Monday, October 31, 2011

Dentuman

hai uols..
hari ni mrsd gi saloon. potong rambut. kepala so serabut. kasi ringan sikit lah...nampak muda sikit. haha...then, mrsd gi opis. suami pun ada..tapi bilik lain-lain lah. dia pun very the busy..so do i. ketika sibuk2 mengarang ayat, bunyi dentuman langit la pula.. teringat aku kat anak kat umah. my girl sudah pandai takut bunyi kuat-kuat. ari tu langit berdentum menggila, dia tengok we all. muka dia cemas jer...kendian dia nangis..bila aku peluk dia, baru jer dia berhenti. dah pandai takut la pula....

sekarang cuaca banyak tak menentu. thats y sana sini dalam berita ada jer khabar yang menyedihkan. banjir. kesiannya mrsd tengok mereka. ada yang sampai hilang nyawa...oh tuhan, jauhkan lah negaraku dari di landa malapetaka. Biarlah negaraku ini aman dari segala bencana bumi mahupun karenah politik. mrsd bersyukur hidup dalam negara ini walaupun terdapat polemik-polemik yang agak membimbangkan. Apapun, mrsd berserah pada Tuhan. Dari Dia mrsd datang, kepada Dia juga mrsd akan kembali...so, apapun terjadi, hidupku dalam tanganNya.

oklah...menyempat nak mengentry nihhh...entry rindu kat anak bila anak berjauhan di mata. tapi kalau kat umah, bergaduh memanjang plak..haha...

good day uols.

peace regards.
Mrsd.

Sunday, October 30, 2011

Surprise Birthday!!!

Semalam unplan punya program. tetiba teringat kat birthday abang mrsd...actually, jatuhnya pada hari ni. tapi memandangkan adik sorang tu takda cuti hari ni, terpaksa advancekan sehari sebelum tarikh sebenar. ada element-element suprise gitu...

jam 3pm mrsd laki bini gi jemput adik kat seksyen 20. lepas tu we all gi shopping. simple jer dishes yang tersenarai dalam kepala otak mrsd. ayam rendang, nasi impit, ikan asam pedas dan terung goreng. so...mrsd shopping la menda-menda yang sepatutnya. luckyly, my sister sponsor kek ais-krim kat cottage's bakery. wahh..mahal2 harga kek sekarang ek?? dulu half kilo boleh dapat rm 15 cam gitu...now, mana nak cari?? rasanya kat miri ada lagi kot harga cam gitu.

sementara memasak nasi impit mrs creativekan diri memotong kertas warna (sisa-sisa assignment dulu-dulu), jimat kos gitu. tapi adik yang tolong lekatkan kat polistrin dan memikirkan susun atur bagai. atleast there's something. hehe... mrsd sepulangan shopping call abang. suh pegi umah...kata ada acara makan-makan sikit. tapi tak da la bagi tau dia makan-makan untuk apa. dia pula beritahu yang dia tengah test machine tak tau pukul berapa siap..hadoii..tenat gak kalau dia tak muncul. tapi mrsd usaha gak..antar message. suh datang umah sebelum 8pm. know what..dia datang jam 7 lebih..so, tak sempat menampal polistrin. lepas tu cari idea suruh dia gi ambil saudara plak..tapi saudara tu tak pula response call and sms. so, we all mulakan jer lah rancangan pada 9pm.

Perut pun dah lapo. we all donno how to make the event surprise..tapi kepala otak mrsd bab2 cam gini selalu bergeliga. apa lagi.. we all bawa polistrine dari bilik sambil nyanyi lagu birthday. abang dan husband yang tengah tengok perlawanan bola sepak N9 belasah Terengganu terkejut melihat kami keluar dari bilik. siap dengan topi bagai. si kecik aku pun gelak gak bila lihat we all gelak. bila lihat dia gelak, we all pun gelak balik..haha...what a joy!!

 persembahan spontan kuar dari bilik tido dengan iringan lagu 'Happy birthday to you'..

 with birthday boy..

 3 besar 8 kecik candles..

 Semoga hidupmu sentiasa disinari cahaya..

 si kecik nak tumpang glamour..

 pemotongan kek...

 bila lah ada orang nak suap ni ek?..hehe..

 simple dishes....rendang, nasi impit, ikan asam pedas, terung goreng+ ikan panggang

Gambo yang tak close-up. hehe...

 My bro ni tak pernah sambut birthday esp dengan keluarga. ye lah...dari form 1 sampai form 5 terus bersekolah tempat lain..jarang jumpa dah...duduk ngan uncle. lepas tu sambung belajo hinggalah bekeje.  Keje pun jauh-jauh dari keluarga gak.. kiranya my bro ni jarang sangat berkumpul bersama keluarga. thats y, aku terfikir nak celebrate birthday dia..

apapun, we all end up dengan peruttt kenyanggg... 4 orang jer makan, tak abis bebb!! so..the dishes continue di mamam untuk lunch hari ni.

happy birthday bro. God bless you always.

luvs.
mrsd

1st GA alert!!!

hai uols...
happy sunday...its beautiful day...hilangkan rasa-rasa curiga...duga dan nestapa...mari kita menyanyi lagu  sha na na na.....hurmmm. betapa mrsd menyayangi hari ni. kalau boleh tak nak hari ni berlalu...tapi kehidupan itu terus berlalu....bumi terus berputar mengelilingi matahari..eheh...siapa yang keliling siapa ni ek??? dah sudah....mrsd dah konpius dah...bumi keliling matahari or matahari keliling bumi ni? haiya...science..science....

bah uols...
buat apa hari ni. Ok lah..hari ni hari yang ditunggu-tunggu kot...mrsd dengan ini dengan sukacitanya  mengumumkan bahawa hari ini adalah HARI UNDIAN GA mrsd yang pertama, uols.... jeng jeng jeng...Mari kita lihat siapa yang kena...berdebar-debar nihhh...hamboi!! heee...

Bersemangat menulis nama atas kertas...

Calon-calonnya ialah....

Undian Clean and Clear....honesty is the the best policy =)

Gaul...jangan tak gaul....Cabutan bertuah GA mrsd jatuh kepada.....

GA pertama 50 mrsd ialah Fatin Mraz...

Ulang suara...Cik Fatin Mraz. Tahniahhhh....

maka dengan itu, keputusan GA mrsd yang pertama 50 followers sah jatuh kepada Cik Fatin Mraz. Sukacita menjemput cik Fatin Mraz untuk menghubungi Mrsd melalui inbox komen or message untuk memberikan alamat kerana penghantaran gift istemewa akan dilakukan...istemewa la sangattt...heee... Untuk pengetahuan Cik Fatin, komen alamat yang anda berikan tidak akan dijadikan publish komen...utk tujuan keselamatan followers dan juga bloggers. hihi...

dan...Pengomel aka pengomen terbanyak jatuh kepada.......Cik RAINDROP. sila hubungi Mrsd untuk menuntut give away anda...suker la tuuu....hihi. tahniah! tahniah....

kepada yang tak berjaya...jangan berputus asa...lagi akan ada second GA apabila followers mrsd mencecah 100 orang. so..follow...follow me....u wont regrets. =)

Good day uols.

Friday, October 28, 2011

apa program??

hai uols..
mrsd dok mengeras lagi dalam opis. well, jam telah menunjukkan angka 5pm. ari ni kan ari jumaat...cepatnya masa berlalu. biasanya, kalau hari jumaat begini memang mrsd tak sabar-sabar menunggu kepulangan suami. selalunya we all akan kuar. gi mencemar kaki di mana-mana shopping complex....mencuci mata...menternak perut...haha...saja, nak kuar suka-suka setelah duduk terperap dalam umah. cam tension bah terkunci jer dalam umah...nak tau, kalau uols duduk dalam umah memanjang, pandai bosan tau. nak gak hirup udara...tak kiralah udara bersih or jerebu.

so, kejap lagi mrsd nak permisi. nak bawa anak gi jalan-jalan taman. kesian dia...she miss her mom. bukan i kata, tau...though dia belom pandai cakap. tapi...dari sikapnya yang dok kuar masuk bilik tido and pegi menarik-narik blanket mencari aku, dah sah lah dia memang memerlukan aku. owhhh...

k lah.. wa ciao dulu...have a nice weekend everyone. meanwhile me....haruslah memulunkan diri. go mrsd go!!

happy hour mode with si kecik.

Tanpa mu di sisi

morning uols...
hari ni hari ke dua mrsd mengentalkan hati...mrsd bangun awal pagi. siap masak nasi goreng lagi...mrd kata, "NICE fried rice.." dah cukup membuat hati mrsd kembang kempis untuk memulakan hari. after having breakfast, we two pun bergegas kuar. mrd gi keja, aku gi opis. pinjam kejap. heee....

tadi, ketika mrsd melangkah kuar..si kecik mrsd tengah tido. actually jam 7am dia dah bangun dah. siap main "u-ak" dengan mrsd. main tutup blanket ke muka...si kecik dengan pintarnya menarik selimut untuk melihat wajah mrsd. setelah berjaya, dia terus tersenyum bangga. clever gurl uhhh.. lepas tu, mrsd kasi nyot-nyot. dia tido lagi second round. so, mrsd senanglah bersiap-siap. actually mrsd sedih gak meninggalkan dia... terasa sunyi hariku tanpa suaranya yang mula kepohci...mah mah mah...dengan ekspresi muka sekali. kekadang mrsd geli hati melihat dia buat muka marah, tak nak senyum. bila mrsd geletek, baru dia senyum. haisehhh mann...dah pandai nak tunjuk emo dah kat mommy dia.

semalam mrsd gi opis buat keje after dinner. so, aku kasi dia susu botol and masukkan dalam buaian. si nelly mengambil tempat menggantikan aku secara senyap-senyap. tapi bila we all dah blah, dia bangun plak. mula-mula ok. mungkin terasa sunyi, dia masuk bilik tido...gi menarik blanket. si kecik ingatkan aku main U-AK kot...lepas tu, bila tak jumpa, dia nangis bagai nak rak...kemudian si nelly bawa dia kuar..main lagi. kendian tengok bilik tido, dia masuk lagi...buat perkara yang sama. huhu...ketika nelly kasi cerita perihal ini, aku cam nak nangis bila dengar. kesian anak aku....sabar dulu, sayang.  Actually mommy miss you so muchhh!!! mommy have to do this. for us. for u and for all. Terasa rugi mommy tidak melihat kebijaksanaanmu yang ditonjolkan sehari dari ke sehari. Senangnya hati melihat perkembanganmu setiap hari di depan mata...bila mommy terpaksa melarikan diri cam gini...mommy rasa sangat rugi.

Anakku pula semakin hari semakin membesar...mommy dont want to miss every singgle thing about you...well, ini pun setiap masa jer mommy update dengan si nelly apa anakku buat kat rumah sana. menangis ker idak...makan ke idak...anything. coz, mommy really miss you, sayang. Its not easy for mommy to leave you...tapi, mrsd bersabarlah k. setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. huhu...

oklah...got to do my work again. Curi masa sekejap mengentry..hehe...

good day uols.

Thursday, October 27, 2011

bawa diri

hai uols..
hari ni mrsd bawa diri. membatu dan berkampung di opis suami terchinta.  kata mrsd, "dah nak buat cam rumah sendiri la pula". well...kalau mrsd terus gak berkeras kat umah, satu habuk pun tak jalan daaa... "sorry,la. terpaksa. dah siap ni besok-besok, dah tak da dah...kalau nak mrsd berjaya, sporting sikit". eheee...


mengeras dalam opis mrd.

so uols...
sblm mrsd tinggalkan umah tadi, mrsd pastikan si kecik tido. then only blah....tapi mrsd dalam sejam kena update gak kat umah tu...hopefully everything fine. 

oklah...
mrsd nak pulun....doakan mrsd so that mrsd punyai semangat yang kental!!! dan agar segalanya berjalan dengan lancar.

luvs.
mrsd.

Wednesday, October 26, 2011

cuti dewali

hai uols...
happy holiday to ols..kecuali sabah sarawak. no cuti today. haiya...1malaysia huh?? no coment on that. dah dari dulu cam gitu..hopefully kerajaan akan bermurah hati kasi derma cuti untuk borneo sama ngan cuti-cuti se-malaysia.

hari ni malas mrsd nak mengarang. nak buat keje, memang si kecik tak kasi peluang langsung...bingung menjadi-jadi. tapi simpan dalam hati je lah. so, mrsd dah alang-alang cam gitu, spend masa ngan dia...huhu...bukan main happy lagi dia. mulut pot pet pot peet....owh anakku...kesian ko. mommy tau u want mommy spend all the time with you...only for today. tomorrow mommy kena pulun lagi...perah santan. esok mommy akan mulakan strategy. lagipun, anakku semakin bijak day by day....so cute perangai dia uols...

so, takda apa sangat yang mrsd nak kongsikan. semoga uols have a nice day dengan insan tersayang. malam ni mrsd tak nak masak lah..haha..tadi tengahari masak, suami makan bertambah nasi. lagi kalau masak malam ni..bertambah lagi..tak boleh jadiii..haha..kata nak menguruskan suami yang gedempol. tapi bila kena penangan basuhan tangan bini...dia tak boleh blah. (pemerhatian mrsd jer lah.. mrd tak cakap apa pun....hihi). sound macam minta puji,kan?? ekeke..jadi, kalau makan kat luar, tak lah bertambah nasi or what soever..duit jer yang berkurang. huhu..

oklah..take care everyone.

luvs.

Tuesday, October 25, 2011

Rasa itu

uols...
rasa itu semakin dekat. semakin menghampiri... debaran itu semakin menjadi-jadi...momentum itu semakin membuatkan mrsd cam nak luruh jantung...melihat kekawan yang baru-baru ni konvo..dah bekerja...mak aiehhh...keinginan mrsd semakin meluap-luappp. begini lah rasanya....
ohhh...
mrsd tak sabar-sabar lagi nih. nak siapkan koje....aduhai, anakku...tolonglah sporting sama ibumu ini. ibu buntu dan kusut tatkala anakku mula mengait benang-benang kenakalan. ibumu ini memerlukan ruang yang luas..baik secara visible maupun invisible...kepala hotak mommy harus clean and clear....mommy nak ketenangan dalam menyulam perjuangan ini....

buat sang 
binimu ingin membuat permohonan..nak menjarakkan diri dari anak dan juga rumah, buat seketika. i really need good environment and space of my own. so...boleh pinjam opis, you?? hehe... i nak berkampung there till my work finish. sikit masa jer lagi nihhhh...

and....
aku sudah jadi tidak menentu ketika ini. ada kalanya aku tido tapi cam tak tido...teringat-ingat... nak ke sana ke mari, cam terikat jer... hati dah tak senang. cam mabuk asmara jer. makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena...hadoi!!! rasa ini...aku suka sebenarnya. pemanasan engine supaya aku serious dalam membuat kerja-kerjaku. tapi....memang tersentap dan tersentak juga rasanya. degupan jantung pun deras dan laju jer.....rasa ini....hadeiii....lebih kurang rasa cam konon-kononnya ketika membuat terjunan dari kapal terbang menggunakan payung terjun. saat nak terjun tu, wujud rasa itu...itu lah rasanya. (walaupun aku tak pernah terjun dari kapal terbang...hehe). itu tak termasuk mood aku...swing-swing...agaknya, si nelly pun gerun dengan peel aku yang up down kot...biasalah tu. kalau tengah kusut, perangai pun gabra and ting tong...awas berurusan dengan orang sebegini. tak pasal-pasal kena tengking kalau silap-silap. alahaiii!! tp mrsd selalu tengking dalam hati jer...makan dalam. hurmm...

okla...
sekadar nak melepas rasa ini. semakin tersimpan. terasa cam meletop pula terperam dalam dada. haruslah mrsd luahkan....terasa cam mula-mula jatuh cinta pandangan pertama pula...teringat-ingat...termimpi-mimpi...terbayang-bayang...semuanya serba tak kena...satu perasaan yang indah tapi menyakitkan... dushhhhh!!! tampar palak ku  lok sak ku terjaga!!!

mrsd...
kawal perasaan, please. drive slowly and steadyyyyy...

Hati yang panas

pagi tadi pegi klinik. punyalah semangat aku nak bawa si kecik aku jumpa doktor or missy. excited nak mengetahui progress anak aku. Pegi jer sana...kat kaunter, "awak nak jumpa doktor ker jumpa nurse?". aku ok lagi..cool. "i nak bawa baby i check untuk 9 bulan nyer". lalu ditekannya no. Dapatlah 6551. tak kata apa pun orang yang kat kaunter tu tak cakap apa-apa pun maklumat tambahan kat i.

so, mrsd pun duduk bodo jer kat kerusi menunggu tu. ting tong...nombor demi nombo berlalu...ada nombor yang melompat. barangkali ikut bilik kot...so aku ni..memandangkan nombor jauh lagi, masuk lah bilik penyusuan. risau duduk kat dalam bilik tu takut no, terlepas. aku kuar lagi duduk kat luar...still jauh lagi..aku masuk lagi pasal si kecik dah tido. ye lah...aku sampai sana jam 10am. tup-tup dah jam 1230pm tak da tanda-tanda yang nombor aku dipanggil. tapi 6552, 6553 dah berlalu...aku pun cam geram gak bila cam no. aku tak di pedulikan. so aku gi tanya kaunter.

"akak, no. i dah lepas ker??"...."awak nak jumpa doktor ker nak jumpa nurse?" aku ting tong gak dengan soalan JM tu.." i pun tak tau nak jumpa siapa", aku menjawab. serious i dont know uols nak jumpa siapa. dahla first time gi klinik baru yang megah bergaya itu. "awak jangan duduk jer sana...pergi tanya bilik no.10". fuhhh..dalam hati, kenapa dia cakap kat aku cam gitu ek??

tok..tok..tok..."nak tanya..no 6551 dah limpas ker?"---eh, awak pegi mana?? tadi i dah panggil 2 kali dah. ko tak ada. "aik, i tunggu kat luar tunggu no. kuar. tak da pun no. tu kuar-kuar".----mana ada no. tu kuar kat sana. patutnya awak datang sini. bilik no. 10 dan 11. aku diam. awak tau tak..sekarang dah pukul satu. tak boleh lah buat macam gini. kita orang pun nak rehat.----time dia menghabiskan ayat tu, telinga aku cam kena panggang jer..berdesinggg!! memerah. "saya tak tau pun kena datang bilik ini or bilik no.11. sebab saya tunggu no. saya duduk kat depan sana. dari sana pun boleh nampak no." ---awak patut duduk kat sini. bukan jauh kat sana. Tadi awak pegi mana?" aku dah tak boleh blah dah..."aku pegi menyusu anak aku. anak aku pun tertido. so aku tunggu no. aku kuar dari sana coz aku boleh tengok".---lain kali, nak gi nyusu anak, bagi tau kita orang.... Bila masa pula no. kuar kat 'situ'(merujuk pada papan pemanggil no.---- aku pun tak nak minta maaf  atas keterlewatanku ke bilik mereka berdasarkan bahasa yang mereka gunakan kat aku. kalau tak aku akan cakap, "maafkan saya"....tapi...kalau api simbah minyak, ofcourse la api akan membara... "ini first time saya datang ke klinik ni. tadi tak ada pun orang kat depan sana cakap yang saya harus menunggu di luar bilik yang ini". lantang dan kasar suaraku walaupun aku cuba bersabar.

dah. buka baju anak semua....then, process  progress checkup pun berlangsung. dia cam tau jer aku marah...baru nak hegeh-hegeh cakap baik-baik ngan aku. tapi dalam hati aku dah bengkek gilerrr dahhh. "panjangnya nama anak awak..orang sabah ker? kalau ikutkan amarah aku, nak ajer aku menjawab "tengok kat buku tu, ada asal aku kat situ". tapi kata-kata itu tersekat di kerongkong aku jer. kemudian dia kata, awak dari sarawak. tinggal kat mana? aku jawab, Miri. "kat Miri tu ada apa ek??" aku malas nak  melayan terus jawab. tak da apa-apa. "Miri tu kampung ker? sungai? darat??" aku mengeleng kepala. tapi reaksi gelengan kepala itu cuma dalam hati jer lah.

setelah selesai, dia bagi satu pesanan penaja lagi..lain kali, datang check up terus tunggu kat luar sini. bukan kat sana. aku walaupun marah, ucap gaklah...terima kasih. yeeeee lahhh...terus blah.

kalau uols lah, uols tak marah ker?? tak terasa hati ker??...orang cam gini lah yang menjadi nila setitik nih...mrsd gerammmm jer. tapi tak per lah..dah selesai. cuma mrsd nak cakap la..kalau uols ada sedara yang bekerja dan memerlukan berhadapan dengan pelanggan or pesakit, kasi reminder sikit kat depa...jangan kurang hajo bila berhadapan dengan orang. berbudi bahasa...tak luak pun. cess...ingat mrsd suka-suka duduk lepak kat sana selama 3 jam ker?? aku ada kerja nak buat daaaa.....

apapun, syukur mrsd panjatkan coz progress anak mrsd positif walaupun beratnya cuma 7.3kg dengan ketinggian 69cm jerk... well, my kecik seorang bayi yang sihat dan lasak...thanks God.

Perah santan dari kepala

morning uols...
hari ni mrs laki bini bangun agak awal. tapi si kecik tak menunjukkan reaksi. jarang dia tido bebenor cam gini. macam tau-tau ari ni mommy dia nak bawa di gi klinik. lelebih plak tidonya. actually dia dah bangun awal pagi tadi..nak turun bed. mrsd tegur dia..."nak ke mana tu?" terus dia toleh mrsd. muka banyak serious wooo...bila mrsd sengaja selak baju mrsd kat dia...dia ternampak dia nyer 'peberet', laju jer dia ke arah mrsd dan terus nyot-nyot. haha...sampai tertido semula.

ni nak bersiap sedia ke klinik, dia plak tak bangun-bangun. ari ni mrsd kena focus wat keje. lucky ada member sudi menolong mrsd dalam bab-bab graphic. betapa  mrsd sangat-sangat bersyukur...ye lah, mrsd  tak boleh buat keje-keje yang memerlukan konsentrasi. malas mrsd nak ulaskan kenapa...uols dah tau,kan?? haha..sekarang mrsd cuma memerahkan kepala otak ini. mengeluarkan santan untuk di buat kari.

semoga semuanya berjalan dengan lancar. dan tak juga dilupai....perot mrsd semakin senak...nafas semakin sesak...hadoiiii!!! helppppppp...

Monday, October 24, 2011

Pondan Ancaman Wanita

uols...
kenapa ek hari ini ulang tayang "Pondan Ancaman Wanita" di udara kat WHI ni??... still gak Azuan ali menjadi tetamu undangan...tapi ini bukan ulang tayang. LIVE ok...tak silap mrsd tajuk yang lebih kurang sama ON air 2 or 3 minggu lepas. tapi...bila lihat appearance Azuan Ali hari ni, baru mrsd tahu yang ini another topik yang diperbincangkan. Kali pertama muncul...nampak kelelakian dia. tapi kenapa minggu ni cam lain jer kemunculan dia...hadeiii...satu lagi ni ha...betul-betul mak nyah pula dijemput. well, tetamu (kak Jee gituee..) tu yang kata dia mewakili Mak Nyah-mak nyah di Malaysia..

entahlah...malas mrsd nak ulas. semua pun manusia...kita sama. cuma kekadang bila manusia cuba melawan ciptaan Tuhan ni buat kita cam rimas sikitttt lah. but mrsd tak kisah pun kalau bergaul dengan depa...pernah berkawan dengan golongan-golongan ini. tak da bezanya depa...kekadang mrsd terlupa yang mrsd sedang bergaul dengan ompuan or lelaki. depa ni, golongan yang baik hati gak...best sharing ngan depa ni...cuma yang menyampah ni, ada yang gedik-gedik over or yang "gatai2" tepi lorong-lorong tu. mrsd kurang senang gitu....alam pondan mempunyai 1001 cerita tersendiri.

tak apalah....semoga suatu hari nanti mak nyah-mak nyah menemui jalan keinsafan. Menemui jalan pulang sebelum tiba ajalnya...its so sad kalau kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang "tidak bersedia". bukan depa jerk,,,semua kita yang bernafas di atas bumi ni ha.

Ya Tuhanku, janganlah kiranya menjemput aku pulang ketika aku sedang tersesat atau berbuat dosa. 


i m back!!

hai uols...
i m back. ecehhh....well, agak lama gak mrsd tak menjenguk tanah mrsd ni ha...minta maap la uols..ini disebabkan kesibukan yang semakin menjadi-jadi, uols. tekanan pula turut menjadi-jadi...hadeii....mrsd cuba buat yang terbaik, uols. hehe..tapi mrsd tak boleh blah. pasal..eheeeermmm...siapa lagi kalau bukan little monster mrsd  yang selalu tak membenarkan mrsd melakukan lain-lain kerja selain memberi perhatian kepadanya

anak mrsd dah mencecah 9 bulan dah. oiehhh...cepatnya masa berlalu. bila mrsd tatap balik gambar lama si kecik sewaktu dia masih memerah lagi, boleh menitis air mata mrsd..tak sangka, aku dah ada anak... kini, kelasakannya pula boleh membuatkan mrsd menitis air mata. mrsd nak buat itu ini pun tak boleh....rasa was-was nak kasi tumpuan 101% pada kerja or menda lain. balik-balik teringat-ingat kat dia...ialah..takut dia gi main wayar elektrik..takut dia terkepit..takut dia makan tah apa-apa yang ada di depan mata. boleh tahan gak lah beberapa kali kepalanya terhempas di lantai. sakit tu....tapi bila mommy pegang, terus diam. tapi jauh di dalam sudut mrsd takut kalau-kalau ada kesan jangka masa panjang. tapi..mrsd berserah pada Ilahi, semoga tak da apa-apa buruk berlaku ke atasnya.

oh ya...uols, nampaknya dan mencapai jugalah pengikut mrsd ke-50 orang. bagi mrsd masa ya...mrsd nak buat undian nih...nak cari gift ni untuk GA. so...bersiap sedialah uols...mana tau uols dapat....hehe...tapi jangan expect sebiji rumah plak...or tajaan percutiann...hehe....

mrsd akan cuba menghupdatekan entry mrsd sekali sehari pun jadilah...uols jangan lupa lawat tuan punya tanah tau..nanti lalang tinggi...semak samun.... =)

Sunday, October 16, 2011

vokal bukan sekadar rupa

mrd dah balik dengan selamatnya. kelihatan penat gitu....tak sempat nak bermain dengan anak dia...terus pengsan di ruang tamu after mandi.  Me plak..dunno what to do. nak start buat work, my gurl memang tak kasi peluang langsung. nampak jer aku duduk depan lappy ni dia terus nangis. mana la idea nak berkembang dalam suasana begini kan...ni ha, dia tengah bermain-main di bawah meja. sambil berusaha memanjat untuk duduk di pangkuan mrsd. tapi mrsd bio kan jer..lepas entry ni, layan dia. tak nak dia selalu nangis. dia nyer flu tak habis-habis..barangkali penangan tangisan dia yang tak boleh ponteng walau sehari pun.

you see....my gurl sedang meradang now. you know apa dia buat. bergayut, youuu...pada meja. hadoii..macam mana tah dia dapat talent panjat memanjat ni. tangan dia plak meraba-raba atas meja dengan berpijak di hujung jari jemari kakinya. bila mrsd ambik benda yang telah digapainya, apa lagi meradang lah dia...hadoi..anak uol cam gitu ker dalam usia sebaya anak aku ni??..mrsd rasa dia sangat aggresive dan creative lah...creative yang bikin fanazzz....

oklah..mrsd tak sabar gak nak tunggu jam 9pm ni. khabarnya program realiti vokal bukan sekadar rupa on air hari ni. well...i kan peminat erra fazira. wopppss...sejak dulu lagi tau. sejak i remaja gitu...tanya member-member keras mrsd. haha...imbas kembali motion:~~~> time erra dan awie putus tunang. mrsd nangis bagai nak rak. menangis sampai tertido. kecewa sangat...<~~~ lawak kan, me. apapun, mrsd taklah fanatik sangat sekarang. cuma mengikuti jer. berharap agar dia sentiasa bahagia.


oklah...my gurl sangat marahhhhh ni. tak boleh blah dah. menangis bagaikan histeris. got to stop now. ciao!! you can see yourself... i m typing this entry with her on my back!!!


g.e.l.i.s.a.h.

uols...
bila terakhir kalinya anda rasa gelisah?? hurmm..mrsd,, semenjak semestar bermula..mrsd dah mula gelisah. dan dalam entry-entry mrsd selalu shout kan *senak perut*. dan kali ini....kegelisahan ini semakin ketara. day by day... time cuti dulu~~mengandung, melahirkan dan membesarkan si kecik~~ , mrsd rasa aman jer. mrsd rasa bahagia jer. tak da rasa cam sekarang...makan..tido..mandi..berjalan.. asyikkkk gelisah jerrrr. mrsd tak nak fikir pun, still melekat kat kepala otak ni ha. bila mrsd bercakap pun, still ada echo di minda niii....hadoii!! tension gak laaa. jadi student, part yang selalu kita rasa gelisah,kan? kalau dah keje..tak payah susah-susah nak fikir, nak perah otak bagai....

mrsd jiayo!!! pulunnnnn.....mrsd tak boleh lagi nak mengalah dengan keadaan. Tenat dan parahhhh jadinya....tapi hati dan perasaan mrsd terikat. bila sunyi jer...ada jer bunyi tangisan si kecik kat telinga mrsd yang buat mrsd tak senang. kena pegi jenguk dia...check keadaan dia....sebenarnya sekarang dah terbalik juga lah...mrsd pula  yang tak dapat nak berjauhan dengan si kecik. gossttttttt.... akibatnya terlalu melekat kat badan sampai terngiang-ngiang jer suara dia. kalau tak kedengaran, tak senang hati plak. dilemma betol!! ahaaa...siapa yang jadi student sambil jadi ibu tu...tau lah rasanya. perjuangan yang sungguh perit,kan?!! harap-harap aku dapat melepasinya....its a MUST OK!!. huhu...

mrsd tenat. language punya masalah... kalau lah aku memang terror dalam menguasai bahasa Inggeris nih, seminggu dua...dah siap dah keje aku. nyusahhhhkan betol. bahasa lintang pukang - kelam kabut, macam mana tu. well... aku budak kampung. truely kampung OK. terjun ke sungai after class...berjemur berjam-jam di atas batu di tebingan sungai mengalahkan buaya... mrsd lebih minat berkebun dari membaca. hujung minggu jer gi memancing ikan.. lagipula, my dad yang teacher english ni pun cuma speaking dalam kelas jer. balik umah...we all guna bahasa ibunda bertutur... thats y terkulat-kulat nak berbahasa Inggeris ngan orang. masalah aku sekarang cuma lah....BAHASA INGGERIS!!!  sedih,kan?! sob sob sob...

better uols ajar anak awal-awal bahasa nan satu ni. tak master bahasa ni..memang payah. nak cakap ngan orang pun segan. takut sebutan salah. takut grammar salah lah...macam-macam ketakutan. lebih suka mendiamkan diri dari bercakap. sebenarnya banyak idea nak cakap, tapi nak susun ayat keluarkan setiap baris kata-kata tu yang bikin seseorang yang kepohci tetiba diam jer time perbincangan. cuba cakap bahasa melayu...laju jer pot pet pot pet..bla bla bla non-stop. betul tak?! setuju tak dengan pendapat mrsd ni?.. heee..ada yang bukannya pandai sangat tapi confident bercakap. nampak cam pandai, pula kan?? self-esteem boleh jadi low gara-gara Bahasa Inggeris. awak setuju dengan pendapat saya?? =)

k lah... time untuk bermanja dengan si kecik. gelisah masih bertaktha di situ...huhu




AKU TAK PUAS HATI

mrsd nak berteriak. biar seluruh dunia tahu. bahawasanya....jauh di lubuk hati mrsd betapa mrsd rasa banyak berlaku ketidak-adilan  di dalam kehidupan ini... penderitaan... penindasan.... tak kisahlah dari mana-mana segi...bulat...segi empat..segi tiga... dan sebagainya. kenapa??? mengapa??? apa???bila??? bagaimana???  jadi beginilah yang terpantul dari hati merah mrsd memercik berapiiii.....Bukan salah ibu mengandung.

"DUNIA....DENGARLAH JERITANKU!!!

AKU TAK PUAS HATI!!!" 

Bila Nilai sudah tiada

happy sunday peps...
tengah buat apa tu?? dah lunch ker?? mrsd belom lagi. si nelly tengah panaskan lauk kat dapur. kejap lagi kot... mrsd baru jer mandikan si kecik. tak boleh nak mandi dia awal pasal dia flu...biar petang-petang sikit gitu. Tadi tengahari we all kuar...tu yang gi menapau lauk pauk dari kedai sekali. Actually plan asal nak gi beli susu buat si kecik. semalam kecoh-kecoh cari kasut cinderella kat giant sampai terlupa nak belikan dia dutch lady.

pagi tadi..si kecik awal bangun. balik-balik dia tarik rambut mrsd. suh bangun. tapi mrsd tak layan. tapi bila dia gi tarik baju...mrsd faham. dia nak susu. lantas mrsd pun kasi la dia menghilangkan haus. mrsd pelik  kenapa si nelly tak kasi dia susu. si kecik minum sampai tertido. "aik?? ko tak kasi bb susu ker? dia cam haus sangat nih...kemaruk sangat dia nyonyot." si nelly pandang mrsd. senyum. geleng kepala. "susu dia,kan dah habis semalam". oh ya?? aku menepuk dahiku. memang semalam nak beli pun. hadeiii...

pagi ni nak ke 99, minyak plak dah kelip-kelip. E means enough. haha...so, berlari ke Shell untuk pam isi tong. kendian, pegi menapau lauk pauk. rush back to 99. terasa nak tukar susu si kecik. mana la tau susu lain dah boleh layan. mrsd pun buat la perbandingan harga...mak aihh...nampaknya selain lactogen, dutch lady jugalah yang paling murah. tak nak lah ajo anak minum menda mahal. nanti aku juga yang susah kalau-kalau time kesempitan tak mampu nak memenuhi citarasa dia.

bila mrsd balik. mrsd check purse mrsd. tinggal rm10 jerk??? phiewww....Duit oh duit....beli barang sikit jer pun dah habis seratus. cam air jerrr lah. Mrsd makin gerun nak pegang duit untuk berbelanja....takut lah. bukan mrsd boros pun. cuma..bila beli beberapa item jer dah abis rm50. better mrd ada around time shopping2 nih...takla mrsd pening melihat wang keluar. huhu...susahnya hidup sekarang nih..gaji naik, katanyer. harga barang pun naik...tax pun naik gak...hadeii...apa jer yang tak naik??!! huhhh..


5 perkara sebelum 5 perkara

"Masa mudamu sebelum datangnya hari tua, masa sihatmu sebelum engkau dilanda sakit, masa kayamu sebelum engkau jatuh papa, masa lapangmu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hiduupmu sebelum datang saat kematian."

"Tuhanku...berikan aku waktu dan lanjutkan usiaku untuk aku membahagiakan 
 kedua orang tuaku...suami terchinta dan anak-anakku...adik-beradikku..
serta mereka yang setia berada di sisi aku 
diwaktu suka dukaku."



Apa-apa jer lah...

morning uols..
tengah tido la tu...mrsd tak tido lagi nih...my gurl kejap-kejap bangun. so..tak syiok pula rasa tido terbantut-bantut. hurmm...mrsd tengah penat nih...fuhhh...hehe..kata walking. blogwalking. malam ni tak banyak pun blog yang mrsd lawat, 5 buah umah jer.

Ulasan mrsd...ramai yang kata nak tingkatkan trafic blog, kena tulis sesuatu yang menarik. apa ya??/ mrsd tergaru-garu gak kepala ni mencari idea yang menarik. dan ada juga pendapat bloggers mengatakan, kalau tulis perihal diri sendiri...orang tak berapa nak suka baca. hurmmm...terasa mrsd, u. memang itu pun tujuan mrsd berblogging. tanda ingatan untuk diri sendiri..in the future boleh baca balik....nak tulis pasal artisan-artisan... hurmm. mrsd tak gemar sangat lah. walaupun mrsd tau...orang suka sangat baca bab2 menggossip artis ni. tapi melalui pembacaan mrsd lah kan..kisah para artist yang dientry-entrykan itu pun "copycat" jer.. where is the originality, mannn??!! kalau kita bercerita pasal diri kita sendiri., orang tak leh nak sangkal. dah memang diri kita. dunia kita. keunikan kita. walaupun apa yang kita lalui tak sehebat artisan-artisan. berbanggalah dengan kepelbagaian diri kita. perbezaan kita dan mungkin juga ada persamaan. Mrsd tau..."siapa engko untuk aku tau perihal ko?"...well...siapa orangnya tak penting...yang penting kita kutip pengalaman orang untuk dijadikan iktibar, pedoman dalam kehidupan (yang baek2 jer lah..). Yang kurang manis tu..kita jadikan sempadan dan pengajaran. anda setuju ke tak dengan mrsd, itu anda punya selera. mrsd tak leh nak campur garam or campur gula pula. nanti terlebi atau terkurang rasa....


well.. itu masing-masing punya pandanganlah. tapi..cam mrsd...kalau nampak nama artis kuar sebagai tajuk entry, memang mrsd kurengggg sikit nak masuk kawasan tuan tanah...ialah, mrsd dah bukan lagi kategori remaja. dah tue...tak minat dah walaupun memang ada artisan yang tersenarai dalam hati mrsd. hehe.. mrsd lebih suke baca kisah-kisah rumah tangga...kisah suami isteri....kisah anak-anak...kisah masak-masak....kisah cam mana nak jadi kurosss....kisah U-life.... Mrsd pantang nak  masuk tuan tanah yang penuh onak duri berprovokasi. tak baik untuk kesihatan mental mrsd....terdera gitu.

apa pun...Apa-apa jer lah. dan....follower mrsd dah mencecah 50 orang...oppss!! actually 49 orang coz seorang lagi tu diri mrsd sendiri. so...still kira 49 lah yer??.. mari..mari..mari....jangan malu jangan segan. kita lihat siapa yang kenaaaa!! Tungguuu....mrsd tengah usha-usha lagi nih apa nak kasi kat follower bertuah mrsd...watchaaaa!!!

Saturday, October 15, 2011

Cinderella of Giant

mrsd, si kecik dan nelly baru balik dari Giant. membeli biscuit jer pun...dah habis stock. tengah pusing-pusing Giant, mrsd sibuk gak teleng sana teleng sini tengok mende.....si nelly menolak si kecik..then turn mrsd pula tolak dia. my kecik bangun la pula kat stroller tu...sekali mrsd tengok..sebelah kasut dah hilang. apa lagi, mrsd dan si nelly pun menjejaki segala tempat yang kami pergi. tapi hampa..beberapa pusingan gak kami buat. geram mrsd. kasut tu dah la beli kat SOGO. huhu... mrsd tarik muka jer kat si kecik. Mrsd siap gi tanya makcik guard kat giant tu ha..kalau2 ternampak. dia kata, kalau ada...dia orang akan simpan. perghhh...tah2 giant ingat kasut tu dia orang punya plak. esok, mrsd gi cari lagi. huhu...

dalam keta memang mrsd cam meradang jer...si kecik plak balik-balik nak keluar dari baby sit dia. apa lagi..kena tengking la. bahaya bah driving anak sibuk nak tarik-tarik bahu...sampai kat parking we all, dia buat hal lagi..kali ni, mrs terbingung sekejap. terpijak minyak..berderuuummmmm kereta mrsd. luckyly, mrsd sempat tekan break. tangan mrsd sebelah memang mengawal si kecik yang menangis memanjang. fuhhh...nasib baek tak langgar kereta yang dah sedia ada parking betul-betul depan mata mrsd. sedepa jer lagi. apa la nasib aku malam ni..huhu...

sampai umah...lagi dia memekak. berteriak...mrsd buat donno jerk. geram masih bersisa ni di dalam hati mrsd. tunggu jer la mrd balik esok. huhu...sah-sah mrsd yang kena bambuuu oleh si daddynya.

sesiapa yang jumpa kasut  berwarna biru, ~~~my kecik aka kasut Cinderella of Giant~~, sila pulangkan kepada mrsd. huhu. kalau rezeki, takkan ke mana...sob sob sob...


Kolej Jati Terbakar....UPDATE!!


Petang yang syahdu ini, mrsd rasa terpanggil untuk menulis tentang kebakaran di kolej jati...beberapa bulan yang lepas kita dikejutkan dengan berita kolej jati yang terbakar. Tragedi september iaitu sehari sebelum birthday mrsd. Pada masa itu aku tak ada perasaan apa sangat. aku ingatkan kebakaran biasa jer...maksud aku, kebakaran kecik. tapi...petang ini, anak buah aku chat online dengan mrsd. Mrsd terbuka pintu hati untuk melihat klip video kebakaran tersebut....melihat akan api yang menjulang di bahagian tengah kolej yang merupakan satu-satunya jalan utama untuk pelajar keluar dari bilik masing-masing, aku terfikir....tangga lain, tak der ker?? sistem keselamatan cam mana nih?? Malang tak berbau,kan?? nah..dah terjadi, nak kata apa lagi. sob sob sob...

dalam banyak-banyak blog yang aku baca, penulis rata-rata mengatakan tak ada kemalangan yang teruk berlaku. Thats why aku pun cam poyo jer..yo o kan ajer. tragedi itu  berlaku di awal pagi ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Imagine kita yang dikejutkan dalam suasana begini. bagi yang boleh cool...ok la. tapi kalau orang yang panik dan tak mampu nak fikir apa-apa?? sah-sah bertindak mengikut perasaan jer..yang penting nak menyelamatkan diri.

dan....dalam berita pun, tak da pula  menyatakan mana-mana pelajar yang cedera serius. Not until this day, my nephew yang merupakan junior kepada saudara Roger Lagis (pelajar dari sabah), telah menyampaikan berita yang saudara Roger Lagis telah meninggal dunia pada jam 1am di Hospital sungai buluh manakala seorang rakan sebilik iaitu  Harison (pelajar dari sarawak) yang juga masih dalam keadaan kritikal.  Mengikut cerita yang mrsd dengar...kedua-duanya yang sedang nyenyak tido dikejutkan dengan kebakaran ini dan bilik mereka terletak di aras paling atas telah meredah api sampai ke ground floor. imagine sendiri...bagaimana mereka meredah api tersebut yang mana itu hanyalah satu-satunya tangga untuk pelajar turun naik kolej....susah mrsd nak cakap keadaan mereka dengan lebih lanjut ketika itu kerana mrsd tak berada di tempat kejadian. cuma yang mrsd tau...mereka berdua memang dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Mrsd tetiba rasa sayu dan sedih....begini pengakhiran seorang anak yang datang merantau mencari ilmu agar di kemudian hari memperolehi masa depan yang cerah. bagaimana dengan harapan keluarganya?? bagaimana hati seorang ibu? seorang bapa? seorang adik? seorang kakak? seorang abang??? Harapan tentang masa depan sudah tidak berguna lagi dengan pemergian insan tercinta..segalanya berlaku bagaikan mimpi. ohhh...mrsd tak mampu nak fikirkan lagi. ketika ini, mrsd mendoakan agar roh mendiang tenang dicucuri rahmat. Meskipun mrsd tak mengenali mendiang.....mrsd sebak dan sayu.

kepada perokok tegar. berhenti lah...tengoklah kesannya yang telah kalian lakukan....jangan tak  merasa apa-apa kerana yang terkena bukan batang hidung anda atau keluarga anda. coba kalau anda yang terkena?!!

Apa-apapun, mrsd nak ucapkan takziah kepada keluarga mendiang Roger Lagis. 


Pencuri Tayar!!

mrsd baru jer dapat info dari seorang teman. huhu...kesiannya. My teman telah dicuri tayar keretanya, depan belakang belah kiri. kereta my teman ni dah la baru beb...tak sampai setahun lagi digunakan. nak beli roda baru?? hurmm...ada ker orang menjual dua biji tayar jer??..kena la beli 4 biji beb!! bukan singgit dua harga tuhhh...riban gak la...siapa tak sak hati owhh!!! my teman parking kat luar apartment. Inilah yang payah nya kalau apartment konon-kononnya pakai limited sistem card tenants jer boleh parking kat dalam kawasan apartment. 2 card mana cukup beb..satu card plak disimpan tuan rumah. abis penyewa umah ada dua. tak best lah sorang jer dapat park kat dalam, sorang lagi anak tiri. mana aci ni macam owhh...mrsd tak sempat lagi gi ronda-ronda bersama my teman guna keta barunya. huhu...

buat temanku..bersabarlah. saja nak sedapkan hati my teman with this words "setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya". well, mrsd tau...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. kalau mrsd yang kena, memang berguni-guni mrsd hadiahkan sumpah seranah kot kat pencuri tersebut. bangang punya pencuri!!!

sabarlah wahai teman.

senak perot mode ON

mornings uols...
pagi ni mrsd bangun seawal jam 7am. Okla tu....kalau tak, bersambung sampai jam 9am. itu akan terjadi kalau my kecik asyik-asyik kejutkan mrsd untuk nyot-nyot. seems like this week, my gurl kurang dah aktiviti nyot-nyot badan. kejap jer dia nyot-nyot terus tarik muka dah...maybe dah rasa semacam dah kot susu mrsd kat tekak dia. my gurl dah mula pandai minum susu botol dia..yahooo!!! seronoknya mrsd. dulu susah payah hajo dia minum susu botol time 7 bulan. coz mrsd cadang nak kasi si kecik minum susu badan sampai dia 6 bulan jer. memang tak nak nih dia....bertukar lah beli puting dan botol pelbagai. semua tak boleh jalan. ni ha...8 bulan ni...dia guna semua botol-botol yang dah dibelikan emak bapa dia. good gurl...taklah membazir.

Pagi ni, mrsd dah berazam dah ni. nak focus 101% ngadap buku. jangan ajer lah my gurl pi kacau sudah...notty sangat my gurl ni. tak boleh tengok mak dia buat benda lain dengan penuh perhatian. jealous gitu...i think so. pasal, everytime i buat menda yang i perlukan tumpuan, dia akan nangis. nak duduk di pangkuan. bila i dah pegang dia...and tak buat apa-apa, tak pula peelnya cam gitu. hadeeehhhh...gurl..gurl... mummy need to do mom's work lah.  orang bukan tau apa masalah mommy. mereka cuma tau...mommy kena siap on time...pasal anak ganggu-ganggu mommy buat keje, tak da orang kisah. itu hal mommy. so, my gurl please help  mommy, k. dont be notty2.

Hari ni mrsd suh si Nelly membawa my gurl main kat beranda umah. biar dia berlari-lari guna walker dia. atleast dia bermain, boleh gak lupa mommy dia buat seketika. nampaknya, my gurl pun dah menemui keserasian dengan si Nelly.  Mommy plak feel jealous. cesss....haha....well, for this few month, tak apa lah. lepas keje dah siap bagai,  i give u my full attention, gurl.

oklah...need to stop now. sementara semangat masih membara begini, mrsd nak mulakan perjuangan. kepala hotak still fresh lagi ni. dan my perut mode sudah start ON SENAK!!! hadoiiii.....helppppppppp....

degupan jantung berirama dub dab dub dab bagi gendang bertalu-talu. huwaaaaaaa!!


Friday, October 14, 2011

ambil peluang

*(((#**#&#**(&^ my gurl tengah tido. kena ambik peluang untuk rehatkan diri. kalau dia terjaga..apa menda pun tak leh mrsd lakukan. nak baring pun tak leh...mommy happy u active...tandanya si kecik mommy sihat walaupun flu. tapi mommy tak leh nak challenge badan kecik ko tu...mommy tak leh nak berkejar ke sana-kesini check apa yang si kecik mommy ni masukkan dalam mulut. ada-ada jer aktiviti dia yang memerlukan tumpuan lebih. maaf, sayang. mommy a bit tired today. thats y, mommy melenting. huhu...ciao!! @*(#$&Z()#$*&!

luvs lolo.
mom.

Aku yang demam.

Demam kah aku?? fuhhh..baru jer mrd outstation, mrsd terus demam. demam ngader-ngader ker apa ni??..huhu..but yes. mrsd serious demam. badan panas jerk. plus "peot". tu yang menambah kelembikan mrsd. hari ni gi klinik lagi..bab-bab menunggu ni mrsd lemah ni. punya lama menunggu turn mrsd. alih-alih dapat panadol jer?? alahai...dalam peti sejuk melambak panadol bapa mertua aku bekalkan sewaktu balik dari terengganu dulu. tekak plak...alahai...cam terkoyak jer dalam sana. semalam, tau dah mrd nak OS, tapi mrsd tak dapat nak layan borak-borak pun ngan dia. mrd tido terus. coz mrsd rasa cam nak melenting pun ada bila bercakap tekak cam ada tertinggal tulang ikan jer..uols pernah tertelan tulang ikan ker?? mak aihhh..sakitnya Tuhan jer yang tahu,kan?

sepulangan dari klinik, mrsd gagahkan kaki memanjat condo ni ha..rasa bergegar jer kepala lutut. si kecik aku pass kat si nelly untuk dibawa naik. sampai kat umah, aku terus duduk kat ruang tamu. semput. then, aku cari si kecik nyer cerelec. tertinggal kat dalam keta. bah..tak pasal-pasal si nelly turun lagi. sorry laa...tadi mrsd dah suh check dah..dah tanya dah...ada bawa dia nyer makanan, tak?? dia angguk. nah.. kan tak pasal-pasal. 

then, mrsd nak kasi si kecik makan. nak kasi ubat. tapi dia active sangat. mrsd nyer semput tak hilang lagi...tak terlawan si kecik menghempas pulaskan badannya. apa lagi..mrsd meradang habis...mana nak bercakap dengan ton tinggi. piching memang lari gilerr..mrsd terus letakkan dia di depan mrsd. tak nak layan. terus mrsd masuk bilik. One thing my gurl nih, sangat pantang kalau mrsd tutup pintu. dia cepat-cepat merangkak ke arah pintu. menangis. dan tampar-tampar pintu suh buka. cam bijak,kan?? hehe..natural tu. tak da siapa yang ajar.

kendian, mrsd gi berbaring. check suhu badan sendiri. hurmmm..38*c. ok ker tu arrr?? tapi mrsd rasa lemah jerk. seluruh sistem badan cam down jer. si nelly mengambil baby..dipujuk-pujuk terus terlena pula. now dia dalam buaian. memang mrsd rasa serba salah...tapi mrsd pun tengah berperang dengan mrsd punya rasa sekarang ini. menelan air liur pun kena pejam mata....have u ever experience it??

now, dia dah tido...mrsd pun nak tido gak kejap. lepas tu nanti bangun...kena pastikan dia makan ubat pula. aku pun kena makan ubat gak. tadi aku teguk 10ml ubat batuk. tu yang buat mrsd cam stoink-stoink sikit kot. longlai semacam jerk.

bah...mrsd nak rehatkan diri kejap. ada jodoh, mrsd mengentrykan diri lagi. Pleaselah mrsd Body...heal now. huhu... benci sangat sakit tanpa mrd di sisi. atleast ada gak tangan yang memicit-micit badan yang cam lenguh-lenguh. miss him plak... hadeii...


Isteri Bukan Kuli

hurmmm...satu isu yang menarik dikupas oleh Wanita Hari ini. Well...isu ni tak pernah habis dan tak akan habis. banyak yang melaluinya. memang betul isteri tugas dia menjaga makan minum pakai suami sehinggalah aktiviti katil. tapi...tak suka lah laki yang suka mengarah-arah. macam boss. dah la mengarah bukan dengan nada kasih, tapi dengan kasar..dengan herdikan. macam...isteri susah payah memasak...bukannya dapat pujian. sebaliknya ada-ada jer yang tak kena...masin lah...terlebih itu lah....mak ai tak masak cam gini lah....haiyooyoo. bini dah la dengan lapang hati memasak dengan harapan suami terchinta akan menghargai usahanya. lepas tu...bini tengah lipat baju...anak nangis....Yang nak Milo kaw secawan...Yang nak ini...nak itu....sedangkan bini dia berhempas pulas menyiapkan tugasan harian agar menyenangkan mata si suami. nak pula melayan karenah anak-anak yang memekak, sepah sana sepah sini....bini boleh penat weiii..walaupun dia tak kuar gi keje cam suami dia. 

Bila bini merintih sikit, sang suami kata..."ko pergi cari duit, aku jaga rumah". pedih tau ayat tu... makan dalam sehhh... dan...sekiranya situasi sebegini berterusan-berterusan, maka hati bini boleh menjadi tawar. perempuan ni lain...kalau hati dah tawar...sungguh tawar. tak boleh tawar-menawar, gitu. sampai bila bab katil-katil, wanita tak nak dah layan suami. hati dah ke tempat lain....maka, timbul pula masalah kepuasan. sampai akhirnya wanita langsung tak bagi peluang untuk suami menyentuh dirinya, pasal makan dalam yang lama-lama tersimpan akhirnya menjadi dendam walaupun sebenarnya bini tersebut tak berniat sedemikian. parah...parah....

so, bagi mrsd..dalam berumah tangga ni. kena bertolak ansur lah...banyak hati yang fragile. Dalam bahasa kayan "meng bara lakin". maksudnya...jangan tunjuk "lelaki" yang tak bertempat lah. tolong menolong...bahasa tu penting. jangan senang-senang tabur kata-kata berduri kat pasangan. mungkin hari ni dia telan jer duri tersebut. tapi awas, duri tersebut melekat di mana-mana...tekak ker...hati ker..usus dia ker...bahaya tu. kekadang diam bukan tandanya setuju...sebaliknya Makan Dalam yang lama-lama menjadi dendam. Kita berkahwin bukan setahun dua...tapi sepanjang hayat. lainlah...kalau nak bercerai. jalan penyelesaian yang paling mudah kot...mudah ker??? lagi banyak masalah, timbul tau...so, yang satu tu...sayang-sayangilah dia sementara masih ada peluang.

Well, bak kata tetamu jemputan WHI tadi....di awal perkahwinan, bini bukan main lagi manjakan suami. tolong bukakan baju...tolong cabut stokin busuk suami...wowwww....i never do that to my husband. isshh, kalau aku buat cam gitu, sah-sah mrd ingat aku buang tabiat kot. but then...sampai bila boleh memanjakan suami cam gitu....setahun dua....seorang anak dua...boleh lagi...tunggu lima tahun...anak berderet....dan husband expect the same thing goes on..bini sah-sah terasa diri menjadi kuli dah...kuli yang loyal plak tu. mengikuttt jer telunjuk hubby dia. mak aiehh...tipah tak sanggup weii. Suami kena la praktikal dan bertoleransi. Dulu, time ngorat bini..bukan main rajin lagi...siap gi ambik dan nganto balik keja. bila dah beranak pinak...pandai-pandai hang la balik sendiri. biasa la tu....tapi kalau memang ada bini yang maintain layan sang suami cam hari pertama bergelar suami isteri, memang mrsd tabik springgggg kat wanita tersebut. engkaulah wanita mulia. Bukan mrsd nak ajak wanita-wanita kini kurang hajaq....tapi, agak-agaklah weiii... ada batasannya.

jadi...sayangi bini. bini bukan kuli... Bagus juga kupasan Wanita Hari ini. kalaulah para lelaki boleh menonton rancangan ini sekali. tapi....mereka bekerja pula time nih. haiyaya...apa kata, rancangan ini ditukar pada jam 7 malam ker...saat yang paling tepat sang suami bertenggek di depan tv. hiii....

bingung

salam uols...
salam hari berbahagia. salam jumaat. hari ni mrsd bangun awal. siapkan pakaian mrd. actuallya  dah awal dah mrsd pack,kan. pagi ni cuma sediakan breakfast dia jer...si kecik pun ikut sama bangun. lepas tu....tak tido-tido after daddy dia berlepas. ya, mrd gi outstation lagi minggu ni. katanya balik hari ahad. Ajak join sekali, tapi mrsd tak leh nak berjauhan dengan lappy....huhu...sebenarnya dari buku aku gak lah. =) mrsd hari-hari pening memikirkan perjalanan tugasan mrsd yang asyik tergendala. aku nak belek ...susah sangat. my girl tak pernah bagi peluang kat i untuk focus. huhu...

di tambah pula kesihatan mrsd dan juga si kecik. sedikit sebanyak mengganggu tumpuan mrsd. owhhh.....pening!! apa nak buat ni??!! where can i get my momentum???!! kick my ass, please!!

now bertambah blurrrr plak. hadeiii. help!!!

Thursday, October 13, 2011

lagi terukkk!!

Petang tadi, aku bawa si kecik ke klinik. di layan oleh seorang doktor lelaki. dia belek-belek si kecik. hurmm...what a good girl..aku tersengih. si nelly pun tersengih gak. lepas tu doktor cam betul jer nak gi bukak mulut si kecik guna kayu cam aiskrim punya batang. si kecik nak mamam plak...maka tak jadi. oh ya..menyempat gak menimbang dia tadi. berat baru 7.5kg jerk. alahai....cikeding anak aku nih ha. luckyly, nampak gak dia meninggi.

sekali...time nak kuar dari bilik pemeriksaan tu, doktor tu tanya la aku beberapa soalan. dia ada muntah tak?? dia panas tak?? bla bla bla...banyak soal. anak aku yang pada mulanya cuma memerhati doktor terus bersuara...ba ba ba ba...dengan kuatnya. muka serious lagi tuh. doktor tu cam terkejut gak.. Ya baby...nak cari gaduh??? anak aku jawab lagi kuat...hahaha...aku gelak.

on the way back...aku nyer throat ni semakin memerit. tapi still ok. aku harap sakitnya setakat itu jer...tapi....lepas mandi ni...aku rasa tekak aku belah kanan nih semakin cam nak koyak jer...sakitnyaaaa. ubat plak dah habis. nampaknya esok aku kena gi klinik lagi esok...kena pegi awal. kalau tak tengahari lah habisnya...

oklah...nak layan si kecik kejap. dia sangat-sangat minta perhatian sekarang ni...kejap-kejap cari mrsd. tapi bila dah dapat mommy dia, dia nak turun pula..merayap....entahlah. tak sampai hati gak nak marah-marah dia saat cam gini. Kalau dia boleh cakap, mungkin dia bagi tau "mommy, lolo pening. mommy, rimaslah dengan hingus yang meleleh.". mungkin itu yang dicakapnya kat doktor tadi petang kot....huhu.

peoples, pray for me. semoga aku sihattttt. tak boleh arrr macam ni memanjang. huhu...

nytes uols.

SOGO

sehari suntuk lepak di Sogo. kami sekeluarga makanlah di food-court bahagian atas. ohhh..begini rupanya SOGO. dulu pernah pergi ke sana, tapi tak da lah sampai bahagian atas. meriah juga SOGO ni ek??..banyak sales gitu. paling best part handbeg...meliurrrr mrsd. tapi tak leh nak menggatai ngader-ngader tunjuk minat yang mrsd pun nak sebijik kat mrd...kata baru dapat Galax...tahan jerrr, tunggu lagi lain-lain special occasion, kot. hahaha... well, mrsd bukan shoppingholic eh.. cuma sesekali cam teringin jer. setakat teringin gitu. kita bukan orang kaya. kita ni still lagi belajo hidup bersederhana...tak leh membazir. sahabat syaitan. takutttttt.


kat sogo...
mrsd laki bini just tertarik barangan bayi jerk, di tingkat 4. Maka dapatlah si kecik sepasang kasut biru cuddles dan teman baru, si Dora. itu jer. Biasalah...anak didahulukan, ibu dikemudiankan. Bapa...nanti-nantilah. haha..

 makanan mrd dan Nelly sama. Clayport chicken rice.

mrsd pula..suka banget makan itu laksa penang...favourite nih. sodapp.

 ada gak tempat posing kat food-court ni ha.

 si daddy pun kena paksa posing gak..sebenarnya dia nih pemalu. heeee...

 anak aku yang dah penat....lebih suka tido dalam pelukan bonda tercinta. dreamland natural bah... haha

pemandangan biasa kat KL. lepaking. we all tengah tunggu cik adik manis yang dalam perjalanan dari shah alam.

Dengar-dengarnya...
SOGO tengah buat clearance sales sekarang. fuyooo....tangan dah menggigil-gigil nih..tapi we all tak suka gi kl. Paling sakit, bab jam. hari tu, we all follow abang mrsd dari belakang. kereta abang mrsd hampir-hampir disekepit oleh dua biji bus. depa dah nampak dah keta abang tu, tapi depa terus gak jolok bus depa.  mrd yang tengok dari belakang, gerammmm jer. mrd terus honkkkkkkkkkkkkk!!!! bahaya lah. macam ni rupanya pemandu bus kat KL ni. tak berhemah langsung...tak takut orang kemalangan. nak cepat jer. lupa pula aku ambik no. bus tersebut...boleh buat laporan kat jpj,kan?  tangkap gambo jadi bukti sekali. Lagi satu, bayo parking kat sini mahai gilo... jam pertama 4.50. jam berikutnya setiap jam 2.50. so, berbelas-belas gak la we all punya bayo parking. kalau bestttt tempat parking tu tak per gak. naik taraf la sikit...sesuai dengan harga tu. huhu... 


si kecik flu

hai uols...
hari ni mrsd menghupdatedkan activity mrsd sekeluarga. oh ya...tekak mrsd dah ok belah kiri. hari ni belah kanan pula buat hal...haiya. tak boleh ker mrsd nak sihat sokmo. and then...anak mrsd pula flu hari. kesian dia...dari semalam ada air melekit bening di perantaraan hidung dan mulut si kecik. ishiii..mesti tak selesakan??? mrsd takut si kecik berjangkit disebabkan kesihatan mrsd yang kurang memuaskan.

si kecik..nampak ceria dalam keflue'an beliau.

kejap lagi, mrsd nak bawa si kecik gi klinik lah..klinik kanak-kanak. dia pun cepat meradang jer dari semalam. hari ni lagilah..kepoh dia dia bercakap. siap jerit-jerit lagi kalu mrsd tak kasi perhatian. boleh ker budak kecik minum air badak?? mrsd ada kasi sikit lah kat dia 2Oz jer..mana tau dalaman si kecik pun panas nih..semalam dahi dia panas, mrsd kasi paracetamol syrup. lepas tu, ok. pagi ni pun sama.

sayang ummy....

mrsd kesian tengok dia dalam keadaan yang kurang menyenangkan itu. bila mrsd berkeras nak dia duduk ngan si Nelly, mrsd kesian gak tengok dia nangis-nangis nak duduk di pangkuan mrsd. hadoiii....mrad nak berkeras sangat pun tak boleh daaa... kesiannn banyak.

si kecik mommy ni...kuat jer memanjat. tengoklah aksinya...huhu...apa tak sakit, ehhh.

hopefully si kecik mommy cepat sembuh.

sayang awak kecik, si Lolo.

KL Tower

Dah lama dah mrsd hidup kat tanah malaya ni... tak pernah pun mrsd mencemar duli kat KL tower. pegi pun, kat klcc jerk...hari berkenaan, abang mrsd ajak gi sana. bawa kakak mrsd yang first time datang kl. well...terasa mrsd pun cam first time pi kl gak. coz mrsd pun first time naik...gayat gak mrsd, uols. hadeii....si kecik mrsd, tido jerk. haiya...masa masuk  lif nak naik, telinga mrsd sakit gak. tekanan kot.. so, sesampai di atas sana boleh la lihat pemandangan. boleh nampak semua lah klang valley ni...Makkkk!! aku berada di puncak awan!! haha... geli gak kaki mrsd, kot2 bergegar ker...chooiiiii!! Boleh tahan gak la bayaran nak naik tu..tak silap mrsd, kalu warga negara malaysia tanpa Mycard (mana tau..terlupa nak bawa ker time tu), adalah rm45. dengan mycard pula rm30. berabislah 8 orang X 30. anak buah yang sponsor...credit to Sebastian Lusat.

 Si lolo...tido jer. penat kot...bersama dengan dia ialah si Dora. Teman baru si Lolo.

 Ticket gambo yang tak dituntut.

 aku dan si kecik. first time pegi kl-tower. haha...

 suasana dalam lift. riuh..sakit tolinga u.

 tak larat nak tengok kat bawah...kaki cam kena geletek jerk. gayat eiii..

 antara pemandangan yang laki aku captured.

 pemandangan 2.

 pemandangan 3.

 with beloved sister. mrsd memang manjer ngader-ngader ngan dier..

 with kak long mrsd, Kak Mag dan bro. Pete.

simply us...yang gedik itu ialah, aku. hahaha...

sampai kat umah..
we all pengsannnn der. baby pun penat gak kot.. aisey man. selepas mendaki awan, depa gi melawat taman haiwan mini. banyak ularrr der. mrsd tak masuk. setakat tunggu kat luar jer. sempat jerk sorang mamat dari Yaman ni nak ngorat mrsd. haha...bila mrd kuar, mrsd cepat-cepat dukung si kecik. berubah terus muka mamat tersebut. agak-agak la weiii...haha...aku saja layan dia borak pasal dia tanya pasal University kat Malaysia ni ha..aku pun bla bla bla gak la...my mrd cam tak senang jer tengok. so, i ended the conversation n terus blah. hahaha...emak orang pun nak masuk daun, ker?? kalau  mrsd slim tak per gak..ni makcik gedempol u....haha...

begitulah kisahnya...

Jejak memori Kekasih

Hari ke-empat raya 2011, kami beranak pulang dari terengganu. On the way ke KL, mrsd dan si kecik tido jer. sampai tak sedar dah sampai Pahang. lagi syahdu...mrsd dikejutkan ketika kami sudah berada di dalam kawasan Politeknik sultan Haji Ahmad Shah, semambu, Pahang. Disinilah buat pertama kalinya mrsd menjejak kaki di tanah Malaya. ya..waktu itu mrsd agak nerd2 lah...umur tak lah muda sangat. adalah...dalam 20 tahun gitu. well..mrsd,kan budak kampung...so cam rusa masuk kampung la mrsd ketika ini. haha... so, mari mrsd tunjukkan di mana mrsd berjumpa dengan mrd. and it take 10 years for us to meet again as husband and wife...hadoiii!! kalau jodoh..tak kemana, iyer??.. anak we all beruntung la...boleh ketahui sejarah percintaan emak bapa dia. haha..disini bermula. Tapi mrsd jual mahai kat mrd ketika itu....tak nak kawen cina, katanya. last-last mencina juga, yer?? jodoh...jodohhh...apa nak kata.


 Dulu....Lambang polisas tu, bukan disitu tempatnya... dah berubah dahhh..

Bukti. we all sampai ke sana... 

 dulu aku belajo kat sini lah..panjat tangga tu ha..tingkat paling atas. belajar menaip ketik-ketikkk manually, you..

 dulu kawasan tempat bangunan ni kosong jer...belum ada bangunan pun waktu itu. lain sangat-sangat dahhh....

 lawatan ke tempat faculty laki aku. dulu aku tak pernah pun turun kat faculty depa...haha...pasal depa kat bawah, we all atas bukit. 

 Ini kolej we all..dulu mrsd punya bilik kat bangunan yang nampak tu. paling bawah, dekat jalan raya. boleh ngintip-ngintip...haha...

 kolej baru....atau penempatan pekerja polisas kot. tak pasti...

 Si dia ni, senior mrsd ketika itu. fasilitator lagi waktu itu. mrsd pulak freshie...menyampah jer tengok dia balik-balik ada kat belakang mrsd waktu orientasi. cesss....jadi laki aku pula. haha...

 kecik-kecik dah gi jejak kasih tempat pertemuan mak bapak dia...

 Dulu...time emak dia belajo kat sini...badan takda la besar gini..haha...melidi jer orangnya. sekarang....kuang kuang kuang...sendiri mau ingat la.

 Batu kapur kat belakang tu...memang selalu lah tempat orang suka nak ambik gambar. kenangan gitu. unik bah ko!!

 On the way back...pintu masuk pun dah lain. pondok pak guard, punyalah canggih dah...tak cam dulu...

di sinilah bermulanya. cinta.


uols...
siapa sangka kan?? cinta yang waktu itu cuma monkey-monkey love jerk. lompat sana..lompat sini...akhirnya bertemu juga. aku lah. jual mahai sangatttt, bak katanya daddy si lolo. kalau dari dulu tak melompat-lompat, jangan2 dah 4 dah product kami kot...tu lah. jangan membenci. akhirnya mencinta. oleh itu...."Jangan Monyettt!!!!"

Bencinta!!! funny uols...