Saturday, June 30, 2012

Berkumandang

aku kini sedang berkurung dalam bilik. tidak kedengaran panggilan si kecik memanggil diriku. aku tak sempat pun pegi menjenguk dia. agaknya dia dah tido. kalau dah terjaga, pasti kedengaran dentuman kecik serta suaranya meminta untuk dibuka pintu untuknya. Hari ni aku still lagi lakukan minor editing. sambil-sambil bekerja, aku memasang music dengan jayanya. full volume..dengan cara ini fikiran aku tak menerawang. mengedit pun kaki sempat bergoyang. layan oldies...kekadang terasa ingin menari mendengar rentak muzik. kekadang terasa diri kembali remaja. ahaaaa....kekadang terimbau akan peristiwa-peristiwa silam yang bersangkutan dengan music berkenaan. jiwanggg ya....

apapun..aku sedang buat persiapan terakhir sebelum turun ke medan perang selepas minggu depan iaitu 11/7/2012. leceh juga buat part-part technical ni..heading bagai..numbering...dan tah kenapa plak aku nyer word 97 ni, ada-ada jer hal yang timbul. lagging kot..apa yang aku buat bersalinan banyak...penat mata aku tengok. nak mengadjust pun susah. hadoii...

ok..nak terus kan perjuangan ini. Hati focus... tak lama lagi... tak lama lagi.... #sempat tersenyum dalam debaran. phiewwwww...

=(

sebak. sedih. marah semua bercampur jadi satu. perasaan aku tak keruan malam ni. emosi membuak-buak..mata pun tak ada selera nak terpejam. setelah anak tido, aku kuar dari bilik...duduk ngadap lappy di ruang tamu. keseorangan. sambil melayan oldies songs yang baru aku ambil dari seorang teman disamping melakukan minor editing setelah draft thesis aku dikembalikan oleh supervisor aku petang tadi.  i need break again...cant wait to be with my father and mother again. bersama mereka, ku temui kegembiraan sejati..ketenangan..

duhai hati..bersabarlah. sekejap lagi....masanya akan tiba.

Friday, June 29, 2012

dalam hati

ya..menunggu waktunya yang kian menjelma...banyak perasaanku alami kini. berkecamuk. char kue tiau gitu...tapi..bila aku duduk, bertenang. rasanya, semua itu cuma mainan perasaan buat diriku. terkecoh-kecoh...berdebar-debar... yang membuatkan aku rasa semakin takut. semakin hilang keyakinan..semakin melemahkan semangat aku. Tatkala aku duduk dengan kepala yang kosong....semuanya itu, bukannya apa-apa pun. banyak lagi perkara yang lebih penting yang perlu aku lalui dalam hidup ini. dan apa yang sedang aku lalui kini adalah 1% sekadar ujian buat diri untuk menjadikan aku tabah, gagah, dan menerima keupayaan diriku sendiri.

jadi, tak perlu gentar-gentar. lalui jer dengan tenang...terima segala keputusan dengan redha dan ikhlas. semuanya atas diri sendiri. =) opppsss...kejap nanti nak jumpa tok guru untuk satu misi yang penting.

relax diriku...relax....


Oh my Germany...


Ha..nampak tu pemain no 13, si Muller. steady gak orangnya. tencome...heeee. pagi tadi aku dah set alarm untuk bangun jam 2.30am. nak kasi sokongan sama tu jerman. tapi last-last kalah juga oleh rasa kemengantukan yang teramat sangat. tapi last minute punya alarm yang berjaya mengejutkan aku;  mykecik. semalam tak pakai nite diapers. lencun habis dia punya huggies biru. terpaksa bangun...dalam hati berdetik, "dah abis kot game". tapi aku On gak tv3. ada lagi 10 minute. so aku dan my anak duduk kat ruang tamu. Bulat mata aku melihat keputusan german 0-2 Italy. hapuuuu..sakit ati maiiii medak nyak. but then, tetap gak mata aku terpaku kat tv.  Pada minute ke 90, si Ozil score penalty untuk jerman. Boleh la...tak la pulang bawa telur gajah. owhhh...nampaknya instinct aku tentang Jerman vs Italy benar. semalam hati aku tak yakin jerman bakalan berjaya menawan taktic dan skill negara Pasta ni. tepat. fuhhh....lain kali jangan berperasaan bukan-bukan. kan dah jadi kenyataan. huwaaaaa....

dan aku mengandaikan kenapa jerman boleh kalah perlawanan kali ini....pertama, tak seperti game-game sebelum ni, atleast ada gak aku berbisik ngan Tuhan supaya Jerman menang setiap kali perlawanan. tapi semalam, aku tak berbuat demikian coz dipengaruhi ramalan-ramalan orang ramai yang yakin dan pasti german bakalan menjuarai EURO 2012. haha...lawak,kan? secondly, aku tak kasi sokongan penuh kat jerman. aku utamakan tido aku...bila aku bangun, baru jer depa dapat score. aiseyyymannn....kalau aku tengok dari awal, mesti tiga empat bijik menerobos gawang negara Pasta.  thirdly, aku pesan kat daddy my kecik suh beli burger by sms. kempunan kot jerman. aku tak jamah pun coz si daddy tak tengok hp dia... tu jer. heeee..aishhh..apa plak kena mengena dengan aku ni?? garu palak mode...

well, german kalah pun, kira ok la tu. bukannya awal-awal tersingkir,kan?? banyak dah yang dia lawan  n dia menang. bukan kampung-kampung game bah!!!  cuma kali ni jer tak bernasib baik. rasanya mereka over confident kot...coz semua orang meramalkan yang mereka akan memenangi EURO 2012. 

Tak lupa nak ucapkan tengkiu kat my kecik coz temankan mommy nonton bola walaupun kejap jer...@bola itu kan bulat. apa-apapun boleh berlaku...#Kecewa mode berlagu sendu# tapi semangat kesukanan tak pernah luntur. kalah ker menang ker..team tetap team maaa...mati atau hidup. chewahhhhhh!!


Thursday, June 28, 2012

Bola itu bulat

apa aku nak buat malam ni ek?? actually macam dah ngantuk dah ni... cam rajin jer rupa aku ngadap lappy. as if aku sibuk benar2 buat keje yang serious. padahal...membuat ulangkaji public wall post facebook. sibuk betul aku nak baca apa yang orang post..walaupun aku sebenarnya sedang mengawal diri dari berbuat demikian. buang masa betul...tapi, tanpa aku sedari, aku lakukan juga. dah jadi rutin. amalan biasa aka penyibukkkk. hihi...ada masanya aku akan tinggalkan semuanya ini, kot. =)

 anak aku dah dodoikan dalam buaian. menangis dia tadi, tak nak tido. nak bermain dan mengacau si daddy yang bersungguh-sungguh nak install printer buat si mommy. nampaknya tak berjaya...konon-kononnya boleh guna driver online. perghhhh..tak menjadi pula. Meja aku?? sepah. merungut si daddy. hurmm...kalau aku susun karang, aku tak tau mana aku letak benda-benda aku...hihi..mencari balik, sepah balik. sabarlah daddynya...tak lama lagi, kosong la meja ni ha. dengan meja-meja ni sekali aku angkut kuar dari bilik ni. nak ganti baby coat pula lepas ni. =) Plus, aku kan nak "berehat seketika" dari menghimpun  buku-buku aka kertas tah apa2 sehingga  berjoget lambak atas meja. wish me luck for my final exam, VIVA. =)

bahlah, dalam kesibukan hati dan perasaan aku, menyempat gak aku terbengong memikirkan perlawanan bola sepak diantara Italy dan Germany pagi nanti. Nak tengok ker tak nak ni ahh?? sepanjang EURO ni aku tak layan pun football..pelik gak peminat bola yang satu ni. dia just fanatik dengan team dia jer, Germany. tapi malam ni rasa hati aku semacam jer...oh tidak...harap2 ini bukan satu petanda yang kurang enak buat jerman. Bola itu bulat. apa-apa pun boleh jadi even saat-saat akhir tiupan wisel. aku actually target nak layan BOLA time final jer..itupun kalau jerman yang masuk final. kalau tak...tak menonton EURO lah aku utk tahun ni. ngih3...Tengoklah nanti, kalau si daddy sudi temankan aku, aku cuba juga bersengkang mata memberi sokongan padu buat team kesayanganku itu.  siap si mommy belikan jersi lagi untuk my kecil. hehe...



suami tak pulang lagi. sempat tadi aku sms dia utk belikan burger arnab atau burger rusa. teringat akan stall burger ramlee yang offer pelbagai rasa burger..burger burung unta pun ada. tapi aku tak berani nak makan..nama pun seram. huhu...oklah, setakat ni dulu. nak kemas work station aku. sakit mata si daddy melihat keteraburan di atas meja studyku ini. =) 

go Germany!!!


debaranku

debaran semakin terasa. bahangnya semakin hangat. aku baru dapat msg dari supervisor aku. tolong hubungi  ketua program kerana tarikh untuk hantar dissertation dan viva sudah ditukar. mak aihhh....kata 16/7. ni nak tukar pula..dengar kata ke 11-13/7 pula. wahhh..tak boleh jadi ni. bertambah kecut la pula perut aku....rasa seram sejuk-seram sejuk...huhu.

Tuhanku berikan aku kekuatan untuk melalui  fasa yang penuh debaran ini. akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu kian menghimpit dan menghampiri. aku...please dont panic!!!!!

tabah duhai diriku..kuatkan azam. fikirkan..tak lama lagi aku grad!!! perjuangan hampir selesai.....berjuang biar sampai ke titisan darah terakhir. dan..inilah masanya!!! 

jiayo!!! jiayo!!

tak sakit pun??

semalam lawatan aku ke klinik sempena kandungan aku yang mencecah usia 25 minggu. temu janji cam biasa jam 2pm. habisnya jam 5.15pm. nombor bertuah aku kali ni 2618. punya lama menunggu. well, cam biasa..penimbangan berat badan dan juga mengambil tekanan darah. wooppsss..berat aku meningkat pula kali ni. 98.5kg. phieww...bp pula normal 120/70. sambil-sambil menunggu turn aku, sempat gak aku melayan puteri yang ditukar, tv3. lepas tu, aku disuh ambil sample darah. lemah gak lutut aku melangkah ke makmal. apabila nama aku dipanggil...dengan penuh debaran aku kuatkan semangat...sakit sikit jer..kejap jer pun sakitnya. yang sebenarnya, aku agak phobia bila nurse yang tak berapa pakar ambil sample darah aku. adakah patut di cocok-cocok jer jarum kat daging aku. as if aku ni getah, tak tau rasa sakit. apapun, kali ni bukan missy yang amik darah aku. rasanya orang makmal ni jugalah... getah di ikat di lengan aku. tak kuat pun ikatannya. dalam hati aku berbisik..sah mesti sakit ni nanti. tak terasa tegang pun...sementara dia siapkan jarum, aku alihkan pandangan aku sambil mendamaikan hati aku....sakit ni sakit yang sedap...tahan..tahan...tetiba, ikatan getah tadi dilepaskan. dia terus memindahkan darah dari jarum ke dalam tube sample. "eh, dah ker??" tanyaku blur-blur. "sudah." jawabnya ringkas. "tak rasa pun...tak sakit pun.." kataku lagi seolah-olah tak percaya. "awak banyak fikir ni, sampai tak sedar i suntik," katanya lagi. tanpa berfikir panjang aku terus UPkan juru makmal tadi.."wah, pandainya awak..tak sakit pun awak buat," ikhlas pujianku. mungkin dia pun berbangga gak kot...jarang pesakit nak kasi pujian, makian adalah..pasal depa main cocok or sometimes berlaku kasar. kalau macam ni, aku takkan rasa phobia lagi bila sample darah kena ambik. ngih3...

lepas tu menunggu lagi masuk jumpa doktor. kali ni scan baby..scan jantung baby,kata doktor india tersebut. friendly betul ni doktor...puan, awak ada banyak edd lah...(maksudnya jangkaan tarikh bersalin berdasarkan scan). hurmm..tapi menurut saya, mungkin bb awak lahir nanti 21/10 kot.. ada lima tarikh disenaraikan untuk edd aku. fuhhh..mana-mana jer lah. harap bila cukup tempoh, bb aku akan kuar dengan sihat hendaknya. after sessi dengan doktor, masuk lagi satu bilik lainnya untuk dapatkan tarikh appointment seterusnya. "awaknya bp kena amik dua kali seminggu. bsp dua minggu sekali dan scan semula dua minggu dari sekarang. oh ya...awak kena buat homework, catit pergerakan anak awak". aik?? bukankah bila baby dah 7 bulan baru mula catit ker??? kemudian dia siap suh aku gi ambik suntikan tambahan kancing gigi. coz bb pertama aku dulu dah dapat suntikan TT ni..yang kedua ni cuma dos tambahan jer lagi. Nah, masuk bilik imunisasi dan suntikan pula...melihat missy tersebut menyediakan jarum suntikan bagai, aku berbisik lagi dalam hati aku....tak sakit pun..tadi tak sakit pun.... tapi..bila jarum menjunam di lenganku. mak aihhhhh...rasa cam kena gigitan serengga pula. berbisa..terasa gak darah naik ke muka. kesakitan yang mengejut. huhu....

begitulah kisah satu hari di klinik sepanjang hari semalam. tak salah beri pujian pada pekerja yang berdedikasi,kan? dan..semalam time scan baby the second.. aku dah boleh tengok tubuhnya yang lengkap. semoga engkau membesar dengan sihat sayangku. mommy love you...


kenapa sayangku??


aku sungguh mengantuk hari ni..oppsss...bukan hari ni jer...tapi hari-hari yang berlalu pun aku lalui kemengantukan yang sama. semenjak pulang bercuti dari Myy, anak aku berperangai pelik. tiap-tiap malam menangis yang melalak. bikin panas juga lah.... nasib baik laki aku kebelakangan ini memahami. instead bini yang bangun, dia yang cepat-cepat ke dapur bancuh susu. thanks suamiku...ya, aku sedari semenjak kebelakangan ini, suami aku tak lagi membatu tatkala anak aku meragam. pasti dia terjaga dan cuba untuk menenangkannya. aku bukannya tido sangat pun. cuma aku mendiamkan diri seribu bahasa. malas nak bagi muka kat si kecik. taktik aku juga, mana tau..bila dia tengok mommy dia tak bergerak, dia putus asa dalam meneruskan tangisan dia yang minta perhatian begitu. sometimes, bila laki aku penat, dia sekadar menepuk atau mengucup bahuku perlahan-lahan, tanda sokongan kepadaku untuk  mengadap peel si kecik. menjadi juga...aku gagahkan diri aku meladani tangisannya itu. Suami aku tau, bila aku dah tido, kemudian terjaga. pasti the next day akan ada kesan sampingan terhadap kesihatanku. letih. lesu dan sakit kepala. resultnya, aku pasti tidak berupaya bangun ketika beliau bersiap sedia turun ke tempat kerja. nasib baik lah laki aku bukan jenis yang manja, nak itu ini semua bini kena sediakan. (bukanlah pula nak mengambil kesempatan...hehe). kekadang aku cuma terdaya membuka mata dari pembaringan apabila sang suami yang sudah kemas bergaya mencium aku dan mengusap baby the second sebagai tanda yang dia nak keluar rumah. oh indahnya.... =) kekadang, sepanjang hari aku berbaring, dari pagi sampai ke petang atau dibawa-bawa sampai ke senjanya dek sakit kepala melampau terutama ketika aku boyot baby the second ni. ya, memang pelik anak aku menangis tak henti-henti..sukar dipujuk. duduk tak kena, baring tak kena, naik badan aku, dan macam-macam yang dilakukannya...serba-serbi mungkin rasanya tak kena buat si kecik. entah apa lah yang menganggu tidur si kecik ni...mimpi kot?? aku konklusi sendiri. malas nak berfikiran yang bukan-bukan...walaupun bengang apabila tidoku terganggu. tapi agak sedih juga mendengar tune tangisan dia yang mendayu-dayu. kenapa sayangku??

buat suamiku terchinta...terima kasih sayang diatas keprihatinan dan pengertianmu.
Love you so muccchhh. muahhhh.


main kawen2

aku heran gak dengan dunia artist ni..bukankah mereka manusia biasa??? tapi kenapa depa selalu jer main-main dalam perkahwinan. time nak kawen beriya bagai... meriah nak rak...seluruh dunia pom pang pom pang... tapi tak lama lepas tu, bercerai pula. depa ni main kawen-kawen kot...kalu yang ni tak best, tukar dengan yang lain...banyak pilihan menanti. aku terkejut gak dengan news ROTI KAYA pasal Sasha Saidin yang nak tuntut cerai dari suami dia. Laaa....cam tu pula. tak lama lagi, mesti kawen baru lagi ni si Sasha...apa agaknya yang depa cari ek dalam sesebuah perkahwinan??? ya, kekadang kita melenting gak ngan pasangan kita..kalau ikut kan hati sangat, dan-dan tu juga nak berpisah. tapi bila hati dah sejuk, rindu pula kat pasangan. Kalau pun meluat sangat dengan pasangan, fikirkan semula kebaikan yang pernah dilalui bersama dia. tatapi wajahnya terutama ketika tido...ketika itu hati mesti terdetik, dialah untukku selamanya for better or for worst. macam-macam....tapi aku akui, kehidupan berumah tangga ni diibaratkan sebuah perjudian. kalau jumpa insan yang baik dan lengkap seluruh "package"nya...untung dan bertuahlah badan. =)

photo di atas: kredit sama ROTI KAYA


Wednesday, June 27, 2012

trimas cintaku...



baby the second...
sekarang usiamu mencecah 5 bulan dalam kandungan mommy. wah...active sungguh anakku di dalam sana. dulu, kakakmu seusia ini belum kelihatan lagi dan pergerakan pun tak terasa sangat. tapi..kali ini...you, baby the second mommy... sudah terasa kehadiranmu. kekadang mommy mendiamkan diri, sengaja melihat pergerakanmu. on 21/6 mommy excited sangat nak menjenguk mu...hehe..doktor kata, "baby kali ni lelaki. 90% saya tau dia lelaki." gulppp...tak terkata mommy. Tapi mommy tak kisah...laki or perempuan, tetap anak mommy. mommy tetap sayang...daddy pun sayang juga.... terus apa yang terbayang di fikiran mommy..nanti baby kali ni wajahnya lebih kepada siapa pula ya?? daddy or mommy?? hurmm..tak sabar mommy menunggu hasil karya agung tuhan yang kedua ini. Nama mu sudah lama mommy sediakan....punya excited, mommy mu ini,kan?..hehe...Daddymu setiap malam sebelum tidur memelukmu, mengusap dan menciummu. Begitu juga ketika bangun pagi dan sebelum turun ke tempat kerja...sayang sungguh daddy padamu.... kakakmu juga sayang akan dirimu. meskipun kakakmu yang ketika ini baru berusia setahun 5 bulan belum mengerti apa yang ada disebalik perut mommy, tapi bila mommy kata "sayang baby adik", dia pantas jer "muahhhhh" padamu. kekadang kakak turut mengusap-usap anakku tatkala melihat perut mommy yang menggunung ketika berbaring. Nah...betapa kami semua menyayangimu. Tak sabar mommy menunggu kehadiranmu...tak sabar mommy merasakan kecupanmu seperti yang dilakukan kakakmu. mommy cant wait to hold you..to hugs you, baby...

terima kasih cintaku atas benih kasih ini. sayang awak semua...


Tuesday, June 26, 2012

main masak-masak

gelagat di suatu petang...hari ni lah..=)

mommy kena fikir cara cam mana nak kurangkan hyper active si kecik agar lebih focus...

main masak-masak dengan jaganya...letak keropok mimi sebagai bahan masakan.

gaul..jangan tak gaul..abis dapur kalau cam ginilah gaya anak dara aku memasak..

selebihnya masuk dalam mulut....=)..anak..anak...


anak aku terbang



 menjadilah anak aku kalau dilayan orang...hehe...

ke hulu-ke hilir anak aku dalam kapal...pa boleh buat. anak aku...anak aku...

Balik berdua pada 13/6-20/6/2012 tinggalkan dd seorang diri. kesian dia..fathers day, tak ada anak bini di sisi. sorryla dd..nah, diatas adalah gelagat anak aku dalam kapal. tak boleh duduk diam dia. ialah...tempat duduk sempit. rimas la dia. so aku lepaskan jer dia. entahlah...anak aku ni nak kata pemalu tak juga. jinak-jinak merpati gitu. orang yang dia tak kenal boleh dibawanya bermain. hadoiii...next time terbang, harus ada dd bersama. lagi satu kena book tempat duduk. susahnya kalau dicampak merata-rata oleh sistem airasia. pandainya depa mendesak kita untuk keluarkan duit lebih kalau nak selesa. fuhhh....dan, paling sakit hati, kapal kami terletak jauh di ceruk airport. seksanya aku nak menggendong si kecik aku bersama dengan rasa kesakitan kesan c-sectionku. tapi tak da pilihan....kalu banyak duit lain kali...baik guna penerbangan lain lah...what so awesome with this kind of flight?? ishhhh..geram tapi apa boleh buat lah. hadoii...

mothers day

~~simply Us 2012~~

gambar di atas telah diambil sempena hari Ibu 2012 sehari lebih awal iaitu 12.5.2012. Semuanya terjadi tanpa dirancang...adindaku punya keje lah tu. katanya, ada kupon free dari cosway. hehe..yang freenya gambar aku ngan daddynya jer. a4 size...yang extranya, berbayo la pula. tapi tak apalah...sebelum adik si kecik ni kuar, elok gak kami mengambil gambar bertiga. (ketika gambar ini di ambil, adik si kecik aku 4 bulan sudah di dalam sana...)tahun depan bolehlah ambik gambar berempat pula....nampaknya hari ibu memberi satu titik memory penting untuk kami sekeluarga. Tiap tahunlah kena ambik gambar kat studio, ek daddynya?? =) syiok juga sesekali di makeover oleh juru mekap artist dan di-touchup pula dek photoshop, maka menjadilah hasilnya. aku nampak ayu gitu...miahahaha...laki aku dan anak aku lagilah...look ngetooooppp!! anak aku original, no makeup. same goes to my husband...kalau dah memang handsome, nak buat cam mana...handsomelah hasilnya. miahahaha....(sorrylah, sendiri kena buat statement masuk bakul dan angkat sendiri..hihi..terasa nak muntah??? silakan...).

I loike..and i love my familia so muchhhhh!!

myworld


Trima kasih dari lubuk hati yang terdalam dari hati seorang isteri kepada sang suami terchinta coz tak pernah gagal  membisikkan kata-kata cinta buat diri ini dari awal percintaan, pertunangan, perkahwinan sehinggalah aku telah menjadi emak buyung buat kedua kalinya..anak-anakku adalah tanda cintaku buatmu. dunia dan akhirat.

sayang awak. cinta awak. =)


jiwang aku

Sambungan entry cemburuku..luahan tulus ikhlas aku... heeee...ada juga benar andainya emosi aku kini sedanga dipengaruhi oleh hormon aku...Bawaan budak...semenjak membawa budak ni, aku ni selalu jer berjiwang-jiwangan kat sang suami. selalu nak berdekatan. bila berjauhan, merindu la pula. bila berdekatan berlagak poyo..seolah-olah tak ada perasaan. Opsss... sang suami tak tau pun kejadian puting beliung dalam jiwa aku ni. nasiblah kalau dia terbaca akan entry aku kali ni..hehe....

ya, mungkin juga wanita-wanita yang mengandung di luar sana turut merasakan apa yang aku rasakan kini. senang cerita, hati dah mula berbunga-bunga semula bak orang baru berchinta..rasa rindu. rasa ingin dibelai. dimanja, dan diberi perhatian sokmo. bukan gaya mak budak dah...dah rasa cam "kebudak-budakan" pula rasanya.  tapi...berbeza dengan suami aka bapa orang ni. Bila bini mengandung, lagi lah bersemangat nak bekerja. tanggungjawab bertambah..dulu bertiga, tak lama lagi berempat...jadi, dek tanggungjawab itulah maka sang suami berperwatakan serious, tegas dan straight. jiwang2 tak main la....(tapi ada sesetengah kes yang aku dengar dan fahami berdasarkan pengalaman orang dan melalui pembacaan, ada juga suami ni yang kat rumah bukan main lagi serius, pendiam, bengis kat rumah. tapi bila kat luar, jumpa betina lain...mengalahkan kucing betina. miang..bukan main lagi tunjuk mesra dan peramah kat orang luar. tapi balik umah macam singa. serious ada, kan?? )

Lawak,kan aku?? berfikiran sejauh ini. dulu aku tak kisahpun...malah aku siap gelak-gelak lagi kalau laki aku puji perempuan tu seksilah..cantiklah..bla bla bla..lain pula sekarang. laki aku puji jer ompuan lain, hati aku berdetak. aishhh..cemburu kot. iyer ker cemburu?? tak tau lah aku. aku sendiri pun tak pasti akan perasaan tersebut. kalau anda nak gelakkan hati aku yang fragile ini...silakan. dulu aku pun berfikiran cam gitu..alah, itupun nak risau...nah, kalau terkena batang hidung sendiri, baru nak tengadah la yer?? kita tak tau perjalanan jodoh kita ni macam mana...cobaan dan godaan banyak. tak suami kita goda orang, orang goda suami kita. lelaki. kata seorang teman..."suami kita ni, memang baik. tapi ibaratkan jer lah sebagai seekor kucing. kalau hari-hari ada hidangan ikan di depan mata, takkan dia tengok jer." aku setuju statement sang kawan tersebut. malah aku mula mengerti penderitaan hati wanita-wanita yang terluka dek sikap suami mahupun orang yang yang mengambil kesempatan terhadap suami mereka.

Apapun, apabila aku berada di dalam zone kewarasan minda...aku sendiri pening dengan hati dan perasaan aku. kenapa aku harus berfikiran begini?? aku kan dah jadi ibu orang..kenapa pula nak dimanja-manja segala. yearkkkss.....(bisikan permukaan hati..) dah buang tabiat ker aku ni?? huhhhhh!! masalahnya, soal hati sukar dimengerti..complicated. lagi-lagilah wanita yang boyot seperti aku ni...ada-ada jer idea kreatif yang menjahanamkan jiwa menjelma. ye lah...dunia sekarang tak cam dulu..tak cam time bapa kita. berkahwin satu. setia pada anak bini. cam bapa i... tabik sangat kat my father!!! i love you, daddy!! harap2 satu hari nanti anak dara aku bertemu seorang lelaki yang berperwatakan seperti ayah aku sebagai suaminya. seorang yang penyayang dan penuh pengertian... (jauhnya aku berangan...hihi).

aku. wanita yang mengandung itu. hati fragile. sensitive melampau. makan dalam.


cemburuku

cemburu...hurmm. sering kita dengar perkataan ini,kan?? dan mungkin sering kali kita lihat kesan daripada perkataan ini juga..ada orang kata, ada baik..ada buruknya. Apa itu cemburu?? Menurut kamus, cemburu adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai seperti suami, isteri atau kekasih.

Adakah anda seorang yang cemburu?? jawab dalam hati sendiri lah ek?? aku?? hurmm..semenjak dua menjak ni ada satu perasaan yang melonjak-lonjak dalam hati aku. kata kawan-kawan, mungkin bawaan budak. mungkin juga..coz selama ini aku boleh mengawal perasaan cemburu aku dengan jayanya. malah, jarang sekali terdetik di hati untuk merasa cemburu terutama kepada suami terchinta. Kiranya dia pulang lewat, aku dah mula tak tentu arah...kiranya dia bermain dengan hpnya, aku dah mula curiga...

alkisah..satu hari aku ni ternampak suami aku meletak gambar seorang modeling sebagai wallpaper kat hp dia. fuhhhh..jantung aku berdegup dengan kencang. bagai nak meletup. air mata aku terus nak berguguran. aku terus sindir suami, "hamboi, gambar ompuan mana pula ko kutip ni? ada anak, tak nak letak gambar anak?" kataku sambil menahan air mata dilihat oleh sang suami. "i tak ada gambar anak dalam hp ni," jawabnya selamba. kebetulan ketika itu kami nak sesuatu tempat. terus aku berjalan, meninggalkan anak aku terkontang-kanting di dalam kereta. biarlah suami aku kisah kat dia...ada hati nak letak gambar perempuan. nah...rasakan jadi bapa. ingat ibu jer susah payah fikir anak memanjang.....aku tak pedulikan suami dan anak aku dibelakang. laju jer aku jalan...hati membara lah katakan. sepanjang majlis yang kami ikuti, aku tak pedulikan anak aku. selama ini, aku biar jer suami relax...aku jugalah yang kejar anak ke sana-sini. kali ini, biarlah...biarlah orang tau bahawa laki aku ada anak.( bisikan hati yang meletop-letop tanpa pengetahuan suami. isk..isk..isk..)

Tengahari makan di restauran, aku tak sanggup tengok muka laki aku. nak jamah nasi pun aku tak berselera. nampak muka dia, aku rasa nak nangis..tapi memang air mata dah sedia bergenangan. Pulang umah, aku terus masuk bilik, mandi dan berbaring. mengadap dinding,OK. aku langsung tak nak tengok muka laki aku. betapa panasnya hati aku. Malam tu, suami berbaring dan aku kuar tengok lagi hp dia.. spot-check...masih ada lagi gambar tersebut. nampaknya laki aku tak paham-paham apa yang aku maksudkan. dia tak tau kot yang hati aku terluka dek gambar yang tah apa-apa tu...

malam tu, aku tido mengadap dinding. air mata berguguran perlahan-lahan. nasib baik ada anak untuk aku peluk. ada gak alasan tak  mengadap suami malam itu. sempat lagi dia bertanya, "kenapa i tengok muka u murung jer?". dalam hati aku nak jer  menjerit-jerit memberi penjelasan. tapi lidah aku kelu. diam membisu seribu bahasa...sepanjang malam aku tak dapat tido. even sampai the next day, fikiran aku terganggu... sampaikan aku message kat laki aku luahkan perasaan aku. tapi dia tak balas pun...dia tak layan pun perasaan aku yang berkecamuk. huhu.... 

aku belum lagi tengok screen hp dia yang terlatest. entah apa lagi perasaan aku lepas ni. silap-silap hari bulan , tak pasal-pasal hp dia berderaian kot.  Honestly, inilah pertama kali aku berperasaan yang tak terkawal terhadap suami aku..ialah, kita ni mengandung..perut pun dah boyot. macam-macam menerpa di minda aku ni. Dulu aku tak kisah pun. tapi sekarang aku sangattttttttt KISAH!!! apakah ini betul bawaan budak atau apakah ini perasaan seorang isteri dan ibu??

aku cemburu ke ni??? tapi yang pasti, hati aku gelisah, marah dan meluat. argghhh!!!
Bingung.







Thursday, June 21, 2012

balik kampung

yayyy..aku baru balik kampung. well, bukannya kampung sangat pun...tak sampai kampung halaman pun. setakat kat bandar jer. itupun kira bersyukur. dah memijak tanah bumi kenyalang pun dah cukup menghilangkan rasa rindu di hati ini. sebenarnya, tak terasa aku dan si kecik spend satu minggu kat sana. pejam celik pejam celik dah kena rushing ke airport plak. hadeiii....

ya...time kat miri, aku langsung tak kuar pun jalan-jalan. setakat duduk dalam umah jer. tak larat nak jalan. fuhhhh..miri punya cuaca sangatttttttt panas. everyday aku sakit kepala. migraine kali. coz bila aku melihat seperti biasa terasa sakitnya bahagian kening dan dahiku. terpaksa aku mengecilkan mata untuk melihat...aiyooooo panas sungguh.

apapun, anak aku lah paling gembira. dapat layanan istemewa dari semua orang. kaletahnya yang ada-ada jer tu bisa menarik perhatian semua. paling best, atuk n nenek dia sangat sayang dia...tu tak kira lagi dia nyer cousin-mousin.

now, i kat territoryku. cam biasa. ari ni dapat panggilan dari fakulti. wa punya exam date sudah ditetapkan. phiew....berdebar la pula. wish me luck, peps!!!

Wednesday, June 13, 2012

aku memang....

well...ever since aku membawa bb kedua ni, aku takda perasaan pun utk merias wajah aku. nak letak bedak bagai..sowie arrr, entah kenapa aku rasa cam tak da masa pula menempek-nempek bedak bagai kat muka. haha...cuci muka pun sekadar menggunakan air biasa jer. aku nyer pencuci muka dah lama abis dah...so, malas nak membeli. biasanya laki aku yang belikan. dia ni lagi galak menjaga muka berbanding aku ni.

tak perlu pakai apa-apa. senyum. keceriaan dan keayuan akan terserlah andainya hati riang ria dan gumbira. muka yang kusam dan ketat adalah hasil hati yang selalu dibuat sambal dan ulam. sangat senang,kan nak membaca riak wajah orang meskipun cuba disimpan atau dilipat baik-baik dari pengetahuan orang lain. Kegembiraan yang dibuat-buat dengan yang asali amat jauh berbeza. pakai apapun, kalau emang muka lagu tu, tak nampak serinya...

lu pikiaq la sendiri. lu happy ka?? wa?? hurmmm...


Monday, June 11, 2012

IC

nak mengomen lagi...
ni pasal IC...ni nak balik MYY ni, confirm kena sound lagi oleh pihak migresen. dulu pernah kena sound suruh tukar ic aku yang dah nak pecah. aku iyer,kan ajer...nah, aku dah pegi buat pun IC ku itu di bangunan Masalam sekyen 9 shah alam. tapi..kat kaunter sana tertera notis bahawa kad pengenalan hanya boleh diambil setelah 3 bulan. tapi kalau nak cepat, boleh pegi PutraJaya coz dalam 3-4 hari boleh siap. Pulak dah... aku pelik nih..kenapa perlu mengambil masa 3 bulan padahal kalau pegi ambik sendiri tak sampai berminggu-minggu pula. apa masalahnya?? Bukankah Putrajaya dan Shah Alam boleh berhubungan terus. lainlah kalau pusat di Putrajaya dan tempat aku buat ic kat kampung aku yang terletak jauhhhhhh di pedalaman...yang tak ada transport...tak ada talian internet....dengan keadaan jalan yang bikin gegar seluruh badan... kenapa zaman semakin moden dan canggih begini, kesusahannya sama jer dengan once upon a time.... macam tak logik dan tak boleh diterima akal. kalau iyer pun, sekali seminggu ker, boleh antar tu ic ke seksyen 9 kalau dah tak boleh  hantar hari-hari. Tak ada peruntukan untuk penghantaran kot?? atau..tak ada kenderaan nak hantar?? Perkhidmatan apa ni macam woooo?? cam mana nak jadi cemerlang dan terbilang dalam perkhidmatan yang mengutamakan rakyat??

tak tau la cam mana orang lain fikirkan hal ni...depa tak terfikir ker?? dah macam zaman burung merpati la pula,kan? hurmmm..apa-apa jerlah!!!


biar bertempat

aku pelik betul dengan klinik kerajaan nih...actually bukan klinik kerajaan bersalah, tapi orang yang bekerja tu ha. napa suker sangat nak tunjuk lagak ek?? rasa cam boss la marah-marah orang...maksud aku, pesakit. ceritanya gini. pagi tadi aku gi bsp. memangla masa ambik sample darah tu jam 8am. habis nak kena tunggu nombor kat kaunter lagi..so, tak pasal-pasal masa ambik 8.30am la. lepas tu kena ambik lagi 2 jam after  breakfast, means pukul 10am. tapi kalau amik breakfast lewat, kena pandai-pandai la lewatkan masa. so, aku pegi semula ke makmal jam 10.30am tercegat depan tetingkap sambil menghulurkan jari. ialah...depa dah ada kat depan aku plus aku sorang jer time tu. 

"ni kenapa datang jam 11am ni? bukankah sepatutnya jam 10am tadi?" dengan suara yang agak lantang dan boleh bikin malu aku. aku mengerutkan kening aku. "tadi amik darah jam 8.30am so aku datanglah 10.30am," kataku agak kasar juga. sampai rakan petugas tu sempat mengerling aku. "jadi, kalau 1030, datanglah 10.30am," katanya lagi tak nak kalah..."aik, cuba tengok jam. sekarang pukul berapa?" kataku seolah-olah melawan taukey. terus tu pekerja menjeling kawan yang berdiri di sebelahnya. "sekarang dah pukul 11 apa?". aku terus merenung tajam pekerja tersebut. terus kawan dia menyampuk, "sekarang 10.30am lah.." terus dia meraba poketnya,(konon-kononnya nak tengok jam). "laaaa...aku ingat dah pukul 11am".

aku terus masamkan muka tanda protes. dulu pun kawan dia pernah kena gak coz cuba sound aku tapi tak bertempat. tapi sekarang dah berbaik ngan aku...actually ngan anak aku la coz aku bawa dia sekali sampai bila aku muncul jer, depa terus sapa si kecik aku. geram gak aku dengan sikap depa ni..perlu ker nak kasar-kasar  ngan orang. cakap baik tak boleh ker?? melampau betul. lepas menyedari kesilapan, baru tunjuk minat nak main2 plak ngan anak aku. tapi hati aku dah kecewa. berdarah. =( nak tunjuk lagak pun, biarlah bertempat.  agak-agak la weiii...

Thursday, June 7, 2012

terkesan

Aku Anak Kampung...tah kenapa stuck jer irama dan lagu ini di kepala otakku. terasa ingin menari setiap kali lagu ini berdengungan di telingaku. tapi kan...aku rasa sungguh terkesan dengan lagu ni. hurmm..bukan sebab aku ni menanggap diri sebagai watak lelaki tersebut nak pikat perempuan tu. tapi lyric yang mengatakan, Aku anak kampung...aku memang miskin...tiada apa-apa....rumah pun tiada...tiada keretaku....ya, lagu ni menyentuh satu aspect menyeluruh kehidupanku sebagai orang kampung. though iramanya riang ria, tapi bila aku menghayatinya, aku jadi sayu dan pilu. sensitive.

dan...hari ni, kumpulan the Beatles pula mengganggu fikiran aku. aku layan sepanjang pagi tadi sebaik bangun dari tido. music yang besttttttt...yang mengungkit nostalgia lama ketika aku zaman kanak-kanak. dulu-dulu kalau ada keramaian atau perkahwinan, mesti lagu kumpulan the beatles ini dimainkan. dapatlah melihat muda-mudi(ketika itu la..sekarang depa dah tua.) menari gumbira. fuhhh..suasana tu dah tak da sekarang ni. konon-kononnya muda-mudi zaman kini dah malu 'bermejeng' atau 'berjoget lambak' ketika di kampung. coba masuk kelab-kelab malam, tak hingat dunia pun ada tu..ngih3.

aku siap pesan sang laki yang akan pulang dari China malam ni, kalau berkesempatan untuk membelikan aku cd the beatles lagi sebagai buah tangan. hurmmm...dia tau ker the beatles ni amenda ek??? haha..


BR1M

Tersenyum sumbing aku melihat iklan rm500 dan rm100 kat tv...terima kasih la kerajaan Malaysia kerana tolong rakyat lagu tu. cuma satu jer...kerajaan perlu pertimbangkan juga keperluan rakyat kawasan pedalaman. baru-baru ni ada la seorang pakcik dari kampung aku nak turun bandar untuk  dapatkan rm500 dia. semangat nihhh....tapi, cuba fikir. turun jer dari kampung, transport nyer tambang rm120. nanti nak balik lagi rm120. itu kira ok sudah, coz dulu penambang-penambang dari kampung kenakan rm150. fuhhh..boleh naik kapal terbang tuuu...ok, itu tak tolak lagi nak makan, nak tido kat bandar. dari kampung ke bandar takda maknanya boleh ulang alik weii...kena bermalam. Tu belum lagi di kira perjalanan yang jauh yang menggunakan jalan darat sebagai perhubungan...jalan yang tak pernah siap-siap..bermasalah...dari aku kecik sampai sekarang, cam tu jugalah keadaan jalan berkenaan. padahal penyumbang kayu balak terbesar nih....kalau kat semenanjung sedap jer tido atas jalan raya-high way sampai ke destinasi. ini tak..silap2 boleh masuk gaung, wa cakap lu.

dan.... nasib baik ada sedara kat bandar, leh tumpang tido. dari kampung ke Miri....satu hari dah habis. the next day, pula dari Miri ke Marudi pula, rm40. balik semula dari Marudi ke Miri, rm40. Pusat pengambilan wang di Marudi, satu pekan kecik di Sarawak. So, mari kita mencongak tambang perjalanan pakcik tersebut semata-mata untuk mendapatkan duit tersebut. 120+120+40+40=320. makan lagi? takkan berjalan jer tanpa makan kot...paling jimat nak makan pun untuk dua hari sebelum kembali ke kampung rm30. so, lebih kurang rm350 melepas begitu sahaja...so, bakinya rm150. bolehlah nak beli barang dapur...beras, gula, garam..apa la sangat yang boleh kita beli guna rm150. sendiri mau tau lah...

tapi kita orang kampung ni, orang memberi  kita terima jer lah. biar rm10 pun orang kasi, mana la ada orang nak kasi duit free kan?? dapat sikit tu pun dah happy dah...lupa penat dan jerih payah yang diharungi apabila RM sudah ada dalam tangan. tapi...kesian la,kan??

aku ni tak berniat nak kutuk kerajaan. cuma aku nak kasi tau perkara sebenar yang terjadi...usaha kerajaan untuk tolong rakyat tu satu usaha yang murni. tapi, perlu juga pertimbangkan keadaan si penerima juga,kan? kalau mereka yang duduk bandar tu, ok la...cam kawasan pedalaman sarawak??? wa cakap sama lu, sangat susah wooo...terfikir gak aku ni..kan kat tv ada yb2 yang pergi hantar direct dari rumah ke rumah. kenapa kat tempat aku tak dibuat begitu?? hurmmm...tu pasal banyak yang mempersoalkan...termasuk gak aku.

Wednesday, June 6, 2012

bingung

serius aku bingung. dont know where to start...melihat keadaan umah yang agak kelam kabut begini sangat-sangat kasi tension gue punya kepala hotak. sikit-skit aku kumpul buku yang berteraburan di ruang tamu oleh si kecik. kendian, bilik tido, dapur....ect.

peningnya jadi suri rumah sepenuh masa nih...huhu

waiting mode

semalam sang laki menghantar message dari China. itupun mengguna talian sang teman. coz menggunakan barang orang, makanya laki aku ni berjanji nak berchatting ngan aku hari ni. katanya, jam 9.30am aku online ngan you. well, china sangat ketat dalam mengawal rakyatnya. disana fb disekat...jadi plan mok chat ngan sang laki menggunakan ym.

sepanjang malam my gurl asyik menangis jer. merengek-rengek. pelik gak...kejap2 ngigau. so, aku pun tak jadi nak tido. nak gak...tapi takut terlelap sampai terlepas janji dengan bapanya. so aku berjaga, usha2 aku nyer work. 

tapi nampaknya, tiada tanda yang sang laki akan online. so aku pun menidurkan diri pada jam 10am. anak aku sejam dah terjaga. bersemangat aku nak tunjuk daddy dia online guna webcam. hampa. so, aku biarkan dia bermain sendirian. tersangat mengantukla pula aku. tapi aku terjaga juga jam11am. coz my gurl datang menarik mukaku menghadapnya. menyuruh aku bangun. hadeiii..pandai sungguh dia ni lah. tak senang tengok emaknya tido. dan aku terjaga juga. tak sampai hati nak membatu...bila muka aku ditutupi rambut, diselaknya sampai nampak aku punya mata. selagi aku tak buka mata ditampar-tamparnya pula muka aku ni. hadeii...

dan...Oh my ghosttt!! sejam jer aku lentoq, bilik bagai diserang garuda. keliling katil dipenuhi dengan pakaian bersepah. kejadian sepertinya selepas banjir la pula. ini rupanya keje dia sewaktu aku tido tadi. dengan suis kipas dimatikan, kepanasan gak aku cuba melelapkan mata tadi. sengaja tak pasang aircond. jimat.

rupa-rupanya dia kejutkan aku coz dia berak. sekarang senang jer kalau dia berak, dengan mimik mukanya dan mengibas-ngibas tangannya di hidung menunjukkan bau busuk, maka aku tau dah dia berak. aku ingat dia main-main. bila aku check, betul. dalam seminggu ni banyak karenahnya yang menggelikan hati aku. bila aku kata bau, dia terus gelak. aku kata gi wash buntut...terus dia menuju ke bilik mandi. bila aku buka lampinnya, aku sengaja tak buang sendiri ke dalam tong sampah, sebaliknya menyuruh dia berbuat demikian. nampaknya, dia pun dah mula faham dia nyer peranan. cute, kan?? semalam aku lambat menukar lampinnya ketika dia berak, dan dia sendiri bukakan dan tunjuk kat aku sambil mengekspresi muka, bau..bau...haha..lepas tu aku bungkus dan dia buangkan.

hurmm..tak lama lagi dia akan membesar dan membesar....rindu pula karenah nakalnya time kecik2 gini. well, back to the title entry, seems like no news from the daddy. sibuk kali dia tu...ye lah, bukannya pegi makan angin pun...nyway, dua tiga hari lagi jumpa juga pun. =)

Erat

mencongak-congak hari..hurmm..dah 4 hari dah sang laki outstation. kata orang, alah bisa tegal biasa..tapi kesunyian tetap mencengkam jiwa. mungkin itu yang anak aku dapat rasakan. bila berdua begini, tak nak dia berjauhan dariku. even bila aku gi ruang tamu or toilet kejap jer pun, dia dah mengikut dengan pantas dari belakang. or, kalau aku berbaring tak bergerak-gerak atas katil, kawasan territory bermainnya pun setakat katil jer. tak seperti kebiasaan...though aku tido, dia dok sibuk ketik-ketik suis or punggah keluar barang-barang dari almari bikin kerja dan bikin panas buat mommynya.

aku dapat merasakan bahawa perhubungan aku dan anakku agak erat dan rapat. dia selalu ingin dekat dengan diriku. aku plak, kalau dia tido...terasa sunyi sesangat. tapi kena gak bagi dia tido. kalau tak ada-ada jer yang harus aku hadapi. nak buat apa pun tak boleh. ya, mungkin sebab aku menyibukkan diri nak buat menda lain, tu pasallah aku geram sesangat kalau dia buat perangai. coba kalau aku relax jer, jiwa tengah tak kacau...aku boleh gelak-gelak melihat telatahnya.

saban hari dia semakin bijak. mungkin dia tak paham yang dia akan menjadi kakak...tapi bila aku menyuruhnya mencium perutku kata ada bb atau adik kat dalam, dia lakukan juga. tapi..semuanya itu pun peniruan dari si bapa. dia selalu melihat ayahnya mengusap dan mencium perutku. itulah sumber inspirasi sebenarnya dia...tapi hari ini tadi, dia dok tampar-tampar perutku. sengaja. kemudian naik badanku nak pijak-pijak ketika aku tengah landing. pelik gak aku tengok..bila aku nak bertindak, terus dia mencium pula. rasanya dia mula terasa kot, kenapalah perut mommy ku ni saban hari saban membesar. ngih3....

sayang sangat kat anak mommy ni. tak tau la nanti apa reaksinya melihat si adik lepas ni. hope jadi kakak yang baik, yer sayang??nah, jam 5.07am sudah...i nak godek-godek keje aku dulu lah sementara dia tido nih. kalau terjaga, really cant concentrate and lappy pun tak leh nak ngadap. susah betul nak dapat mood buat keje nih..time ada mood, anak plak kasi keje. time anak dah OK, mood nak touch-up keje dah hilang. cobaan dan cabaran sungguh buat seorang ibu dan isteri vs pelajar.



dipertikaikan

aku dipertikaikan. "apalah gunanya ko belajar sampai Master?". gulppp..aku bagaikan tertelan batu. hurmmm...dalam hati aku, berbisik. sukati aku la nak belajar sampai mana pun. suka aku lah... aku ada aku nyer motif dan matlamat yang tersendiri. yang hang dok pandai nak pertikaikan aku wat apa?? bukannya aku nyusahkan hang pun...plus, perlu ker aku nak menghuraikan aku nyer visi dan misi kehidupan aku kat hang?? haiyerrr....

Pertikaian ini terjadi gara-gara aku diajak untuk join si kawan punya business down line. hai..hai..katanya lagi, kalau ko tak nak berubah, sampai bila pun ko tak akan berubah. aku ni nak tolong kawan. nak kasi you senang satu hari nanti. nak tolong kawan jadi kaya.

dushhhh!!! kaya!! sapa tak nak kaya weiii....tapi..tolong sikit ehhh..aku tak berminat langsung. i masuk terus jadi kaya tak pa la juga. nanti kayap yang lebih-lebih sapa yang merana. aku jugaaa...kendian, promote product pula sama gue. haaaa...sudah-sudahla tu. dulu pernah promote gue product slim. konon-kononnya si kawan bertambah kurus after taken ubat yang riban-riban sampai suh buat bayaran bulanan. tapi aku tengok, sekarang sama jer..tak da perubahan langsung pun. so aku pulangkan buah paku keras aku..katanya, itu dulu. dah lama dah. aik??? so what?? how to confident leh?? now product muka la pula...ngih3...i m so sorry la. aku ni, nak cuci muka pun tak sempat. setakat guna air biasa jer. jarang menggunakan pencuci pun this lately. plus, aku tak obses nak 'mengubah' muka aku. so far, muka aku tak da masalah jerawat or ect yang perlukan kerisauan dan kebimbangan maksima. kalau setakat nak merasa buang duit tu, boleh la kot. aku kata, untuk diri aku sendiri pun aku tak da masa, weii..

thats y la you perlu join aku. supaya lepas ni awak ada masa. ha ha ha...bagus,kan kawan aku ni. nak tolong aku jadi kaya raya. tapi tak apalah. setakat ni kehidupan we all anak beranak still ok lagi. tak pernah gak merempat untuk sesuap nasi atau mengemis membeli apa yang dipakai seisi keluarga kecilku. ada anak dengan takda anak ni berbeza kesibukan dia..depa single lagi, senang la nak bla bla bla...cuba ada anak. lagi-lagi anak pun yang tengah lasak dan memerlukan perhatian lebih cam aku sekarang ni, hang nak kata apa??

moral of the story, thank you jer lah sang kawan yang mengajak aku. tak suka la personal attack...kata i ni gemuk tak cam dulu lah...hallo??? i dah ada anak ok. kalau i kurus itu satu bonus buat aku. tapi aku takda lah kemaruk nak membeli product utk kuruskan badan walaupun ada niat untuk kurus. dan si kawan kata, if sesapa ada diabetic and kanser boleh hubungi depa...hurmmm..very2 interesting. nah..apa lagi orang2 yang kanser ni, cari lah beliau. susah tau orang boleh convince boleh sembuhkan orang berpenyakit cancer ni. heee...bila aku kata aku ada diabetic..terus pula serang aku. tu lah banyak sangat mengambil gula dalam makanan. hallo??? aku gdm, diabetic time pregnant...so, dont over confident sangat to attack people kalau ya pun mok jual barang. ngeeee...silap psychology pemasaran tu..buat orang bertambah tak berminat ambil tahu apa yang you mok jual.  kan melepas...

apapun, i wish si kawan good luck dan selamat jadi kaya-raya. aku ni tak berimpian sebesar itu...meskipun terselit angan-angan mat jenin.

Sunday, June 3, 2012

apalah...

yea..apalah aku ni. aku dan anak tengah duduk sebilik ni. ya, mungkin kesunyian dan kesepian mencengkam jiwaku. terasa sayu dan pilu menguasai emosiku. dan...ketika ini, si puteri dah jauh dibuai mimpi syahdu. tah apalah yang dimimpinya itu. suami? bapa si puteri? hurmm...mungkin dah bangun kot bersiap sedia ke klia seawal jam 3am nanti. atau, masih berdengkur kah dia?? kalau bersama aku ketika ini, gerenti aku tak leh nak pejamkan mata. takut terlanjur tidur dan terlepas flight. selalunya dalam situasi begini aku tido-tido ayam. tak perlah. bila dia sendiri, agaknya dia tau lah masanya bangun. kan ada biology alarm...

dan..apalah aku ini. ketika si puteri bangun, aku kecoh nak suruh dia tido. masuk buai dan dendangkan dia lagu. pelik tapi benar, anak aku suka lagu twinkle-twinkle little star. tapi pada masa yang sama dia juga boleh takut pada lagu ini. dia akan pejam mata mencari lena. dan kini..apalah aku ini. aku mula merindui anak aku yang jauhnya cuma setengah depa dari working stationku. aku mula merindui gelak ketawa dan perilakunya. fuhhh...perasaan apakah ini?? setiap kali tido, aku pasti akan memeluknya, baru lengkap rasa tidoku.

namun hari ini terasa hambar buat kami berdua. ya...si puteri ketawa. tapi macam ada yang tak kena. mungkin hatinya juga turut dihimpit rasa kekosongan bila berdua dengan mommanya. ahhh..sudah, malas nak layan emo pepagi buta begini, 2.16am. lebih baik aku mengangkatnya dari buaian dan bersama menganyam mimpi dengan memberi kehangatan keibuan buat sang puteri.

babyku sayang, momma love you so much...

apalah aku ini...sigh....hai..hai...
juhhh, tido lagi baekkk!!


sunyi

Hari ni, laki aku akan ke china. flight jam 5am. Semalam aku telah kemaskan pakaian yang dia akan bawa pergi. tapi tak pula masukkan dalam beg. terkunci. hehe..beg baru beli. tak reti gua nak buka kekuncinya. so, gue letak jer kat lantai. tinggal sang laki masukkan jer pun dalam beg. kendian, dia turun keje cam biasa dan terus mengginap di pengginapan companynya di kajang. maka tinggallah aku dan anakku berdua di rumah.

actually aku terasa sunyi tanpa sang laki di sisi. haha..kata orang, bila dekat bau taik. bila berjauhan bau bunga. begitulah ibaratnya. aku terisi gak hati sepi dengan gelak ketawa sang puteri. tapi bila dia dah tido, terasa hati ini sunyi. rindukan seseorang dan kehangatan pelukan si dia. hurmmmm...

apapun, selamat pergi dan pulang duhai sang suami. kami berdua merindui mu...

Friday, June 1, 2012

kesal

petang semalam, aku bertungkus lumus mengemas rumah. walaupun tak  semua part dalam umah ni dapat aku cover...rutin biasa seperti basuh pakaian, lipat pakaian siap letak dalam almari lagi, menyapu dan mengemop. tapi style aku mengemop memang selalunya lantai agak basah sikit. kejap lagi kering la aka sempat kering sebelum laki aku balik.  lepas selesai semuanya, aku pun ngadap lappy....dengan anak aku sekali. menunggu kepulangan laki. dan dari dalam bilik kedengaran grill pintu dibuka. menandakan bapa budak ni dah sampai umah. aku pun tak sabar gak tunggu dia pulang tadi..dengan keadaan rumah yang agak kemas(bagi diri saya lah..) nak ngajak gi makan terus. lapar.

tapi..bila laki aku jengah, masuk dalam bilik. katanya, "rumah ni banjir ker??" bernada perli. aku ok lagi. ingat dia bergurau. "tak reti buat kerja baik-baik". hati aku dah lain dah...nampaknya ada benda tak betul. laki aku ingatkan paip bocor dan aku tak reti nak fix padahal aku dah bersusah payah mengemop seisi rumah. lepas tu dia bad mood terus...so, aku pun sakit hati gak. aku dah cuba buat yang terbaik. tapi semuanya tak dihargai. tak nampakah perbezaan keadaan rumah yang kemas dengan yang berselerak. aku sangat kecil hati.

sudahnya, aku tak makan semalaman. tak ada selera nak makan. aku bukan merajuk. bukan juga kecil hati. tapi aku rasa effort aku tak dihargai langsung. kecewa di hati ini, tuhan jer yang tahu. 

frustrated mode.