat aku gi buat. giler,kan?? time ni lah nak gi ngemas rumah...cari something la...buat somethingla... nak menyuruh si nanny. aku dah bosan nak suruh buat keje satu-satu. macam boss. its not me. i m not bossy ok!! aku lebih suka kalau aku atau orang lain buat keje ikut common sense sendiri. sangat tak suka mengarah orang...apa lagi kalau di arah.

huhu..Tuhanku, bagilah semangat untuk aku. Nak jumpa prof minggu depan ni...tapi kenapa sekarang hati aku bagai digaru-garu untuk buat menda yang tak berkaitan. aku tak leh duduk diam pula berkonsentrasi. hadoiiiii.. tension gak ada this kind of habit. menyempat lagi gi mencari pakaian si puteri yang boleh diguna pakai oleh baby OD.

hurmm..come on jac. put another thingy aside la...focus please!!! huhu

Thursday, July 26, 2012

: : tak nak!! : :

 Haaa...teringat iklan kat tv. makan...tak nak!! makan...tak nak!!! nah, itu lah yang berlaku sekarang ini pada puteri sulungku. susah hati aku dibuatnya. tak nak makan nasi...bila dipaksa, muntah pula. risau sangat... kalau nak senang, boleh jer. ikut jer rentak selera dia tu. aku tak tau..apa yang tak kena dengan selera si puteri padahal sebelum ni, dia makan apa-apa jer. napa ek??? what should i do??..dia cuma berminat minum susu or water bases. nasi?? blueekkk...ada ker budak kecik2 seusia puteri sulung aku ni kena anorexia?? hissiii....atau ada kemungkinan ker ada cacing dalam perut dia?? apa yah?? mati kutu aku dibuatnya...

Nakku, mommy risau ni..kenapalah anak tak nak makan cam gini? susah hati mommy, tau. huhu







: : epidural : :

bah, epidural la pula. tengah bermain-main dalam kepala otak aku ni. dari awal kehamilan lagi aku dok buat research pasal epidural ni. Kenapa ya, doktor tak kasi aku epi time aku nak beranakkan puteri sulung aku ni dulu, ek?? cubala kalau depa kasi, mungkin aku boleh beranak normal kot..coz bukaan pun dah sampai 8cm. Aku asyik nangis jer semenjak dimasukkan dalam labour room..sakit..sakit..sakit...sempat terdetik dalam kepala otak aku ni..taubat tak nak bersalin lagi. tapi mengandungnya, nak..haha..

aku cuma diberi gas ethanox jer untuk menahan sakit. actually, time tu pun aku tak tau fungsi gas tersebut. aku main letak jer kat hidung aku. pegang bersungguh-sungguh nih..tak nak lepas. Sakit akan hilang sampai aku tertido. tapi terjaga balik. bila bangun, aku nangis lagi..sakit. after midnite, kalau tak silap aku gas tersebut ditutup. fuhhhh...sepanjang malam berjaga menangis sorang-sorang. doktor n nurse semua blah. tak nak berada di sisi aku pasal aku ratu air mata dalam labour room.

imagine sampai hari ketiga aku dok nangis-nangis kesakitan. boleh dikatakan, 1 hari 2cm jer buka. tapi sakitnya..ya ampunnnnn. sampai hari ketiga, depa konon-kononnya menolong aku beranak normal dengan memegang kaki, badan bagai dan suruh meneran. aku pun cubalah meneran...tak ada apa-apapun berlaku. tapi sakit tangan depa yang menjolok kat dalam VG aku jer yang lebih-lebih.  

Ya..kenapa depa tak suggestkan aku guna epi?? Kenapa??? aku sampai distressed. dan lastly pada hari ketiga, jantung puteri aku pun semakin slow. thats y aku EC (emergency Cesar)...time tu aku kena kena gak suntikan epi kat dalam operation room tu. semua kesakitan yang aku rasakan sebelum tu hilang...tup-tup kedengaran tangisan puteri aku jer. kejap jer depa kerjakan aku. actually aku nampak gak depa potong perut aku walaupun didindingi dengan kain. aku tengok kat lampu atas sana, ada zink yang seakan-akan cermin. tapi, aku pejamkan mata tatkala melihat pisau terbenam kat perut aku...tak pasal2 pengsan tengok diri ditoreh pula,kan??

aku rata-rata membaca, ibu-ibu yang pernah beranak anak sulung, nak beranak lagi kali kedua dengan epi. Maksudnya, kesakitan beranak tu memang tak tertanggung. Though banyak juga yang mengatakan ada kesan sampingan. hurmm..tapi aku tak rasa pun kesan sampingan seperti yang dikatakan depa. tak ada pun muntah-muntah dan sakit pinggang (touch-wood). Memang sakit bersalin itu merupakan satu nikmat bersalin...tapi kalau kena dengan orang macam aku?? lagi-lagi tak ada suami di sisi...nak buat apa pun tak tau selain menangis kesakitan. 

aku berkira-kira nak berEpi kali ni...sekiranya tiada masalah kesihatan pada diri ini. Cuma aku risau gak bila banyak yang kata akibat terlalu selesa terkena epi, sampai tak tau bila nak meneran bb atau bb terpaksa dikeluarkan menggunakan vacuum atau forsep. Yang ni yang cam tak best jer di pendengaran aku...aku nak baby keluar normal..dan sihat.

teringat-ingat lagi kesakitan ketika seorang diri di dalam labour room ketika percubaan melahirkan sang puteri pada 19 januari 2011-21 januari 2011. Tapi syukurlah...dia sihat dan aku selamat. Terima kasih Ya Tuhan atas berkat KaruniaMu yang terIndah ini.

: : manja : :

anak sulung mommy ni semakin manja. nak mommy duduk dekat-dekat...masuk bilik sekejap pun tak boleh. nangis sampai goleng-goleng. hurmm..macam tau-tau jer tak lama lagi ada "orang lain" akan berkongsi kasih dengannya. kesian pula aku tengok dia sekarang ni. semua nak mommy memanjang. nak marah pun tak sampai hati. bila aku marah or buat-buat marah, cepat-cepat dia merangkul leherku dan mencium aku. aishhh..manja sungguh.

apapun, anak mommy...mommy sayang kamu. jangan risau lah.

: : terasa : :

oh tidak...buat apa nak terasa?? kenapa harus nak terasa?? kenapa nak pening-pening fikirkan apa yang orang postkan kat fb atau kat blog ek?? aku tak kata ko orang... aku bercakap dengan diri aku sendiri ni. Seperti mana aku...sometimes aku suka post menda tah apa-apa kat facebook or blog tanpa nak mengenakan sesiapapun. apa yang aku ucapkan tu, apa yang aku rasa. Tak ada maknanya nak "smash2" orang tertentu. lebih kepada komentar terhadap apa yang terjadi di persekitaran hidup aku jer...So, apapun orang post kat wall fb atau apa-apa jer lah, as long aku tak ganggu hidup ko orang, apa aku duli,kan?? ko orang cakap la apa saja...biar puting beliung, pasir berterbangan atau gunung dipindahkan sekalipun, ada aku kesah?? sendiri harus jaga hati dari membusuk sendiri. heeee.... buang masa jer susah-susah jer memerah kepala hotak berfikiran yang bukan-bukan...membuat hipotesis yang tah apa-apa atau mencurigai yang akhirnya menjejaskan kesucian hati nurani..."budget syok suci la,kan?". tapi sebagai manusia biasa...suci tak suci itu antara diri aku dengan penciptaku seperti juga dirimu.

nah, u see...sekarang dah berkeluarga..berbeza memang berbeza. hal ehwal kekeluargaan menjadi keutamaan..tak heranlah ada kengkawan yang dah berkeluarga yang tak layan lagi fb..kalau nak cakap, call terus. respect tuhhh..masa pula lebih kepada keluarga. tapi tak nak la sampai lagu tu...Apapun, lain-lain hal syohhhhh...malas sudah nak layan.. malas nak jiwang2 dengan past tense and present tense or even future tense... time to take break...focus on oneself.

so, jangan nak terasa-rasa...aku tak da niat nak sakitkan hati sesiapapun.coz siapalah aku ini... Mungkin kalau kebetulan bunyi frasa ayat yang tertaip tu terkena sipi-sipi hati dan perasaan hang.Itupun tak disengajakan OK dan bukan dituju untuk kamu..kamu dan kamu...Peace no war!!

: : apa??!!: :

hurmm... bunyinya seperti satu persoalan yang bernada terkejut gitu. aku  la tuu...ari ni appointment kat klinik untuk minggu ke-30. bagi aku, biasa-biasa jer lah appointment ni..minggu lepas ke klinik, check air kencing. tak lepas...tu pasal kena jumpa doktor lagi minggu ni. Penyakit gak air kencing kotor ni rupanya... Aku diberi ubat antibiotik dan sejenis ubat cecair. yarkss...sungguh tak masuk dek tekak aku ubat cairan itu...yang harus diminum dengan segelas air + 10L ubat tersebut. maaf ya, aku tak tau pula nama perubatan untuk ubat tersebut. tapi, aku berjaya psycho diri aku untuk meminum ubat tersebut dengan mengatakan dalam kepala otak aku ni.."rasanya seperti air kelapa". haha..

so, this week syukurlah. clear sudah tu UTI problem. cuma hari ni aku terkejut sikit...macam terbangun dari tido yang lena lah konon-kononnya. "puan dah sediakan pakaian baby?". aku tergamam. buat apalah nak sediakan awal-awal. lama lagi,kan?? aku pun cam bodo poyo bertanya "aik? awalnya nak kena sediakan. lama lagi kan?" Puan, sekarang dah minggu ke-30 tau...bila-bila masa puan boleh bersalin selama 6 minggu dari sekarang. Gulpppp...tertelan air liur aku. Bersalin?? biar betol?? terasa perut aku belom lama pun memboyotnya. takkan dah nak bersalin kot. hadeiiii.... tanpa aku sedari aku berkata "eh, takkan secepat itu kot. rasanya perut saya ni tak lama pun mengembangnya." haha....awat aku jadi blur2 pulak, ek?? hadeiii...

Seperti tak percaya, aku mengusap-usap perutku. wah, sekejap jer rasanya si kecik OD dalam perutku. tak terasa lama seperti kakaknya dulu. terasa sayu, rindu dan excited pun ada...hihi..tak lama lagi nak bersalin. yay! yay! jeritan dalam batinku...bercampur baur. semoga segalanya dipermudahkan.

sepulangan dari klinik, aku terus ke jusco. sekadar membeli beberapa pakaian baby sebagai persediaan. Ya..tandanya aku sudah mengalu-alukan kehadirannya. sesampai di rumah terus saja aku mengunting tag harga pada pakaian tersebut dan membelek-beleknya satu persatu sebelum membasuhnya. Lain-lain pakaian dah lengkap dah, si kakak punya. cuma yang pinky-pinky tu, tak yah guna lah kalau benar my coming little baby ni baby boy. hee...

Anak, tak lama lagi kau akan lahir...

Wednesday, July 25, 2012

: : tido VS makan : :

pagi tadi, seisi keluarga turun menghantar lakiku ke klia. aku dengan baju tido dan si lolo dengan pyjamasnya selamba jer jalan kat klia tanpa mempedulikan orang disekitar. ialah..waktu turun dari umah, anak aku tido lagi tu. tapi terjaga coz pelik tetiba duduk dalam keta pagi-pagi buta. Kesian tengok anak aku tatkala daddynya melangkah pergi. menangis gak dia...sayu hati aku dibuatnya...

sepulangan dari klia, aku dan anak aku masuk bilik. terus tido. pening gak kepala aku coz aku sepanjang malam cam biasa kalau sang suami nak kemana-mana tido aku tak menentu.. tido-tido ayam la jawabnya. Sepanjang hari sakit kepala pula. so, malam ni aku masuk bilik tido awal. lepas makan bersamaan waktu berbuka puasa, aku masuk bilik terus. Bila terjaga, dah pukul 10pm. anak aku pula dah tido. mesti dia terasa sunyi.

aku tanyalah aku nyer nanny ni...baby dah makan belom?? dia teragak-agak nak jawab. Belom. tadi aku buatkan susu, dan dia terus tido. Huhhhh??!!! mendidih dalam hati aku... gerammmmm. Dahla budak tu tak seberapa nak makan nasi hari ni. takkan nak ikut rentak dia jer kot... meluap-luap rasa api kemarahan dalam  hati ini.  apa tak budak tu tak tido kalau asyik didodoikan memanjang. Mata pula tertancap kat tv jer. ishhh..geramnya aku!!! Kali pertama ni, aku bersabar jer dulu...jangan sampai aku meletuppp..aku dah bagi kepercayaan sepenuhnya. jangan dihancurkan pula... 

terasa serba salah kat anak aku. Memangla dia tak nak makan...tapi usahalah bagi dia makan walaupun sedikitpun. sorry sayang...

: : berulang lagi kah? : :

entry kali ini menyental isi hati aku yang terbuku. hurmm..mungkin sikap lama dia berulang kembali?? hari tu aku tengok dia bersemangat giler buat keje. sampai aku yang tertido pun boleh terjaga apabila kedengaran dia menyapu or mengemas rumah. Sebulan sudah berlalu...macam semakin slow jer nih. Aku malas nak tegur...balik-balik nak suruh buat itu buat ini... buat sendiri sudah. Kang aku cam bossy sangat kalau dok bagi arahan setiap masa. tak best lah...u do your part lah... dah memang tugas,kan? takkan setiap kali aku macam askar Nipon Go jer nak kasi tau apa yang perlu dibuat kot setiap masa. Aku paling tak suka rasa tak puas hati cam gini... Setakat ni Ok la performance keje dia... jangan jer berulang kembali perangai lama, sudah lah. aku tak suka. sangat tak suka....tak kisahlah nak tengok tv tu, yang penting lain-lain settle semua dulu. kasi kemas dan mata memandang pun senang.


@aku yang mengomel@


: : tak puas hati : :

teringin sangat nak gi membeli juadah di bazaar berdekatan. tapi niatku terhalang. tak berbaloi andainya aku membeli tapi akhirnya hati ini sakit. tak puas hati. harga mahal. saiz kecik. quantity sikit. tak seperti yang sepatutnya. aihh?? kenapa saat begini lain pula sikap penggerai-penggerai makanan ni??...nak sangat mengaut keuntungan dengan cepat. well,, kalau product berkualiti, sedap..harga mahal pun tak per gak. ini idokkkk!!! tahan hati jer lahhh.

: : racauanku : :

kekadang orang mungkin  berfikir yang aku ni jauh berubah..hurm..berubah?? memang betul. boleh dilihat pada perubahan bentuk fizikal ku. tak tipu,kan?? mengembang dan mengembang dengan jayanya. orang kata, itu tandanya makmur. tapi padahal, itulah tandanya orang yang tak tau menjaga diri. haha..apa-apa jer lah. Itu yang boleh orang lihat pada aku...luaran.

dalaman aku. rasanya aku tak berubah pun. kata orang, manusia akan berubah. betul tu. tapi kenapa aku tak rasa yang aku berubah pun. Cuma sekarang, aku tak nak tunjuk sangat kesamaan diri aku yang dulu dan kini. jauh di di dalam sana, masih lagi sama. Hanya orang yang mengenali aku akan tau..hurmm..iya ka?? orang yang mengenali aku pun dah tak tau pun. mentang-mentang aku dah jadi emak orang..isteri orang..

apapun, tak perlu aku tunjukkan pada dunia siapa diri aku yang sebenar,kan? Bila aku gelak,bila aku menangis, bila aku sunyi, bila aku menderita....kini, lebih baik menyimpan untuk diri sendiri segala-galanya. Orang tak akan faham pun. Ingat aku ni menyombong.... padahal, dalam hati aku merindui segala kenangan-kenangan manis dan terbaik yang pernah terjadi dalam hidup aku. Aku...jarang melupakan orang malah sukar melupakan orang yang terkesan dalam hati aku. tapi orang??? tak payah cakaplah... thats y, aku pun buat bodoh walaupun dalam hati sana excited sangat untuk bertemu, bercerita dan bla bla bla seperti dulu. cuma tak berani nak luahkan dan lakukan perkara yang sama kerana....akukah yang berubah?? atau...siapa yang berubah sebenarnya??


Tuesday, July 24, 2012

: : kasihnya ibu : :

buat anak-anak mommy..
apabila mommy mengetahui bahawa kalian sudah terbentuk di dalam rahim mommy, perasaan sayang mommy pada kalian sudah mula bercambah. Walaupun mommy belum melihat rupa dan wajahmu serta tidak mengetahui jantinamu. apa lagi setelah engkau yang berwajah mulus lahir di dunia....mommy dan papa sayang sangat pada kalian.




: : correction mode : :

hurmmm...viva sudah. kini tinggal correction lagi kena buat. sejak 13/7 iaitu tarikh aku tamat viva, aku tak sentuh langsung aku nyer thesis. Terasa malas nak tengok balik..loya. haha... Boring dah menatap menda yang sama berulang-ulang. tapi kali ni...kena jugalah. coz aku belum lagi buat hard cover. kiranya aku nyer thesis status ni still tergantung..so, pelan-pelan la aku buat yang termampu kini though tahap kemalasan tu sangat memuncakkkkk. mode pun dah nak relaxxxxx semacam jer. hadoii...correction!!!! argghhh..malasnya nak buat!!!

 me and my 'son'--.6 month

 my sifu master... Prof. Dzul.

aksi rakan seperjuangan yang berViVa on the same day....

nah, tak sabar pula nak berconvo ni... haha...tapi kepala otak pun tengah ligat berpusing. nak buat apa plak lepas ni ek??? keje kosong takdo lagi ni iklannya....tapi, relax dulu lah sementara menunggu my baby boy kuar. hehe..setiap anak ada rezekinya masing-masing. so my baby OD, please bring luck to mommy, sayang. heee....

Monday, July 23, 2012

: : gift voucher : :


Nah, ni dia voucher yang aku dapat dari JJ. apa lagi... terusla ke bahagian diapers...Tetap juga utamakan anak,kan?? begitulah naluri keibuan...apapun, anak juga laaa...hehe...Berbekalkan voucher ini aku berjaya membeli Baby Love Night Tape. Nasib beklah masih promotion price tu diapers, rm37.90...banyak-banyak diapers, baby love paling terbaikkkkkk. mahal cuma tapi. tapi..demi keselesaan si kecik, pejamkan ajerlah mata. daripada mengeluh tak abis-abis pasal kerengsaan kulit kat paha si kecik. =)

Lebi kurang menabung jugala membeli belah dengan jusco ni kalau kita jadi member. daripada kita membeli belah di supermarket lain yang langsung tiada pulangan, kan?? kan?? atleast ada something la at the end...hehe..oh ya, kalau renew sekarang ni ada promotion. kalau setahun rm12. depa promo untuk 3 tahun rm24. keahlian aku active sampai 2015...hihi



Sunday, July 22, 2012

: : active : :

sekadar dokumentasi buat bb OD...
sepanjang dua tiga hari ni bb kecik dalam perut mommy ni asyik menendang-nendang mommy jer. activenya dia... mommy seronok sangat. terkadang mommy perhatikan pergerakan perut mommy yang berombak-ombak dikerjakannya. Bila mommy bagi perhatian dan tumpuan penuh kat perut, tak nak pula anakku beraksi. tapi bila mommy leka, mulalah beraksi..opsss...as if minta perhatian pula,kan?? apapun...grow healthy in there, sayang. mommy, papa and kakak Lolo sayang padamu. sangatttttt....
loves,
mommy.

: : seminggu tanpamu : :

sigh...sudah seminggu dd lolo away dari kita orang. terasa sunyi dan kehilangan pula. dalam sehari cuma ada sekali dua sms dan phone call darinya. sibuk sangat la tu... tak berani nak mengade-ngade kaco dia. tak pasal2 kena bom percuma kalau silap2 masa dan ketika. aku tau sangat...kalau dia tengah discuss ker or buat keje, pantang sekali dia kalau dapat panggilan yang tah apa-apa. Lagi2 kalau dapat panggilan dari aku. huhuhu...sedihnya.

apapun, aku tau suami tengah sibuk mencari rezeki. so, takda la pikiran-pikiran yang bukan2 mengganggu kepala hotak aku ni. cuma rindu seorang isteri tu...biasalah. (~~malu2 mode konon~~).  tapi, bila otak aku berfungsi dengan baik, terfikir gak aku bini-bini pelaut, tentera yang di perbatasan dan banyak lagi suami yang memerlukan perngorbanan berpisah dengan anak bini untuk sesuap nasi. Depa agak boleh tahan,kan?? cant imagine la pula kalau aku go through life macam depa. mesti kepala hotak aku menjadi-jadi cracknya.  Tabik sangat kat uols bini-bini yang 'tough' mental ditinggalkan pergi dalam jangka masa yang agak lama.

sekadar meluahkan rasa. aku, nanny and anak baru jer balik dari tengok wayang Ice Age 4. Boleee laaa... si kecik pun layan gak, cuma last minute mungkin rasa bosan dan mengantuk coz agak midnite juga abis movienya. sekarang kena tengok cerita2 animasi untuk sesuaikan dengan usia anak...tapi best juga la layan movie animasi ni, uols. tak stress sangat jalan ceritanya. Now, anak aku tengah mencari mimpi. terhidu-hidu akan bucu bantal busuknya. hadeiii..tabiat siapala dia ekot ni... aku tak. bapanya lah mungkin ni..haha

selamat malam sayang.

oklah..goodnite ols.

Friday, July 20, 2012

: : anak siapa ni?? : :

haha...siapa punya anak tah ni?? tuntut..tuntut... owh..owh..anak aku rupanya. hadeiii. well..bila papa tiada di sisi, bolehlah berkelakuan 'sukati emak dia'. Papa tak suka anak dia comot-comot. tapi..sometimes, bila anak diberi freedom, they really can appreciate and enjoy the life. tapi..agak-agak la. jangan sampai bebas yang terbabas. nah..ni aksi anak aku yang bagi aku agak lucu...nanny aku pun tergelak tengok muka dia makan eskrim lagu ni...bila kita orang gelakkan dia, dia gelakkan kita orang balik. aiseyymannn...nanti ko, anak. bila ko besar dan boleh baca blog mommy ni, baru ko tau. macam ni rupanya perangai aku time kecik-kecik dulu...cuteee... heee...

 makan dengan penuh penghayatan kot ni...

 orang gelakkan dia, dia gelakkan orang balik...haha

Gaya yang bersahaja..santai gitu....rasa cute la tek?? hehe..memang pun cute!!

beginilah perangai budak-budak. selamba dan bersahaja. true color tanpa berpura-pura. yang penting, happy!!! nikmatilah zaman kanak-kanakmu sepuas-puasnya sebelum masuk ke fasa dewasa dimana hidup akan lebih complicated. mommy n papa, sayang awak bbLolo. muaahhhh...

: : Papa's Birthday : :

actually birthday laki aku jatuh pada 17/7. tapi dek kesibukan suami yang memanjang pada weekdays, terpaksa aku advance,kan iaitu pada 15/7/2012. ahaaa...bersungguh-sungguh gak aku memasak. Penat memang penat gak memasak ni. tapi, jarang sekali aku 'bercelebration' dengan laki aku ni. time fathers day pun aku away...birthday dia sebelum-sebelum ni pun, aku away. so..tis time kena buat gak la. bukan jer sebagai kenangan kat laki aku tapi juga kat anak aku. dia suka dengar lagu birthday..time masuk nursery selama dua bulan sebelum ni, dia sudah kenalpasti tu lagu. abis, selalu jer budak2 sambut birthday. Bila pulang, ada jer buah tangan dia. hehe... disebabkan umah kita orang kecik, so jemputan pun dihadkan. sorry ekk... apapun, aku rasa puas hati gak la pasal boleh gak handle dapur dalam keadaan boyot cam gini. demi suami la katakan. haha..

 happy birthday to papa...

 papa ker or si kecik yang punya birthday ni??..

cut cake with papa..

 owh..owh.. papa just 37 years old. =)

simple home made dishes by wifey...no order2 dari kedai ok.. =)

 yeah..persembahan poco-poco for birthday papa...

Terima kasihlah coz sudi datang ke teratak kami..

Sekali lagi...to my beloved husband; happy birthday darling. I m glad that God sent you down from heaven to be my husband. You have always been a great husband to me and papa to our princess Lolo...Doaku, moga Tuhan terus lanjutkan usiamu...memberikan kesihatan yang baik buat dirimu...memberkati perjalanan kareermu...dan paling penting, semoga terus menjadi seorang suami yang setia pada bini serta membina keluarga yang bahagiaaa dunia dan akhirattt!! haha...no notty2 husband OK!! dont likeeee....dushhhhh.

God bless you and happy birthday my partner!!! muahhhh...

: : Kerabu Emas : :

hurmmm...nak tau kenapa aku nyer entry entitled Kerabu Emas?? panjang ceritanya..tapi aku pendekkkan juga untuk pengetahuan hang. heee...well, cam biasalah time-time ngandung cam gini. memang banyak list makanan yang tersenarai kat kepala hotak ni ha. lepas satu..satu..ada-ada jer lah. tak pernah terpenuhi. Setakat ni, semua yang aku nak mamam, berjaya menerobos tekak aku. Dan sebulan lepas, aku teringat akan nasi kerabu ketika aku masih bergelar pelajar di lendu. Suka sangat makan nasi kerabu yang dibeli di pasar malam alor gajah. actually belajar makan nasi kerabu dari seorang kawan...roomate aku la tu. Ulam pegaga pun aku belajo makan dari depa.. so, bila teringat...teringinla jadinya. aku bertemankan seorang sahabat pergilah ke pasar malam di Seksyen 6, shah alam. dengan confidentnya aku tunjuk...daging...ikan goreng...cili sumbat...sayur...telur masin. bungkus 3 yer bang?



Sesampai di rumah, aku pun menjemput suami makan. actually dia nak kuar dinner ngan boss dia. tapi bila nampak jer bungkusan nasi kerabu, terus dibedalnya sebungkuih..haha..."sedap nih...lama dah tak makan." aku biarkan jer dia habiskan bahagiannya. setelah selesai, barulah aku tanya dia. "ko rasa berapa agaknya harga nasi kerabu ni?". rm 3-4.50 kot..katanya. "3 bungkusan ni rm24 tau!!". perghhh..terkejut suami aku. nasi kerabu apa mahal cam gini ni?? cam ni, balik kelantan jerlah makan nasi kerabu...melampau betul harga ni..apa boleh buat...makan jer lah labu. heee. time kat melaka paling-paling harga pun rm4.00. kalau amik basic jer, rm2.50 (nasi, sayur, ikan/daging).

Tapi dek kerana rasa tekak yang sesekali nak makan something yang "teringin", maka terpaksa gak hulurkan fulus kat peniaga. Beliau pun terkejut bila time aku bayar aku sempat berkata. " Huhhh!! mahalnya??!!". Orang tu pun muka terus blurrrrr. betul perrr... 

i m nasi kerabu lover OK!!


: : Icity : :

dek happy sangat setelah mendapat perkhabaran berita baik dari doktor bahawa Uri kandungan aku sudah normal, aku terus bawa si kecik aku gi jalan-jalan. kesian gak dia terperuk je kat rumah sehari suntuk ni. aku  yang hanya berbaring di ruang tamu dibiarkan sendirian oleh si nanny dengan membawa si kecik ke dalam bilik tido. Nasib baiklah si nanny ni memahami keadaan aku yang perlukan rehat..ialah, aku yang terlentang atas sofa, si kecik mula memanjat atas badan mommy dia ni. ingat tilam vono ker?? heee....





cantik juga pemandangan di Icity ni ek?? dulu aku pegi, belum lagi kena upgrade cam sekarang ni. anak aku paling happy...seronok dia melihat cahaya yang menyimbahi bumi Icity..penat juga lah berjalan-jalan. until si kecik minta di dukung..haha...sesekali bawa si kecik keluar begini, dapat dilihat pada wajahnya yang dia begitu  bergumbira. berseri-seri gitu... Sorryla...kali ni tanpa menunggu papa, mommy bawa jer si kecik ke tempat cam gini untuk hiburkan hati sang puteri.


: : Syukur Tuhan : :

Semalam setelah mendapat perkhabaran dari klinik bahawa uri aku masih lagi dibawah pada usia kandungan 29 minggu, aku memang susah hati. aku mula google sana sini pasal uri bawah ni.. nasib baiklah aku punya uri bawah ni still tahap satu dan tahap dua. Maksudnya, masih belum menutupi laluan peranakan dan still boleh berubah kedudukannya.

Sepanjang hari ni aku berbaring jer. Menurut artikal2 yang aku baca. kebanyakannya menasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan pergerakan, kurang berjalan dan banyakkan berehat dan berbaring. dan satu lagi petua yang sempat aku baca ialah, dengan meletakkan kaki ke dinding, bentuk L. tapi aku takda lah sandarkan kaki aku kat dinding. aku cuma mengangkat kaki aku sadaikan di atas sofa. hurmm..tak tau berkesan ke tak. tapi sepanjang process ni tadi, memang aku dapat rasakan pergerakan si kecik dalam sana. Active. mungkin dia sedang memperbetulkan kedudukan dia juga kot. =) 

Petang ni aku ke klinik. aku nak kepastian lagi kedudukan uri aku. dan syukurlah...uri dah naik. kepala baby pun dah ke bawah. sangat lega rasanya... "uri ni boleh turun balik ker doctor?" tanyaku takut perkara yang sama berulang kembali. "taklah..dia tak akan berubah dah...kedudukan dia dah normal ni."  and then, sempat juga bertanya doktor. Apa agaknya jantina baby aku ek?? dia pun mencuba mengintip...taraaaa...haaaa, puan. nampak tu... kemungkinan lelaki ni. sambil dia  menunjukkan something yang berbeza dari kakaknya dulu. nah, dah dua sudah doktor yang mengatakan bahawa adik si kecik aku ni lelaki. plus, hari ni aku nampak sendiri 'benda' yang ditunjukkan oleh doktor. cant wait to huggie u, my baby boy!!!

Setelah selesai, aku keluar dari bilik pemeriksaan dengan rasa lega...terus aku sms si daddy. "dy, i baru jer lepas scan ni...semuanya dah kembali normal. dan nampaknya u kena cari mulai sekarang nama cina untuk anak lelaki kita.. hehe...well, aku dah sedia pun nama buat si baby ni ha...awal2 lagi dari sediakan. =)

apapun, aku sangat-sangat bersyukur dengan 'keajaiban' yang berlaku pada kandungan ku ini. nampaknya si baby tak nak kasi emak dia susah hati. Plus, si daddy pula sudah planning ke luar kota tak lama lagi. if anything happen..in case...(touch-wood), aku masuk hospital, si daddy kat luar kota, abis anak aku dan si nanny cam mana pula kat rumah?? hurmm..banyak perkara yang bakal merunsingkan berlaku. but then, seperti yang aku baru katakan...Syukur Tuhan kerana mendengar doa hambamu yang hina dan tak berdaya ini.

Thursday, July 19, 2012

: : minggu 29 : :

anakku..
kini engkau berusia 29 minggu dalam kandungan ibu. sungguh ibu merasa bahagia merasakan pergerakanmu di dalam sana. kuat sungguh menendang ibu, ya? anakku...ibu belum pasti lagi samada anakku lelaki atau perempuan. Ibu dah pernah pergi scan kat klinik swasta. Doktor bagitau ibu yang anak ibu adalah lelaki. Ibu tak tau apa perasaan sebenar ibu ketika itu. anak lelaki?? teruja sungguh ibu...nanti muka siapa pula anak ibu kali ni. takkan muka papa lagi kot. hehe..apapun, anakku tetap anak ibu yang ibu bakalan sayang dunia dan akhirat sepertimana kakakmu.. Ibu juga tak kisah andai anakku kali ini mengikut jejak langkah kakakmu. Yang penting anakku sihat. itu yang ibu harapkan dan pohon dari yang Esa.

cuma kini, ibu agak risau dengan perkhabaran oleh doktor hari ni tadi. terdapat masalah dengan kedudukan uri ibu. Ibu mulai berfikiran bukan-bukan. ibu takut....takut....ibu tak nak menyebut akan ketakutan ibu. Ibu sayang anak ibu...ibu sayang kakakmu...ibu sayang papamu juga.  Ya Tuhanku, segala kekuatiranku..keresahanku..ketakutanku..ku serahkan padaMu. Aku mohon perlindunganMu terhadap diri ini dan juga bayi dalam kandunganku kini. Amen.

anakku...
ibu tak berani untuk berbicara dengan lebih lanjut dan panjang lebar. ibu tak nak memikirkan akan kemungkinan-kemungkinan yang tidak berasas. cukuplah setakat ini, kehadiranmu sangat membahagiakan ibu dan papamu. kami tak sabar menunggumu. tak sabar untuk memelukmu..tak sabar untuk melayan karenahmu dan tak sabar untuk melihat engkau menemani kakakmu.

anakku..
ibu menyayangimu...sangattttttttttt sayang. papa pun sama. kakakmu juga. baik-baik di dalam sana, nak. Membesar dengan sihat. Ibu tak sabar menanti hari pertemuan kita. Penyatuan kita sekeluarga, papa..ibu.. kakak dan dirimu.

loves,
mommymu.

:: Uri ::

hari ni aku gi klinik kesihatan lagi. jam sembilan dah sampai klinik, tapi prosedur menyebabkan aku terperangkap sampai jam 1.20pm. lama ke tak lama tu?? boring kan?? kesian kat ibu-ibu mengandung dan bayi-bayi. entah kenapa prosedur checkup mengambil masa yang agak lama. hurmm..ialah, doktor pun ada dua tiga orang jer. tak cekap langsung rasanya perkhidmatan yang dirasakan.

dan..hari ni aku scan untuk minggu yang ke 29. hurmmm...teruja sangat tengok bayiku walaupun tak jelas sangat kat screen. aku merenung bersungguh-sungguh screen dengan harapan mendapat hint bahawa nanti baby yang bakal ku peluk adalah baby boy or baby gurl. tapi tak nampak juga...nak tanya doktor pun segan. heee..but then, doktor cakap "uri u masih kat bawah lagi."  jantung aku berdebar-debar...itu satu statement yang kurang enak untuk didengar.

kemudian dengan rasa yang was-was aku beranikan diri menanya doktor..doctor, macam mana ni?? aku sendiri tak tau nak menyusun kata-kata. coz jiwa aku dah gementar. "hurmm..tak apa...kita tunggu dulu sampai minggu ke 34. masih ada peluang lagi untuk uri naik. kalau tidak, nanti kita refer awak kat hospital. kemudian baru kita tahu apa keputusan mereka." hati aku sangat-sangat tak enak...ye lah, dulu aku warded kat hospital gara-gara diabetis (my first preggy), aku sempat gak berkenalan dengan para ibu yang uri di bawah. mereka kena bertahan di hospital sehingga anak mereka dilahirkan. Ada yang duduk kat hospital sampai 3 bulan..dan sempat gak peristiwa tumpah darah berlaku terhadap seorang ibu yang berkedudukan uri di bawah. Terus pengalaman ini menghantui minda aku... aku takut.

apapun, i m praying for the best. hope for the best. God have mercy on me and my baby. Semoga peluang 4 minggu lagi ni, kepala my baby tak lagi menegak dan uri tak lagi berada di kedudukan bawah. aku dah risau dah sekarang ni...balik tadi, terus aku google pasal Uri bawah ni. ianya agak normal, tapi agak merbahaya. Ada tak aranya untuk menaikkan uri ni agar berkedudukan normal??

Tuhanku, padamu ku berserah.

Thursday, July 12, 2012

sabao jer lahh

aku yang tak sabar nih...esok adalah hari yang sangat-sangat penting buat diriku. so, hari ni..konon-kononnya buat persiapan terakhir. dan...my kecik bikin panasss lah. dia tak senang melihat aku ngadap lappy. menangis merengek-rengek. rebahkan badan dia atas lantar as if kena pukul momma dia. Sekejap tadi, dia meluru ke suis dan terus tutup. habis gelap lappy aku. luckyly ada auto safe mode. dia nak juga aku duduk dengan dia...bukannya buat apa-apapun. dia minta perhatian la pula saat genting begini..hapadaaaa...

sabo jer lah aku. esok adalah harinya. berdebar sesangat nihhhhh!!! tapi debaran tu hilang dek peel anak yang bikin panasss...hadehhhh.

Wednesday, July 11, 2012

bikin senang

senangnya dalam hati... la la la... pepagi berlagu girang. si kecik memanggil namaku dengan manjanya. Mammy....mammy...tak seperti kebiasaan, dia akan menangis duluan. ini tak. menyedari aku tak berada di sisinya, dia memanggil. kemudian datang mencari diriku yang buat-buat sibuk ngadap lappy.  Sambil memegang botol susu panas yang baru aku suakan di mulutnya ketika dia masih tido lagi baru sebentar tadi dan disebelah tangannya aku punya hp. di hulurnya hp tersebut dan aku mengusap kepalanya. (sekarang ni dia  mulai tahu...hp milik siapa...dia akan berikan kepada tuannya. kalau hp berbunyi, dia yang sibuk-sibuk mencari dan berikan kepada empunya hp tersebut...bijak,kan? hehe..) lantas menyuruhnya kembali berbaring. dan...ya, dia berbalik semula ke arah pembaringan. Baring diam-diam..wah..so adorable. Senang hati ibu kalau anak menurut kata tanpa banyak songeh,kan??.. Makin membesar dia, makin banyak perangainya yang menyenangkan hati...dan tak kurang juga makin banyak gak peel yang bikin panas. but its ok kalau awal2 pagi tidak bikin hal. bikin senang hati ada lah... hehe.. my gurl..my gurl....

wokeh...today gonna be a very busy day for me. preparation..preparation...preparation...my Viva fall on this friday. berdebar la pula dalam hati.. akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. segala penat lelah, kerisauan dan kebimbangan selama ini akhirnya menemui satu titik noktah pengakhiran. ya...titik noktah sementara coz, kalau ada rezeki lagi nak sambung phd. ngih3...bukan main kuat lagi aku nyer azam ni. tak kasi chance langsung kat anak aku untuk teruskan perjuangan aku. haha....

ye, aku bermimpi....suatu hari nanti atleast lah..."Dr. J" menjadi sebutan. Tak apa berharap...ada usaha, semuanya boleh. =) Tuhanku, tenangkan aku sepanjang minggu ini. Amin.


Tuesday, July 10, 2012

tinggila pula

hari ni bangun awal. sang suami pesan, sediakan barang2 dia coz dia tak balik malam nanti...huhu..menyendirilah kami anak beranak malam ni. luckyly, ari tu tersilap info yang mengatakan dia outstation. Tu yang dah packing pakaian dia siap2. so, pagi ni..just kuarkan beg tu jer lah.. berbekalkan secawan Milo, sang suami pun turun keja dan seperti biasa tak lupa menyimpan 'bekal' cioman kudos kat anak-anak dan bini dia. hee...

hari ni aku ada appointment utk check bsp. terkocoh-kocoh gak aku menuruni tangga coz target sampai ke klinik tepat jam 8am. tapi, sampai ke makmal..kecewa gak rasa hati. punya ramai orang. huhu..aku plak dah rasa lapar. gheee....nah, ini dia result bsp aku pagi ni. jam 8am=7.4, jam 10.30=7.6. fuhhhh...tinggi tuhhh.. after bsp pagi-pagi aku pekena plak kue tiaw goreng...tu yang menjadi-jadi tu... nah, besok bersiap sedia jer lah telinga di berus oleh doktor. dah la sebelum-sebelum ni pesan, nak bacaan kurang dari 6. hurmm..apa boleh buat. baby makin hari makin besar..selera makan pun bertambah..nak-nak aku mula memasak untuk keluarga. Biasanya, orang kalau masak sendiri, dah lejuk nak makan masakan sendiri. tapi aku...aku masak, lagi aku berselera.

yelah, semalam masak kari ayam, masak Ikan Patin Sarawak @ atuk lawek plus dengan pekasam daun ubi. apa taknya selera menjadi-jadi. hakaiiii....

oklah, perut pun dah berkeroncong nih. nak makan sup atuk lawek. laparrr duhhh..

Tuesday, July 3, 2012

::Apabila::

apabila melalui saat tenang bersama orang-orang yang tersayang dan menyayang...betapa indahnya dunia!! Ohhhh indahnya...mendengar bicara manis...penuh kelembutan dan kesabaran. Hati pasti riang-ria meski masalah jutaan bintang.  

apabila bersama dengan orang yang penuh emosi...betapa hati gusar. serpihan-serpihan aura negetive yang percuma memberi kesan terkesima. Si pemarah or orang yang tidak dapat mengawal emosinya adalah insan yang sangat lemah peribadinya. you agree?? anak Tuhan, harus panjang sabar, murah hati dan rendah diri...

ketenangan. Orang yang tahu..dia akan menghargai ketenangan. Orang yang tiada kedamaian dalam hatinya, nafasnya penuh amarah...buas. hurmm....




::If::

morning uols...
pagi ni gue terjaga jam 2.45am. nasib baik alarm berbunyi. kan haru kalau aku terlajak sampai ke pagi..hihi...final touch..final touch... selagi masih di tangan, selagi itu ada-ada jer yag perlu diperbaiki sana sini. ya...setiap kali membuat menda yang sama, yang pada awalnya betapa menjadi satu kerunsingan di minda ini akhirnya, pagi ini menjadi mudah...susah-susah jer... =)

setakat nak meluahkan rasa hati.....some people sangat bagus dalam memberi tekanan kepada orang lain. Sebaik saja buka mulut...ayat yang keluar bukannya yang membina atau pemberi semangat, sebalik mengkritik sana sini..kalau macam ni, susah la. Bagus memang baguslah mengkritik...boleh mencabar individu untuk menjadi lebih baik. tapi..sekiranya kritikan itu setiap saat, setiap masa dan ketika lebih mengarah kepada negetive. Orang pun boleh patah hati...kecewa...dan paling takut, individu berkenaan mula memandang rendah pada diri sendiri dan keyakinan terbantut. daripada memberi saat genting kepada orang lain...apa salahnya memberi saat yang menenangkan dan menyenangkan. haruslah belajar psycology hati dan perasaan manusia jika nak hidup aman dan damai. Menerima dan Penerimaan. kalau nak perfect all the time....i m not robot!! i m imperfect human being...u love me or u leave me!! thats it..
@@@@@
If children live with criticism, they learn to condemn.
if children live with hostility, they learn to fight.
if children live with fear, they learn to be apprehensive
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselfve
if children live with ridicule, they learn to feel shy
if children live with jealousy, they learn to feel envy
if children live with shame, they learn to feel guilty
if children live with encouragement, they learn confidence
if children live with tolerance, they learn patience
if children live with praise, they learn appreciation
if children live with acceptance, they learn to love
if children live with approval, they learn to like themselves
if children live with recognition, they learn it is good to have a goal
if children live with sharing, they learn generosity
if children live with honesty, they learn truthfulness
if children live with fairness, they learn justuice
if children live with kindness and consideration, they learn respect
if children live with security, they learn to have faith in themselves and those about them
if children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.
@@@@@
@Bukan untuk kanak-kanak jer..tapi untuk semua makhluk yang bergelar MANUSIA@

#~~Bicara Subuh~~#











Monday, July 2, 2012

bezanya...

terdetik di hatiku diantara kesibukan memanjangku sepanjang hari ini....
Kelemahan suami adalah isteri....
Kelemahan Isteri adalah anak-anak...

# tetiba jer plink-plink words ni bagai berkelip-kelip di minda aku berulang-ulang.

Kekuatan Isteri adalah Suami
Kekuatan anak-anak adalah daddy dan mommy mereka.....

@minda yang mengantuk berbicara@