Thursday, September 29, 2011

Perjalanan kita berbeza!!

kekadang kita terlalu mudah menghukum orang. mendengar saja tentang orang itu..orang ini..terus kita blacklist,kan. rasa diri "I AM THE BEST". good if like that...well, kita tak tau... perjalanan kita berbeza. jangan samakan diri kita dengan orang lain. Setiap orang ada jalan ceritanya tersendiri. Kita nak edit-edit kehidupan orang, siapalah kita,kan?! Orang lain punyai kesusahannya dan kesenangannya tersendiri. Ada sebab kenapa sesuatu terjadi. Kalau setakat bergantung pada teori tak boleh arr..praktikal tak semudah itu. cakap senang laaaa!!! 

Hidup ini flexible... Ada sebab!! 


Tak ada Aji No Moto boleh ganti Gula.



Kilauan Emas~~~> forum perdana tv1

mrsd tengah duduk depan lappy ni sambil pasang telinga. Tv1 on-air. Forum perdana Islam. menarik juga issue malam ni. lagilah kalau Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah berbicara. Banyak sangat pengisian yang mereka sampaikan. Walaupun mrsd bukan beragama Islam, tapi sedikit sebanyak mrsd boleh cedok juga pengetahuan dari depa. uols...sambil2 blogging tu, on la tv sekali. still on-air lagi forum perdana tu.  mrsd nak layanlahhhh..sambil2 layann si kecik.

good nyte uols.
ciao!!!

Review Soffiya on Bluff-day

phieww...sambil mandikan si kecik, aku jeling-jeling kat tv. soffiya on-air. so emo nyer aku...air mata aku turut menitis pula. haiseymann...Dr. Noraini pula meninggal dunia. Scene sewaktu Alias bagitau kematian tu...aku cam sebak jer. lagi-lagi bila tengok tizz zakiah berjaya membawa watak sedey. touching giler seh.....

mungkin emo sikit pasal today is my bluff-day. mrD gi business dinner plak. ingatkan semalam dia  cakap yang dia ada dinner appointment hari ni sekadar gurauan nak suprisekan mrsd.. rupa-rupanya betul. apa nak buat...mrsd makan maggie tomyam jer malam ni. kenangan tak terlupakan 33 tahun. si kecik temankan. takda selera nak gi makan sorang-sorang. kalau hari lain, tak per lah. tak kesah dan tak heran pun tapi...kenapa hari ni?? kenapa??!!

mode : hati kecik+merajuk

Dont trust your partner!!

Satu amaran,kan ni? tak kiralah siapa yang dikatakan "partner" dalam hidup kita. Mungkin juga kawan, rakan-kongsi, kekasih, suami atau isteri atau sesiapa saja. so, nak trust siapa ek?? seems like no one in this earth kita pertaruhkan kepercayaan kita. nak percayakan bapa, tengok telemovie "soffiya" setiap jam 7pm tu..bikin kecut pula. dushhh...but i trust my dad. the man of my heart. yayyy!! bapa yang bodoh jer buat kat anak cam gitu,kan?? 

adalah post dalam Fb aku terbaca agar tidak mempercayai kekasih yang belum lagi menjadi suami. opss..even suami pun agar tidak dipercayai. Betul juga yang diperkatakannya itu. bila bercinta semua indah. apa milikku, milikmu juga. bila kentut pun bau wangi jer yang kita hidu.. kita gelak-gelak or sengih-sengih cover yang sebenarnya kita loya...haiyaya..logik la sikit. takkan bau kentut sama ngan bau wangi kot. hadeii...coba bila dah sah jadi suami isteri. kentut boleh jadi punca perbalahan suami isteri. "ko ni kentut, tak hormat aku langsung!!". hissi...

Response pada tajuk entry petang ni...aku pun terfikir gak. sekarang dah jadi bini orang. Adakah aku mempercayai pasangan aku? tak kot...haha..mrd mesti bengang dengan jawapan aku. kalau nampak perempuan cantik, boleh terpusing tu badan sampai 360* walaupun bini ada di sisi. Apa lagi kalau mrsd tak ada. ekekeke...cukup bengang dia dengan statement ini. Well..dah menjadi suami dan juga bapa, aku percaya kat dia 98%. 2 % aku simpan untuk kegunaan kecemasan. bolehka gitu??

mrsd pun dah tak nak percaya kat semua orang dah. tak kira siapa pun dia. baik gitu-gitu jer dengan semua orang...tak nak tau lebih pasal orang tu. Bila kita tau pasal dia...nanti kepercayaan kita hilang pula. so, aku lebih suka tak nak tau dan tak nak ambil tau peribadi orang. masing-masing.   as long aku tak ganggu hidup dia dan dia tak ganggu hidup aku, OK la tu. Tak Siapa sempurna,kan??  

Berpelukan

berpelukan atau berdakapan. Bila disebut begini saja, pelbagai andaian terbayang di minda kita. kalau kita fikirkan positif, positiflah jadinya. kalau kita fikirkan negetive, maka negetivelah hasilnya. mrsd terbaca entry bloggers bertajuk "peluk suami 10 saat, panjang umur". Satu post entry motivasi untuk para isteri. sepuluh saat. sekejap jer,kan?? tak mudah nak lakukan weii...mrsd?? hurmm...no coment. karang mrd mencebik bibir pula. ada ker?? pasti di soalnya. Pasal dia yang selalu memeluk bini dari bini polok suami. sorry la.

well..apa yang mrsd nak ngomelkan. tempat yang paling bahagia adalah pelukan seseorang. dipeluk. apabila seseorang dalam keadaan sedih. emo melampau. apabila dipeluk, boleh cool jadinya. Bukan apa, ni nak khabaq ni. si kecik aku la...asyik nak berpelukan jerk. hadeii...asal nangis jer, mrsd kena peluk dia. letak kepala dia di dada mrsd. gerenti diam dan berhenti nangis. tapi sometimes mrsd kejam gak. biar dia nangis lama-lama, so that bila dah penat, baru dapat tido orangnya. Pelukan seorang ibu sungguh menenangkan dan membahagiakan. Mungkin itu yang dirasakan oleh si kecikku setiap kali aku memeluknya. Justeru itu dia tak nak lepas dari pelukan mrsd yang serba berdunlop ini. hehe..


Boleh juga diapplikasikan kat orang dewasa kot. tapi jangan time orang tu baran, nak gi pelok konon-kononnya...ada gak yang terpelanting kena pelangkung jawabnya. hehe..

Pelukan adalah terapi kepada jiwa yang memberontak dan kehausan kasih sayang.





Malaysia's Blogging Community

peliknya....pagi ni nak Login Blogged.my: Malaysia's Blogging Community tak dapat pula. what happen ahh?? adakah aku sorang jer yang mengalaminya or..cam mana agaknya bloggers yang lain ek? depa dapat masuk ke tak? tak best lah cam gini...haishhh.

napa erkk??..

!!!!plink...plink...plink....!!!

hupdated la pula....

Oppss...rupa-rupanya mrsd lupa mrsd punya user name. password betul dah...username ada tertinggal sikit nombor dah. hadeii...aku pegi lagi register semula dengan email yang sama. so, depa consider aku ni lupa password jer. sekali dapat email..dushhh. baru aku nampak nama yang aku dok taip-taip tak sama dengan yang dah sedia ada dalam email. malu sendiri...fuhhh. 

Moral of the story...jangan mudah gelabah. cari dulu jalan penyelesaian. Minta maaf Malaysia's blogging community.

Terima Kasihku

Owh...Owh...this is the day. I m getting older and older but i refuge to grow up!! heksss....Happy birthday to me. Big hugs. Syukurku panjatkan ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang sentiasa diberikan buat diri ini dari hari ke sehari, bulan ke bulan, tahun ke tahun sehinggalah aku berusia  33Tahun. Woww...what a number!!  Banyak yang telah aku lalui sepanjang hayat ini. Suka duka, masam manis, turun naik kehidupan. Tuhan sentiasa memperhatikan aku. Memberikan aku peluang untuk kembali kepadanya. Terima Kasih Tuhanku. sinners prayer. Terimalah pertobatanku, Ya Tuhanku.


Terima kasih buat ibu yang melahirkan aku. kini setelah menjadi ibu, betapa aku tahu kepayahan untuk melahirkan. separuh mati. Terima kasih buat ayahanda tercinta. Kasih sayang kalian telah membesarkan aku menjadikan aku seorang insan seadanya aku kini. Terima kasih kerana melayan segala karenahku. kenakalanku. Banyak yang telah kalian lakukan. Terima kasih tak terhingga ayah dan ibu. Sayangggg kamu berdua dunia akhirat.

Terima kasihku buat adik beradikku yang sentiasa menyayangi aku. Ubung, lenjau, usun, wan, udip Lusat, saging, telon, jau dan lawai...Meski ada masanya kita berselisih faham. Tapi ada juga masanya kita bergumbira tak terhingga. Biasalah...sedangkan lidah lagi tergigit. I love you all. in case tak sempat menyatakan kepada kalian semua. Sungguh-sungguh aku mengasihi kalian. Maafkan aku terkadang aku seorang yang degil dan egois. apapun, terima kasih kakak, abang dan adik-adikku sekalian.

Terima kasihku buat sanak saudara yang sentiasa memberi sokongan di dalam kehidupan ku. Kehadiran kalian memberi semangat buatku dalam mengharungi kehidupan yang penuh duri ini.

Terima kasihku buat teman-teman yang menjadi penghiburku. Terima kasihku buat kalian yang memahami aku. Yang sentiasa menemani aku dalam suka dukaku.

Terima kasihku buat insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung yang pernah hadir di dalam kehidupan ini. Kalian menjadikan kehidupanku penuh dengan warna. macam-macam ada.

tidak terlupakan, terima kasihku buat suamiku yang terchinta dan menchintaiku. cinta tulusmu terhadap diri ini telah menjadi kekuatan buat diri ini. terima kasihku kerana sabar dengan karenahku yang tah apa-apa. terima kasihku kerana menjadikan aku seorang isteri. terima kasihku kerana menjadikan aku seorang ibu. terima kasih atas segala-galanya, sayang.

dan..si kecikku sayang. terima kasih kerana hadir dalam kehidupan mommy. betapa kehadiranmu menjadikan mommy sempurna sebagai seorang wanita. Menjadikan hidup ini serba lengkap dalam ketidak cukupan kita. Terima kasih kerana sentiasa mengingini mommy setiap masa mendampingimu. terima kasih, sayang.

Akhir sekali...terima kasih kehidupan. Hari ini aku mampu bangun semula dari tidoku. terima kasih kerana setiap hari adalah hari baru. Terima kasih kehidupan kerana sentiasa memberi harapan buat diri ini untuk menjadi lebih baik dari semalam. 

Happy Birthday 33 Mommy!!




Wednesday, September 28, 2011

iPad 2

sekarang kecoh orang perkatakan pasal i pad 2 pula dah. lepas satu...satu..lepas satu..satu. dulu aku tak sensitive sangat. setelah peristiwa window shopping ngan laki aku kat Harvey Norman, menjadikan aku cam terbeliak mata dengan gadget-gadget yang tumbuh cam cendawan lepas hujan jer kat pasaran sekarang. 

apa yang  menarik tentang iPad2 yang menarik minat aku ialah game yang ada kat dalam tu dan juga sistem pembelajaran especially untuk kanak-kanak. tu jer... aku terbayang-bayangkan early learning menggunakan Ipad 2 mengajar si kecik walau dimana saja kami berada. plus menyeronokkan. tak yah gendong buku  kesana ke mari. relax jer...plus body iPad2 ringan dan nipis jer. ada gak la menda lain..tapi tumpuan aku more on child education bah. aiseymannn....nak sangat tengok anak dia pandai. tak nak jadi cam ibu dia...slow learner. hihi... kicik-kicik tak nak belajo. sekarang dah jadi ibu orang, baru terhegeh-hegeh nak asah belakang parang. terlambat der...but better than none. kan?? kan?? hee..

Tapi tang yang aku tak suka plak..tak boleh nak calling-calling. maknanya...gadget tersebut aku rasakan hanya sesuai untuk si kecik jer. haha...tunggu ada rezeki mrsd kasi hadiah ipad kat si kecik.~~berangan lagi~~~. jangan lupa. wopppss....Melalui angan2, impian boleh menjadi kenyataan. heee...

SAMSUNG GALAXY TAB

ITS TIME FOR BETTER TABLET!!


Samsung Galaxy Tab 10.1 gives you a better experience for work and play. Sharpher HD quality screen, better web browsing with flash, better multitasking, and even better speed with HSPA+

Wtih both HSPA+ and WiFi access, you can be connected 24/7 wherever you are. Enjoy fast and stable connections to the internet for speedy browsing, downloads and more!! Enjoy the best of the web from your table.




VS



iPad 2


The iPad is a line of tablet computers designed, developed and marketed by Apple Inc. The iPad 2 was released internationally in 25 other countries on March 25, 2011, including Australia, Canada, France, Germany, Mexico and the United Kingdom.

Here are some features of iPad 2:
  • The iPad 2 boasts an Apple A5 processor, with dual-core architecure and 2x faster than A4. Also, the Graphics processing is 9x faster.
  • The iPad 2 comes with both rear and front cameras.
  • iPad 2 is 33% thinner than 1st gen iPad. It is also thinner than the iPhone 4, which is the thinnest smartphone available.
  • iPad 2 weighs just 1.3 pounds. It’ll be available in 2 colors, and White color will be available from Day 1. Also, the Battery performance is same as the 1st gen iPad, i.e. 10 hours of usage and a month of standby. The Apple iPad 2 will be available both with AT&T and Verizon.
  • The price for the Apple iPad 2 is the same as that of 1sy gen iPad. Infact, 1st gen iPad’s prices have been slashed down to $399.
iPad 2 specifications:
  • Faster, Lighter, Thinner
  • Cameras and Gyro
  • iOS 4.3 + FaceTime & PhotoBooth
  • iMovie & GarageBand
  • 3G on Verizon & AT&T
  • 10 hour battery life

Kedua menda di atas aku nak!! tapi...cuma berangan jer lah...haha....tah kenapa aku pun dah cam jadi minah gadget sekarang. cam mengidam giler tengok kedua menda di atas. cam best,kan??? ni kalau dapat...mesti lebih sayang ni dari si dia. haha.....habislah. si dia baca, terus tak jadi nak beli. hadeii...

NO BE's from Nuffnang

sedihnya. aku ni tak ponteng2 klik akaun nuffnang aku tiap hari. sebenarnya aku berbisik di dalam hati ni. tak nak buka akaun nuffnang. nanti kecewa. tapi aku nak juga check berapa orang pengunjung unik aku. tu yang terklik juga. tapi mata sambil-sambil tu tak pernah lepas menjeling kat simbol Earning plak. haiya...

Bila terbaca tajuk entry blogger..."dapat BE's...Nuffnang tak kedekut"...aku cam sedih jer. Nak pula aku tengok hasil dapatan depa bukan sikit. banyak owhh..phiewww... meleleh ai lio pula bila tengok. hehe...

Mungkin silap aku juga kot. dah semakin kurang pengunjung mengunjungi blog aku ni ha. ye la..bak kata bloggers2 yang aku baca "blog picisan or sipian-sipian blog". Nak buat cam mana??? aku tak nak lah gi copy and best keratan berita pasal artis-artis. If betul aku pegi ke tempat kejadian, Oklah. if sekadar mencedok sana cedok sini...tak suker la. itu aku punya pendirian la...kalau orang lain buat, itu mereka punya suka. ya benar. orang suka kot gi baca pasal artis-artis ni. hari tu aku kecohkan pasal Memey, terus rating naik. hurmm... biarlah aku menulis hal-hal di sekitar aku. kisah benar. apa yang aku rasa. apa yang aku lalui. apa yang aku tengok. 

bak kata lecturer seni aku...."Bila bercakap, biar bercakap pasal diri awak sendiri. pasal perkara yang terdekat dengan hati awak. Tak ada gunanya awak gi berbicara tentang peperangan..artist...yang awak sendiri tak alami atau tahu keadaan sebenar. setakat mendengar berita or membaca surat khabar tak memadai. awak harus mengalaminya. merasakan pengalamannya. jadilah diri awak sendiri." dalam maksudnya dia...dan semenjak itu, kata-kata itu selalu jer terngiang-ngiang kat telinga aku. aku nak jadi diri sendiri. so...tak da maknanya aku nak gi bercakap pasal sesuatu yang aku sendiri tak tahu akan kesahihannya.

so, Nuffnang. What say you?? What you want me to share in my blog?? ecehhh... aku menulis dengan hati. Bukan dengan jari. yer ker?? Yo O jer lah...

2 Perkara selepas beranak.

anak aku baru jer tido. Midnite already lorrr... bila aku cakap kat kengkawan yang anak aku tido lewat, depa agak terperanjat. anak depa tido before 10 lagi...entahla. anak aku ni superb active. kesana ke mari merangkak. dah habis baju seluar dia terseret-seret seisi rumah. Hari ni dia gi gomol plastik sampah hitam. yang baru la...dia bukak semua, kuarkan dari bungkusan. sedap barangkali  kot...hadei..

semenjak aku melahirkan si kecik ada dua perkara yang aku tak lakukan pada diri aku. Tak tau ibu-ibu di luar sana. lain orang lain peelnya. hee... pertama, aku tak pakai gincu dah. jimat duit tak beli gincu. Aku cuma pekena krim pelembap siang dan malam jer kat muka ni. more than that, jangan harap. Bukan apa..muka aku ni kena jilat anak aku. bahaya lah kalau ada color-color kat pipi or mata bagai. Aku ni selalu jer ciom si kecik. kalau bergincu alamatnya habislah baju or muka dia. 

Secondly, aku tak pernah pakai high-heel dah. well, semenjak aku ngandung lah. nak bawak badan pun berat. ni nak bawa seorang lagi tambahan. kena berhati-hatilah jalannya. aku pakai selipar jerk. pegi faculty pun pakai selipar Hush Puppy aku. selipar bukan sebarang selipar ko tauk. haha...dibeli khas ketika hamil dulu. Punya tahan ni selipar...

pendek kata, semenjak memiliki bayi kecik, aku tak jaga pun appearance aku. Pernah aku dikatakan sebagai orang gaji, jaga si kecik. Kecik ati aku..kuiii kuiii kuii.. haha. nak bergaya cam mana pula ya?? size badan tidak memihak kepada aku. Nak gi beli baju pun aku segan nak membeli saiz yang besar. cesss...tak sedar diri sungguh. still gak gi belek-belek baju saiz kecik. alahai...

apapun, aku still menyimpan juga harapan di sudut hati kecik ini. kot-kot next year ada rezeki...aku akan jalani segala apa yang telah aku impikan. hihihi..itu kena tunggu. tak leh sebut, karang tak menjadi...malu sendiri. well, aku akan selalu updatekan dalam blog. jangan risau....hehe...

Tuesday, September 27, 2011

Soffiya

Wah..kali ni aku terikat lagi dengan telemovie tv3. cerita jam 7 tu...Soffiya aka yaya. best gak ceritanya. aku layan habis derr... cam syiok jer. ari ni Yaya dah bunuh bapa dia. Punya kesian aku tengok nasib si Yaya ni kalau diterjemahkan di dunia nyata. bapa makan anak. fuhhh....tekanan jiwa dan perasaan owhh... tak sabar nak ikut siri ni lagi besok. Mrd pun banyak mengomel pasal kisah ni...memang wujud kes sebegini di dunia nyata sebenarnya.

layan Soffiya.


Taksub.

Jangan taksub dengan apa yang kita miliki atau  apa yang kita punyai. Semuanya sementara. Mati bukan boleh bawa bersama pun... Hidup kita ni bagaikan roda. hari ni ko bernasib baik. esok dia. lusa si polan. tulat kak jah..kendian-kendian mungkin mrsd punya turn. Ramai yang mrsd temui. Dulu no body, sekarang dah jadi somebody. dulu pipit, sekarang dah jadi Merak. Dulu glamour, sekarang dah merangkak semula. justeru itu..bersyukurlah senantiasa seadanya apa yang menjadi hak milik kita. Mungkin kepunyaan kita taklah se-vogue or se-marvellous lip lappp tebaboommm cam orang lain..tapi sekurang-kurangnya kita ada dari tak ada langsung. 

Nasib manusia ni tak siapa yang tau. jangan dok pandang rendah pada orang itu..orang ini...kerana setiap manusia mempunyai nilainya tersendiri walaupun tidak se-gah orang-orang yang bernasib baik dalam kehidupan.





Perokok Tegar

cool duh... dulu aku benci orang perokok. Bila Ex boyfriend merokok, siap gaduh-gaduh lagi. Cam satu kesalahan besar gitu. my Ex pun cubalah juga jadi "baik", ikut kata dia punya ex-gal. geli. kendian sampai satu peringkat, mrsd pula jadi perokok. dushhhh!! pengakuan berani mati gitu....haha..tak per la. menda dah lepas. konon-kononnya nak lepas tension. mencuba. Asal tension, menghisap. tension jer, menghisap. tak henti-henti. memanglah masalah cam hilang sekejap. Pasal mulut asyik menghisap. dah tak ingat menda lain dah..tapi bila habis, tension mari semula. haha..oh ya, lagipula mrsd terpengaruh dengan dakyah, "merokok boleh kuruskan badan." hampeh. memanglah kurus kalau asyik merokok. time makan jer, ganti dengan rokok.  haha...ada gaya owh. tapi bila dah berhenti merokok. huhhh..hambiq ko!!! tebabommm meletop badan kak jah....lagipula, aku ada masalah kendiri~~emosi parah~~ dalam mencari diri sendiri. hidup aku time tu agak tink tonk + kelam kabut + huru hara. sad story. tak nak ingat dah...suhhh jauh-jauhhh.


(Oh ya..ini entry bukan bermakna aku mendabik dada berbangga bahawa aku adalah perokok. ini adalah pengalaman yang harus dijadikan sempadan buat semua. sekadar perkongsian pengalaman mrsD nakal suatu ketika dulu....nakal,kan??)

Aku juga pernah diperlekehkan pasal aku perokok. Dushh!!! sukahati akulah..haha.. "apa pandangan ko terhadap perempuan yang merokok??". hamboi... ko ingat perempuan yang merokok tu jahat la...aiseymannn...ramai kat luar sana, perempuan tak merokok. tapi HANTU!! (tak semua la...) tak nampak dia nyer belang tu..tersembunyi.  berselindung di sebalik kepura-puraan. atleast, si perokok.. boleh gak menghalau nyamuk. wakakaka..daripada ada yang nampak "baeeeek" la sangat..tapi kaki mengata orang. rasa diri baek. kaki kelentong. kaki curi. kaki kikis dan kaki-kaki yang sewaktu dengannya.  Well, tak ada manusia yang sempurna.  Perokok, dia tak kacau tepi kain orang pun. kan? kan? kan? cuma mengganggu dengan asap tu jer lah. busyukkk..hadeii.

haha...memang aku gelak dengan pengalaman yang ini. memperbodohkan diri sendiri dengan jayanya. rasanya perokok di luar sana pun tak leh nak challenge kebodohan aku. sekotak jer, aku boleh habiskan dalam sejam dua. non-stop. sehari sampai 3-4 kotak.  "ko ni mengulam ker merokok ni??". suara aku pun serak jer time tu. sampai jadi demam owh...now, dah insaf. kembali ke pangkal jalan lama dah. Pengalaman merokok itu ada la juga dalam 6 bulan..bravo to me!!!

ni nak citer, mrsd anak beranak gi la makan di restoran kebiasaan kami pegi semalam. hujan pula tu..haiyoo...ramai pemuda duduk makan dan juga lepak. asap berkepul-kepul. kebakaran ke apa ni..depa tak leh nak lepak kat luar pasal hujan. tapi yang tak syioknya ni, depa harus prihatin. ramai gak baby dalam restoran tu. tak baik untuk kesihatan para baby lah...aku ni ha. masuk keta, kepala anak aku bau rokok. pening kepala aku dengan bau-bauan tersebut. aikk?? dulu menghisap, tak pening ek?? tapi betul. loya tekak aku menghidu bau rokok pada baju anak aku. jadinya, anak aku dah cam perokok la pula.

haiseyman...kepada semua perokok di luar sana. kementerian kesihatan dah letak gambar orang kena barah kat kotak-kotak rokok tu. Kisah benar la tu...besok-besok kena, baru menyesal. terlambat la pula. aku tau ko orang susah nak lepaskan tabiat merokok tu. aku boleh. kenapa ko orang tak boleh? atau mungkin sebab dulu aku merokok pasal aku nak merokok. bila aku dah tak nak...aku berhenti. kesian duit kena bakar. sekotak bukan murah owhh...beli nasi bungkus lagi lepas. kenyang. lagi-lagi kalau ada anak bini..simpan duit tu. beli buku kat anak. ada untungnya daripada membakar jantung sendiri nak bunuh diri secara perlahan. boleh mampus tu boleh...asal dah cukup simpanan buat anak bini setelah ditinggalkan oleh kamu..kamu..kamu...perokok tegar di luar sana.

kekadang kita tersilap memilih jalan hitam dalam hidup. Namun, sentiasa ada U turn dalam kehidupan. Yang penting, melalui pengalaman yang lepas telah mematangkan kita dan menjadikan kita lebih baik dari semalam. Tabik kat MrD yang SMART sah-sah bukan perokok!!! muahhh...

Tak Nak Merokok dah!!!

benci rokok!!


Bakar kekasih

Apa dah jadi dengan dunia sekarang oh?!!! Manusia dah naik taraf jadi "kebinatangan". mrsd turut menjadi seram dengan berita-berita yang terpampang di dada akhbar dan juga tv setiap hari. Kenapa manusia sanggup bertindak kejam?? Dari kesnya jutawan Sosilawati...banyak lagi ikutan pembunuhan yang serupa kejam. bunuh dan bakar...takda perasaan langsung. coba kalau diri sendiri dijadikan seperti itu. mrsd mengimaginekan betapa orang yang dibunuh mereka terseksa. menjerit meminta tolong. minta simpati...apa lagi yang mampu diperbuat. kesian. sangat kesian.....semata-mata kerana duit membunuh. lepas tu, bahagia ker?? tak takut Neraka?!! ngeri sehhhh...tak mampu mrsd imaginekan. fikir dulu berjuta-juta kali sebelum bertindak woiii!!! takut sehhh....

Jangan Menyerah

Apa bila mendengar setiap baris kata lagu yang didendangkan dalam Sinetron Amanah Cinta, aku terpana. Syiokk juga lirik lagu berkenaan. sungguh-sungguh mengenakan aku tentang hidupku. Setiap baris kata memberikan aku inspirasi untuk berdiri teguh dan menerima diriku seadanya. betapa hidup ini adalah satu anugerah. Andai aku tiada...sigh...tak boleh aku nak bayangkan. Betapa aku akan merindui kekasih hatiku, si Lolo. I cant live without her...hadeii..

Tak ada manusia 
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah

~~D'masiv~~









Monday, September 26, 2011

reconciliation time!!!

kesian kat si kecik after kena marah, tengking dan menangis panjang. kini tiba masa untuk reconciliation la pula...looking at her face...tiny body...mommy feel so bad about herself. i m not such a good mother to you, dear. huhu...maafkan mommy kerana buatkan lolo rasa diri terabai sepanjang hari ni.

sorry darling lolo.
=(

Punca penderaan kanak-kanak

hurmm...semakin membesar si kecik, semakin banyak karenahnya. Memang menyeronokkan melayan si kecik. Setiap perkembangan yang ditunjukkannya membuatkan aku merasakan "owhhh...macam ni kot aku time aku baby dulu.". Hilang sekejap si kecik di penglihatan, aku mula gelisah.

Tapi keindahan itu semakin hari semakin tenat. aku mula memerlukan masa untuk diri sendiri. sebelum ini, aku tak ada commitment. semua masa aku tertumpu pada si kecik. Kini aku sudah registerkan diri ini sebagai pelajar semula. fulltime pula tu. aku tak ada pilihan dan seharusnya memenuhi tuntutan akademik ku. As as student, aku kena belek buku, buat analysis..and i really need lots of time and focus on that.

dan...aku sendiri terasa cam kena serangan sakit jantung jer apabila aku sedang membelek buku, si kecik gi main wayar elektrik, gi makan menda tah apa-apa. kegeraman melanda di situ.  nak memujuk dia pula, satu hal..take time. sementa aku nyer otak...book..book..book..what next?!! Maha tension aku rasa.

dan hari ini. aku menengking si kecik. menangis tak henti-henti. aku sibuk dengan aku nyer tugasan, dia tak boleh blah. dia nak kena pegang pula. sedang aku settlekan pembelian ticket, tah cam mana dia menangis yang buatkan aku bertambah bengang!! dan bengang...lantas aku menengking si kecik. bertambah kuat lagi tangisan si kecik apa bila ditengking si mommy. di tariknya seluarku... dalam hati aku dah membuak-buak dah api kemarahan.

si kecik aku tepis tangannya. ku jentik telinga dan mulutnya. dia nangis lagi....phieww...situasi macam ni pun bisa membuatkan aku penat. settle pembelian, then only aku ambil dia dan bagi tumpuan kat dia. lalu tangisan nya berhenti.

hurmm..begini agaknya kenapa kejadian penderaaan berlaku ke atas bayi atau kanak-kanak. ye lah...penjaga atau si ibu yang gagal mengawal emosi terkalah dengan karenah kanak-kanak coz dia ada agenda tersendiri nak settlekan or terkejar-kejar. susah owhh...and...setelah melalui keadaan begini, betapa aku tahu yang aku adalah seorang insan yang sangat kurang sabar dan pemarah. huhu..

maafkan mommy, sayang.

sad mode.

Syukurlah

Memang aku cukup serabut this few week. pasal study aku. pasal sapa nak jaga anak aku. pasal waktu yang diambil untuk orang yang jaga anak aku datang. pasal RM penerbangan yang mahal. biasalah tu..dilemma si penganggur...banyak perkara nak buat, tapi  terhad. phiewww....problem is always a problem. and for every problem there will be solution. always.

and YES!! tengah aku keserabutan "a voice of angel" telah membuatkan aku menarik nafas lega.  hopefully next week semuanya berjalan lancar. this week aku cuma kumpul material. aku x gi jumpa supervisor this week. dia lagi suka kot... aiseymann...Minggu ni aku buat apa yang patut jer la sementara tak berpembantu cam gini. aku tak sabar nak gi merajinkan diri di library. tapi buat masa ini kaki dan tangan aku terikat.

Thanks God, i m not alone. i never walk alone. My guardian angel always protect me..


Sesuatu yang harus difikirkan bersama2

cerita yg menarik, cuba baca ye.... slmat membaca..:) Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. waaa... mana isteri ku... ... ... ... ... Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. 

Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku. fuuu.. lega.. “Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.. lelaki tu pun berfikir... Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! 

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… hahaha... takde yg nak marah ku... Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa... Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

 Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar bertapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ??? 

ingat balik.. And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! 

So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!! SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU.. HARGAI MEREKA!!!!! Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”....

Sumber : my friend Puan Mariana.


Sunday, September 25, 2011

Tiring Sunday

#sigh#
mrsd feel tired this weekend.  though doing nothing...but donno why..penat semacam jer rasanya.  Badan pula rasa lenguh-lenguh memanjang jer...how i wish Mak Cik Bani to service my body. but her phone no. gone. donno where to find her..well..nothing interesting happen in mrsd life this weekend. things seems boring!! dull....i miss my mom. my dad. wanna be with them....
phieww....

Saturday, September 24, 2011

Bila Bini bersalah..

hurmm... kekadang, sebagai seorang isteri dan seorang ibu, mrsd pun membuat kesilapan gak. tapi apabila mrs membuat kesilapan yang tak disengajakan lantas dilayan cam tunggul. mrsd boleh jadi bengang gak. kepada mrd yang sedang mendiamkan diri dan tak nak tegur mrsd disebabkan mrsd tak massage dia semalam, mrsd minta maaf OK!!  bukan tak nak, OK.. dah tertido dah pun. mrsd sangat-sangat penat kot...Merajuk pula dia...hamboi!! cukup-cukuplah tak nak tegur mrsd ok. coz, kalau mrsd lancarkan perang dingin, lagi parah kot.

bini tegur dia buat deq jer. tak pa. ada ubi ada batas.


24 lagi.

wahhhh...MrsD  dah ada 26 pengikut. tak sabar rasanya untuk membuat undian untuk GA mrsD yang pertama. Another 24 mari.

mari..mari..mari join cik tipah,  kak jah, pak polan, abang mat.....hehe...to anybody..whoever you are...you are invited to be my follower.

Big Hug.

AMARAN KERAS!!

Buat sesiapa saja...
Ikhlaskan hati..ikhlaskan hati....ikhlaskan hati....setiap manusia berbeza dan mempunyai jalan ceritanya tersendiri dalam kehidupan masing-masing. biarkanlah mereka dan biarkanlah aku dengan duniaku....and pleaSE....STOP ACTING LIKE YOU KNOW EVERY THING.

 Love peace nO WAR daaa...

Barannya dia

mrsd yang tengah melayan blues di dalam toilet terkejut besar. dada mrsd derdetap detup detummm tebabommm....apa lagi tu?? kedengaran suara jiran-jiran bertanya. Kenapa tu?? kendian kedengaran bunyi budak-budak berlarian menuju ke satu arah. Aku yang sedang #!@&^ tak sedap hati. cepat-cepat menghentikan aktiviti. kang terjaga pula si kecik.

kecoh bukan main lagi. aku pun nak menyibuk juga. kata hidup berjiran...tak berani pula aku gi tengok secara dekat. jiran aku yang sedang memasak depan rumah aku shussss...shussss,kan. (aku terasa diri cam dalam movie mommy jarum pula). Jiran tersenyum. aku pun selamba jer tanya . "kenapa orang tu?"..."dia marahkan emak dia gi lepak kat umah orang atas." owhhh...kataku. tapi aku tak puas hati lagi. "budak kecik ker apa perempuan tu?". ~~dah tingkatan 3 atau 4 kot.~~ uihhh. bukan budak kecik lagi lah dia. dah besar panjang dah tu. anak dara.. jiran aku menambah lagi..hari tu dia marah kat emak dia juga. sampai gi bakar tilam. Mak aiehhh.. kes berat ni. ~~anak sulung dalam keluarga tu..ada baran sikit.~~ aku tanya lagi. Manja sangat ker orangnya?? ~~memang dia cam gitu...panas baran.~~. dialog end.

aku pun masuk semula ke dalam rumah. terus gi jenguk si kecik yang baru jer tido. patutlah menangis tadi. ngantuk sangat rupanya. senang jer dia lelap.  Takut pula aku anak aku terkejut dengar jeritan gegak gempita drama swasta tak berbayar tadi. macam-macam lah...

atau...mungkinkah budak itu ada masalah dalam mengawal emosi. takkan emak gi lepak umah jiran pun tak boleh?? tak kan tak boleh pergi panggil cara elok-elok. ni tak..terus menggamuk kasi gempar satu flat. tak suka la suasana bikin gabra cam gini...apa boleh buat. kata hidup kat kondo. haha...

Santai time

hai uols...
dah bangun?? hehe..tak kan masih berlingkar atas katil lagi kot. actually mrsd pun baru bangun, jam 9am tadi. aik?? mrd is not around..awal dia turun keje. semalam adalah hari yang memenatkan buat mrsd dan si kecik. ya lah...berlari ke sana ke mari. though driving...tapi last nite boleh tahan jam jalan. si kecik pun asyik menangis jer dalam keta. have u ever experience what is it feel when baby's crying in the car?? just u and your baby. hurmm... a situation to think for uols this morning. lagi-lagi dalam keadaan jam. mana nak focus bawa kereta...mana nak tenangkan dia yang nangis cam rak. tensi,kan?? but then, she end up dengan menidokan diri sendiri. kesian si kecik. sebenarnya dia penat duduk memanjang travelling.

sampai umah, memasak, makan dan tak sempat nak cuci piring. badan terasa lenguh-lenguh dan sakit. so, mrsd tinggalkan keje separuh. Mrd yang sedang ngadap lappy diganggu. suh massage la pula. and he did. lepas tu..mrsd krohhh krohh krohhhh..tak ingat dunia. terasa sangat lemah semua sistem. seingat mrsd lah..lepas tu mrd minta ganti balik massage. tapi mrsd tak terdaya melawan mata yang sudah jauh menerawang. first time mrsd tak leh nak lawan rasa mengantuk mrsd. tired kot..huhu..so minta maaf kepada mrd atas sikap mrsd yang tidak disengajakan itu. bukan mrsd main-main or buat-buat bodoh terhadap permintaan mrd. tapi mrsd sudah jauh melayang-layang kemudian terdengar sayup-sayup permintaanmu itu. tak terlayanlah jawabnya.

so hari ni...plan nak gi umah kawan. ada jemputan makan-makan raya katanya. plus kawan itu baru pindah umah. nak gak gi menjenguk so that lain kali pandai gi sana menyemak. hihi....

my gurl still sleeping. kalau tak, dia yang nombor satu terjaga awal pagi. tau pula dia bermalas-malasan di hujung minggu yerkk?? tau mommy dia tak ada agenda pagi ni...Go On baby, Zzz.. need to do house cleaning today. pinggan mangkuk semalam masih di singki dan sedang menjerit-jerit memanggil minta kena cuci. aiyakk...

happy weekend everONe.

love! Love! Love!

Friday, September 23, 2011

Relax kejap

oh..mentang-mentang dah jumpa lecturer dia, terus dia ON BLOG mode. haiseymann.... dua hari ni tak dapat update dia nyer blog. mesti dalam hati menggelupur keresahan gitu...Rutin tu...Rutin...ye lah, dah biasa mencurahkan rasa pada alam maya dengan harapan ada insan yang mengerti isinyanya dan juga mungkin memerli dirinya. tapi.. Hoku Pedulik Hapo??!! aiehh..dah sudahlah nak mengambil peduli apa yang orang lain fikirkan terhadap dirimu MrsD. hak depa bah tu..Sukahati depa!!!

Semalam bertungkus lumus mengedit apa yang patut. Dua malam berturut-turut tak tentu tido nya. ya lah..waktu awal pagi jer dapat concentrate. dah sedia maklum,kan dengan keadaan mrsD yang tak boleh buat apa-apa sekiranya si kecik MrsD ON JAGA mode. uihh..boleh tahan owh rasa dugaan time-time cam gitu. ye lah..ko memang nak concentrate, tapi ada-ada jer yang mengganggu. rasa cam nak menjerit,kan?? sampai emosi tak terkawal jadinya. kesian si kecik mrsD. Terabai..i mean, memang MrsD layan dia..tapi hati mrsD pada tugasa MrsD. tak dapat nak focus kat si kecik. Bila nak focus pada si kecik pula kepala hotak ni plak yang blink blink blink mode...SIAPkan!! SIAPkan!! makanya aku rasa cam TOINK TOINK TOINK...ko paham tak perasaan cam gitu?? phieww...sorryla Lalink mommy, si kecik dan si daddy..mommy ON BARAN time-time cam gini..so, please dont bingit-bingitkan tolinga mommy bila mommy kelihatan buat-buat rajin membelek buku, OK!!

Semalam, si kecik punya perangai lagi berubah. sehari demi sehari, dia sentiasa menunjukkan kepintarannya. Kali ni, dia tak boleh langsung nak berenggang dari mrsD. dulu pun sama..tapi this time lagi teruk. Dia tak akan puas hati selagi mrD tak bersentuhan kulit dengannya. Manjanya...mrsD sempat gak mengucapkan sepatah kata dua kat si kecik. "besok-besok ko kawen, mommy ikut sekali la tido dengan ko laki bini". hehe...cam gam jer ngan mrsD. Melekat bersungguh-sungguh.

OKlah...tak ada apa sangat pun yang MrsD nak perkatakan dalam entry yang ni. MrsD menyimpulkan niat di dalam hati...TAK NAK KEJA LAST MINUTE. BUAT PELAN-PELAN...BIAR LAMBAT TAPI SENTIASA BERTERUSAN. coZ mrsD sedia maklum bahawa diri mrsD adalah SUPER GREAT SLOW LEARNER!! semangat..semangat...betul bah. MrsD tak bijak..tak pandai pun...cuma semangat dan keazaman yang ada pada mrsD yang membuatkan MrsD keep Going and keep Moving. Susah tau...thats why, usaha kena lebih berbanding orang lain.

MrsD..apa tunggu lagi ewahh!! jangan berlengah-lengah...jangan bertangguh..sikit-sikit tarah bukit lama-lama akan rata. jadinya...jiayo!! jiayo!!!

Gila Kuasa

Sungguh negative bunyinya. Ada ker orang suka kat orang yang gila kuasa ni?? nak tau cam mana seseorang itu gila kuasa?? senang jer...bagi dia jawatan paling tinggi. uols tengoklah apa yang akan dia lakukan. dia akan bubar itu..bubar ini...buat ikut sedap dia jer. tindakan yang lebih mencondong memihak kepada dirinya. kata orang lain tak nak dengar. bersungguh-sungguh mengambil kesempatan atas kuasa yang ada pada dirinya. Tapi tanpa diketahuinya, kuasa yang ada padanya bukanlah kekal lama. Apabila diturunkan semula dari kedudukan itu, orang lain pula naik. gerammm jer dia dengan cara orang lain pula memimpin. Rasanya, lebih baik jadi cam padi.makin berisi semakin tunduk. orang pun hormat. yup..mungkin si polan ni berbangga orang tunduk membisu mengikuti segala rentak permainannya. tau kah si polan sensungguhnya, ramai yang memerhatikan kelemahanmu dan bersedia menerkammu dari belakang tanpa ko sedari. lagi kesian apabila si polan ni sebenarnya memimpin atas nama dan mengikut lebih kata teman yang mempunyai agenda tersendiri. phiewww...

tak baik gila kuasa ni...kalau kuasa dah diberi kepada anda, gunakanlah seadil dan sesaksama yang mungkin. thumbs up bah untuk kamu rather than kamu kena kutuk dan caci maki.

Thursday, September 22, 2011

tensi mode

menyelam sambil  minum air. tak nak membiarkan aku nyer blog ni ketinggalan mengepost entry dalam sehari. yang dua lagi tu, minta maaflah. makcik sibuk banget. tak leh nak mengarang kat sana buat beberapa hari ni. ini pun, takda mende sangat nak post. saja nak menjenguk dan bertanya khabar jer...
Mrsd sangat busy dan dalam tensi mode. begitu mrsd sibuk membelek buku, begitu juga sibuknya si kecik aku minta di dukung. balik-balik berbaring mrsd dan si kecik coz mrsd nak tidokan dia. hurmm..si kecik takkan tido tanpa mrsd peluk dia. mrsd bangun, dia bangun gak. hari ni mrsd terkadang kalak dek emosi. si kecik mrsd marahkan. coz mrsd tak boleh kawal perasaan. mrsd stuck dengan time constraint. tapi bila si kecik buat hal, mrsd rasa sangat stress. kalaulah ada orang bantu mrsd tengok-tengokkan si kecik ni..huhu...boleh aku buat kerja dalam keadaan aman damai dan berinspirasi. ni tak..bila ada inspirasi, si kecik halau suhhhhh jauh-jauh. tu yang mrsd terbengang kekadang.

k lah. setakat ni jer. go mrsd go!! sok jumpa prof. tunjuk muka pocoyo jerk. heee....

Wednesday, September 21, 2011

Woahhh!!

morning uols...
Azan subuh baru jerk berkumandang. Aku plak, still terkulat-kulat tengah ice breaking aku punya minda. Tu lah akibat lama sangat tak kasi pelincir..kan dah berkarat. owhh...sungguh pejal dan keras isipadu tempurung kepala aku ni ha...kepala aku dah hampir cracked dah ni. Still tak boleh cari rentak pembelajaran aku. sana sini aku belek...kepala aku agaknya serabut. Jammed. tak boleh nak fikir. tak dapat menemui kesimpulan mende pun...senak perut kembali. ghosstt...need to close my eyes now. if not, sakit kepala pula satu hari ni nanti. ini tak termasuk lagi ujian dari si kecik ni ha...Duhai otak tolonglah berfungsi!!!! masa pula berlalu dengan pantasnya..tak suka. tak suka. not this time.... huhu!!!

somebody helppppp me!!

Apapun, happy tuesday to uols. dengan ingatan, suci-sucikan hati dengan nilai-nilai murni kehidupan. Penyakit hati ialah dengki dan iri hati. so, jauh-jauhkan. ewahhh..menyempat lagi berfalsampah dalam kebingungan begini. hiii...

~~~>mrsd head banging on the wall mode...<~~~~

Aktiviti Pagi Buta

uols....
nyenyaknya tido. jemles aku, tau!!! .aku tak tido lagi nih...jam sekarang 2.46am. baru rasa aman dunia...haha..si kecik dah tido. itupun after midnite baru dia dapat dia nyer mood untuk tido tu. berulang kali dah aku dodoikan dia...geram makcik ehh. Menjeling laki aku yang sedang tido dengan bergayanya, semangat nak tido pun kuat gak nih mangganggu gugat aku punya iman untuk zzzz sama...tapi aku tak boleh  tido!! this is the time i can do my own thing freely. Aku boleh godek-godek harta benda aku tanpa gangguan si kecik.. Hurmmm, pagi ni aku refleksi diri mencari momentum untuk menggerakkan minda aku yang sudah berkarat setelah almost setahun bercuti. Anak pun dah 8 bulan ni haaa...title thesis pun dah hampir-hampir lupus dalam ingatan.. macam mana tu??!!

ini aktiviti aku di pagi buta ni ha...

1. aku nak kemas meja study aku. bersepah. Meja yang berdekatan dengan baby coat. Letak jer si kecik dalam baby coat, dia mula menarik buku-buku atau kertas yang boleh digapai tangan. lalu mrsd jauhkan dari gapaian tangannya. sempit duhh..bersepah jugaaa...si kecik suka makan kertas. haiya...hopefully jadi genius lepas ni coz makan ilmu-ilmu yang terdapat pada kertas-kertas yang sedap masuk ke dalam mulutnya itu. bak kata orang dulu-dulu. nak pandai, rebus jer buku. minum airnya. nescaya masuk kepala. haha..kecik-kecik anak aku dah amalkan amalan ni. haiya...

2. mencari balik aku punya jurnal yang tersimpan dalam kotok. dah berhabuk dah...

3.  nak register aku punya kereta masuk faculty. tak dapat pula..tak tau kat department mana nak register. dulu kat e-HEP. sekarang tak tau berpindah sistem ke apa. tak jumpa-jumpa. hishhiii...

Haruslah aku lakukan reconstruct aku punya strategy dengan harapan hari ini senang  aku buat keje. dapat mood nak ngadap meja dan menggapai buku-buku yang patut. banyak nak kena baca weiii...mak aiehhh.... Akan tetapi...oh yeahhh!! si kecik...please dont disturb mommy. sakit jiwa mommy dikerjakan si kecik nih haaa... Ishh..kan best kalau aku tak payah buat semua ni. Peluk si kecik 24jam jerk...hati pun senang. Oppss...itu kata-kata dari hati aku yang terkadang mudah putus asa...Well, time constraint bikin mrsD semakin terdesak dan tertekan. Please..please..please.... dunia pelajar ku kembali. Esok jumpa lecturer, hari ni kemaskini apa yang patut untuk ditunjukkan. biasalah tu...last minute punya orang. tak pernah insaf!!!

Bermulalah kehidupan aku yang siangnya jaga anak, malamnya jaga buku ni. LEBAM mata aku!! owhh...duniaku satu semestar ini akan berputar-putar. rasa terkejar-kejar...buat yang itu..buat yang ini....muka senyum tapi kepala otak dok pikiaq-pikiaq So Whats NEXT!!! jadi, jangan heran kalau aku bertambah baran ek. huhu....emo bah!!


Apa ni??!!

Title entry. baca-baca terus persoalan. hurmmm...memang persoalan bermain di kepala hotak ini. last week aku ke IPSIS. gi bertanyakan aku punya yuran pengajian. Bersusah payah aku ke sana sambil mengendong si kecik di bawah terik mentari. maklumlah tak da parking berhampiran. Semuanya penuh. terpaksa la menapak.

Memasuki ruang pejabat bendahari. Bertanyakan yuran dengan penuh khusyuk. bab yuran-yuran ni tak boleh main owhh... aku tanya, dia jawab. aku tanya lagi, dia jawab. dan last time for confirmation aku tanya lagi. "confrim arhh saya tak bayar sem ni??". yup. confirm. pasal last sem awak TL. maksudnya, aku nyer thesis tak lengkap la..kena continue this sem. Tapi sebelum aku ambik cuti, aku gi tanya gak kat pihak bendahari. katanya, next sem yuran awak rm230. aku pun  save budget rm230 untuk bayar yuran semata-mata. tapi last week, "tak payah bayo". dalam hati aku terdetik..."bio bena??" walaupun terukir senyuman di bibir tapi hati aku masih gak persoalkan. kenapa plak aku tak bayar rm230 tu ek??? dulu kawan aku TL pun bayo rm230.  uihhh..jangan kasi aku syiokk la weiii...cam istemewa plak aku ni aku rasa walau dalam hati tetap was-was. 

dan...malam ni, aku reconfirm aku punya bill. dan kali ini terkeluar...rm1130. Mau tak terkeluar biji mata aku. apa pula kali ni?? Amenda nih??? tapi aku tau..mesti ada something yang perlu aku gi manually kat IPSIS semula. this friday will go there...tak puas hati ni. kali ke-2 la pula aku bawa si kecik ke pusat pengajian siswazah. kesian dia. kesian mommy sebenarnya. huhu..


Tuesday, September 20, 2011

Bikin kecoh

hari ni aku bikin kecoh lagi...
Aku call bapa yang ada di Miri. Suh cari pengasuh buat si kecik. Bukan pengasuh sebenarnya, tapi peneman. asal ada orang jaga dia time mommy dia kuar umah dan juga boleh siapkan tugasan sekolah dia. Dulu memang mrsd kata, boleh bawa si kecik pegi kelas. it is becoz mrsd pernah nampak senior bawa anak pegi kelas. but then, their anak good2 jer. tak notty2 cam anak aku. huhu..si kecik aku memang lasak. depan lecturer ari tu dok pukul meja dan siap main blow2 air liur lagi. segan la pula rasa di hati. so, hari ni aku nekad lah....aku nak buat keja sekolah kat umah pun tak boleh gak. pantang dia tengok aku ngadap lappy. mesti nangis minta pegang. tensi...tensi...

Tak tau apa nak perbuat dalam situasi begini. lastly, minta tolong emak bapa carikan pembantu rumah juga akhirnya. ishhh..aku ingatkan si kecik aku ni pendiam jer dulu. ingatkan pegi jumpa lecturer boleh tido2 sambil minum susu botol. haaa. ni satu hal. susu botol pun dia tak nak layan. hadeiii....

nyway, segala permasalahan ini aku pasrah. aku serahkan kepada yang Esa untuk membantu aku menghadapi segalanya ini.

mommy yang tensi... =(

Ada-ada aje

Pagi ni mrsd dah call Prof. supervisor thesis dia. actually pagi ni mrsd ada kelas dengan dia. tapi cant make it. takda orang jaga si kecik. so, last nite mrsd call adik mrsd yang bekoje sebagai nurse di kpj untuk bertanyakan bila masa free beliau. katanya hari khamis. Prof siap kata, bila u free?? well... aku pun bagitau dia hari khamis. so, mr. Prof pun set time. "in the morning, 10am. do remind me again on wednesday, ya?". ok. tadinya aku plan nak jumpa dia petang khamis. tak jadi pulak dah. kena ikut boss, OK.

setelah kasi anak makan, suami breakfast bagai...aku pun mula nak ngadap lappy. semangat nih nak wat keje. al-maklumlah kena tunjuk this thursday. know what...si kecik tak kasi peluang la pula. mula-mula mrsd lepaskan di lantai. perghhh..dia pun merayap kat seluruh ceruk umah. tumpuan terganggu. kendian, mrsd letak dalam baby walker. pun sama..kesana ke mari gapai barang. so, walker pun berikat pendek. tak boleh lepas, dia meradang pula. now tengah menangis. minta pegang pula. last inisiatif ialah membuai. haiyoo...cam mana ni, Naq??.

beginilah cabarannya seorang pelajar VS seorang ibu. sabar..sabar...
inhale..exhale..inhale...exhale...

No Blogwalking

tadi petang dah telan 2 biji soluble. sakit kepala pun dah ok dah. cuma tekak jer gatal-gatal sekarang. batuk-batuk! Rasanya awal pagi ni nak tido awal...haha...awal lah sangat. Si daddy tengah layan si kecik yang ligat ke sana ke mari. melihat mommy dia still ngadap lappy, jangan harap dia nak berbaring kat katil. dia tak layan pun si daddy....nakal.

oklah..nak tido. nanti nak bangun awal. jiayo!! jiayo!! mrsd nak bangun sekitar jam 3 atau 4 am nak buat keje. kata orang pagi-pagi boleh dapat ilham baek punya.

good nite uols.

loves,
mrsd.

Monday, September 19, 2011

Tak boleh tahan!

fuhh...after done with house-cores, now is time to sing a song for this lady bird...twinkle-twinkle little star....ect....akhirnya tertido dia. sambil-sambil tu..tangan ni menggatai gak merayap-rayap ketik-ketik aku nyer lappy. super MOM,kan?! many thing can do in one time..hehe...mendodoi anak, tangan kanan menhayun buaian, tangan kiri meraba-raba lappy mencari NUFFNang. Tah napa dah addict sangat ngan page Nuff ni..dan, hari ni dalam aku kekusutan, Mr.Nuffnang kasi aku 7 kuntum bunga. hihi...berbunga riang sekejap di hati ini. =) lepas ni bersemangat ngadap buku!!! yess!!!



so, here come my Very special thanks to above Be's with all my heart :


Sony E-Mount NEX-C3 CPC

Olay El Dorado CPC


Mamil Gold CPC SS

VW Scirocco R Cup 2011 CPC LR


Wrigley 5 Gum FB Game Launch Sept CPC

SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 Inch CPC

Celcom Channel X Thematic CPC

Thank Q so much...lain kali kasi la lagi...hee..


Inilah harinya

konon-kononnya,  ini adalah permulaan hari kepada aku punya keseriusan untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran aku. ya..niat itu sentiasa ada. selalu aku berazam. hari ini. hari ini. tapi alih-alih masa berlalu begitu pantas.

dan..hari ni, aku mulakan hari aku dengan activiti laundry. lepas tu tidokan si kecik. then, iron baju suami yang dah menggunung. then, masak bubur dan nasi, anak nangis, dan...aku pandai-pandai gi blogwalking....wakakaka...aku gi terjah blog-blog para wanita ~~~bini orang dan emak orang~~ blog2 yang agak sinonim dengan aku dan "pangkat diri" ini.  Nak gak tau cam mana depa hidup berkeluarga, membesarkan anak-anak dan ect....ni yang tak syokkk ni. ye lah... nak serious konon. focus lari tu... sekarang anak plak bangun. Be'ak pulak dah. lepas ni nak kasi makan pula. Mandikan. Phieww....

so..done with blogging. will be back lepas spend quality 3 hours time to do my research concentrically, OK. go mommy go!!

Buntu

ishh..kenapalah selalu negetive jer aku nyer post entry ni. ya. memang itu yang aku rasakan dan alami ketika ini. Minggu baru menjelma. Kepala aku mula pusing. Kelas. Cam mana ni?? apa aku nak buat?? Thesis. How to start? cant focus straight on table. si kecik 24hours minta perhatian. Elok jer duduk depan lappy nak belek buku, ada-ada jer keje yang si kecik lakukan. Mencelah ke mana-mana ruang. gi bawah meja. gi ceruk dapur. gi stor. Nak dibiarkan, takut pula kejadian tak diingini berlaku. tebingan kotak pun dia gi hisap sampai lunyai. Ada-ada jer minda creative dia plinkkk kat kepala otak lalu ditranslatekan dengan perbuatan. Adakah semua yang dilihatnya begitu menarik atau kelihatan seperti permainan. hurmm. toys bukan takda. tapi ditolaknya tepi. tu  yang buntu ni.

Hari ni, aku khena serious belek buku. within this week aku harus siapkan chapter 1 dan consult dengan lecturer. Si kecik pula, aku nekad hantar kat makcik dia. biarlah menangis dua-tiga jam dalam seminggu. Aku yang tak sampai hati nak tinggalkan dia. Aku yang jaga dia pun boleh jadi bengang dengan tangisan mengada-ngadanya, apatah lagi orang lain. Aku pasrah.  Kusut tak habis-habis!! =(


Sunday, September 18, 2011

sunyinya

Nampaknya hujung minggu memang takda pengunjung membuat lawatan muhibah kat aku nyer blog. Traffic lengang jer. Boleh golek-golek kat atas jalan raya nih, kalau diikutkan. ayaya...blog aku pun tido jerk. Pasal aku pun tak online...sejak semalam, iaitu hari sabtu aku diserang selsema. Memang menitis-nitis gitu...sakit gak hidung ini akibat dipenyek-penyek. 

Anyway, semalam aku setakat explore TWITTER dan Churp-churp jer. Dah lama dah aku dengar pasal twitter ni. tapi aku tak nak amik pusing pun. tapi semalam, terasa nak gak sign in. haha..terfollow la pulak tweeter fasha sanda, umie aida, serina reduan, erra fazira dan ziana zain. paling banyak bertweet ialah Fasha Sanda. Penuh aku nyer box. Tak ketinggalan gak, aku dapat info yang Serina Reduan dah mengandung anak ke-2 dan bakal lahir January depan. woww...info yang pantas, kan?? tapi aku dah delete dah semuanya. tak nak follow sangat kisah dia orang, lagi pula bila aku bertweet dengan depa, tak kena layan pun. haha... buat semak box aku jer...Marilah join aku bertwitt...search jer Mommy_Lolo. aku ada kat situ...=)

So, sekarang aku sedia maklum bahawa aku nyer traffic hujung minggu memang "lancar" maksudnya hampeh. takda pelawat. wakaka....bah, nak tido dah ni. flu pun dah berhenti coz mrD kasi makan 2 biji panadol soluble. Terus kering u... but then, another problem plak muncul. Tekak terasa perit dan sakit plak. nak batuk-batuk la pula...oh tidak!!!

sampai ketemu lagi. salam.
peace uols.

Saturday, September 17, 2011

Ada apa dengan Memey??

kenapa bila aku post entry pasal Memey, traffic aku meningkat berbanding biasa. aku tertanya-tanya. Ada apa dengan Memey?? Betapa kini Memey telah menjadi Fenomena dalam industri hiburan tanah air kita. aku tau Memey tak berdosa pun kat aku...tapi disebabkan pasangannya, aku menjadi cukup ANTI tapi bukan MEMBENCI  pada kedua-duanya. Ialah...pasal perkahwinan mereka ditaja berjuta-juta. kan elok kalau derma jer duit tu kat orang yang lebih memerlukan. Dapat gak pahala,kan?? Paling tidak, derma kat aku. eheeee...jadi, Siapa Memey sebenarnya ni?? Takkan mereka setanding dengan Dato CT dan Dato K, pula kan?? Peliklah...apa sebenarnya ni??? Kusut.


Aku pula yang kena

Semalam anak aku hampir-hampir demam. Pagi ni aku sentuh dia punya kepala, dah normal. syukurlah. kini, aku pula yang sebaliknya.  betapa air meleleh laju di hidung ini. tak terkawal. seksanya rasa bernafas. Aku confirmkan yang aku kena selsema. phiewww... Hari ni aku tido lewat lagi. Aku explore churp-churp dengan twitter. Nama dah ibu bertechnology. So, kena lah ikut arus semasa, konon-kononnya. Sekarang tengah mencari teman-teman yang menggunakan twitter dalam kehidupan seharian pulak. hadei...ada-ada jer,kan??. macam-macam ada.

Friday, September 16, 2011

HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG (HTAR)

Apa dah jadi ni??? biar betul berita yang aku baca ni. seram dan seriau pula rasa hati.... para ibu-ibu yang nak beranak yang terbaca akan berita ini pasti dalam dilema. tapi tak da pilihan lain..pasrah pada nasib...walaupun benda cam gini jarang-jarang berlaku. meski sekalipun berlaku. sah-sah bikin orang takut nak gi meneran kat labour room HTAR. aku pun beranak si kecik kat situ gak....ada la juga terasa hati semasa baring keresahan di atas katil menunggu "bukaan" demi "bukaan"...boleh tahan juga la lamanya,  3 hari hari tu... jom ikuti kisah yang aku dapati tengah hangat kena POST di bloggers sekarang.

@ @ @ @ @
Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah *HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.

Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.

Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktro bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.

Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bai dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka. Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi.  apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit.


isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan. katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika di temui semalam. ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23 menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, isnin lalu.

Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata, pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.  Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.

@ @ @ @ @

ulasan aku pula....
Taknaklah menghukum semua pekerja hospital walau siapapun dia. Tak semua menjalankan tugas sambil lewa malah mereka pun tak nak kejadian serupa terjadi. Ada gak yang baik...apapun alasannya, kejadian seperti ini kalau boleh...tak nak terjadi kepada sesiapapun. tak bolehlah nak kata 'kita orang tak cukup rehat....tak tido siang malam...' kalau kita sudah sedia maklum dengan prospektus pekerjaan kita. oh ya...satu lagi, tak payahlah nak tunjuk-tunjuk garang kat pesakit. Cakap elok-elok. manis. berbudi bahasa,kan budaya kita. Elok-elok jer orang tu nak sakit, bila doktor/nurse layan dengan kata-kata yang menyenangkan..tak jadi sakit pula. kan best gitu... jangan dipengaruhi oleh emosi sendiri apabila berhadapan dengan karenah pesakit.