Wednesday, November 30, 2011

sekadar untuk punch kehadiran. hari ni turun dari umah jam1.30pm. nak bangun pagi tadi, tapi kepala cam stoink-stoink jer. so i teruskan tido sampai jam 11am. ghossttt..but its ok. i tido pun jam 8am ok. kat office tadi tido kejap jer jam 6am till 7.30am. so..ko orang jangan nak hantam aku plak. "ish ish ish mrsd ni..tido bagai nak rak." well, sekarang jadual mrsd tak menentu. mrd pun memahami, so uols jangan pandai-pandai nak mengandai plak. haisehhh man...

tadi nak turun my kecik nangis. tak sampai hati si mommy nak teruskan langkah kaki. lalu membawa si kecik pusing-pusing sekeliling taman perumahan sampai dia rasa dia dah berjalan dan tiba masa pulang. dalam kereta bukan main dia pegang baju mrsd erat-erat. takut mrd lari kot. haha... tapi bila nak kuar, dia terus tengok mrsd kalau-kalau mrsd kuar sama. so, mrsd berlakon. matikan keta dan melangkah kuar. on the way naik atas, mrsd patah balik. mesti dia tertunggu-tunggu bila lah mommy dia sampai umah padahal sama turun dari keta tadi. oppss girl, sorry...mommy terpaksa 'tipah tertipu'kan anakku. 

oklah..war time!!! come one mrsd!!! pulun dan bantaiiiii sampai pengsan. phieww.

charge battery!

gara-gara design, mata ini sudah mula kuyu dan layu. aku...betulllll2 tak semangat lah nak mengasing-asingkan bagai nih. hissyyy....nampaknya aku berhenti awal pagi ni. coz, otak aku dah beku.ish ish ish..moga-moga bangun nanti pagi, aku dapat mood dan semangat baru!!!

mrsd tido dulu ek??. tersenyum mrsd. semalam si nelly bergurau "kalau tak buat keje tak tau lah...semata-mata datang tido kat office jer kot. elok-elok kat umah dah ada tilam bagai. selesa". aku tergelak sampai terkeluar suara jantan aku. ha ha ha.... ye tak yer juga. tapi tetap berbeza. 1 jam di rumah dengan 1 jam aku di office sangat2 jauh bezanya. kat umah aku memang santai gilerrr...entahlah. mungkin minda aku dah set kot, "umah bukan tempat buat keje. umah adalah tempat berkasih sayang..."  phieww...

k lah..nak charge battery mrsd duluan. nak bangun jam 7.30 ni. kendian balik umah breakfast. jam 9 turun lagi...my god!! jadual kehidupan cam gini sungguh menakutkan. tak per...tinggal beberapa minggu jer lagi pon.. sabou ok!!

ciao!! 5.49am.

chapter 4

part ni yang paling lemah. its all about design. i hate it!!! kali ni nak "buka-buka" semua design yang aku ada kepada symbol-symbol pula. banyak tu..kerja yang lecehhh..hadoiiii!!! macam mana ek akal aku untuk memudahkan part design ni. haiyaaa.... sungguh tak hingin aku!!! 

pecahkan...kenal pasti....tagkan. phieww...i dont like eeuuww. suka tak suka i kena hadapi gak. coz bahagian ini  kunci kepada intipati bab seterusnya. borenggggg!!!

Berjuang terus Mara

3.20am. aku kembali semula di working stationku. tadi si kecik terjaga. mencari aku agaknya, tiada di sisi. si daddy turut terjaga gak apabila terdengar tangisan si kecik. nak tolong bini jaga anak..ngeekkkk..tapi mrd pun dah mengantuk gilerrr. sekadar membuka mata kemudian dengkurannya bersambung.

hari ini, kami berkampung lagi di office. nak buat macam mana..kat umah, memang keje tak jalan langsung. otak aku pun tak berfungsi. kat umah tempat aku tido, memasak dan bermain-main dengan anak aku. phieww..jadual aku dah bertukar. 

semalam sampai terlupa bawa si nelly ke klinik gigi. truly kelupaan gitu. hadoiii.. nampak gayanya kehidupan ini akan berterusan sehingga aku tamat pengajian. sorry to all...terpaksa heret ketiga-tiga penghuni umah untuk menyertai ku di pejabat. bukan apa..kekadang si baby terjaga tengah malam, kesian plak si nelly nak layan dia or takut dia tak dengar juga. aku yang jauh di pandangan pasti akan teringat-ingat bagaimana keadaan mereka. rasa selamat begini apabila mereka semuanya berada di sisiku dan di depan mata ini meski sesekali konsentrasiku terganggu. super Makkkkk lah katakan. hurmmm..

nampaknya november dah berakhir. perut aku semakin senak weii...go jac go!!! you are 50% on going progressing. jangan risau..pulun dan bantai jer...

back to work.
ciao.
3.25am

Tuesday, November 29, 2011

BFF



Touching mode...


bila aku mencarut

BABI!!
entah kenapa aku mudah sangat mengeluarkan kata-kata maki hamun sepanjang hari ni. kebelakangan ni, suka aku mencarut perkataan BABI kat orang. macam puas hati jer bila dah lontarkan perkataan tersebut kat orang. huhuuuu...aku bukannya insan yang baik. tapi sekurang-kurangnya aku tak ada tabiat mencarut kata macam-macam kat orang walaupun aku tengah marah. ada yang cakap C!8@!, L@*((0, F^@> dan sebagainya. punya berbudi bahasa kan. macam terror sangat bila sebut perkataan omputeh F tu...nasib baik mak bapa aku tak pernah hajar we all maki orang cam gitu. sebut jer perkataan yang diconsiderkan sebagai "kotor", terus bibir kena cubit or mata ayahanda terbeliak besar sebagai hint. we all kecut.eloklah..kesannya sampai ke usia aku 30++ ni. 

cuma hari ni aku cepat meradang. pegi post office, system offline. gi bank, punya lembap panggilan nombor2. orang yang kat belakang aku lah yang cakap, "kat sini lembap giler, ek?". aku iyer kan ajer dalam hati, tak nak layan lebih-lebih pasal aku nyer mood dah stoink-stoinkkk.

lepas tu, gi office..sepanjang jalan aku ada jer tak kena. keta parking kat tengah jalanlah, keta menutup simpang lah, keta parking cam mak bapa mereka punyer tempat jer..siapa tak hangin beb. siap kena high light lagi aku, pada hal jalan dua hala, tapi banyak keta2 yang telah memak-bapakan parking jadi satu. kecoh mulut mrsd marah...dan perkataan BABI itu senang jer keluar dari mulut mrsd. entahlah...apa lah salah babi tu kat aku. kenapalah nak samakan manusia dengan babi ek?? though BABI adalah makanan aku..huhu.

sampai office laki aku plak, parking lagi macam datuk nenek mereka yang punya. sakit tak sakit hati aku ni. berdarah tauuuu!!! biarlah..aku  nak marah sangat sekarang ni.

KO INGAT JALAN RAYA NI BAPA KO PUNYA??

egois dan selfish!!!

hati-hati VS mengidam

rujuk tajuk post.
ye. hari ni aku akan menjadi seorang sensitif. mungkin juga pemarah. aku dapat rasakannya. biasalah tu, kalau tak cukup tido. mungkin aku gak bisa menggamuk. so, jangan usik hati dan perasaan aku. tak pasal-pasal kena tengking or penampo jepong. ecehh...macam aku sorang jer boleh buat kat orang cam gitu,kan?? tapi betul. normallah tu. budak tak cukup tido pun akan meragam apatah lagi mak budak yang sangat2 kelaparan ketika ini. 

aku teringatkan mee goreng basah Miri style. owhh..sedapnyaaa. tak terlawan dan tak terjumpai pun kat semenanjong ni. kekadang bau aroma yang sama berlegar-legar di hujung hidung ini membuatkan air liur aku membuak-buak memercik. setakat bau jer pun. huhu.. so far mee ala-ala mee goreng basah yang pernah aku rasakan terdapat di Vietnam Kitchen. tapi, mahal nak mamposss...haiyaa. tak berbaloi bah dengan rasanya yang tak seperti yang di harapkan. lagi satu..kat Dynasty hotel Miri.  Mee goreng basah dia sangat ummmppphhhh. harga berpatutan. puas hati. mengidamlah pula....hadehhhh.

dari birai jendela, kelihatan cahaya  menerangi bumi.
Selamat pagi MALAYSIA.

5.55am

sekarang jam menunjukkan angka 5.55 am. wahh..what a number!! Perasaan mrsd dah mula mengantuk meskipun mata masih lagi terbeliak besar mengadap lappy. sibuk mengorek sana sini info sampai tak sedar subuh menjelma. ishh..ni yang mrsd paling tak suka ni. time rajin cam gini, masa berlalu pantas. very dont like errrr. si kecik mrsd sesekali terjaga. mrsd terpaksa buang tepi segala bahan ilmiah yang berterabur di atas meja. lantas menuju ke arah si kecik. menepuk-nepuknya sehingga tertido kembali. tadi ketika mrsd menutup aircond, kelihatan dia memandang mrsd sambil tertiarap. mrsd tau dia tertunggu-tunggu agar mrsd memeluknya. mula-mula mrsd ignore jer..kendian terdengar la pula rengekannya. kena layan gak lah..

kat luar dah kedengaran bunyi deruman kenderaan. tadi sunyi jer..bestnya mrsd rasa. cuma....mrsd penakut sikit.  dari tadi mrsd nak ketandas. tapi mrsd perap jerrr...tunggu depa bangun. nak ke tandas kena lalui dua bilik office ni. agak besar juga. hihi..kepala mrsd ni penuh dengan imaginasi. hadoii..selalunya nak ke toilet, mrsd minta mrd temankan...oppss dia tunggu kat luar jer ok. haha..perlu ker aku nak bagitau semua tu. hadeii...

oklah...kejap lagi dah pagi. tinggal dua jam lagi untuk seisi keluarga ini balik ke rumah. mrd pun akan turun keje jam 8.30am. so..mrsd?? nak pejamkan mata sekejap kot. jam 10am turun semula...ada misi yang perlu disiapkan. banyak lagi nak cover. huwaaa....

apapun, morning uols. have a great day ahead.

aku yang kuat

hai uols..
gerenti dah tido ketika ini semua orang. merujuk kepada title entry aku di pagi buta ini. owhh...pagi, maafkan aku kerana menstatmentkan engko "buta". hehe...berbalik kepada tajuk entry. aku yang gedabak ini sangat kuat. nak tau kenapa?? hehe...aku berjaya mengangkat tiga orang untuk menemani aku di office laki aku pada malam ini. dengan baby dan nelly sekali aku bawa. tak sampai hati nak tinggalkan mereka kat umah tu ha. karang aku pula asyik terkenang-kenang memikirkan anak aku. bila depan mata, aku pun leh concentrate walaupun tadi ada sedikit masalah kasi dia tido. ialah..kat umah dia tido pun agak lewat malam. apatah lagi kalau aku bawa dia ke tempat baru, pasti dia tak selesa. ke sana ke mari dia berpusing. luas jer office daddy dia..banyaklah pergerakan fizikal yang dilakukan. last sekali, bila dah bosan 'berpusing', dia mencari aku. mengganggu as if dia pula nak menaip keje aku.

oklah, sekadar mencuri masa. terharukan, semua ahli keluarga memberi sokongan padu kat mrsd. so..ini yang nampak, yang belum kelihatan tak dikira lagi. mak, ayah, adik beradik...semuanya menunggu khabar gembira yang mrsd sudah TAMAT pengajian. bosan dah depa dengar...apa ko buat sekarang?? belajar. aik?? masih belajar?? tak abis-abis? hehe...mrsd pun dah bosan dah dengar persoalan dan jawapan serupa. jadi...mrsd nak berabis. kerah tenaga dan minda.

makin lama makin syiok pula menulis, ek?? esp bila time idea mencurah-curah. phiewww.... oklah. selamat melayari bahtera indah kamu kamu semua. anak aku pun dah terlena kat ruang tengah office bersama dengan nelly. maafkan mommy, ya sayang. en. abang pula sedaya upaya tak menidurkan diri..nak menemani bini kot. haha..sekejap-sekejap baring. kendian bangun...ngadap komputer. 

good nyte ols.

loves.
mrsd

Friday, November 25, 2011

SEJAUH MUNGKIN


Lyrics | Ungu lyrics - Sejauh Mungkin lyrics

andaiku tahu..

layan...lagu ini mewakili hati aku. andaiku tahu...


Lyrics | Ungu lyrics - Andai Ku Tahu lyrics

Paku

aku yang sakit hati. marah. benci. semua ada ketika ini. entahlah...sampai bila aku harus bertahan. rasanya, kesabaran manusia pun ada batasnya. paku. sebatang demi sebatang tertusuk di dinding. kekadang apabila paku tersebut dikeluarkan. semuanya nampak perfect. dinding nampak cantik jer. tapi bila menghampiri dinding tersebut. terdapat kesan-kesan paku masih disitu. kemudian di paku lagi...menusuk lebih dalam dan parah...cabut semula. paku lagi dan lagi dan lagi...bleeding. begitulah diibarat hati ini. aku bukan malaikat. aku manusia yang punya perasaan. pandai malu. pandai kecewa. dan aku..mudah bosan. terima kasih.

mode of the day: hati terluka

Thursday, November 24, 2011

otak kering

bukan ikan jer kering, tau dik. huhu...tengah kebuntuan di sini. well, dari pada aku "mencarut-barut" dalam fb tak tentu hala, baik aku luahkan apa yang tersirat dalam hati aku di sini. my diary. luvly. well, mrsd tetiba teringat akan MATI. serammmm. aku tak nak mati lagi...Tuhan panjangkan usiaku. Banyak yang ingin aku perbuat dan lakukan.

Paling penting, aku ingin melihat si kecik aku ni menjadi pengantin suatu ketika nanti. wahh...i see me in you, gurl. aku ingin melihat kehidupan anak aku setelah aku tua. adakah dia bahagia. hidup senangkah or hidup susahkah dia...aku sentiasa ingin berada di samping anak aku. tak tau la nanti-nanti. kita dah tua. dunia pulak berubah, takut anak pun tak suka...bau hamis, bau busuk orang tua. owh tidak!! SAYANGI lah daku.

dan...kita tak tau bila kita akan dipanggil. mengibaratkan kita manusia ni dedaunan pada sebatang pokok. ada yang layu. ada yang dimakan ulat. ada yang berguguran. pelbagai cara dedaunan itu tidak melekat di dedahanan or reranting. kalaulah kita tahu...konon-kononnya sudah pasti kita akan bersedia. bersembahyang setiap saat, beramal dan berbuat baik. TAPI walaupun kita tidak tahu bila tibanya ajal kita, kenapa ya still kita lupa yang kita akan dipanggilnya bila-bila masa. Kita masih lagi hidup seolah-olah kita akan hidup beratus-ratus tahun lamanya. Mudah terleka dan terlupa. time sakit jer, baru ingat Tuhan. Time susah jer, baru ingat Tuhan.  Tapi time senang.....LUPA SEGALA. 

teringat daku saat ayahanda terlantar di icu tahun lepas. aku menangis bagai histeris. tak henti-henti. ketika itu si kecik dalam kandungan 2 bulan. aku sanggup tido di veranda ICU coz tak da bilik disediakan untuk menunggu. aku tak nak aku tidak ada di tempat kejadian apabila saat-saat genting berlaku. dengan jawapan doktor yang merimaskan. 50-50. ada harapan dan ada ketakutan. aku tak sanggup!!!

Dengan kuasa Ilahi, aku percaya. ayahanda aku disembuhkannya. Peritnya hati melihat beliau terlantar di pembaringan. Dan ramalan doktor...ya, aku tahu. Mereka bukan Tuhan untuk menentukan hidup dan mati seseorang. tapi daripada kondisi-kondisi pesakit, mereka membuat hipotesis. Syukur Tuhan kau lanjutkan usia ayahanda tercinta. Miracles happen!!

dan hari ini...kepala otak aku ligat memikirkan kalau ini terjadi ke atas diriku. owh tidak..banyak yang aku belum bersedia untuk lepaskan. Tuhanku, sekurang-kurangnya hambamu berbakti pada keluarga yang telah berjasa dalam hidupku. Tak nak lah pemergianku nanti menyusahkan mereka dengan masalah-masalah yang aku sendiri masih terikat---PTPTN---huhu. bukan tak nak bayar, tapi belum bekerja lagi ni. dan..paling penting, aku ingin puaskan hati aku dengan membahagiakan orang-orang yang menyayangi aku.

Tuhanku, aku belum bersedia. Andainya Dikau memanggil diriku, biarlah aku datang kepadaMu dalam keadaan yang aku tidak berbuat dosa, baik dari fikiran, perbuatan serta kelalaian.

insaf mode.

not excited lah.

aku. memenjarakan diri di dalam office sang husband. bolehlah dikatakan sebagai penunggu office gitu. kebelakangan ini sangat sibuk. buktinya, blog pun tak terlawati. my own blog pun tuan tanah tak sirami. maksudnya busy sangatlah tu. tetapi terkadang teringin gak meluah rasa hati. terbiasa gitu, kan. nak cerita kat orang, tak da insan yang sudi mendengar pula. kesian,kan?? haaa

masa begitu cepat dan pantas berlalu. bulan 11 ni pun dah nak habis dah. tak lama lagi Xmas. aku dah awal-awal tempah ticket kami tiga beranak balik kampung. tapi sekarang, feeling excited tu dah bercelaru. otak aku dah macam kasi hint tak dapat nak enjoy musim raya ni. pasal, otak mrsd terikat dengan thesis yang belum siap-siap lagi ni. apapun, tinggal 1 bulan lebih untuk mrsd pulun. lepas tu...merdeheka!!!

oklah..need to do my work now. happy day ahead every1.

Thursday, November 17, 2011

membeku

jam menunjukkan angka 3.44am. you all mesti tengah 'berseronok' atas katil ketika ini. mrsd tengah 'berseronok' kat office lagi lar ni. phiew...tetiba rasa sakit kepala plak. lama sangat ngadap lappy, kot. hati aku dah mengatakan yang aku mengantuk. tapi mata aku cam tak hingin jer layan..nak kata aku bersemangat tak pula coz idea aku dah keringgg...so aku ambik keputusan, besok aku tunjuk jer apa yang ada bak kata supervisor aku. walaupun timbul gak was-was dalam sanubari ini. almaklumlah...aku begitu asing di school sekarang ini coz aku jarang gak mencemar duli kat situ tak seperti budak-budak lain. aku hanya mengharapkan yang terbaik jer lah.

oklah..nak ready untuk next step. printing...then, pulang. rindu banget sama anak gue...hari ni gue nggak sempat spend masa berkualiti buat si kecik. masam jer mukanya tatkala melihat aku tersembul di muka pintu. cam merajuk pun ada. dah la gi duduk tepi tiang cam orang bawa perasaan jer. sorry, sayang. this week gonna be mommys busy week. bersabar ya, sayang.

membeku dalam opis,
mrsd

Wednesday, November 16, 2011

Momentum sudah mari

phieww...mrsd dah mula merasa "tendangan kat bontot" mrsd. semakin kuat...kekadang mrsd tersenyum ketika memandu kereta. wahhh..tak lama lagi semestar ni tamat. keja pun on the way progress. gerenti siap punya..dont worry.  i need to comfort myself...cool mrsd.

mrsd hari ni mula berangan-angan. jauh angan-angan mrsd. yang pasti..angan-angan ini membahagiakan mrsd. membuat mrsd tak sabar nak tamat pengajian..yabeduuu....aku pasti akan siap!!! nak keje 2/3 tahun then sambung phd. hamboiii...master tak lepas dah berangan nak permanent head damage plak. well...itulah yang dinamakan anjakan paradigma mek woiii.... semangat tuh..semangat paling penting...but next time, mrsd nak kaji physiology plak. draft dah ada dah kat kepala hotak ni..tengah berasap-asap!!! haha...

so, untuk itu...mrsd tak leh gentar dan takut. kena siapkan dulu thesis master ni..progress day by day...jangan malu-malu jumpa sifu..ishhh ko nih mrsd, agak-agaklah sikap pemalu tu. buang tepiiii...hukhukhuk....inilah yang mrsd tunggu-tunggu selama ini. the momentummmmmm tebabummm kat hati mrsd. and YES!!! its started to kicking my ashhhh. so nice ahhhhh!! keep burning in me....burninggggg this heart....burning this fears!!! yeahhhh...nice. keep going!!

motivasi diri mode.
mrsd

good day

aku baru jer bangun tido. terasa cam puas. walaupun si kecik aku ada gak mencari pacifier dia...mungkin sebab aku rasa penat kot after balik sauna semalam. rasa best jer nak tido. terasa cam nak sambung balik. huh?? mati aku nak sambung balik. keje tu bila nak siap, mrsd?? tepuk dahi sendiri....opppss.

oklah..hari ni hari terakhir untuk mrsd membuat persiapan. ala-ala lah. coz esok ada preview. hurmm..lantak arrr. katanya 30-40% siap. ya...i m on the boat. haha...walaupun debaran kencang kat dada mrsd. but...take a deep breath mrsd. exhale...inhale...exhale..inhale...

so, mrsd nak mandi duluan sementara si kecik masih tido. nanti nak kuar tak sampai hati plak kalau dia nampak. sedih gak tengok pandangan kosong dia yang hiba tatkala melihat aku kuar umah tanpa membawa dirinya. sabar anak. lepas ni...kita enjoyyyy!! mommy promise you..now is mommy showtime!! so, mommy need to struggle for us, ok.

good day everyone.
peace.


Tuesday, November 15, 2011

nelly sakit?

semalam nelly mengatakan dia tak sedap badan. dah dua tiga hari ni dia mengadu tak dapat nak tido lena. makan pun katanya tak berselera. tapi habis nasi sepinggan. haha...aku jadi serba salah. aku yang nak focus dengan thesis jadi menggelabah. risau gak kalau-kalau dia ni jatuh sakit. 

rasanya takda pun menda berat yang dia lakukan kat umah ni ha. setakat jaga baby. mandikan. tengokkan dia. sehari sapu and mop umah. pakaian kotor, buang jer dalam washing machine kendian jemur. then, lipat. hal memasak, aku yang masak. cuma cuci pinggan mangkuk, dia lah. time aku tak da jer dia fully tengokkan si kecik aku ni. kalau aku ada kat umah, turn aku gak jaga dia. hurmmm...berat sangat ker apa yang dia lalui ni?? 

nak kata gastrik, hurmm...rasanya lebih dari cukup aku laki bini kasi dia makan. tak tau lah...hari ni aku batal niat aku gi office buat keje. aku terpaksa buat dalam bilik jer lah. dahla aku nyer idea tak mari kalau duduk kat umah ni. my gurl balik-balik nak mengacau. suaranya dan tangisannya mengganggu aku nyer tumpuannn..betapa kusutnya aku rasa...huaaaaa...

atau mungkin dia mengalami penyakit malar rindu. hadoii...ni yang parah ni. tak dapat nak tolong. kata dah berpengalaman jaga anak orang sampai 3 tahun paling lama. ni tak sampai 2 bulan lagi dik woiii....bingung aku eh.

Monday, November 14, 2011

Vokal bukan sekadar rupa

aku pun nak jadi pengkritik gak!! ada ke undian untuk undi juri OUT?! aku tak suka sangat dengan komen juri Azmeer. tiap kali dia komen, aku mesti tak suka. aku pangkas dia nyer komen. saja nak cipta kontroversi konon cam Paul Moss. kata vokal bukan sekadar rupa...tapi boleh plak gi tegur tanya either fakrul ada workout ke tak?? hamboiii....sekali aku tengok ko ni, dah tau ko ni tak workout. ko tak payah menipu aku la...begitulah yang diperkatakan oleh Azmeer semalam kat Fakrul. aku bengang jerrr....dari awal lagi si Fakrul tu dihentamnya. Tau la rupanya tak seberapa dari yang lain tu..tapi bila tengok kesungguhan dia...tersentuh gak rasa hati. aku kesian sangat tengok si Fakrul. tapi rasanya orang lain pun sependapat dengan mrsd. rasa panas jer dengar komen dia kat fakrul.

satu lagi pasal peserta yang bawa lagu hindustan tu. boleh kata "menipu" coz terikut-ikut suara penyanyi asal. hurmm..aku nyer bulu roma meremang jer dengar dia nyanyi lagu khabi kushi kabhi gham. hellooo....cuba bawa lagu tu ikut suara sendiri....mood dia tak dapat weiii....atleast dia boleh bawa dan pelbagaikan suara dia la weiii....cakap orang, pandaila..cuba juri azmeer bawa ikut versi dia plak..

apapun..rasanya, peserta tak boleh dipersalahkan lah. persalahkan mentor mereka. bukankah mereka ada cikgu pengajar..ada choreographer. kalau dia orang gagal menyampaikan..means...kegagalan cikgu dia orang la. bukankah sebelum tu, mereka akan dilatih terdahulu. bukankah sebelum itu, boleh lagi cikgu kata...awak tak boleh bawa cam gitu...awak tak boleh buat cam gitu...bukan spontan jer tetiba gitu atas pentas,kan?? hishhh...marah sungguh mrsd.

introduction yang kureng!

hari ni mrsd terjaga berkali-kali. entahlah...i dont think my gurl tido sepanjang malam kalau mulut dia dok menyoyottt memanjang. mrsd terasa sakit tengkuk plak coz menyereng sepanjang malam. bila  mrsd cuba tarik, dia mencari cam ikan nak makan mata kail. kesian plak..so biarkan dia nyoyot semula. pagi tadi, entah pukul berapa dia ON active. dia siap naik atas badan dan tarik-tarik rambut mrsd suh bangun. bila mrsd selak baju, laju dia menghala ke arah pacifier dia. alahai anakku...

kendian, mrsd tertido. barangkali tiada response kat si kecik time dia minta perhatian, dia gi menangis kat pintu bilik. mrsd cam mimpi-mimpi dengar dia merengek-rengek dan tepuk-tepuk pintu suh buka. malam tadi we 2 tido kat luar dengan auntie dia. bila mrsd panggil, then she turn back kat mrsd. bila mrsd diam, dia gi semula kat pintu ketuk pintu. aduhai.....kendian dia gi kacau auntie dia plak. gi cium-cium auntie dia...

pagi tadi ternampak mrd dah bangun. mrsd malas nak layan. kepala rasa ting tong. rasa cam tak tido...so, pandai2 dia lah buat apa yang patut.

now, mrsd nak mulakan perjuangan mrsd. tapi...hari ni bukan satu hari permulaan yang baik. mrsd tak da semangat. dan kebingungan yang mula menyapa kepala mrsd. shiuttttt.

good day peps.

Sunday, November 13, 2011

recharging mood

malam ni..terasa penat. tadi ke jusco. ingatkan tutup jam 12 tengah malam. rupa-rupanya 10.30mlm dah tertutup. tak sempat nak membeli stok. kendian pegi tesco. ada gak timing dia tutup midnite. tapi bila me n mrd sampai sana, announcement plak. 5 minit lagi tesco akan ditutup. so..mencapai jer lah huggies, maggie ayam dan biscuit crakers. tak sempat nak fikir apa nak beli.

sepulangan, hujan pula. mata mrsd dah ngantok. adik mrsd tengah tengok jangan tido lagi..hurmm. aku cam tak da mood plak nak tengok. nak tengok movie malam ni pun, cam tak da selera jer...penat gak mrsd spend masa dalam sauna room dan steam bath tadi petang.

mrsd punya kepala otak tengah berpusing ni. kepeningan. tadi balik jalan-jalan dari subang, mrsd terasa nak muntah-muntah jer. cam penattt jer mrsd rasa. tadi petang dalam sauna room pun kepala 'bengang' semacam jer. whats wrong with me?? hurmm...

oklah..mrsd nak tido dah ni. hopefully bangun pagi esok mrsd bersemangat buat keje. first review tak lama lagi. mrsd pun tak da info sangat dari school. entahla...adakah aku ini dianak tirikan atau apa ni?? pedulikan...yang penting aku buat aku nyer part. sukahatilah kalau orang ikhlas ke tak terhadap aku. God knows.

bah la...my gurl pun dah tido. mrsd punya bahu cam semut-semut pula. rasa kebas. kenapa ya??? betul2 wujud pertanyaan dalam kepala hotak mrsd tentang apa yang mrsd rasakan. Moga mrsd punyai kesihatan badan yang baik sehingga thesis mrsd siap.

mrsd punya mood pun tak baik nih... rasa meradang memanjang.

nite ols.
mrsd.

Saturday, November 12, 2011

MUSTAHIL VS TAK MUSTAHIL

aku tak tau apa sebenarnya. sejak kebelakangan ini, pelik jer aku rasa. timbul rasa sangsi dan was-was untuk aku meneruskan aktiviti sauna aku. dulu cam ni gak...bila aku check, positif. yabeduuu...tapi kali ni...aku tak tau. rasanya tak mungkin kot. untuk memastikan kebenaran, aku check senyap-senyap. tak da apa-apapun. ditambah plak dengan kaki aku yang membengkak..sebab itu aku sendiri tak pasti, aku ni sakit ker apa ni?? atau adakah ini tanda-tanda awal?? 

yang aku pelik ni..kenapa ada detikan-detikan kecik di perut ini. cam ketika kewujudan si lolo kat dalam perutku ini tahun lepas pula rasanya. rasa pelik lah...atau..apakah gerakan-gerakan yang bermain di perutku ini adalah gerakan cacing?? owh tidakkk!!! say NO to CACING!!! lama gaklah tak makan ubat cacing.

atau apakah ini detikan urat-urat sarafku?? dan...agak mustahil gak kalau ada coz we are ON planning mode. naturally. means...seldom. seldom means lebih kurang cam gini~~~>seminggu belum tentu wooo...serious. kalau dikaji secara praktikalnya, sangat-sangat mustahil untuk kewujudan insan kecik di dalam sana. senyum para ibu, yer? heee

kalau ada, aku bersyukur. happy sangat gitu...walaupun aku takut kena marah coz sepatutnya bertahan atleast 2 tahun. rezeki...jangan ditolak. komplikasinya, serahkan pada yang ESA.

takkan aku nak check lagi kot?? atau...apakah sebenarnya yang terjadi? Misteri gak nih...

ting tong!!

hai uols..
sure uols dah nyenyak sekarang ni. bagi yang ada baby tu, mesti ada gak terjaga-jaga coz rengekan si kecik yang minta susu. seperti mana yang mrsd lalui ketika ini. sekarang 2.42am, uols. si kecik baru jer tido. tadi bukan main ligat lagi nak bermain. sampaikan mrsd jentik telinga dia, bukan main lagi menangis tune sedih tengah-tengah malam buta begini. dia actually dah tido dah jam 9 lebih tadi...tak tau lagu mana dia boleh terjaga plak. mrsd pun terlelap sama tadi coz kenyang sangat kottt....rasa mengantuk amat sangat plak. hihi..si nelly memang. selalu tanak nasi banyak-banyak. aku ni yang beriya nak habiskan juga. tak nak membazir bah...

hurmm...fikiran mrsd pula tengah kacau. nak tido balik dah tak dapat nih...dan mrsd buat keputusan untuk teruskan mengarang. biarlah..setakat mana mrsd bertahan. kalau dah sampai seru bantal dan tilam bila-bila masa nanti, mrsd akan sahut dengan bergayanya.

so, sekarang nak buka punat-punat skru di kepala. rumit,kan?? mrsd tak sabar nak tamat pengajian mrsd yang tergendala ini. mrsd tak sabo nak bekoje... banyak yang mrsd nak buat...sangat banyak sampai mrsd boleh pitam minda memikirkannya. sabar mrsd..sabar.....

good day every1.


Friday, November 11, 2011

sedikit pengorbanan

hai uols..
salam buat semua. hari ni mrsd bangun lambat. lebih lambat dari sang suami. hurmm..lately my gurl tak tau kenapa suka berjaga waktu malam. menangis. unless mulutnya disumbat 'pacifier' mrsd baru terdiam and tangkap lentoq. so, mrsd pun rasa agak kurang tido. selalu berjaga membuatkan mrsd terasa seperti tak tido semalaman.

hari ni lambat gak turun office. melayan my gurl terdahulu. bila dia dapat tau mrsd nak keluar, terus dia mendekati mrsd dan tak nak menjauh. kesian plak mrsd tengok. tak sampai hati. bila dia dah ok, mrsd pun melangkah keluar dengan dihantar oleh jelingan si kecik yang tajam. serious. mommy, know sayang. wait until mommy punya keja dah siap, kita gi honeymoon. during that time, mommy tak kisah anak mommy melekat kat badan mommy ni 24 jam. tapi sekarang, mommy perlu membuat sedikit pengorbanan.

so, here i m. in the office. mula menerjah buku-buku yang melambai-lambai meminta perhatian mrsd. Ok..ok...mrsd akan membuka kalian. dont worry...terpaksa ba kan? hehe... uols, take a good care of yourself sepanjang hari ni.

my mind..please stay positive!!

peace,
mrsd

Thursday, November 10, 2011

siapa patut kena BOM??!!

ya, mrsd tau...ko orang memang penyayang. sayang sangat kat binatang. esp. kucing. nampak cute jer,kan?? ishhh..kekadang bikin geram bah tengok bulu kucing yang kemas, cantik dan bersih. hari tu, minta maaf mrsd lupa bila dan rancangan apa,( kalau tak silap, berita tv3 kot) menyiarkan pasal kucing yang dinamakan HERO yang telah dikudungkan kedua-dua belah kaki depan akibat mencuri ikan. kesian gak mrsd tengok si Hero terlompat-lompat cam kangaroo. lagi terperanjat, depa memang pelihara 19 ekor kucing. banyak tuuu...

cuma mrsd terfikir, cam mana depa uruskan kebersihan kucing berkenaan. nak maintain kebersihan umah dengan aroma pelbagai. dan...di sini mrsd nak mencetuskan isu. ha...kat kawasan penempatan mrsd ada jiran bela kucing. kalau dibersihkan, memang cantik kucing ni. bulu lebat..cam kucing import jer mrsd tengok. kekadang kucing ni dibiarkan berkeliaran di luar umah. sampai melepak kat beranda mrsd. mrsd tak suka coz pernah jadi mangsa 'bau taik kucing' yang harum semerbak seluruh rumah mrsd. nak makan pun tak boleh wooo...

dan...isunya. sekarang si kucing berak pula kat tangga. mak aiehhh...punya bauuuuu. ko tau la kalau kucing punya bahan buangan nih. boleh tahan bikin mual. dan...ada gak kesan terpijak. jadi? isunya...siapa yang nak cuci taik kucing ni?? perlu ker kita gi marah tuan punya kucing?? or adakah kucing sebegini harus di beri muka?? kesabaran....kesabaran....kang kita tendang, cam kita plak kejam. tak pasal-pasal kerana kucing boleh bermusuhan. hisshiiii.....tak suka lah!!

mrsd.

Wednesday, November 9, 2011

Midst term holiday

hallo uols...
dah lunch ker?? mrsd masih lagi mengeras dalam office mr. husband. perut memang lapar...tapi cam tak da selera plak untuk mamam...yang terlebih rasa cam nak gi jenguk anak kat umah jer. terasa rindu pula kat si kecik. ttadi turun office, sempat gak mrsd melambai-lambai dia dari bawah. sayu kedengaran tangisan si kecik di pendengaran mrsd. sebak gak mrsd...hishiii..

oh ya, minggu ni rupa-rupanya cuti pertengahan semestar. seminggu tu..mrsd tak tau pun. semalam beriya mengajak anak buah gi library, tanya dia wether dia ada kelas ke tak. dia terkejut dengar mrsd tanya pasal kelas. mrsd pun terkejut bila dengar dia bangun tido jam 10am. ponteng ke budak ni?? kendian, mrsd buat panggilan kepada beberapa orang kawan mengesahkan minggu ni cuti seperti yang dimaklumkan anak buah. ho yehhh!! cuti lagi...maksudnya aku ada masa lagi nak kemaskan apa yang patut sebelum jumpa lecturer next week. so...cuti ni tak boleh diambil kira untuk berseronok sakan. dahla hari sabtu, ahad dan isnin yang lepas bukan main seronok lagi...tak ingat buku langsung. sekarang, mulalah hegeh-hegeh nak senak perut. huhu...

ya..apapun, mrsd kena focus dah. tak boleh jadi ni...masa makin berlalu dengan pantas. mrsd plak cam tekuyung jer dalam melakukan tugasan. terukkkk arrr ni macammmmm!! ini tak boleh jadi...tak boleh dibiarkan. serious mrsd!! come on....

klah...nak gi isi perut gak lah. depan office ni ada kedai nasi ayam. tak yah susah-susah nak fikir apa nak makan. sedap tak sedap belakang nyer cerita lah...yang penting perut terisi, sudahhhh. haha...

good day every1.

peace.
mrsd.

Thursday, November 3, 2011

AKU KENA TEGUR!!

uols...
phieww....merah telinga mrsd. mrsd dah jarang layan Innit..time free dulu, boleh dikatakan selalu gak lepak kat situ.  Kat Innit, Mrsd baca post entry orang... coz Innit fungsi dia lebih kurang cam tempat kita gi tinggalkan jejak blog kita. lebih kurang cam "Ping function" la... so, tadi..mrsd just gi tinggalkan jejak kat situ...ko orang nak baca, terima kasihlah banyak.. ko orang tak nak baca, ada aku paksa?? huh!! then...salah satu medium kat situ ialah Innit chatbox. tapi...bukan tempat untuk chatting. banyak jer orang simpan blog add url kat situ...tak de jadi menda pun..

Innit Chat
Innit chat has been reenginered to integrate with twitter hashtag. Use #innit or #nuffnang in twitter post, or sign in to Chat.

Please help us keep the chat box spam-free by not asking for nangs on your post.

donno y dalam banyak-banyak orang, mrsd sorang gak kena tegur. panassss siuttt telinga mrsd. mrsd letak link post kat Innit tu bukan untuk suh orang vote mrsd. orang tak vote tapi baca ok lah...apa maknanya kalau orang sekadar vote tapi tak baca?? takda makna nyaa.... malu sih mrsd. as if mrsd ni kurang hajo tak say hi!! mrsd tak duduk ngadap Innit jer lah...mrsd singgah kejap-singgah kejap jer.  Haiyooo!!! bukannya mrsd senang sangat nak duduk depan INNIT sekadar untuk 'nang-nang' orang... abis tu, keje mrsd yang berlambak ni, siapa nak siapkan?? hak individu per..aku pun tak kemaruk "NANG"lah!!! Nang bo ti nang kui bo ti kui...

Hadiah baek punya untuk aku di suatu petang!!!


mrsd tak tau pun kat Innit chat box tu perlu say hi kat semua orang. Yang mrsd tau...chatbox tu...tempat orang letak link post jer....so that bloggers yang tengah online tu bila tergerak hati nak baca, depa follow..kalau tak, biar jer lah situ. tak ganggu orang pun. Lagi satu...tak semua link bloggers kat situ masyukkk NANG. aku pun belajo kedekut nak mengeNANG orang berdasarkan kekedekutan orang mengeNANG aku...hahaha... tapi kalau time mood aku baeik, semua orang aku sedekahkan NANG percume.....dan lagi satu....  Ingat aku tak baca orang lain nyer blog ker walaupun aku tak Nang orang?? saja jer aku tak tekan NANG tapi terus klik kat blog depa.   ko tau ker?? So what??!!

telinga berasap sehhhh....
~~mrsd~~




Doa buat Alanna

selamat petang uols...
sedar tak sedar jam sudah menunjukkan angka 3.11pm. mrsd melencong sekejap dari mengerutkan kening memberi tumpuan pada penulisan thesis mrsd. Mrsd rajin gak buka fb time kepala tengah serabut...dan...mrsd terjumpa  post seorang kawan...hati terdetik untuk membaca blog yang dinyatakannya iaitu http://mayyonnizz.blogspot.com.

Haslyza Ain : Melayan perasaan dgn blog mayyonnizz.blogspot.com.Saya sayangkan anak2 tecik saya macam mommy ayu sayangkan si bidadari nya..Alanna Qish.Semoga Alanna menjadi bidadari yang paling indah di jannah NYA.Al fatihah..AMIN.
 ·  · 4 hours ago · 

  • Arezie Rizal likes this.

    • Haslyza Ain no..kawan ain.klu baby nyer masih ader..sebaya anak ain no 3.. ^_^
      55 minutes ago · 

    • Clara Daniel owhh...ingatkan ain nyer blog..
      52 minutes ago · 


uols...
Aku pada mulanya menganggap blog ini sebagai diary biasa seorang ibu. Maklumlah..aku pun seorang ibu juga...tapi aku still excited gak nak baca pasal aku nak tau life ibu-ibu lain. tapi...terkedu dengan tajuk "doa buat Alanna".  maka aku pun mengorek....mengorek....tajuk demi tajuk aku baca....

dan..air  mata ini turut  menitis. setitis demi setitis. betapa sebaknya dada mrsd mengikuti kisah Alanna. Aku mengerti perasaan seorang ibu...terluka...hancur...kecewa...kerinduan...semua menjadi satu. Tak kisah lah anak kita lahirnya tidak sempurna. Kasih seorang ibu tiada tandingannya. semua itu kerja yang maha Esa. Dia menyayangi lebih dari kita sayang...Disertai pula dengan sound track lagu yang syahdu....sebak aku menjadi-jadi. Melihat wajah Alanna yang comel dan juga badan yang dipenuhi dengan wayar cukup menyesakkan naluri keibuanku.

dan.. bibit-bibit kerinduan menular di dalam hati ini. aku merindui anakku. betapa pengalaman ibu Alanna membuat aku terkenang-kenang akan si kecikku...dan...aku sendiri tengah risau ketika ini. terdapat ketulan-ketulan kecil di belakang kepala si kecik ku. aku tak nak berprasangka negetive. tjauh dalam hati ini berharap dan mendoakan agar tiada apa-apa yang buruk berlaku.

aku sangat takut.....takut seandainya ketulan-ketulan itu terhasil akibat daripada kepalanya yang berkali-kali terhempas di lantai ketika dia mula-mula belajar duduk dan merangkak. setiap kali tersentuh akan ketulan itu, jantungku berdebar-debar. kata suamiku, 'mungkin urat dia kot...'. Lagipula si kecik mrsd sangat-sangat lasak sekarang ini. badan cam kain basah yang dipulas untuk dikeringkan...dia tak peduli asalkan apa yang dia nak lakukan tercapai. sampai berbunyi-bunyi tulang dia. tu yang kekadang bikin mrsd geram...geram bukan apa...mrsd takut dan risau dia sakit. tapi dia....huhuhu... nak pakaikan dia diapers kena dua orang. seorang tak kan  mungkin dapat menangani  dia pasal dia cam lipas kudung jer memusingkan badannya dan  merangkak ke tempat lain melarikan diri. tu yang terkadang mrsd terpukul pahanya...

apapun, besok aku akan membawa dia ke klinik. aku nak jumpa doktor untuk kepastian. setiap kali aku pegang ketulan-ketulan itu, dia merengek. macam kesakitan. aku nak anak aku sihat...baik...aku tak sanggup kehilangan dia...aku sangat sayang padanya. tak nak fikir -ve cam gitu...choii...touch-wood. Gila tak sayang anak, uols?? huhu...tu yang mrsd pelik napa ada ibu yang sanggup membuang anak depa merata-rata. binatang pun sayang anak weiiii....

berbalik pada kisah si kecik Alanna....Mrsd yakin dia telah menjadi angel di syurga sana. Tuhan sedang merawat dia. Semoga ibubapa Alanna bersabar menghadapi kehilangan ini. ya, memang betul..berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

dah sudah...mrsd tak sabar nak balik umah pula.tak sabar nak gi peluk si kecik....rindu sangat pada dirinya. 

loves,
mrsd


ULANG SUARA...ULANG SUARA...

Panggilan untuk TUNTUTAN GA!!! 
(Kawan-kawan yang terbaca notis ini sila sampaikan pesanan penaja kepada insan terpilih di bawah ini, k)


 (follower BERTUAH) 
CIK FATIN MRAZ
dan
(pengomel TERBAEK)
CIK KAKAK KATAK aka RAINDROP

sila kemukakan alamat anda untuk penghantaran GA yang tak seberapa dari MrsD. 

Tawaran akan ditutup pada

30 NOVEMBER 2011

TENGKIU...

Wednesday, November 2, 2011

wordless Wednesday

morning uols...
dah bersarapan?? mrsd laki bini dah sudah..haha..kat kedai kupi. susah payah mencari kedai buka awal pagi sekitar bukit tinggi ni...yang buka, kedai nasi ayam jer lebih-lebih. kedai bak kut teh kat sebelah opis husband pun buka awal pagi tau..hurmmm...kalau keja berat such as buruh kasar, boleh lah makan berat2 awal pagi. 

sempat mrsd menceritakan nostalgia kenangan silam mrsd kat laki ketika menikmati sarapan pagi tadi. Nostalgia di sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai Marudi terletak di tebingan sungai Baram, Sarawak. i tell you, dia punya mee goreng memang umphhh...kue tiaw dia..mee goreng basah vs mee goreng kering dia....mee soup...wowww marvelous abisss!! selalu time kecik-kecik ayah mrsd gi bungkus untuk we all setiap kali we all gi Marudi yang juga merupakan pusat pendidikan. ayah mrsd selalu gi meeting kat sini...dan angkut we all sekali. tido dalam hotel cam sardin, hotel lebih kurang 2-3 bintang gitu. tapi...ada tab mandi air panas, uols. sekarang ni..susah nak cari hotel ada tab tau..even hotel 4 bintang pun tak da tab mandi. apa daaa....bukan apa, mrsd suka berendam dalam air panas lama-lama sampai tertido. haha...

so, here we go. mrsd kuar umah dengan berat hati hari ni. anak tak bangun lagi. tapi we all as always, kuar jer umah memang kasi ciuman love kat si kecik. sekarang dah boleh dah tinggalkan dia dengan si nelly walaupun kekadang menangis gak tatkala teringat akan mak bapa dia. pandai gi mencari ke bilik tido, bilik mandi dan toilet...semalam tak nak tido. active sangat...beberapa kali gak dia menyusu sehinggakan mrsd rasa cam mrsd tak tido pun semalaman.

k lah..mrsd nak berhenti dah ni. heee..katanya perjuangan belum selesai. so....as always, mrsd kena set positive thinking dalam minda mrsd so that hari ni berlalu dengan baik dan tenang. GO MrsD Go!!!

menyempat nih nak menayang pesyen potongan rambut terkini  mrsd...uwahahaha....

ciao...
mrsd.

Tuesday, November 1, 2011

Blurry Tuesday

hai uols...
sihat?? hurmm..hari ni mrsd baca fb. semua dah mula countdown untuk Xmas. wah...semua orang excited tahun ini akan berakhir. tapi berbeza pula dengan aku...semakin kecut aku weii...masa semakin singkat buat aku. hidung ni kat paras air jer sekarang. susah nak bernafas.

apapun, mrsd harap mrsd boleh tempuhi hari-hari yang semakin pantas berlalu ini dengan tenang dan tabah meskipun dalam perut dah rasa pergerakan rentak irama rerama. menyempat terselit dalam kepala hotak yang kusut ini sebuah lagu klasik yang berbunyi...Ohhh..begini rasanya.....la la la la...lupa lyric plak.

k lah...need to stop now. go mrsd go!!!

lawan tu emosi. kasi belasah sama dia... stay cool yeahhh...

"MRSD CAN DO IT!!"