Wednesday, February 29, 2012

Response ko plak?

hurmm...kekadang apabila kita membaca post orang kat facebook or entry orang kat blog, macam-macam ada. macam-macam rasa yang disampaikan dengan pelbagai gaya penyampaian bahasa. rojak gitu. bila nak maki, kuarlah bahasa omputeh. bila nak berjiwang tu, susunan bahasa dia, sasterawan sungguh. tak kisahlah. itu hak masing-masinglah nak post apa yang mereka suka. kekadang buatkan aku tersenyum. kekadang buatkan aku mengerut dahi. dan kekadang menimbulkan baran di dalam hati. 


tapi...semakin lama aku semakin dibius dengan semuanya itu. lantaklah ko orang nak post apa. itu yang ko orang rasa. yang ko orang nak orang lain tahu apa yang ada dalam isi hati ko orang. dan pelik...kekadang aku terasa gak. tapi kemudian bila aku baca kali kedua dan ketiga, muka aku ni bagai disimbah air. aiehhh...kenapa plak aku terasa ek?? aku tak da kena mengenapun dengan orang ni. tak ada kena mengenapun kehidupan aku dengan orang ni...dan aku akhirnya tersenyum bangga. 


aku kalis peluru sesat berbisa. buat apa nak susah-susahkan kepala otak dengan catatan orang,kan?? even kalau orang shoot aku pun, rasanya aku tak kisah kerana aku kini berada di "pulau jerjak", dengan dunia aku sendiri...tapi aku tabiklah orang yang begitu "free" dalam menyampaikan idea mereka untuk tatapan umum menggunakan bahasa-bahasa yang 'manis di pendengaran dan penglihatan'. Teringin gak buat cam gitu..tapi, bila aku dah type or publish post, tak sampai sehari, aku delete pula. coz, thats not me...not my way. sorry. so, dalam penulisan aku...aku lebih baik fokus pada sesuatu yang aku tahu. tentang diri aku ker..keluarga aku ker...yang penting tak menembak mana-mana pihak untuk tujuan menyakitkan hati orang. kalau ada, sorry.

tak lah pelik sangat

second time preggy. mrsd tak tau lagi berapa minggu dah kandungan mrsd ni. malas nak gi klinik awal. boleh ka tu arr?? msd malas nak gi amik nombor...gi ambik sample air kencing....dari pagi sampai ke tengahari urusannya. penat dan membosankan...lagi2 ada si kecik yang ligat cam gini. steady gak penat nak 'bergusti' dengan dia. pantang jumpa tanah or lantai. nak berjalan. tak boleh tahan nak duduk dalam stroller dia. paling pantang, nanti dia pandai-pandai pula nak berbaring atas lantai. hadoiii...nak harapkan si nanny dia ni 100% pun tak boleh. nampak dia cam sakit-sakit selalu buatkan aku serba salah nak kasi dia mengawasi si kecik full-time.

well, apa yang pelik sangat ni?? refer pada tittle entry. hehe...actually mrsd mengidam makan pisang mentah dengan garam halus+cili padi. pedas wooo..dah seminggu lebih asyik terasa-rasa kelat pisang kat lidah dan mulut mrsd ni. tiap kali gi kedai, pisang dah masak or separuh masak. tak memenuhi syarat pula. semalam mrsd siap merayu kat taukey kedai untuk simpan pisang emas mentah. hari ni gi jumpa dia, "alamak akak, lupalah!". aku cam kecewa gak lah. aku nak berpatah balik. "akak, adalah kak. amanah orang, takkan saya buat tak tau pula." huhhh. baik sungguh casher kedai runcit ni. "akak nak masak apa?". jawabku,"akak tak masak pun. akak makan terus dengan garam." dia mengerut dahinya. "biasalah dik, orang ngandung ni susah di ramal," ujarku.

actually amalan makan pisang mentah ni tak lah pelik sangat. dulu, time aku kecik-kecik. tinggal kat kampung. ya. aku anak kampung. kami selalu makan garam bercili padi.( maksudnya, garam+cili padi). kami akan makan dengan apa jer. makan dengan timun. belimbing, limau kasturi dan buah ara. pelik,kan? tempat kami pokok ara nya tak berhantu pula ek. kami relax jer panjat dan duduk atas pokok sambil mengulam buahnya...rasanya agak kelat-kelat masam gitu. actually makanan ikan ni..tapi kami ngappp jer. Buah ara ni kena makan dengan belacan pedas plak. Bila mulut mula pedas, terjun masuk sungai berenang. kemudian naik lagi..makan. hurmmm...dulu, life aku sebagai anak kampung agak simple and happy go lucky. tapi bila pulang umah, kena bantai ngan ayah aku coz selalu berendam kat sungai lama-lama. well, aku dan kengkawan nak challenge ngan buaya kot...masa ni mana reti nak takut, weiii. semuanya cam besttt jer. haha

So, petang ini tadi. aku pun makan lah beberapa ulas pisang mentah. bila sampai jer pisang cecah cili ke mulut aku. air liur seolah-olah membuak-buak nak keluar. baru puas hati aku....fuhhhhhh. leganya. akhirnya. sampai gak hajat aku mengulamkan pisang emas mentah...tak lah pelik sangat,kan?? hehe...

Tuesday, February 28, 2012

Sistem bergilir la pula

haha..mesti ko orang yang dah beranak pinak terlebih dahulu dari mrsd melalui pengalaman ini. well...apa nak buat. sekarang, semenjak anak mrsd dah pandai berjalan. sangat ligat dia. ke sana ke mari. hadoii..fening-fening. paling susah, time makan. dia nak juga ganggu "perjalanan meja makan" dengan karenah dia. sekarang ni, we all kena lalui satu sistem. sistem bergilir. tak boleh makan serentak. kalau tak, nasi tak sampai ke perut. tak rasa keenakan makanan. so....firstly, my husband. secondly, my nanny. and lastly...me. huhu...ye lah, beginilah seorang aku. tak reti nak mendahului diri sendiri. thats y my sister kata, last-last cam aku plak kena buli. tak apalah. sabar jer lah.

well, dengan erti kata lain. mr. hubby tengah mengadap meja makan sekarang. baby pula menyepah Lego kat ruang tamu. si Nanny pula watching movie; VANILLA vs COKLAT. best gak cerita tu....oklah. chaloooo. have a good rest everyone. nite.

sampai terleka...

weii..sudah-sudahla tu ngadap lappy. siap nak berblog-walking pula ko, ek?? Yer...  memang benar awak tengah emo sekarang. karang kalau perut hang emo, cam ner plak?? bb kat dalam pun nak gak makan. ko nih....macam lupa ko tengah preggy plak. hehehe...iye lah..iye lah...masa untuk masak-masak, uols. mrd pun tak sound-sound gak ni. no sms. no call. dia balik umah makan ke tak ni??  hurmm..tak per lah. kang aku tak masak, tak makan plak nanny aku ni. sigh...ciao!!



apa kejadah ni??


refer semula title entry mrsd diatas. ulang semula. Apa kejadah nya semua ini??? terkejut aku melihat kejadian seumpama ini. Ya Tuhan. apa dah jadi dengan manusia sekarang. Budak-budak ini adalah amanah. dan Taska yang dipilih seharusnya memegang AMANAH ini dengan sebaik mungkin. kesian sesangat mrd tengok keadaan seumpama ini. rasanya semua ibu akan mengucap panjang melihat pendedahan video di atas. meski bukan anak kita sendiri, sebak jer dada ini. lagilah kalau anak kita sendiri yang kena. sedihnya. 


Cuma yang termampu mrd nak katakan disini; SAMPAINYA HATI KALIAN MEMPERLAKUKAN BUDAK-BUDAK NI SEBEGINI. mungkin memudahkan kerja ko orang kot balut budak2 ni so that diam dan tido, tapi ko orang telah melakukan penderaan OK!! siap tutup mulut dengan selotep lagi. ini yang kita nampak..mungkin ada lagi penderaan lain dilakukan. psycho sungguh. MANA PERGINYA HATI KO ORANG??? cuba buat kat ko orang cam gitu. apa perasaan ko orang. tak sanggup dan tak reti nak jaga budak, baik jangan buka so-called tadika or daycare la. balik kampung tanam jagung lagi baik. 


ishhh..petang-petang begini dah buat mrsd emo pula. ialah, mrsd pun ada niat nak hantar anak ke daycare. tapi sekarang kena berfikir lagi dan lagi dan lagiiiiii. if anything happen, menyesal seumur hidup pun tak berguna. orang lain tak akan menyayangi anak kita sebagaimana kita menyayangi anak  sendiri. Oh my....jauh-jauhkanlah aku dari berjumpa orang sebegini.

kesal mode.


what past is past!!


mrsd tertarik dengan kata di atas. ya. kenapa mesti tengok semula pada benda yang sudah-sudah. life must go on. tak da maknanya nak bersentimental dengan hal2 yang dah lama berlalu. hopefully, sejarah tak berulang jer lah. well, dont judge a person just becoz  you know her/his past. no body perfecto!! today is reality. Appreciate apa yang ada sekarang. anak..bini..suami..pekerjaan.. kehidupan..ect.  Dok se ler nak poning-poning untuk mengetahui hal lampau orang. Busy body, der. Ikhlaskan hati dan peliharalah jiwa. marilah kita sama-sama menuju ke arah kebaikan sebab kematian itu adalah rahsia yang Esa. kita tak tau bila masa kita dipanggil. jadi, anda buat. anda dapat. heeee. peace peps.



Kenyataan hidup: aku anak kampung-bahagian 1

Gambar dari rakan facebook.

kalau uols nak tau...beginilah perjalanan balik ke kampung aku. Jalan sebegini "Chantekkkk" tak dijumpai di semenanjungkan?? walaupun di ceruk mana kampung sekalipun. tapi aku?? inilah yang terpaksa kami lalui untuk sampai ke tempat dimana kami dibesarkan. Kemajuan?? apa itu kemajuan?? kami tak tau dan tak rasa pun kemajuan itu. Mungkin kalau orang bandar tengok ni, mereka pasti akan kata "wahhhh adventure!!!" bestnya, adventure?!" its not funny OK!! kami dah penat lalui keadaan ni. takda maknanya adventure-adventure tu... kalau kat tv3 selalu ada siaran BERSAMA mu. coba, kalau crew-crew tv3 ni pegi ke setiap kampung di bahagian Baram. Boleh dikatakan begitu banyak rumah yang perlu diperbaiki...coz anak-anak dah tinggal di bandar. orang tua, manalah nak tinggalkan rumah pusaka mereka, weiii.  Nah, Rumah lagi teruk dan dahsyat...tak pernah kena repair. tak ada orang hulurkan bantuan untuk buatkan rumah baru. adapun setakat zink... atleast, kalau jalan elok, boleh gak mengangkut simen, papan, cermin dari bandar untuk perbaiki rumah. niat nak baiki rumah pun tergendala dek perjalanan yang sebegini. ko orang sanggup ker?? well..tak da lah nak meminta-minta. tapi...atleast, kalau jalan yang menghubungi bandar dan kampung dibaiki, kami pun cukup-cukup bersyukur. ini tak, setiap kali nak balik kampung, terpaksa memikirkan risiko. jalan balak OK jer...jalan menuju ke kampung??? hampehhhh.  kalau kat semenanjung lagi berturap. ber-tar. jadi, siapa yang harus kita undi kalau begini ek?? kita undi orang yang boleh memperbaiki keadaan la weii...bukan yang omong-omong kosong. hishiiii....salahkan ku jangan salahkan ku...

i wonder, nanti kalau piliharan raya mode.. pemimpin2 yang berhati rakyat ni, jangan naik heli untuk pergi ke kampung-kampung. naiklah 4WD or Hilux yang merupakan pengangkutan utama penduduk or rakyat. kalau naik heli, depa tak tau kesusahan sebenar rakyat weiii... pasal apa rakyat semakin hari tak suka depa, pasal depa tak betul-betul merasakan apa yang rakyat rasa. marilah merasakan ketakutan rakyat sepanjang perjalanan pulang ke kampung....rasa was-was, weiii. dah sampai destinasi, memang bersyukur sangat. nak balik ke bandar semula, mula lagi rasa takut itu menguasai diri. sampai bila?? sampai bila??? aku tak tujukan luahan hati ini terhadap sesiapa, tapi berharap sangat-sangat PEMIMPIN yang BERJIWA RAKYAT  serta yang MENDAHULUKAN RAKYAT BERTINDAK seadil dan saksama yang mungkin.



Mimpi itu...petanda? R.I.P.


selesai jer aku menaip entry pasal mimpi aku tadi. aku lihat kat group family aku ada buzz anouncement. hurmm, aku pun buka nak tengok. terkejut dengan post. BERITA KELUARGA. 

buat semua keluarga yg terdekat, ukun Udau sudahpun meninggalkan kita pagi semalam,,,may his Soul Rest In Peace,,,amen,,, — at Taman Tunku

hurmm..kebetulan or petanda? mrsd baru jer terima berita...bapa mertua abang aku baru jer meninggal dunia semalam, kira-kira jam 3pagi tadi. sangat mengejut. last aku jumpa dia time krismas 2011. itupun, dengar khabar dia dah lama tak balik kampung pasal gi uruskan IC anak dia dengan bini pertama dulu. aku jumpa dia malam krismas ketika mendiang datang beli SKOL empat tin. sempat gak aku bertanya khabar berita dia..

kan aku tulis dalam entry : cat putih jadi hitam, biasanya mimpi aku selalunya berupa amaran ataupun petanda awal...bukan nak percaya, tapi sometimes kebetulan..dan adakah itu betul satu kebetulan??hurmmmm. baru tadi tertanya-tanya apakah maknanya mimpiku.. 


God have mercy on him. Rest in Peace, mpek Udau.


cat putih jadi hitam

semalam aku bermimpi. mimpi datuk aku repair umah. oh ya...actually, mendiang datuk aku. huhu. aku tak ingat yang  dia dah pergi plak dalam mimpi aku semalam. kalau tak, boleh aku berbual-bual ngan dia. hadeiii. alkisah, dia nak buat bilik tido dan ruang tamu. banyak gak partition bilik dia set untuk buat bilik tido. aku ni plak, nak tolong ruang tamu. aku guna cat putih...masalahnya, bila aku cat dinding guna cat tadi, hasilnya ialah hitam. pelik gak aku. penat aku cover cat terdahulu menggunakan cat putih. tapi yang terjadi adalah hitam. pada asalnya, datuk aku telah tampal papan yang mempunyai ukiran-ukiran yang terdapat di perkuburan. sempat lagi aku melihat ukiran tersebut. ehhh datuk, ni lah reseach yang aku  tengah aku buat. mana tau datuk ada pulak ukiran sebegini, kataku. datuk aku diam jer...dia sibuk pakukan dinding. hurmm...mimpi aku bersambung dan bersambung....sehingga lah kononnya aku nampak hantu air. rambutnya kemerah-merahan dan beruban. tapi dia tak nak tunjukkan  muka. bila aku cakap kat kakak, dia kata; boleh minta luck tau, dengan hantu air tu. so aku pun cam eager mok pegi minta luck. tapi kakak aku kata lagi; jangan. nanti silap-silap dia bagi luck yang tak baik, seumur hidup menyesal. so, aku tak jadi nak jumpa hantu air tersebut. dalam hati aku siap terdetik lagi. "inilah yang dikatakan menjual jiwa atau roh kepada iblis untuk memperolehi kesenangan hidup. aku tak nak. aku tak sanggup". so, aku pun terjaga dek bingitnya jam loceng sang suami. hadoiii...tapi aku sambung tido balik. bermimpi lagi. aku pegi beli barang, barang yang murah tapi kena charge dengan harga tinggi. rupa-rupanya kawan aku telah mengambil barang lebih yang mana aku tak sedar dia ambik. gerammm gaklah. harga barang rm180 tapi aku cuma ada rm150 jer. terpaksa berhutang. haha...opss. berjaga lagi. suami baru selesai mandi. dan akhirnya aku pun bangun sambil mengingati mimpi-mimpi yang tah apa-apa hadir dalam tidurku.

aku memang dapat mengingati semula mimpiku...setiap kali selepas bermimpi aku refresh back. hurmm..tapi maknanya aku tak tau lah. cuma yang pasti, aku tak nak percaya pada mimpi tersebut. karut. but sometimes, mimpi aku selalu bertukar menjadi amaran or yang bakal aku akan lalui. apa-apa jer lah.

cabut gigi lagi

ari ni ari selasa. ari nak bawa nanny mrsd ke klinik gigi. phieww...dah banyak dah gigi dia kena cabut, uols. perlu ker nak cabut semua gigi untuk buat gigi palsu ek?? kesian plak aku tengok dia setakat ni. nak makan pun susah weiii...sometime bawa di gi kfc ker..kenny rogers ker...anywhere..yang memerlukan dia untuk menggigit. terpaksa dia carik-carikkan daging agar mudah untuk di telan. hurmm...tak sanggup mrsd nak lalui apa yang dia lalui. minggu lepas bawa dia ke klinik kesihatan botanik. dah dua kali dah doktor bius gigi dia tak bertempat. lain yang nak dicabut. lain pula yang dibius. fuhhhh....berbalik pada minggu lepas. doktor bius gigi dia dua kali...tapi time nak cabut, gigi still sakit lagi. katanya doktor salah lagi bius tempat yang sepatutnya. gerammm jer aku dengar. sampai kali ketiga, tak boleh nak bius lagi dah, kata doktor. salah siapa sebenarnya ek?? yang aku pelik, doktor tu main cucuk jer. padahal telah diberitahu kedudukan gigi yang perlu dicabut. sembrono gitu. kalau aku lah, if mengadu dengan mrd, siaplah. mesti doktor tu kena bambu...bukannya perkara yang menyeronokkan kena bius ni weiii. aku tak tau either doktor ni betul-betul pakar or saja bereksperimen. fuhhh...susahlah macam ni, goverment servant.

Monday, February 27, 2012

hi..i m back

hola uols...i m back. mrsd baru jer dapat lappy mrsd dari mr. harvey norman. semua kena replace....so, i m happy to face my laptop once again. yabeduuuuu...so, uols per cer?? hidup cam ner?? hopefully, semuanya berjalan dengan lancar...baik..dan happy2 disamping orang tersayang dan menyayangi. well, this is just mrsd punya intro. almaklumlah, ladang tuan tanah dah berumput rampai nih..nak upah orang potong, tak mampu pula. hehe....

well, buat masa sekarang, mrsd tak da menda sangat nak share n story-morykan. ya..banyak yang mrsd nak kongsikan bersama anda. opsss...bukan itu sahaja. actually sebagai dokumentasi buat diri sendiri juga. february pun dah menghampiri penghujung. sudah pasti, kembali lagi rutin mrsd yang kecohhhhh. thesis mrsd masih tergantung der....well, orang cuti. buku pun cuti. orang belajo, mrsd pun buat2 belajo gak lah...haha. ni tengah mencari orang nak mengedit language mrsd ni. hadoiii...

loves
mrsd

Wednesday, February 15, 2012

wah, kencang gitu

ari ni mrsd join class sh' bum. mak aihhhhh. termengah2 makcik nih weiii. terlompat sana terlompat sini. gelek sana, gelek sini. atfirst, mak cik nih enjoy gakla. tapi pertengahan excersize,, makcik dah mula pancettt. tak mampu nak berlari dan bergoyang seksi lagi. sekadar mengikut rentak music jer. nak djadikan cerita,, part paling last, makcik semangat giler nak prabis sessi tersebut. ya. sesi regangan.. teppp. wo wo..terasa urat kat paha makcik meregang. hadoiiii. makcik nak kekejangan plak. terus terduduk makcik. control. fuhhhh, kalu makcik berdegil gak nak continue, tak pasal2 makcik kena angkutttt. kan bikin malu plak mengangkut mak gajah kuar dari bilik berkenaan. halamakkkkk. sampai sekarang terasa sakit di paha ni. haiyaaaa. tu la, tak warm up sebelum nak join gelek2. excited sangat. hadehhhhh.

mrsd nak turunkan berat badan skrg ni. problem sungguh big size ni. heeee. anda sehaluan dgn makcik? jom hidup sihat uols.

Tuesday, February 14, 2012

happy VDay

ya, ini hari valentine day. family kami tak sambut pun. cuma kuar makan malam jerlah. bagi kami kebersamaan adalah lebih penting dan membahagiakan. tapi..kami memang selalu kuar makan bila ada something yang perlu dihargai. tak kisahlah apa orang kata tentang valentine day ni. u like it, u take it. u hate it, u leave it. terpulang pada individulah. tak perlu nak porak porandakan peristiwa yang sehari ni. kalau nak kata, hari ni hari maksiat. hurmmmm tak setuju sangatlah eden coz hari2 pun ada kes maksiat. so, rasanya tak perlu nak cipta satu keadaan yang menyinggung perasaan mana2 pihak. kekadang, nak berstatement pun, buat research dulu dan jangan terus menghentam. bercakap biar beralas. apapun, tak kisahlah hari valentine ker, hari kumar ker, hari ah beng ker...berkasih sayanglah sesama insan.

happy valentine love.

Saturday, February 11, 2012

relaxing saturday

hari ni kita sekeluarga bangun jam 9.30am. fuyooo bersungguh2 mrd tido. jarang boleh tido sebegitu rupa. si kecik pun sama gak,, bila tau we all terjaga,, terus dia pun nak bangun sama. pantang bersendirian atas katil berseorangan. mrd terus prepared brunch,, nasi goreng mix vege. lucky semua benda dah ada. tinggal goreng jer lagi. haha. lepas tu,, we all layan sepanjang petang menonton tv3. kuch2 ho ta hai. evergreen movie gitu. jam 6pm,, we all kuar jalan2. ngeeheee..ingat nak shopping barang2 kecik buat mrsd. tapi last2 mrd pula yang shopping sakan. 4 pasang jeans tu. heeee. then,, kami menyinggah d kenny roger. cam biasa, si nanny tak reti nak makan menda yang agak pelik to her. susah gak dia ni bab makan2. pemilih. then,, selesai makan pulang. hantar bb n nanny balik umah. me n mrd gi melenconggg. gi mengurut kaki. tadi penat jalan, plus lama dah tak service kaki gue ni. haha. dua orang tukang urut kaki ni steady gak. best tau urutan depa ni. mamat dua orang ni boleh tahan ensome. heee. oklah, msd nak berhenti dah ni. nak nikmati sentuhan tangan yg sakit tapi sedap. heeeee. oklah, minta diri dulu. nyte.

Friday, February 10, 2012

mengen-3 guna tab

mrd tengah update blog guna samsung tab md. ishhh tak best sungguh uols. tapi apa boleh buat, meminjam harta orang pun kira bersyukur. yang senarnya nak share kat sini, mrsd sakit kepala sedari bangun tido pagi tadi. kepala rasa bengang semacam jer. niat nak berurut pula tergendala. mana nak cari orang pandai urut lagi ek? makcik bani pula tengah mengandung sekarang. hadehhhh.

sleepy friday

semalam tido jam 3am..pagi tadi mrd gi keje pun tak terbangun though terjaga dek ciuman mulus yang hinggap di pipi. ngehhhhh3.. lastly,, me n lolo wake up at 1030am.. terus gi dapur, masak mee sua. brunch terus la tu. then, tengahari around 1230pm, after kasi bb makan and mandi, we two masuk bilik and tidokan dia. dengan aku2 sekali tertido.kami berdua bangun semula pada jam 3pm. aku terus berkemas, bersiap nak pegi gym. jam 4pm  bertolak dari umah. jam 4.30pm mandi sebelum masuk sauna. spend 30 minit di sauna & 15 minit d steambath. lepas tu,, main aiyak lama2. cam syiokkk pula mandi air sejuk. then, balik umah. anak dah tunggu kat bawah coz i dah suh nanny dia bawa dia turun jam 6pm kat taman berhampiran. kendian call mrd gi jejak kasih tukang urut, bini pak bani kat bayu perdana. dah pindah umah plak. lucky ada orang kampung yang ada contact no. itupun kena tunggu dia call kawan yg lain utk dapatkan tu contact no. thanks god, dapat jugalah. sekali contact, alamakkk makcik tu mengandung lagi. tiga bulan. fuhhh,d suara lemah jer pasal baru lepas muntah. tidak jadi dengan itu, aku ajak suami gi m..akan balitong. phieeew, satu pinggan a balitong aku mamam sorang. tak termasuk lala. ishhhh nanny si lolo x jamah langsung. terpaksa aku jd kontraktor. kenyang sangat la pula. nasi goreng dan mee goreng mamak. makan macam lepaskan dendam jer. lepas abis maka, suami tanya nak gi jejalan tak? pasal perut dah kenyang, senak pula tu, aku ajak balik jerlah. si baby pelum mamam pula. now, kat umah si baby tengah ulang alik masuk bilik

tak tido ker...

sekarang tengah menemani si kecik kat ruang tamu. actually dia ni dah tido dah. tapi si daddy gi kacau. now,, dd dia tido dia plak gi kacau. ngamlah tu. last2 aku gak yang kena. mula2 td mrsd sajikan si kecik dgn children song. sekarang tengah main lego plak. kronggg kranggg bingit plak dibuatnya. aku plak ambil kesempatan meng-en3 menggunakan tab si daddy. kesempatan dlm kesempitan, uols. haha actually macam dah mengantuk dah kecik ni. tapi semangat nak main pula kuat. terpaksalah mommy dia layannnn.

bb, tidolah jummm.

3 minggu

ya,, tiga minggu menunggu my lappy utk dibaiki. ingatkan boleh lah nak update blog sementara free sekarang ini. sabo jer lah. mrsd menaip entry ini guna tab mrd. huhu. apapun, thanks kat nufnang. lama tak update blog,, ada gak increase msd punya *rm.

mrsd juga berharap my lucky G.A dan best comentor blog mrd dah menerima parcel yang telah mrsd hantarkan.. ianya bukanlah apa2 pun, semoga give away yang tak sepertinya itu diterima seadanya. biasalah,, pemberian dari "aku anak kampung".

kepada sesiapa yang follow2 Blog mrsd,, thanks ya.
nyte.

Friday, February 3, 2012

bijak yang merbahaya

hai uols..
buat apa tu?? aku dan baby sedang berkurung dalam bilik. kalau kat luar, kesana kemari dia berlari. kesiankan badan mrsd yang gedempal ni, si nanny terpaksa berkejaran untuk mendapatkan si kecik. bahaya....dapur we all tak dok penghalang. nakknya budak ni bermandikan minyak panas or air panas. sekarang, dia pandai terus meluru ke toilet or bilik mandi kalau we all pegi berurusan. pandai mencari ni...hisshhh.. lagi satu, budak ni suka sangat main soket elektrik. naknya kita orang terleka, abislah...dah kena halang dengan kerusi pun, dia pandai tumbangkan kerusi tersebut dan menyelit. budak nihhh...dangerous clever...

hari ni tekak mrsd sakit. mungkin nak demam kot. tadi petang, rasa penat semacam. loya pun ada. pening pun ada. aku mengandung ker?? hehe...na hi. tak de lah...kalau ada, i m the happiest person. tengok orang mengandung and berbb baru, terasa mengidam nak memboyot lagi. well...mrsd nak 4 ke 5 orang, tau. haha..mampu kah aku??? i mean..dah agak berusia ni...dah senja utk sebuah kilang yang produktif. mesin banyak yang rosak dah..hadeii..

well..now, suara dah semacam jer. bunyi itik.....haha...rasanya esok, sah2 suara hilang kot. hadoiii..tension la tu macam. oklah, need to stop now. si kecik dah mula jeles. minta dukung. sekarang bertambah mengada-ngada. dulu pandai meluru ke arah mrsd kalau menangis or nak something. sekarang lain. dia akan menangis di tempat di mana dia berada. statik. dia nak mrsd yang ambik dia. aiyooo..manja kuat o ni budak.

k lah...nak layan tuan puteri duluan.

goodnite,

Wednesday, February 1, 2012

aku kembali lagi.

hai there...
lama tak jumpa. rumput dan lalang telah berbunga dengan bangganya di tuan tanah punya kebun. hahaha... iya, aku sangat sibuk. sibuk dengan thesis akhir aku yang akhirnya aku postpone juga akhirnya ke next sem.  ialah...tergesa-gesa vs kesibukan melayan karenah anak aku. plus dia selalu pula sakit-sakit. naik pening dan bingung aku. setelah aku menghantar surat postpone, aku terus letak tepi semua penulisan aku. aku tumpukan kat si kecik. makanya aku tak terON pun laptop. cuma update fb status menggunakan galax. dipendekkan cerita, CNY pula menjelma. aku rasa hidup aku huru hara...then pegi pula cameron highland dengan keluarga mertua selama tiga hari dua malam. perhhh... penatnya.

sepulangan dari cameron, my gurl jatuh sakit lagi. ke klinik aku pergi. begitulah rutin aku kebelakangan ini. rumah sentiasa full house memanjang. baru hari ni rumah tinggal aku bertiga...bosan2, lalu hati ini terpanggil untuk membuang habuk yang mula bersarang pada lappy dan menjejak kasih semula semua kegemaranku. haha...blogging, twitter, facebook, e-mail.

dan...aku masih lagi 'berhutang' utk post barang kat aku nyer GA and pengomen terbaik. maaf bebanyak...well, within this week aku post. entah-tah dah rosakkan barang dalam bungkusan tu. terperap jer dalam almari. huhu...sangat-sangat takda masa pula untuk pegi ke post office. kesian depa dah menanti...maybe nextweek you'll receive it. cheers k.

oklah...aku pun tak janji untuk terus update aku nyer blog coz my lappy harus dihantar ke workshop. dah uzur benar dah beliau. kesiaannn.

peace no war.
mrsd.