Wednesday, January 18, 2012

jom bercinta

hurm, br abis nonton ombak rindu ngan nanny si lolo. sekarang dia tengah nonton aku bukan tomboy. gelak2 sorang dia depan tv. saja beli cd kasi dia seronok. hisss. sekarang dah terbalik
dah, kita yg kena bodek depa.

husband plak gi office buat paperwork. kesian. i tak temankan pun. lady boss kecik dah tido. penat agaknya. sangat aggresivelah ni budak. hadehhh.

nothing much to jot down tonite. cuma, tetiba rasa rindu kat si dia. sejak kawen ni, dah lupa perasaan cintan2 cam dulu. sesekali husband ungkapkan kata2 cinta, terasa diri muda plak. haha.

romantik mode turn on.

luvs.
mrsd

Friday, January 13, 2012

ambik batu timpa kepala sendiri

fuhh... semangat-semangat. kata hero selalu lambat yer??..hambiq ko punya hero. haha..bila dalam keadaan desperado dan mendambakan masa, kepala ini bagaikan menunggu sebijik batu menghempap tempurung kepala yang degil, yang tak serik-serik dan yang selamba cool kononnya ini...padahal separuh nyawa dah melayang.

aku tau, ari ni merupakan date line hantar draft thesis kat faculty. aku tinggal nak letak appendice dan bibliography jer lagi termasuk gak page number. ishhh..kacang, detik hati ku. semalam, aku buat keje...tapi separuh-separuh jer lah. kepala berdenyut. mengantuk gilerr...so aku tidokan diri di samping sang suami yang setia menemani diri ini sepanjang beberapa bulan ini dipejabat. 

pagi tadi terjaga dalam kejutan. ehh..pukul berapa sekarang?? hadoii..dahlah aku mimpi buruk. mimpi ibuku dan suamiku bergaduh. perang besar....entah apa yang buat mereka perang sampai nak hempuk2 katil. aisehhman..cuma yang aku ingat, ibuku berkata "ko kata, ko nak jaga anak aku. tengok apa yang ko buat kat dia?! emak tak suka anak emak diperlakukan sukati jer. kalau tak nak, bagi balik anak aku". fuyooo...marah sungguh emak. tak pernah aku lihat dia semarah itu sepanjang hidup ini. nasib baiklah mimpi semata-mata. Bila aku terjaga, suami pun ikut terjaga sama. teringat akan mimpiku..aku share kat suami. suami diam jer. tapi dialognyer aku tak cakap kat dia. takut dia tersinggung plak. hihi..dialog dalam mimpi bah tu. huhu...

kemudian pulang umah, mandi. and bawa myLolo gi klinik. tau jer lah..prosedure kat klinik kerajaan ni. terasa nak jer aku bagi tau, "cancel,lah. aku ada keje penting nak buat.". lastly...kuar dari klinik jam 12pm. hangin tak hangin aku. tapi tak apalah...atleast aku dalam keterdesakan, jalankan juga tanggungjawab aku sebagai ibu. aku kesian tengok si kecik aku kesakitan and kegatalan. kalau aku ditempat dia, mesti aku bising memanjang.

well, back to the story. kendian, i bawa we all lunch bersebelahan dengan kedai speedmart. oklah..makanan dia pasal we all serbu time panas2 lagi. sesudah makan, bb dan nelly aku hantar pulang. aku pecutkan kereta laju menuju ke opis laki aku. dalam kepala otak aku "alah..tak banyak lagi..senang jer pun...". haha..suami plak call. "mrsd, ada lori antar barang kat opis. tolong buka opis,ek?.". wooh...aku pun hangin gakkk..aku dahlah nak cepat. aku set, by the time 3pm aku dah gerak ke JO. perghhh...selesai kerja memunggah, lebih kurang jam 1 lebih. aku masih lagi berbisik dalam hati..sempat...sempat...so aku naik office. aku pecut mana yang nak buat. tetapi........bila aku transfer ke komputer suami. nahhhh...berteraburan setting lari. aku adjust lagi.

dan...aku semakin tidak keruan. angka 3, lepas. angka 4, lepas. angka 5. woahhh...lutut aku dah menggigil. tapi aku buat cool. aku tanpa segan silu  minta tolong suami masukkan 'lidah' chapter. dia pun cam blurr jer...lama lagi u guna kom i?? mak aihh....bengang siut dalam hati. tapi still i buat cool. "weii...aku ni nak hantar keje ni. ko boleh tolong tak?!!" kataku menahan geram. luckyly, dia sudi tolong. tapi aku ugut gak lah. "tadi ko minta tolong, aku tolong. sekarang aku minta tolong, nak mengeluh-ngeluh pula." hamboii..lancar jer bahasa kureng hasam keluar berdebuk dari mulut ini. haha..time2 cam gini, jangan dijolok sarang tebuan. kang kena sengattt tak pasal-pasal. 'kawan aku kata, baik akak minta tolong husband, suh husband tolong akak sekali'.  buduhhh. itu jawapan yang aku terima. kalu aku tak keje, siapa nak buat keje aku?, kata suami geram . ieyelahh... sebab tulah i tak pernah minta tolong ko pun. aku lalui sendiri. walaupun sibuk, aku bawakan juga anak ke klinik. tak sanggup tengok dia sakit, tak ada aku minta tolong ko. kecuali terdesaklah. cuma waktu malam terpaksa ajak ko temani diri ini dipejabat. pasal aku ni penakut. kalau tak takut, oh yeah...aku boleh jer duduk sorang2 kot. tapi aku pemalu. haha..sempat berdialog bikin hati panas sama suami. 

Tapi, aku faham keadaan suami aku. thats y aku tak demand pun..kalau bukan dia yang uruskan company ni..siapa lagi. kesian dia...jadi boss dan kuli dalam satu masa. bukan senang you...dahlah keje berat2 plak. angkat itu ini masuk kete, sampai kete pun dah uzur sekarang. siapa nak jawap tu?? huhu kalau orang lain, dah lama blah dah...bravo laki aku. nama pun DANIEL,kan?? seorang yang kuat dan macho!! i loike..hehem

dann...aku still gak kalut. ni nak gi binding lagi...sampai jo lebih kurang jam 7.30 or 8pm. office mesti dah tutup dah. aku mula terbayang masa depan aku. owhh tak sanggup aku. tapi hati kecil ini berkata, "setiap sesuatu ada penyelesaiannya. bersabarlah." dan yes. aku akur dengan bisikan hatiku. "hello..cik A, kat mana sekarang?" intro aku memang kurengg hasamm jugalah. "kat office." office Jo?, tebakku laju. iyer. eeii...cam mana ek, rasanya aku ni tak sempat nak menghantar kat jo sekarang lah. napa?? aku..bla bla bla...reasons.  owhh..ok. takper..hari isnin boleh hantar lagi.  pergghhh!! kepala ini bagai disiram air. syukurrrr!!!

nah...sekarang, aku ada dua hari untuk settle masalah aku. should be no problem on monday!!! suami plak..pot pet pot pet...pasal aku tak kemas meja dia. ialah...orang in hurry, bah. agak-agaklah. hadoii...pening pula kepala ni. tak sabar nak balik. malam ni tak nak turun opis. tak nak buat thesis. nak gaul ngan anak jer. esok jer aku full concentration. tak cukup tido buatkan aku layu dan akhirnya terkandas performanceku. huhu...

semangat mrsd!!!

tido dulu ar

bila tak dapat tido yang berkualiti, aku tak boleh nak tumpukan pada apa yang aku lakukan. walaupun aku cuba..thats y, aku selalu tido dulu sebelum melakukan kerja yang memerlukan tumpuan. sebabnya, aku nak kosongkan kepala otak aku and then bangun dengan segar. tapi..bila aku cuba sedaya upaya memaksa mata untuk tido sedangkan otak aku ligat berfikir...maka, jadilah tido-tido ayam dimana aku still terasa penat coz tido tapi tak serupa tido.

nak tido la kejap. sat lagi nak antar bb gi klinik. kesian dia...keradangan di bahagian genital si kecik. tak tau apa puncanya. semakin disapu cream, semakin memerah. although aku sebenarnya sangat sibuk hari ni. tapi..aku tak sanggup dia melalui keadaan kesakitan cam gitu.

morning uols. hadapi hari ini dengan tenang.

correction Mode menanti!!

semalam aku hantar draft thesis kat supervisor aku. katanya, malam nanti aku baca. hurmm..besok aku bagi, then apa-apa correction, esok awak type semula. OK. tapi prof.... banyak sangat error dalam sana. its ok. namanya pun belajar. tak ada manusia yang perfect. (tapi dalam hati aku masih tergaru-garu...) biar betul prof ni. nanti dah baca, baru tau. (aku sebenarnya was-was). "kalau dah siap esok, aku sms then u datang lah."

hari ni hp aku kong batt. rupanya dah 3 kali prof dah call aku. aku sms jer..."selamat petang Prof. i m otw to shah alam. i dah boleh datang amik draft tu ker?" owh..berapa minit boleh sampai sini? 30 minit prof. so, aku pun guna jalan kesas. kurang sikit sesaknya. then aku potong lagi satu highway, baru semalam guna highway tersebut. lancar jer perjalanan tapi kena tol 1.20. hurmm..tapi aku sampi faculty lebih awal dari 30 spt yang dijanjikan.

sampai fac. tak da tempat parking. hurmm..masalah betul. si kecik aku angkat naik dan nelly tunggu jer kat kete. ialah, aku main hentam jer parking kat bontot kete pekerja fac tak kira kerani, lecturer or pekerja am. risau gak kalau-kalau mereka  nak kuar. 

naik lif ke tingkat 4. terkedek-kedek bawa si lolo. dia tak nak ditinggalkan dalam kete. aishhh..anak emak, kan. lepas tu, aikk ada orang jumpa prof. ho ho ho..mereka pun tengah buat correction. aiseyymann...rasanya aku lagi teruk kalau cam gini. dannn...

wokeh mrsd..tadi i call ingat nak suruh u tak payah datang. just nak inform you...i tak habis lagi nak baca semua thesis you. i like it..cuma...haha..itu yang paling berdebar. CUMA..hadeiii...tapi aku 'macho'kan diri. semalam tak habis nak baca lah...language problem. haisehhhman. aku angguk. aku sedia maklum. kan aku dah kata...aku tak baik dalam bahasa ong puteh ni..lagi-lagi liberal punya language..mampuihhh ehh...aku main entamm jer tulis. "tak kisah ker?? i tulis guna pen merah ni?". tak kisah prof, janji  lepas ni senang i buat pembetulan...ikhlas aku katakan gitu.

oklah..tak ada apa-apa dah. u balik lah. nanti bagi i masa utk baca semuanya. tak kisah,kan?? takkk prof. actually bersyukur juga pasal, aku tak anto edit or translate pun karya aku. semuanya ikut bahasa kepala otak aku. so, i accept it and i deserve it. tak kisah pun buat correction...yang penting....aku dah dapat anjakan paradigma. aku nak grad gak sem ni....dah tak sabar nak bersama si kecik. 

ari ni aku free sikit. segala macam pasal thesis aku letak tepi. aku tido jer...syiokkk owh tido atas tilam semalam. aku tido sampai tengahari, balas dendam. heee...tapi, malam ini, aku mula lagi....coz esok nak hantar soft copy kat fac. "pekakkan telinga jer nanti, sementara i abis dengan correction yang ini". thanks prof.

sebenarnya aku pun dalam HOLD ON mood. nak happy tak boleh pasal masih tersekat...akaiii daii...  jiayo mrsd. buat jer apa yang patut. lain-lain let God.

Tuesday, January 10, 2012

rindunya!!

dan...........sesungguhnya, aku rindu untuk berblogging. banyak yang ingin aku kongsikan. disamping itu juga, aku nyer GA still hold on mode. sabar ek, awak...kite sesangat bz sekarang ni. kita tak lupa pun...

90% debaran memuncak

giler aku tak berdebar??!!esok adalah hari yang penting buat aku. 11/1/2012 aku akan menghantar soft copy binding comb thesis kat faculty. hurmm..rasanya esok pun ada thesis preview. wahh....aku tak buat apa-apa lagi untuk preview tu.. tengoklah nanti, kalau sempat aku buat kat ilus n print AO jer, than tampal kat dinding. cuma..aku tak prepare utk bercakap jer lah.. hadeiii.. ishhh tak sabar semua ni berakhir...tinggal sikit masa jer lagi me. bersabarlah....tapi...momentum hati aku kuat mengatakan...aku nak grad cepat!!!! aku nak pulang  ke pangkuan anak tercinta. bukan anak pulang ke pangkuan aku OKEH!! pasal aku yang tinggalkan dia...huhu

aku sangat ngantuk plak skrg. time ni lah ngantuknya datang. tapi kalu aku terusan nak perah otak, rasanya tak berjalan. dah cam zombie plak buat keje..separa tido n sedar. so, lebih baik aku tido, kosongkan kepala otak aku dan bangun dengan segak dan bergaya selepas itu.

bah, tido dulu ku.

Sunday, January 8, 2012

Finale Gambate

pray for the best. today is my last gambate to altering my final draft. wahhh...nampaknya masa agak suntuk bagiku. my body is very weak...kekuatan fizikal dan kekuatan mentalku agak jauh berbeza. gerak hatiku begitu kuat mengatakan yang aku mampu bertahan bersengkang mata, tapi kepala pula berdenyut-denyut dengan pandangan yang kabur. Ya, apakan daya keupayaan fizikal membatasi semangatku. huhu..apapun, takkan mengalah hingga ke titik terakhir. go mrsd go!!! u are almost there!!! Gemilang itu semakin menghampiri......berdebar di hati. 

Kuatkan semangatku ya, Tuhan. aku perlukan kekuatan dariMU. Amen.

Wednesday, January 4, 2012

AKU

penatnya melayan karenah anak sorang2. si kecilku tak nak orang lain melainkan diriku. melekat 24jam. ku sangka apabila dia terlena aku boleh buat urusanku. meleset. menyedari ketidak adaan aku di sisinya mengundang tangisan yang berpanjangan. aku paling  takut akan tangisannya. air mata aku turut menitis tapi aku kuatkan juga semangat. sudah 4 kali dia lemas disebabkan tangisannya itu. lantaran itu aku paling takut kejadian yang sama berulang. semua yang dia nak ialah...AKU. aku rasa sangat penat...ditambah lagi dengan aku punya nanny yang asyik mengadu sakit-sakit badan. sekarang aku terdesak untuk menahan dia agar terus stay, jaga  my anak. ialah..aku masih busy lagi. kehidupan aku tak stabil lagi...nak cari orang lain pun tak sempat. nak hantar nursery, aku lagi tak berani. bukan apa juga tak berani...aku takut mereka tak memahami peel anakku  yang boleh menangis sampai hilang nafas cam gini... nak tak nak, terpaksa aku layan juga karenah kedua-duanya...aku punya kerja terbengkalai. 

aku nak nangisssssssssssss!!!! dan air mata ini tak tertahan.....Oh God...have mercy on me. i feel really weak....kuatkan aku, ya Tuhanku untuk menempuhi dan menghadapi segalanya ini.

Sunday, January 1, 2012

Sabar jer lah...

dari kejauhan...sayup-sayup kedengaran bunyi hiruk pikuk suara manusia berdansa kegembiraan menyambut hari pertama tahun baru. wah..seronoknya mereka. betapa meriahnya warga TAMAN TUNKU menyambut kedatangan 2012. Dengan mercun dan bunga api yang tebabum dan liplap, aku semacam nak excited gak. tapi..mengenangkan aku masih lagi berada di 'pertengahan alam', tiada kudrat untuk aku bersuka ria. aku hold dulu perasaan suka-suki ini..Kegembiraan christmas aku pun tak ngetoppp. semuanya dalam peringkat HOLD ON. Tungguuu.....masanya akan tiba. Pasti gempak sambutan tahun baru di kampung ketika ini. Tak sempat pun nak gi jenguk kubur mendiang abang Linus. maafkan aku, bro. kau tetap manis di dalam ingatan ini. miss you so much!!...paling tak best, alang-alang dah balik kampung tapi tak turun 'padang' untuk picnic. aisehhhman...

aku?? masih terkebil-kebil mengadap lappyku. aku pun tak tau progress sebenar jadual untuk penghantaran thesis dan segala macam yang berkaitan dengannya.  Agaknya apa ek terjadi kat kampus sekarang?? dan...paling menyedihkan, sudah dua kali kerja aku terOFF tanpa sempat untuk diSAVE. cuma Tuhan saja yang tahu isi hati ini. Walau bagaimanapun, tiada gunanya aku menangisi segalanya. yang penting..aku teruskan progressing. apa yang terjadi kemudian, biarlah dulu. tinggal sikit jer lagi untuk disettle. apabila balik nanti...aku cuma berharap agar draft lengkap aku diterima oleh supervisorku. phieww.....inilah yang dikatakan risiko. Tak nak memikirkan perkara negetif, aku harus kental...mungkin ini salah satu kot azam baru aku. bersikap kental, berani dan tabah mengharungi segala kegetiran hidup.

rasanya...segala kepahitan dan kedukaan dalam hati ini harus aku tenggelamkan di lautan China Selatan. Selamat tinggal penderitaan. aku nak delete semua memory-memory luka yang menyayat hati...sebaliknya, menghiasi hati ini dengan ketulusan. dan...aku tak nak ingat apa-apa pun pasal hal tahun lepas...jangan ingatkan aku.

tak sabar nak grad. nak mulakan hidup baru...dan paling penting, telah lama si kecilku tidak mendapat sepenuhnya perhatian dan kasih sayang dari ku. kesibukan membuatkan aku sering mengabaikannya..kesian my girl. oh ya...dia dah mula belajar berjalan. paling best..bapa aku telah mengira setiap langkahnya...paling jauh, 8 langkah. hehe..syabas gurl.

banyak yang aku nak kasi cerita uols. pengalaman balik kampung sangat bermakna kali ini. dah lama tak balik kampung, uols. kampung betul-betul kampung ok..no internet..no connection....agas banyak. haha... next time aku cerita. 

skrg masa utk terhegeh-hegeh buat keje...ish ish ishl...tahun baru ba ni. tapi aku?? tak pa lah. masa aku akan tiba juga lepas ni...sabar mrsD oK!

ciao!

HAPPY NEW YEAR 2012

dan.....aku masih di sini. berjauhan dengan kedua ibubapaku..begitu juga dengan suami tercinta. terlanjur aku membeli ticket penerbangan sewaktu dalam pantang dahulu. ialah...free time melimpah ruah. banyak masa untuk check ticket penerbangan tambang murah. terpaksa aku mengambil risiko untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 4/1/2012. hurmmm...sebenarnya, aku sangat takut untuk menempuhi tahun baru ini. Aku tidak pasti perjalanan di hari muka. cuma yang pasti...sehari ini akan berlalu juga. masa...PANTASnya berlalu.

apapun....Happy new year 2012 buat semua. semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas...azam baru?? owh owh...dah dua tahun aku tak pasang azam. tahun lepas dan juga  tahun ini...hurmmm...cumanya, aku mendambakan kehidupan yang lebih baik dan penuh ketenangan. itu jer....

sekali lagi....happy new year uols.